Você está na página 1de 8

SOALAN: (5 markah), Nyatakan 5 (lima) tugas dan fungsi Suruhanjaya Tenaga.

Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti berikut:Seksyen 4 (a) mengeluarkan lesen. Seksyen 4 (b) pengawalseliaan berkenaan perkhidamatan mengadakan elektrik. Seksyen 4 (c) menggalakkan persaingan dalam penjanaan dan pembekalan elektrik. Seksyen 4 (d) memajukan kepentingan pengguna-pengguna elektrik. Seksyen 4 (e) memastikan tuntutan untuk elektrik dipenuhi.

SOALAN a. Terangkan mengikut Akta 447 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994, apakah tugas dan peranan seorang; i. Penjaga Jentera Elektrik
Seksyen 23 (1) mengawal pengendalian apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

ii.

Pendawai Elektrik
Peraturan 12(1) & (2) Pendawai hendaklah memperakukan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan. Peraturan 13(1) & (2) Pendawai hendaklah melakukan ujian pepasangan, dan hendaklah mengesahkan perakuan ujian bagi pepasangan.

b. Anda telah dilantik oleh majikan anda menjadi seorang penyelia yang mempunyai Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik yang ditugaskan di sebuah kilang baru bersepadu dan mempunyai system pepasangan elektrik seperti yang berikut: Janakuasa tunggusedia elektrik 1 x 850kVA Perkakas suis lengkap dengan perkakas perlindungan dengan kemasukan bekalan tahap 1000A * Motor-motor elektrik sehingga 415V Menyedari akan keperluan yang diperuntukkan di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994, nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak pengurusan terhadap diri anda.
JAWAPAN (b): Peraturan 63(7) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam masa 7 hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu. Peraturan 63(8) Pihak pengurusan hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenalpasti kerja atau kendalian setiap orang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab orang kompeten, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh seorang pegawai diberi kuasa.

* *

SOALAN Dalam bahagian kesalahan dan penalty yang ada faham, terangkan kesalahan dan penaltinya mengikut bahagian yang dinyatakan. (15 markah) i. ii. iii. iv. Membuat pendawaian baru dan sambungan tanpa kebenaran bertulis dari Pihak Berkuasa Bekalan. Merosakkan meter untuk merekodkan keluaran kuasa. Tanpa kebenaran merosakkan atau mencacatkan lampu awam. Meniggalkan dengan gopoh atau cuai yang menyebabkan kecederaan atau kerosakan pada harta benda.

JAWAPAN: i. Membuat pendawaian baru dan sambungan tanpa kebenaran bertulis dari Pihak Berkuasa Bekalan. Seksyen 37(15) denda tidak melebihi RM5,000/-, dalam hal kesalahan yang berterusan, denda tidak melebihi RM500 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Merosakkan meter untuk merekodkan keluaran kuasa. Seksyen 37(14) denda tidak melebihi RM5,000/- atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

ii.

iii.

Tanpa kebenaran merosakkan atau mencacatkan lampu awam. Seksyen 37(9) denda tidak melebihi RM5,000/- atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

iv.

Meninggalkan dengan gopoh atau cuai yang menyebabkan kecederaan atau kerosakan pada harta benda. Seksyen 37(2) denda tidak melebihi RM50,000/- atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

SOALAN: (15 markah) (a) En. Yaakub telah membuka sebuah bengkel membaiki kereta selama 5 tahun. Memandangkan perniagaannya semakin maju, En. Yaakub berhasrat untuk membesarkan bengkelnya dan mengubah bekalan elektrik dari satu fasa ke tiga fasa. Huraikan mengikut Akta 447 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 serta pindaan-pindaan di bawahnya, tindakan yang harus diambil oleh En. Yaakub sehingga bekalan elektrik di bengkelnya dapat diubah dari satu fasa kepada tiga fasa. (10 markah) (b) Sebelum menentukan jenis pendawaian tiga fasa yang hendak dibuat, satu perancangan perlu dibuat oleh En. Yaakub agar pemilihan tidak mendatangkan apa-apa bahaya. Sebutkan 5 (lima) perancangan yang pelu diambil perhatian oleh En. Yaakub untuk menentukan keadaan yang cekap, selamat dan tidak membazir. (a) JAWAPAN Bekalan elektrik dapat diubah dari satu fasa kepada tiga fasa; 1) Seksyen 24(2) memberi notis kepada pemegang lesen menyatakan;(a) premis-premis berkenaan (b) hari bekalan dikehendaki (c) kuasa maksima (d) tempoh minimum 2) Seksyen 27(1) membayar dahulu apa-apa perbelanjaan untuk talian bekalan, loji atau kelengkapan elektrik. 3) Seksyen 28(1) membayar cagaran (deposit) Kelulusan bagi memulakan pendawaian; 4) Peraturan 11(1) mendapatkan kelulusan bertulis dahulu daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. Penyeliaan dan penyiapan pepasangan. 5) Peraturan 12(2) Pendawai Elektrik dibawah penyeliaan pendawai sekatan fasa tiga dan apabila siap pendawai itu hendaklah memperakukan penyeliaan dan penyiapan. Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian. 6) Peraturan 14(2) Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan pengujian dikemukakan oleh pemunya atau pengurus pepasangan kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

b. Sebelum menentukan jenis pendawaian tiga fasa yang hendak dibuat, satu perancangan perlu dibuat oleh En. Yaakub agar pemilihan tidak mendatangkan apa-apa bahaya. Sebutkan 5 (lima) perancangan yang pelu diambil perhatian oleh En. Yaakub untuk menentukan keadaan yang cekap, selamat dan tidak membazir. (b) JAWAPAN: 1) 2) 3) 4) 5) Mengenalpasti kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan. Mengira permintaan beban maksimum. Mengenalpasti bekalan masuk 3 fasa. Menentukan jenis pendawaian. Merangka susun atur kelengkapan.

SOALAN: (15 Markah), i. Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan perakuan kekompetenan jika pemegang perakuan ini telah memperolehinya dengan membuat atau menyebabkan dibuat suatu pengisytiharan, perakuan atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis dan selainnya. Nyatakan secara ringkas prosedur bagi menggantung atau membatalkan perakuan kekompetenan tersebut. (5 Markah)

JAWAPAN SOALAN (i). Peraturan 59(5) Pemegang Perakuan Kekompetenan yang telah melakukan suatu kesalahan, Suruhanjya hendaklah dengan serta-merta menggantung Perakuan itu. Peraturan 59(6) Suruhanjaya seberapa cepat, melantik suatu Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi Suruhanjaya dan dua orang lain yang dilantik oleh Pengerusi untuk menyiasat kesalahan atau salah laku yang dikatakan. Peraturan 59(7) Orang yang perakuannya telah digantung, hendaklah diberi peluang untuk membela diri di hadapan Jawatankuasa yang dilantik. Peraturan 59(8) Jawatankuasa tersebut, dalam masa 14 hari daripada selessainya penyiasatan, mengemukakan dapatan dan syor-syornya kepada Suruhanjaya untuk membuat keputusan. Peraturan 59(9) Seseorang, yang terkilan dengan keputusan Suruhanjaya, boleh memohon menteri bagi pertimbangan semula. Permohonan secara bertulis dalam masa 20 hari dari tarikh keputusan Suruhanjaya diterima, hendaklah mengandungi alas an kekilanan itu. Peraturan 59(10) Keputusan Menteri adalah muktamad.

ii.

Syarikat Elektrikal Yakin Kaya Sdn. Bhd. Telah dilantik untuk melaksanakan kerjakerja pendawaian semula sebuah Kilang Mee. Pendawaian semula tersebut perlu diubahsuaikan daripada pendawaian sedia ada kepada pendawaian tiga fasa baru kerana beban sudah bertambah. Anggaran arus maksima yang diperlukan adalah bersesuaian menggunakan bekalan tiga fasa dari Pemegang Lesen. Mengikut kehendak di bawah Peraturan-peraturan Elektrik 1994, anda dikehendaki menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh Kontraktor Elektrik berkenaan sebelum dan selepas pendawaian siap dijalankan (10 markah)

JAWAPAN SOALAN (ii):1) Kelulusan bagi memulakan pendawaian; Peraturan 11(1) mendapatkan kelulusan bertulis dahulu daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. 2) Penyeliaan dan penyiapan pepasangan; Peraturan 12(2) Pendawai Elektrik dibawah penyeliaan pendawai sekatan fasa tiga dan apabila siap pendawai itu hendaklah memperakukan penyeliaan dan penyiapan. 3) Ujian pepasangan; Peraturan 13(2) Apabila siap pepasangan atau tambahan kepada pepasangan yang sedia ada, pepasangan hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa tiga dan hendaklah memperakukan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu. 4) Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian; Peraturan 14(2) Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan pengujian dikemukakan oleh pemunya atau pengurus pepasangan kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

SOALAN: (15 Markah) i. En. Murad telah membuka sebuah kedai perabut selama 3 tahun. Memandangkan perniagaannya semakin maju, En. Murad berhasrat untuk membesarkan kedai perabutnya dan mengubah bekalan elektrik dari satu fasa ke tiga fasa. Huraikan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturanperaturan Elektrik 1994 serta pindaan-pindaan di bawahnya, tindakan yang harus diambil oleh En. Murad sehingga bekalan elektrik di kedainya dapat diubah dari satu fasa kepada tiga fasa. (10 markah) Sebelum menentukan jenis pendawaian tiga fasa yang hendak dibuat, satu perancangan perlu dibuat oleh En. Murad bagi mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan adalah kemas dan teratur serta penggunaan kelengkapan yang tidak membazir. Pendawaian yang dibuat juga boleh beroperasi dengan cekap dan selamat untuk digunakan. Sebutkan 5 (lima) perancangan yang perlu dibuat bagi memenuhi kehendak-kehendak ini. (5 markah)

ii.

JAWAPAN (i) Bekalan elektrik dapat diubah dari satu fasa kepada tiga fasa; 1) Seksyen 24(2) memberi notis kepada pemegang lesen menyatakan;(a) premis-premis berkenaan (b) hari bekalan dikehendaki (c) kuasa maksima (d) tempoh minimum 2) Seksyen 27(1) membayar dahulu apa-apa perbelanjaan untuk talian bekalan, loji atau kelengkapan elektrik. 3) Seksyen 28(1) membayar cagaran (deposit). 4) Kelulusan bagi memulakan pendawaian; Peraturan 11(1) mendapatkan kelulusan bertulis dahulu daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. 5) Penyeliaan dan penyiapan pepasangan; Peraturan 12(2) Pendawaian elektrik dibawah penyeliaan pendawai sekatan fasa tiga dan apabila siap pendawai itu hendaklah memperakukan penyeliaan dan penyiapan. 6) Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian; Peraturan 14(2) Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan pengujian dikemukakan oleh pemunya atau pengurus pepasangan kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

SOALAN: (15 markah) Syarikat Cerah Yakin Sdn. Bhd telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pendawaian semula sebuah kilang mee. Pendawaian semula tersebut perlu diubahsuai daripada pendawaian sedia ada kepada pendawaian tiga fasa kerana beban sudah bertambah. Anggaran arus maksima yang diperlukan adalah bersesuaian menggunakan bekalan tiga fasa dari Pemegang Lesen. Mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, anda dikehendaki menerangkan apakah yang perlu dilakukan oleh Kontraktor Elektrik berkenaan sebelum dan selepas pendawaian siap dijalankan.

JAWAPAN Bekalan elektrik dapat diubah dari satu fasa kepada tiga fasa;
1) Seksyen 24(2) memberi notis kepada pemegang lesen menyatakan;(a) premis-premis berkenaan (b) hari bekalan dikehendaki (c) kuasa maksima (d) tempoh minimum 2) Seksyen 27(1) membayar dahulu apa-apa perbelanjaan untuk talian bekalan, loji atau kelengkapan elektrik. 3) Seksyen 28(1) membayar cagaran (deposit). 4) Kelulusan bagi memulakan pendawaian; Peraturan 11(1) mendapatkan kelulusan bertulis dahulu daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. 5) Penyeliaan dan penyiapan pepasangan; Peraturan 12(2) Pendawaian elektrik dibawah penyeliaan pendawai sekatan fasa tiga dan apabila siap pendawai itu hendaklah memperakukan penyeliaan dan penyiapan. 6) Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian; Peraturan 14(2) Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan pengujian dikemukakan oleh pemunya atau pengurus pepasangan kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

Você também pode gostar