Você está na página 1de 2

PERATURAN PERMAINAN TA YA NUN (TUJU TIN)

1. Permainan memerlukan pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Pastikan bilangan ahli bagi kedua-dua kumpulan ialah sama. 2. Kumpulan pertama ialah penyerang manakala kumpulan kedua pula ialah pertahanan. 3. Semasa bermain, kumpulan penyerang akan berada di luar kawasan permainan iaitu di kiri dan kanan kawasan. Kawasan hadapan dan belakang adalah dilarang untuk pihak penyerang. 4. Bilangan penyerang yang berada di kanan dan kiri bergantung kepada strategi dan kreativiti kumpulan penyerang. 5. Kumpulan pertahanan pula hendaklah berada di dalam kawasan permainan. 6. Di dalam kawasan memanah, seorang pemain pertahanan akan menggunakan panah sakti yang disediakan bagi menjatuhkan tin yang berada di hadapan kawasan permainan. 7. Bilangan percubaan bagi seseorang pemain pertahanan untuk memanah tin adalah sebanyak 3 kali sahaja. Sekiranya gagal, tukar dengan rakan sekumpulan yang lain. 8. Setiap kiri dan kanan kawasan akan diberikan sebiji bola. Oleh itu, terdapat 2 biji bola yang akan digunakan dalam permainan ini. 9. Setelah pihak pertahanan berjaya menjatuhkan tin, pihak pertahanan akan berlari dan berusaha mengambil tin yang jatuh tersebut untuk dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan di hadapan kawasan permainan. 10. Manakala kumpulan penyerang pula berusaha untuk mematikan pihak pertahanan dengan melontar bola-bola yang diberikan supaya mengenai badan pihak pertahanan. 11. Lontaran tidak boleh dilakukan semasa di dalam kawasan permainan tetapi hendaklah dilakukan semasa berada di kanan atau kiri kawasan permainan. 12. Lontaran bola yang dikenakan pada pihak pertahanan dikira sah sekiranya mengenai anggota badan di bawah aras kepala. 13. Pihak pertahanan yang terkena lontaran bola dikira mati dan tidak boleh mengambil tin lagi. Sekiranya semasa pihak pertahanan terkena lontaran sambil memegang tin, tin tersebut hendaklah diletakkan semula di belakang kawasan. Tidak dikira sebagai mata sekiranya tidak sempat masuk ke dalam bakul. 14. Pertahanan yang sudah mati hendaklah keluar dari kawasan permainan. Masa yang diberikan untuk setiap pusingan ialah 3 minit sahaja. 15. Setelah masa tamat, markah akan dikira berdasarkan bilangan tin yang berjaya dimasukkan ke dalam bakul. 1 markah bagi setiap tin yang berjaya dikumpul. Markah bonus pula diberikan sekiranya terdapat ahli kumpulan yang masih hidup. 1 markah bagi setiap ahli kumpulan yang masih hidup.

Kawasan Penyerang.

Kawasan Pertahanan.
Bakul untuk mengisi tin

Kawasan tin.

Kawasan memanah.

Kawasan Penyerang.

Você também pode gostar