Você está na página 1de 3

Lampiran A

AKTIVITI PROGRAM LINUS SIFAR 2010 LITERASI

Aktiviti 1 : Permainan Belon Ajaib Kemahiran Bahan Yang diperlukan Arahan : 1.1 Mengenal bentuk huruf dan menulis huruf kecil a z . : Kad huruf kecil , Belon yang berisi huruf kecil : 1. Guru agih belon kepada murid. Di dalam belon ada kad huruf. 2. Murid tiup belon dan pecahkan. Murid baca huruf yang ada pada mereka. 3. Ulang aktiviti tadi. Setiap murid boleh mencuba 3-4 huruf. 4. Murid lain diminta membaca huruf kawan pula.

Aktiviti 2 : Jom Naik Kereta Api Kemahiran Bahan Yang diperlukan Arahan : 2.1 Mengenal bentuk huruf dan menulis huruf kecil a z . : Kad huruf kecil yang ditulis pada manila kad, cd lagu naik keretapi. : 1. Sebanyak 26 kad huruf diterbalikkan diatas lantai. Murid diberi masa 2 minit untuk mengambil kad tersebut. 2. Murid dikehendaki berdiri mengikut urutan abjad dari a z . 3. Murid akan menyanyikan lagu sambil berjalan dan memegang bahu kawan.

Aktiviti 3 : Enjit-enjit Mencari Jodoh Kemahiran Bahan Yang diperlukan Arahan : 2.1 Mengenal bentuk huruf dan menulis huruf kecil dan huruf besar az. : Gelung rotan, kad huruf kecil, kad huruf besar, : 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan. Murid diberi kad huruf kecil dan dikehendaki mencari kad huruf besar yang terdapat di dalam gelung rotan yang telah disediakan. 2. Murid mengambil kedua-dua kad huruf tersebut dan memasukkan kedalam gelung rotan yang kosong. Murid ulang aktiviti yang sama selama 3 minit. Kumpulan yang dapat mencari pasangan huruf yang banyak dan betul adalah pemenang. Aktiviti 4 : Baling Dadu Kemahiran : 2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV. 3.1 Membina dan menulis suku kata terbuka KV + KV. 4.1 Membaca perkataan mengandungi suku kata terbuka KV + KV. 5.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV + KV. : Dadu, Kad perkataan : 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan. Murid membaling dadu. 2. Murid sebut sukukata pada dadu tersebut dan tulis pada kertas. 3. Ulang aktiviti ini untuk semua ahli kumpulan sehingga 5 minit.

Bahan Yang diperlukan Arahan

Aktiviti 5 : Mari Main Bowling Kemahiran : 2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV. 3.2 Membina dan menulis suku kata terbuka KV + KV. 4.2 Membaca perkataan mengandungi suku kata terbuka KV + KV. 5.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV + KV. : Botol air mineral kecil yang diisi air separuh, Kad perkataan, bola tenis. : 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan. 2. Kad perkataan ditampal pada botol air. 3. Murid membaling bola pada botol mineral yang ditampal kad perkataan dan mengambil botol yang terjatuh. 4. Murid sebut dan tulis perkataan dari botol yang jatuh sahaja. 5. Kumpulan yang berjaya mengumpul perkataan yang terbanyak dikira pemenang.

Bahan Yang diperlukan Arahan

Você também pode gostar