Você está na página 1de 31

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011

HBAE2103 CORAK & REKAAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

690305015002002 690305-01-5002 0137209207 cititcomel@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

PENGHARGAAN

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Berkat doa dan tawakal kepadaNya, tugasan yang cukup mencabar ini dapat diselesaikan dengan mudah. Terima kasih kepada Tutor Puan Mariana Tukiman yang tidak putus-putus memberitunjuk ajar kepada saya dan sahabat-sahabat. Tanpa usaha beliau memartabatkan dan juga menyerapkan seni dalam jiwa anak didiknya, maka suramlah dunia seni dalam minda kami. Kepada rakan-rakan seperjuangan, segala bantuan dan sokongan amatlah dihargai. Mereka adalah insan yang sama-sama menyemarakkan dunia seni pada masa ini. Idea kreatif mereka adalah sangat berguna. Semoga apa yang dihidangkan dapat memberi manfaat kepada semua. Diharap juga agar tugasan ini menepati setiap aspek yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.

PENDAHULUAN Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai seni tekstil yang beridentitikan Malaysia. Kesenian tekstil ini membawa makna yang mendalam sehinggakan seni ini

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

diterapkan dalam Pendidikan Seni di sekolah. Antara seni tekstil yang malaysia miliki ialah songket, tekat dan batik. Seni tekstil ini sudah lama berkembang sejak dahulu lagi. Yang amat menyedihkan ialah anak muda pada masa kini kurang pendedahan mengenai tekstil. Sungguhpun begitu, inisiatif kerajaan bagi meningkatkan lagi seni tekstil di Malaysia mahupun luar negara tidak boleh dipandang ringan. Sebagai contoh, bermula tahun 2003, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood memperjuangkan industri batik hingga kemata dunia. Hasratnya yang murni itu disokong oleh semua pihak. Buktinya sehingga sekarang guru-guru atau kakitangan awam diwajibkan memakai pakaian batik mengikut hari yang ditetapkan. Oleh itu kajian atau penyelidikan tentang tekstil Malaysia ini sangatlah diperlukan agar remaja pada masa ini lebih menilai dan lebih menghargai seni tekstil negara agar tidak diperlekehkan.

PENGHARGAAN PENDAHULUAN KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Songket 2.1 Sejarah Songket 1 1 2

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

2.2 Pengaruh 2.3 Teori Membuat Corak dan Rekaan 2.4 Motif Songket 2.5 Struktur Ragam Hias 2.5.1 Bahagian Kepala Kain 2.5.2 Bahagian Badan Kain 2.5.3 Bahagian Kaki Kain 2.6 Susunan Motif Songket 2.6.1 Susunan Bunga Penuh 2.6.2 Susunan Bunga Tabur 2.6.3 Susunan Bercorak 2.7 Corak dan Motif Kain Songket yang Dikaji 2.7.1 Bahagian Badan Kain 2.7.2 Bahagian Kaki Kain 2.7.3 Bahagian Kepala Kain 3.0 Batik 3.1 Sejarah Batik 3.2 Pengaruh 3.3 Motif Batik 3.3.1 Motif Flora 3.3.2 Motif Fauna 3.3.3 Motif Geometri 3.4 Susun Reka Corak Motif 3.5 Corak dan Motif Batik yang Dikaji 3.5.1 Bahagian Badan Kain 3.5.2 Bahagian Kepala Kain 3.5.3 Bahagian Kaki Kain 4.0 Penutup

2 3 4 5 6

7 7 8 9 10 11 12 13 13 14 15 16 16 18 19 21 22 23 23 24

RUJUKAN

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

10

PENGENALAN

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang kaya dengan hasil barangan kraf yang bermutu tinggi. Barangan kraf yang berasaskan tekstil merupakan salah satu cabang kemahiran yang dimiliki rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Sememangnya industri tekstil telah lama diamalkan di negara ini. Penubuhan industri tekstil pada peringkat awal lebih menjurus kepada indusri desa yang dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.Antara industri desa yang menghasilkan barangan kraf yang berasaskan tekstil ialah batik dan songket. Memandangkan hasil tekstil semakin berkembang, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menggiatkan sektor yang lebih menekankan kepakaran teknologi. Oleh itu

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

terdapat penghasilan batik yang menggunakan komputer untuk menghasilkan kuantiti yang lebih banyak dan bermutu tinggi Namun begitu pengeluaran tenunan songket masih menggunakan kepakaran manusia kerana tidak terdapat sebarang teknologi moden yang mampu menghasilkan barang tersebut.

2.0

SONGKET

Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik dan ia terhasil daripada perkembangan tenunan biasa. Songket adalah berasaskan kain tenunan biasa yang diperbuat daripada kapas. Kemudian barulah corak-corak dibuat dengan menggunakan benang emas. Antara negeri-negeri yang popular dengan hasil tenunan di eMalaysia adalah Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beberapa corak tenunan yang di hasilkan di Terengganu dan Kelantan contohnya telah diberi nama mengikut tempat asal para pedagang berikut. Contoh corak Samarenda 1 Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersamasama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau nibung.. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan Tenunan songket bermula daripada keperluan hakiki manusia, iaitu pakaian. Kesukaran jalan untuk menghasilkan kain sendiri. 2.1 SEJARAH SONGKET untuk membawa masuk kain dari luar negara menyebabkan masyarakat tempatan terpaksa mencari

Tekstil tenunan songket telah bertapak di negara ini sejak beratus-ratus tahun lalu. Kedatangan pedagang-pedagang Arab, China dan India untuk berdagang di sini turut membawa masuk kemahiran menenun tekstil. Ini adalah kerana kebanyakan barangan dagangan mereka adalah seperti benang emas, benang sutera dan pewarna merupakan bahan asas untuk pemangkin seni tenunan tekstil.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Menurut catatan sejarah, kegiatan menenun songket di Kelantan dipelopori oleh Cik Siti Wan Kembang seorang wanita yang menjadi pemerintah negari Kelantan antara tahun 1610 hingga 1677. Manakala di negeri Terengganu pula kegiatan bertenun songket bermula semasa pemerintahan Sultan Marhum Janggut atau Sultan Mansur sekitar tahun 1726 hingga 1793.

2.2

PENGARUH

Songket diikatakan bermula sejak dahulu kala lagi. Ianya hanya dipakai oleh golongan Bangsawan pada waktu dahulu seperti Kerabat Diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. 2 Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke- 13 yang lampau. Perkembangannya dipercayai berkaitan dengan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia yang kebanyakannya berasal dari Indonesia seperti Jawa, Kepulauan maluku, Borneo dan Bugis. Pada awal abad ke- 18, masyarakat telah diperkenalkan dengan kain Cindai, kain Bugis dan kain Acheh, namun begitu penenun telah mengubah mengikut aliran tradisi dan kesesuaian mereka sendiri. 2.3 TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Ragamhias ditentukan oleh bentuk dan potongan gaya melalui motif dan corak. Dalam kraftangan, motif dan corak merupakan pelengkap hiasan bentuk luar. Corak ialah susunan motif sama ada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Kain songket di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tampuk manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerjakerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

3 2.4 MOTIF SONGKET

Bentuk motif songket terdiri dari unsur dan bahagian alam. Disebabkan oleh cara menenun itu sendiri maka semua bentuk motif dilahirkan dalam gaya geometri. Semua unsur dan bahagian alam yang dicipta disusun mengikut pola-pola susunan yang tertentu. Unsur alam yang penting ialah tumbuhan dan binatang. Bentuk-bentuk dari motif geometri asli juga digunakan. Motif tumbuhan yang biasa digunakan sebagai motif penting songket meliputi bentuk-bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian buah yang disebut sebagai tampuk. Motif songket berdasarkan keadaan sekeliling seperti laut, sungai, fauna,flora dan variasi objek lain. Corak yang ditenun adalah mengikut jenis pakaian Contohnya motif bunga kecil yang bertaburan penuh adalah sesuai untuk samping. Sebaliknya, corak besar pula sesuai untuk sehelai sarung.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 2.4.1 Motif Berasaskan Flora 4

Rajah 2.4.2 Motif Haiwan

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 2.4.3 Motif Geometri dan benda 2.5 STRUKTUR RAGAM HIAS

Menurut Siti Zaiton Ismail (1986), pada umumnya, penenun masih mempertahankan bentuk susunan ragamhias tradisional, terutamanya dari segi pembahagian dan penempatan beberapa bentuk motif, pembahagian kepada kepala, kaki dan badan kain. 5 Bentuk motif disusun mengikut pembahagian ini. Pada bahagian kepala dan kaki kain, motif yang dipentingkan ialah pucuk rebung dan lawi ayam.

Kepala kain badan atau tanah kain

kaki atau tepi kain

Rajah 2.5 Struktur ragam hias songket

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

2.5.1

Kepala Kain Kepala kain terletak pada bahagian atas kain dan ditenun dengan pelbagai corak setebal 30 hingga 50 cm. Corak yang paling kerap digunakan ialah pucuk rebung dan lawi ayam

2.5.2

Badan Kain Badan kain terletak di bahagian tengah kain dan mempunyai pelbagai corak. Corak yang popular ialah teluk berantai yang mempunyai garisan seperti sungai dan bunga seperti teluk. Semua corak bercantum atau berangkai.

2.5.3

Kaki Kain Kaki Kain dikenali juga tepi kain. Bahagian ini sering dihiasi dengan motif pucuk rebung atau lawi ayam serta motif lain yang disusun melintang atau bergaris. 6

2.6

SUSUNAN MOTIF SONGKET

Bentuk-bentuk motif disusun secara tiga peringkat iaitu: 2.6.1 Susunan Bunga Penuh Corak penuh bersulam juga dikenali sebagai songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain. Bagi menimbulkan kesan kontra, kain dasar yang digunakan biasanya berwarna gelap untuk dipadankan dengan benang emas atau benang perak. Bentuk motif disusun saling berhubung antara satu sama lain, saling bertali atau berantai disebut teluk berantai atau telat berantai. Bentuk motif yang digunakan untuk susunan penuh umumnya dipilih dari unsur bunga yang mempunyai bentuk potong wajik.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 2.5.1 Corak bunga penuh Dalam zaman pemerintahan raja-raja Melayu iaitu sebelum wujudnya penjajahan kuasa barat, songket yang berhias susun bunga penuh ini merupakan pakaian larangan. Hanya golongan istana dan bangsawan saja yang dibenarkan memakainya.

7 2.6.2 Susunan Bunga Tabur Songket yang disusun dengan bunga tabur lebih menjimatkan penggunaan benang emas. Bentuk motif disusun berjarak antara satu sama lain. Susunan bentuk motif tidak hanya diulang dengan urutan selari tetapi sering juga dibalik sehingga bentuk motif saling berhadapan.Corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga tampuk buah kesemak dan lain-lain lagi. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 2.5.2 Susunan bunga tabur Garis-garis, bidang-bidang dan bentuk motif ditaburkan dan diatur sedemikian rupa sehingga unsur-unsur tersebut terdapat dalam keseimbangan yang sempurna Pembahagian antara kepala dan kaki kain telah melihatkan keharmonian bunga tabur yang disusun dengan cara imbangan kedua ini. (rajah 2.5)

8 2.6.3 Susunan Bercorak

Motif yang digunakan untuk susun bercorak masih dalam bentuk yang sama seperti dalam susun bunga tabur atau susun penuh. Motif-motif disusun dalam satu ruang tegak disebut sebagai corak berdiri (rajah 2.5.3a) dan dalam ruang mendatar disebut sebagai corak melintang. Susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang. Berikut adalah antara susunan bercorak :

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 2.5.3 Susunan motif songket

2.7

CORAK DAN MOTIF KAIN SONGKET YANG DIKAJI

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 2.6 Kain Songket yang dipilih 2.7.1 Bahagian Badan Kain

Rajah 2.6.1(a) corak bunga penuh

Rajah 2.6.1(b) motif bunga pecah lapan

Bahagian badan kain songket ini adalah corak bunga penuh dengan motif flora. Corak bunga penuh ini menggunakan satu warna yang sama dengan motif bunga pecah lapan. 10 2.7.2 Bahagian Kaki kain

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

pucuk rebung

siku keluang Kendik tali Rajah 2.6.2 Bahagian kaki kain

Rajah 2.6.2(a) motif pucuk rebung

Rajah 2.6.2(b) motif siku keluang

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Bahagian kaki kain ditenun dengan variasi awan larat kendik tali, motif siku keluang dan pucuk rebung. Motif pucuk rebung diisi dengan motif daun, bunga dan susun anak tangga di mana kesemuanya bersatu dalam bentuk kon.Pada bahagian kaki diisi dengan corak melintang gabungan unsur tumbuhan dan haiwan. Motif siku keluang menjadi hiasan pada bahagian kaki kain songket. 2.7.3 Bahagian Kepala Kain 11

Motif lawi ayam Bunga melur

motif bunga pecah lapan

Rajah 2.6.3(i) Bahagian kepala kain

Rajah 2.6.3(ii) motif lawi ayam Bahagian kepala kain ditenun dengan motif lawi ayam, bunga pecah lapan dan juga bunga melur. Ia adalah susunan corak berdiri dari motif lawi ayam. 12

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

3.0

BATIK

Batik ialah kraf tradisional yang unik dan amat terkenal di Asia atau di Gugusan Kepulauan Melayu. Ia mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Kini, batik menjadi salah satu produk untuk meluaskan sektor pelancongan di Malaysia. Keindahan batik tidak luput ditelan zaman dan setanding dengan jenis tekstil lain yang dipasarkan. Keindahan reka corak dan penggunaan kain batik turut berkembang selari dengan peredaran zaman dan cita rasa pembeli. Batik ialah sejenis tekstil yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Istilah batik diambil dari proses penggunaan lilin yang telah dicairkan dengan cara menitikkannya pada permukaan kain putih melalui canting. Di Jawa disebut cecek atau tritik iaitu kesan dari titikan lilin dan meninggalkan kesan titik putih apabila dicelupkan ke dalam warna. Batik mula mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia disebabkan kehalusan dan seni rekaan yang mempamerkan kreativiti seni kebudayaan masyarakat Melayu.

3.1

SEJARAH BATIK

Sejarah batik tidak dapat dikenal pasti secara tepat. Terdapat banyak pendapat tentang asal-usul batik ini. Menurut Jasiman Ahmad & Nora Samat,(2000) ada di kalangan pendapat yang mendakwa teknik pembuatan batik bermula dari India dan sebahagian lagi mengatakan seni batik ini diasaskan daripada kehidupan istana Parsi yang berdasarkan artifak yang dijumpai di Mesir. Bagi masyarakat Indonesia, mereka beranggapan bahawa seni membuat batik adalah milik mereka. Ini disebabkan pembuat batik di Negara tersebut berada jauh dari India. Mereka juga dikatakan 13 Sejarah perkembangan batik di Malaysia bermula pada kurun ke-15. Ia dibawa masuk secara langsung dari Kepulauan Indonesia.. Dari segi keunikan dan keaslian alat yang

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

digunakan, jelas Jawa merupakan tempat batik yang sebenarnya. Di Indonesia,batik telah dikenali sejak abad ke-12. Malah sebelum Perang Dunia kedua, Jawa merupakan kawasan di Kepulauan Melayu yang memonopoli perdagangan batik dengan dunia luar. Bertolak dari abad itu,batik telah berkembang dari segi penggunaan dan penciptaanya Batik Melayu di Kelantan dan Terengganu menerima pengaruh langsung dari Jawa. Hingga kini, Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar batik yang belum dapat ditandingi terutama dari segi teknik dan ragamhias. Perusahaan batik di Malaysia bermula di negeri Kelantan dan Terengganu. Pada peringkat permulaan, perusahaan membatik hanya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja, tetapi kini ia diusahakan secara komersial di semenanjung Malaysia. Kain batik mula dicipta pada tahun 1911 oleh Haji Che Su bin Ishak. Kain ciptaan beliau dinamakan kain pelangi dan dihasilkan melalui teknik ikat dam celup. Pada tahun 1022, berlaku perubahan teknik membatik ini, apabila terciptanya blok-blok kayu yang diukir corak. Blok ini dicelup dalam lilin cair untuk diterap pada kain putih.

3.2

PENGARUH

Sejarah perkembangan batik di Malaysia hanya bermula pada abad ke-15. Batik telah banyak menerima pengaruh secara langsung iaitu dari daerah-daerah di Kepulaun Melayu seperti Pulau Jawa. Sehingga kini Indonesia telah diiktiraf sebagai pengeluar batik yang terkenal kerana teknik dan motif yang dilakarkan amat unik.

14 Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. 3.3 MOTIF BATIK

Bentuk motif dicipta dalam dua gaya iaitu organic dengan unsur alam, tumbuhan, burung, ungags dan binatang. Bentuk dan unsur motif disususn mengikut jenisnya organik atau geometri ataupun digabungkan kedua-duanya. Bagi menghasilkan batik yang menarik dan bernilai komersial, pelbagai jenis motif digunakan. Penghasilan motif lebih merujuk kepada keadaan persekitaran. Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekeliling. Gambaram alam sekeliling digubah menjadi corak yang menarik. Corak batik diadaptasi daripada empat jenis motif iaitu motif flora, motif fauna, motif geometri dan motif benda.

15 3.3.1 MOTIF FLORA

Motif dari unsur tumbuh-tumbuhan merupakan motif yang paling digemari. Antara motif flora yang digunakan ialah pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka, melur, bunga matahari dan lain-lain. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang menarik. Bentuk ini disusun secara tunggal seperti yang sering menghiasi batik ela, susun menjalar datar dengan bentuk lembut dari bentuk helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga. Susunan begini melihatkanragaman sulur bayung.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Terdapat juga bunga disusun berdahan tegak yang selalu menghiasi bahagian badan batik sarung.

Rajah 3.3.1 Motif batik flora 3.3.2 MOTIF FAUNA

Sumber fauna dilakar mengikut kreativiti berdasarkan haiwan laut, darat dan udara. Antaranya ayam, burung, kupu-kupu dan lain-lain. Walau bagaimana pun motif manusia kurang digunakan jika dibandingkan dengan batik Indonesia. Motif dari bentuk-bentuk ini selalunya dicetak beriringan dengan motif dari bentuk flora, malah sering dijadikan sebagai pelengkap umpamanya motif kupu-kupu, kumbang dan burung. 16 Beberapa bentuk lain ialah ayam, burung merak, rusa dan kijang. Motif dilukis dengan gaya organik tetapi dibentuk dalam seni abstrak. Terdapat juga motif yang dibentuk secara simbol terutama ragamhias batik panjang. Simbol yang dimaksudkan ialah bentuk burung garuda dengan menonjolkan bahagian sayap, kepak dan ekor dan melihatkan bahagian kepala atau kaki. (rajah 3.3.2 (d))

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 3.3.2(a) motif burung

Rajah 3.3.2(b) motif kupu-kupu

Rajah 3.3.2(c) motif ayam 17

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 3.3.2(d) 3.3.2 MOTIF GEOMETRI

Motif geometri asli terdapat dalam susunan garis-garis halus yang terdapat pada bahagian kaki kain yang disebut gigi. Garis-garis lurus direka dan disusun menjadi motif buntut siput, kisi-kisi atau jaring bersilang. Beberapa motif geometri asli lain ialah bekas-bekas terapan lilin yang berbentuk titik-titik halus. Bentuk geometri digubah dalam pelbagai variasi seperti perulangan motif dan menghasilkan corak yang menarik. Antara motif geometri ialah manipulasi bentuk bulat, segi tiga, segi empat, kon dan lain-lain.

18

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 3.3.3 motif batik geometri 3.4 SUSUNAN REKA CORAK MOTIF

Susunan dan reka corak disesuaikan mengikut reka letak dan kedudukannya pada kain. Susunan reka corak motif yang biasa digunakan ialah : i Bahagian badan kain selalunya dihiasi dengan motif penuh seperti bunga tunggal yang membentuk corak, pohonan bunga dan motif lain yang lebih bebas. Motif-motif ini sering disatukan bentuknya dengan bahagian lain badan kain dengan motif seperti keluk berbunga, keluk berlingkar, lengkungan separuh bulat dan motif pinggir awan. ii Bagi susunan menyerong, selalunya motif yang digunakan ialah parang rusak, banji dan pilin berganda. iii iv Bahagian kepala kain, pilihan utama ialah motif pucuk rebung. Susunan motif lain pada kain termasuklah susunan berdiri, berjalur, catur atau dam, kisi-kisi, melintang, menyeluruh,serong, tompok-tompok stsu bertsbur, ulangan selang dan ulangan batu-bata. 19

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 3.4

Susunan reka corak motif

20 3.5 CORAK DAN MOTIF BATIK YANG DIKAJI

Tekstil batik merupakan hasil ciptaan dua dimensi, terdiri daripada kepingan tertentu yang

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

disesuaikan dengan fungsinya. Rupa bentuk ini ditentukan oleh ukuran panjang dan lebar kain sebelum dijahit dan dipakai.

Badan kain Kepala kain

Kaki kain Pembahagian rupa bentuk sarung batik sama dengan kain songket. Permukaan kain dibahagi kepada tiga ruang iaitu kepala, badan dan kaki kain (gigi). Bentuk-bentuk motif diletakkan pada ruang-ruang tertentu, umpamanya batik Lasem dihiasi dengan motif pucuk rebung pada bahagian kepala kain. Bahagian kaki kain terdapat motif gigi juga disebut sebagai gigi kain. Motif ini tidak pernah ketinggalan pada setiap jenis kain sarung. 21 3.5.1 Bahagian badan kain

Pada bahagian badan kain batik, bentuk motif yang digunakan adalah bentuk bunga tunggal disusun dalam cara membuat corak kain. Corak yang digunakan ialah susunan corak kawung. Motif dari unsur alam tumbuhan dipilih dari bentuk bunga,daun dan pucuk dan lain-lain.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 3.5.1 motif flora 3.5.2 Bahagian kepala kain

Motif bunga raya

Rajah 3.5.2(a) Bahagian kepala kain batik sarung 22

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Rajah 3.5.2 (b) bunga raya dijadikan motif pada bahagian kepala Pada bahagian kepala kain batik ini memperlihatkan motif pucuk rebung dalam gaya organik. Bunga raya dipilih untuk mengisi ruang pucuk rebung.

3.5.3

Bahagian kaki kain

Bahagian kaki kain disusun dengan susunan corak melintang dengan motif bunga berselang seli. Selain itu juga bahagian pinggir kaki dihiasi dengan garis-garis halus atau gigi kain.

Rajah 3.5.3 Bahagian kaki kain 23 4.0 PENUTUP

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Seni tekstil berkembang dengan baik. Setiap hari pelbagai corak dan motif dihasilkan. Hasil seni tekstil seperti batik dan songket sangan meluas kegunaannya.Seni tekstil merupakan satu keperluan dalam adat istiadat seperti perkahwinan dan pertabalan raja. Selain itu juga seni tekstil seperti batik atau songket digunakan kebanyakan masyarakat Melayu hari ini sebagai pakaian hari. Setiap hari kaum wanita menggunakan batik sebagai pakaian harian mereka. Penggunaan motif-motif tradisi pada songket lebih merupakan permintaan dari pembeli, yang masih menginginkan motif-motif lama. Tenunan halus dari benang sutera yang bersulam bunga penuh merupakan contoh motif yang mahal harganya berbanding dengan bunga tabur yang terdapat di songket kasar. Kehilangan motif-motif tradisi telah digantikan dengan penciptaan baru. Motif-motif ini dijadikan contoh dan dilekatkan dalam album untuk memudahkan penempah memilih bunga yang diperlukan. Beberapa bunga dan motif baru kebanyakannya bentuk besar seperti bunga raya, bunga kembang gula, kipas dan bunga pisang. Menurut Siti Zainon Ismail (1986), dari segi kreativiti, hal ini memang menarik, tetapi kebanyakan motif baru ini tidak dapat mengatasi bentuk-bentuk motif tradisi yang sering dibuat dalam bentuk kecil iaitu pada songket halus dan disusun penuh pada seluruh dasar atau tanah kain(songket penuh). Motif baru ini juga belum dapat mengatasi motif pucuk rebung sama ada yang dibentuk seperti garis segi tiga runcing yang meninggalkan kesan geometri ataupun pucuk rebung yang dalamnya dipenuhi dengan motif tumbuhan dan lawi ayam. Motif-motif bunga juga dapat disusun melintang dan menegak yang melihatkan ciri yang masih belum dapat ditandingi oleh motif baru. Usaha memperkenalkan dan mengekalkan motif-motif tradisi songket agak berjaya jika dibandingkan dengan perusahan batik. Pengusaha-pengusaha batik akhir-akhir ini lebih 24 ghairah mencipta motif-motif yang sofistikated dengan bunga bercorak besar seperti bunga lili, bunga matahari atau bunga dahlia cina. Kadangkala terasa seperti kain-kain ini diimport dari China atau Jepun. Tidak kurang juga terdapat warna-warna kontras yang berlawanan dengan konsep penciptaan sebenarnya.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

Penciptaan batik yang berupa kain sarung dan batik belit lebih melihatkan identiti orang Melayu terutama melalui motif-motif tumbuhan, unggas dan serangga di samping motid geometri seperti parang rosak, swastika atau pucuk rebung. Oleh itu motif-motif seperti ini sewajarnya diluaskan lagi pemciptaannya. Dari aspek pendidikan, seni tekstil ini harus mendapat tempat. Pengenalan terhadap seni ini sepatutnya dipupuk dari peringkat bawah iaitu dari sekolah rendah, menengah hinggalah ke peringkat tinggi. Untuk mengelakkan hilangnya seni ini, sistem pembelajaran dan penyelidikan haru disusun dengan teliti. Tujuan menghidupkan kembali nilai tradisi melalui motif dan reka rekabentuk dengan turut mengambil kira selera sezaman harus dilaksanakan. Hanya kesedaran serta tindakan yang wajar akan dapat menjamin kelangsungan seni tekstil Melayu di masa akan datang.

2986 patah perkataan

25 APENDIKS RUJUKAN 1 2 3 Jasiman Ahmad & Nora Samat,(2000), Seni Tekstil, Penerbit Mega Setia Emas Sdn.Bhd. Muhammad Khatib Abd Hamid,(1962) Bunga Rampau II, DBP. Panel Penulis PCT,(2007), Seni Tenunan Tekstil,Penerbitan PCT Sdn.Bhd.

HBAE2103 __________________________________________________________________________________________

4 5 6 7 8

Siti Zaiton Ismail,(1986),Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi,Dewan Bahasa dan Pustaka Zailani Yaacob & Azimah A.Samah,(2006), Pendidikan Seni Visual KBSM,Oxford Fajar Bakti. Haziyah Hussin,(2006),Motif alam dalam Batik dan songket Melayu,DBP. Songket : Satu Warisan Malaysia,(1999), Petronas. Norwani Mohd. Nawawi,(2002), Songket Malaysia, DBP

http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm http://www.docstoc.com/docs/13937689/kain-songket http://www.scribd.com/doc/20577766/Seni-Tekstil-Dan-Contoh-Tekstil-Di-Malaysia

Você também pode gostar