Você está na página 1de 3

Permainan Tradisional Lompat Getah 1.

0 Pengenalan Permainan tradisional lompat getah atau lebih dikenali sebagai zero point disesetengah tempat di Malaysia merupakan salah satu daripada permainan yang amat digemari oleh kanak-kanak.Permainan ini dinamakan lompat getah kerana bahan yang digunakan ialah getah gelang yang dijalin panjang.Kebiasaannya ia dimainkan di kawasan lapang seperti halaman rumah atau padang permainan bagi memudahkan pemain membuat lompatan. 2.0 Cara perlaksanaan Pada permulaannya, penentuan giliran bermain dilakukan. Giliran bermain bagi 3 pemain ditentukan melalui kaedah lai lai tam plom.Jika pemain terlalu ramai,dua kumpulan dibentuk dan ketua yang dipanggil ibu akan membuat undian secara ow som untuk menentukan kumpulan yang bakal bermain terlebih dahulu. Dua orang pemain pihak lawan akan berdiri memegang hujung kiri dan kanan jalinan getah yang ditegangkan seperti gambar rajah 1.Ibu akan memulakan lompatan diikuti oleh anak-anak pada aras ketinggian yang ditentukan.Tapak kaki digunakan sebagai aras awal ketinggian dan kedudukan jalinan getah ini dinaikan secara berperingkat-peringkat. Peringkat aras ketinggian jalinan getah adalah seperti berikut: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. Aras tapak kaki Aras lutut Aras pinggang Aras dada Aras bahu Aras telinga Aras kepala Sejengkal diatas kepala.

3.0 Peralatan

Peralatan permainan ini terdiri daripada getah gelang yang telah dijalin panjang seperti gambar rajah 2.

Gambar rajah 2

4.0 Undang undang dan peraturan a) Pemain perlu menyebut zero point ketika membuat lompatan. b) Jika anak melanggar giliran ,semua ahli pasukan termasuk ibu akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain. c) Pemain perlu membuat lompatan tanpa menyentuh jalinan getah bagi lompatan dari aras tapak kaki dan lutut. d) Bermula dari aras pinggang ke sejengkal diatas kepala, pemain dibenarkan membuat lompatan dengan menyentuh getah tetapi perlu melepasi getah.Lihat gambar rajah 2. e) Permainan akan terbatal atau mati apabila ibu tidak berjaya membuat lompatan. f) Jika terdapat lebih daripada seorang pemain melepasi paras terakhir, pemain tersebut perlu melompat getah dengan cara pemegang getah memusingkan getah dari atas ke bawah.Pemain yang membuat lompatan terbanyak dikira sebagai pemenang.

Gambar rajah 1

Gambar rajah 3

Você também pode gostar