Você está na página 1de 20

BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1.

1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi? y Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif. Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia menerima reality hidup dunianya.

2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling. y Persamaan - Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien membuat keputusan yang bijak. Perbezaan (pendekatan yang digunakan) Bimbingan Semasa proses bimbingan, masalah klien diberikan tumpuan dan layanan yang rapi; kemudian maklumat atau nasihat dibekalkan oleh seseorang pakar (pembimbing/guru) Kaunseling Semasa proses kaunseling, masalah klien dibincangkan bersama klien dan kaunselor; Di akhir sesi diharap klien mendapat celik akar dalam mencari cara penyelesaian serta berupaya membuat keputusan yang baik.

Semasa bimbingan diberikan, klien telah pun membuat keputusan terhadap sesuatu isu; klien hanya memerlukan maklumat lanjut dan nasihat terhadap keputusannya itu. Kaunseling dijalankan dalam dua situasi: 1. Membantu klien mempertimbangkan satu-satu pilihan yang berpotensi dari pelbagai sudut sebelum membuat pilihan 2. Membantu klien mengubahsuai , mengukuh atau mengetepikan satusatu pilihan yang telah dibuat.

3) Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi. Aspek Pendekatan Kaunseling Tidak tertumpu kepada satu pendekatan khusus sahaja. Tempoh latihan singkat dan kos yang lebih murah. Kaunseling tidak bercorak terlalu akademik dan berbentuk pendidikan inklusif. Sesiapa sahaja berpeluang mengikuti kursus ini. Isu-isu masa kini untuk membantu individu berkembang dan mencapai potensi menangani isu yang timbul. Pejabat atau pusat kaunseling (bukan perubatan) Satu hingga beberapa sesi Psikoterapi Berasaskan pendekatan psikodinamik Frued, di mana salah satu fokus latihan adalah terhadap masa silam pesakit. Mengambil masa yang lama. Syarat pertama, terapis perlu menjalankan sesi bersama pesakit sebenar di bawah penyeliaan terapis berpengalaman. Syarat kedua, terapis perlu memiliki kelayakan akademik sarjana muda. Tertumpu kepada punca masa lampau berhubung dengan masalah neorosis dan psikosis yang melibatkan perubahan personaliti secara mendadak. Klinik atau hospital (bersifat perubatan) Mengambil masa yang panjang dan bertahun-tahun mengikut kes-kes tertentu.

Tempoh latihan

Fokus isu

Seting Tempoh sesi

4) Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan psikoterapi. Aspek Konsep asas Bimbingan Proses bantuan kepada individu ke arah pengetahuan, pemahaman dan kemahiran Memberi nasihat, panduan dan pengajaran kepada pelajar yang memerlukan Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi. Masa yang singkat dan ringkas Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal. Kaedah pengajaran dan nasihat Guru biasa, guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling Individu, kelompok kecil atau besar Kaunseling Proses interaksi antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kekeliruan kepada memahami diri dan persekitaran. Mengatasi dan menangani kekeliruan, kebuntuan dan kekusutan fikiran dan perasaan klien Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, pejabat, kilang dll. Satu hingga lapan sesi Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal. Kaedahn perbincangan dan pendidikan Guru bimbingan dan kaunseling, pakar psikologi kaunseling Individu, kelompok kecil Psikoterapi Proses rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar kepada pesakit ke arah perubahan persepsi terhadap dunia realiti Memulihkan kekeliruan, kecelaruan mental dan emosi dalam pembentukan semula jiwa. Hospital, klinik, pusat perubatan. Lebih daripada 6 bulan Masalah neorosis dan psikosis

Matlamat

Seting

Tempoh Jenis masalah

Kaedah Pihak profesional Sasaran

Kaedah rawatan Pakar psikologi kaunseling klinikal psikatris, psikoanalisis Individu yang mengalami masalah psikologi

1.2

MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5) Apakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?


1.Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yg lebih produktif &memuaskan 2. Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubugan yg positif dgn org lain 3. Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dlm kesulitan 4. Membantu klien membuat keputusan dengan rasional 5. Membantu klien berkembang secara positif Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di litar perlumbaan motosikal Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri & tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari. Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya. Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita dgn ibu bapanya.

1.3

PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

6) Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling. Kandungan 1. Bimbingan dan Kaunseling adalah suatu proses pendidikan yang terancang dan berterusan Huraian Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah. Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di negara kita. Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum dalam perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan semua golongan kanak-kanak, mahupun bijak, sederhana atau lemah. Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hendaklah terhad kepada waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis yang memerlukan bantuan serta merta. Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan masing-masing. Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu kanakkanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan diteruskan sehingga masa depan.

2. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak

3. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukan

4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bagi mengembangkan potensi dan kebolehan mereka. 5. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan masa hadapan.

6. Bimbingan dan kaunseling dapat membantu kanak-kanak memahami diri dan orang lain.

7. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama

Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif dan menunggu arahan daripada guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan matlamat hidup, di samping berupaya untuk memilih serta merancang hidup mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing. Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guruguru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.

1.4

KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7) Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar. 1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai kemahiran disiplin diri. 2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif. 3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran. 4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang. 5. Membantu membentuk iklim bilik darjah. 6. Memotivasikan murid. 7. Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya

BAB 2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.1 JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Inventori, taksiran dan rekod Bimbingan Kaunseling Penempatan dan tindakan susulan Konsultasi dan rujukan Penilaian

2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod. Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara keseluruhan, dan klien secara spesifik. Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas. Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif. Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sistematik dan berkesan. Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling. 3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid. Teknik Ujian Teknik Bukan Ujian 1. Ujian Kecerdasan 1. Soal Selidik Untuk menguji IQ murid Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar untuk mendapatkan maklumat seperti butir diri. 2. Ujian Minat 2. Pemerhatian Untuk mengetahui minat murid Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek terhadap sesuatu aktiviti. kognitif, afektif dan psikomotor. 3. Ujian Personaliti 3. Kajian dokumen utama dan sekunder Untuk mengetahui aspek bukan kognitif Mengandungi kajian dokumen utama (autobiografi, seperti motivasi dan afektif. anekdot, kad kumulatif) dan kajian dokumen sekunder Contoh: The survey of Personal Values (biografi, laporan guru, senarai semak) (SPV) 4. Ujian Saringan 4. Rekod anekdot Untuk mengasingkan merid-murid Laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu cerdas dengan kurang cerdas. kajian atau peristiwa oleh guru atau kaunselor. 5. Ujian Diagnostik 5. Sosiometri Untuk mengesan punca kelemahan Kaedah penelitian bertujuan memerhati hubungan pembelajaran murid sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam kumpulan mereka.

4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Jenis Rekod 1. Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kandungan Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Laporan aktiviti harian Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok Anggaran pembelanjaan program yang dirancang Masa perkhidmatan diberikan Nombor rujukan klien Jantina dan bangsa klien Jenis kes bimbingan dan kaunseling Masa aktiviti Bidang aktiviti Objektif aktiviti Jenis aktiviti Kumpulan sasaran

y y y y

2. Rekod sesi Bimbingan dan Kaunseling

3. Rekod Program Bimbingan dan Kaunseling

y y y y y y y y y y

5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam perkhidmatan BIMBINGAN di sekolah. 1. Perkembangan peribadi dan sosial 2. Perkembangan akademik 3. Perkembangan kerjaya 6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah. 1. Sukarela 2. Dijemput 3. Dirujuk

7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori SUKARELA/DIJEMPUT/ DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING. Klien yang datang Sukarela I) Isi borang temujanji (Permohonan Mendapatkan Khidmat Kaunseling) II) Serahkan borang kepada guru BK III) Dapatkan surat kebenaran (Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas) IV) Sesi dijalankan 8) Klien yang dijemput Guru BK mengisi Borang Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok III) Sesi dijalankan I) Klien yang dirujuk Guru BK mengisi Borang Rujukan Perkhidmatan Kaunseling II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok III) Sesi dijalankan I)

Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN DAN TINDAKAN SUSULAN? Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain. Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan kaunseling yang releven dengan pilihan mereka. Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.

9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN RUJUKAN? Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti doktor perubatan, psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat. 10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan Bimbingan di sekolah. Jenis Penilaian 1. Penilaian Personalia Penerangan Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan. Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti: - bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis; - bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok; - bilangan konferens ibubapa; bilangan panggilan telefon kepada ibubapa/penjaga atau agensi luar. Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah ditetapkan.

2. Penilaian Program

3. Penilaian hasil

Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik boleh digunakan. Contohnya: - skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-kanak; - temubual dijalankan secara rawak dengan guru-guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan; dan sebagainya Jenis penilaian ini menjawab soalan, Sejauh manakah impak program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik mereka?" Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan dari segi: kehadiran murid, - markah dan gred, skor pencapaian, dan - tingkah laku dalam bilik darjah kadar penurunan kes disiplin, dan sebagainya.

6.1

JENIS KAUNSELING

11) Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K di sekolah. Kaunseling Krisis / Pemulihan Kaunseling Penyediaan Kemudahan Kaunseling Pencegahan Kaunseling Perkembangan y Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan mencedera, percubaan bunuh orang/diri, masalah mental, penyalahgunaan dadah. y Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan berkaitan kokurikulum & kurikulum. y Pendekatan untuk mencegah/menyekat kemungkinan berlaku aktiviti-aktiviti yang tak diingini seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tak bermoral. y Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya bentuk personaliti & konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi yang lebih baik.

6.3 ETIKA KAUNSELOR 12) Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor Prinsip Penjelasan Autonomi y Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau (Autonomy) bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling. Kemurahan Hati y Berbuat baik kepada klien (Beneficience) y Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil kaunseling. Tidak Berniat Jahat y Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau (Nonmaleficience) memudaratkan klien atau orang lain Keadilan y Membekalkan akses atau layanan yang sama dan asil kepada (Justice) semua kanak-kanak Kejujuran y Bersifat jujur dan ikhlas; (Vedelity) y Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klien y Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.

13) Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling.

A. Tanggungjawab terhadap klien

B. Tanggungjawab terhadap Rakan Profesional

y y y y y y

C. Tanggungjawab terhadap masyarakat

y y

D. Tanggungjawab terhadap organisasi & majikan

y y y

mengutamakan kepentingan klien menghormati privasi klien Memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien. Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur kerahsiaan. Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan profesional Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika. Memahami & menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana beliau berkhidmat Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut. Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn organisasi tempat beliau berkhidmat. Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya. Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling membantu klien menjaga kesejahteraan keseluruhan individu. Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan? 1. Kesihatan Fizikal 2. Keperluan Sosial 3. Kesihatan Mental 4. Keperluan Emosi 5. Keperluan Rohani - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan tabiat positif dan gaya hidup sihat - perhubungan individu dengan orang lain seperti hubungan keluarga persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan. - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya lebih rasional dalam menyelesaikan masalah. - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat menyatakan masalah dan perasaannya terhadap kehidupan. - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan dan ajaran agama.

15) Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif berfungsi Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang terbatas kefungsiannya. 5. Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal. 6. Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya. 1. 2. 3. 4.

BAB 3 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING 3.1 MENGUMPUL MAKLUMAT MURID

1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam mengumpul maklumat murid. Peranan Guru 1. Mengumpul maklumat pelajar Huraian Guru bimbingan perlu manjalankan kerja pentadbiran termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan rekod, surat-menyurat, penubuhan dan pengelolaan kelab bimbingan atau kelab kerjaya dan melaporkan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir. Di antara pengurusan yang boleh dibuat: y Perancangan Guru bimbingan merancang program di sekolahnya. y Pengelolaan Menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program tersebut y Penentuan halatuju Menentukan halatuju dan perlu melaksanakan perancangan, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan. y Menilai Menilai keberkesanan program mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan seterusnya. Guru bimbingan membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu. Guru bimbingan harus mewujudkan satu kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar berkaitan perkembangan pelajar sama ada dari segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum. Guru bimbingan bertanggungjawab untuk menangani kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan program. Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan melakukan kerja dengan baik.

2. Mengurus program bimbingan dan kaunseling

3. Mengenalpasti pelajar bermasalah dari segi disiplin 4. Menjadi perunding di antara pihak sekolah dengan ibu bapa. 5. Mengesan masalah akademik pelajar 6. Memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan baik

2) Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan oleh guru biasa menggunakan Teknik Ujian? Jenis Ujian 1. Ujian Pencapaian Tujuan Contoh/Aspek y Mengukur apa yang diketahui y Tahap pembelajaran oleh kanak-kanak berhubung (tinggi, sederhana, rendah) dengan satu-satu mata pelajaran. y Kadar Pembelajaran (cepat, sederhana lembab) y Untuk mengenalpasti potensi kanak-kanak yang mengalami y Perbandingan pencapaian antara masalah pembelajaran kanak-kanak lain y Ramalan mengenai mutu pembelajaran masa depan

2. Ujian Aptitud

y Ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang untuk mencapai kejayaan dalam satusatu bidang tertentu. y Untuk mengukur kebolehan pembelajaran seseorang 3. Inventori Minat y Untuk memperoleh profil awal Kerjaya satu kumpulan kanak-kanak yang boleh digunakan sebagai bahan perbincangan dalam sesi kaunseling individu. y Menentukan minat terhadap satu-satu bidang atau kerjaya. 4. Inventori y Mengdiagnosis masalah emosi Personaliti yang sedang dialami

5. Ujian Sikap

y Menentukan fikiran atau tindak balas semula jadi terhadapo sesuatu onjek, peristiwa, dan jenis tingkahlaku seseoarnag atau kelompok.

y Bateri Ujian (penakulan verbal, kebolehan makanikal, kefasihan bahasa) y Scholastic Aptitude Test (SAT) (skor sebagai satu criteria untuk ke university/kolej) y Strong-Campbell Interest Inventory (SCII) y Self-directed search (SDS) y Ohio Vocational Interest Survey (OVIS) y Kuder Occupational Interest Survey (KOIS) y Bersifat objektif dan merangkumi aspek: - Konsep kendiri - Penyesuaian social - Gaya penyelesaian - Masalah y Bersifat subjektif dan tidak berstruktur - Teknik projektif - Draw-a-person Test - Thermatic Acerception Test (TAT) y

3.2

MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK

3) Apakah MASALAH yang dihadapi oleh kanak-kanak? 1. Konflik Interpersonal Konflik yang belaku dengan orang lain 2. Konflik Intrapersonal Konflik dalam diri 3. Kurang pengetahuan tentang diri sendiri Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri. 4. Kurang informasi tentang persekitaran Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah 5. Kurang Kemahiran Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah laku yang asertif.

4) Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah? Faktor Faktor Pengajaran dan Pembelajaran Faktor peribadi Penjelasan Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan kurikulum Pedagogi pengajaran guru lemah Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar Masalah kemiskinan dan kewangan Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran Hilang minat Masalah kritik kendiri, helah bela diri Masalah komunikasi Factor warisan kelahiran tidak normal Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak akibat kurang zat makanan Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira, Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan masalah Masalah pengurusan diri Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat anggota dan seumpamanya. Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut, penggeli, dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan skizifrenia.

Faktor mental

Faktor fizikal

Faktor psikologi

5) Bagaimanakah KESILAPAN PEMIKIRAN berlaku? 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Pemikiran yang rigid Overgeneralization Mind reading Alas an berdasarkan emosi Menolak perkara positif Meramal Menyalahkan diri sendiri Mesti harus Buat perbandingan Menjadi pilihan. - melihat sesuatu situasi hanya dalam 2D - melihat sesuatu peristiwa secara umum - percaya dia tahu apa yang orang lain fikir tentang dirinya - mengandai perasaan / tindak balas emosi menggambarkan situasi sebenar - tidak menerima pengalaman positif hanya kerana pandangan negatif - menjangka situasi masa depan adalah negatif - menganggap diri sendiri adalah punca negatif

BAB 4 TEORI-TEORI KAUNSELING PERBANDINGAN TEORI-TEORI KAUNSELING Sifat Semula Jadi Manusia y Sikap, kebiasaan, tabiat ditentukan olh t/laku ssuatu organisma. y Perkembangan personaliti ditentukan olh pengalaman & interaksi individu & persekitarannya y Individu berbeza disebabkan perbezaan pengalamannya. t/laku dipengaruhi olh rangsanagn prsekitaran y Personaliti individu terbentuk dsebabkan olh peneguhan2 ug diterima sama ada +ve / -ve. Sikap diubah dgn cara melemah / menahan peneguhan @ proses pelupusan Konsep Utama / Matlamat y Ssuatu t/laku blh ditiru dgn cara pemerhatian & peneguhan. y Individu bermasalah apabila melakukan t/laku yg menyeleweng di dlm masyarakat y Teori ini menyediakan keadaan persekitaran agar sgl t/laku yg x sesuai blh diahpuskan & membimbing klien menguasaai t/laku baru yg sesuai bg mneggantikan t/laku yg x sesuai Matlamat y Menyediakan keadaan2 & persekitaran agar apa jua t/laku yg x sesuai blh dihapuakan & klien akn diajar menguasai t/laku yg baru yg sesuai y Klien hendaklah memilih t/laku baru yg dikehendakinya, matlamat nak dicapainya. Teknik / Proses Proses y Definisi masalah y Perkembangan sejarah sosial y Menyatakan matlamat t/laku y Strategi mengubah t/laku Teknik y Latihan istirehat y Penghapusan deria scr bersistem y Terapi implosive y Teknik terapi yg menyakitkan / oversif y Token ekonomi y Teknik2 kognitif Peranan Kaunselor Peranan Klien y Sbg pakar, sorg guru yg aktif y Harus komited kpd startegi kerana mempunyai & tatacara terapi tingkah kemahiran saintifik yg blh laku digunakan bg mengubti y Haru smmepunyai motivasi maslaah2 kaunseling utk mengubah apa juga y Hendaklah amhir dgn semua t/laku yg lazim. teknik yg digunakan dlm y Sedia melakukan apa yg teori t/laku dipersetujui dr percubaaan2 terapi. y harus mpunyai orientasi yg baik ke arah oenyelidikan & statistik agar ia dpt melaksanakan penilaian dgn objektif

TEORI MODIFIKASI TINGKAH LAKU

TEORI PEMUSATAN INSAN

y Msia adalah baik & blh dipercayai y Manusia blh dipercayai berdasarkan konsep positif y t/laku manusia terhasil dr dlm diri individu tiu sndr. Ia sndr mbuat pilihan tgkh laku y menerima manusia tanpa syarat (no judgement) y konsep kendiri terbentuk dr: positive regard dr org lain - Penerimaan kendiri +ve rasa dihormati, diterima, mesra - Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri y t/laku dilihat dr sudut persepsi.

Teknik y Berkonsep psikologi y Batu klien tumpukan kpd kemanusiaan (humanistic) perasaan klien sndr y Tumpuan kpd keupayaan kaunselor utk mbina hbgn y Beri suasana teraputik kpd y Perassan itu dibias spy klien memudah cara: klien untuk merasai dirinya dpt mendengar & dpt - Refleksi perasaan sndr melihat masalahnya - Menggalakkan klien y Meneylesaikan isu masa kini y Menggalakkan luahan mnyatakan mslh scr perasaan yg me,bawa kpd y Menerima diri secara +ve terbuka celik akal. y Lebih realistik - Perhubungan penuh y Lebih matang kemesraan & kefahaman Matlamat - Kaunselor letak t/jwb pd y Klien akn mjadi lbh realistik, stp tindakan, pemikiran objektif, & lebih tepat dlm & buat keputusan tanggapannya & lebih - Toleransi berkesan dlm penyelesaian Proses masalahnya. y Klien buat keputusan perlukan kaunselor y Kaunselor jelaskan apa yg berlaku dlm sesi kaunseling y Kanselor tlg klien nyatakan perasaan y Kaunselor x buat penilaian tp terima perasaan klien y Susuli pernyatan VE ialah kemunculan perasaan +ve yg menunjukkan perkembangan y Kaunselor terima aspek kendiri yg baik & krg baik y Klien faham pilihan yg ada & kaunselor tlg klien menilai & faham pilihan2 yg ada y Klien mampu buat pilihan & ambil tindakan y Klien sedia menamatkan sesi

y Klien perlu meluahkan perasaan scr lisna y Klien tumpukan pd diri dulu, baru lain & dunia persekitarannya y Klien yg berada dlm keadaan x kongruen persepsi x sama dgn pengalaman perlu mengurangkan ketegangan agr diri kongruen dn persekitaran.#

TERI RASIONAL EMOTIF TERAPI

y Insan dilahirkan dgn potensi utk bersifat rasional. Insan mampu memilih yg baik / jahat, yg slaah / betul y Msia mempunyai kecenderungan s/jadi utk memelihara diri, mengasihi & berkomunikasi dgn org lain. y Msia sndr yg menyebabkan timbul masalah, & maslah itu bkn dtg dr luar.

Konsep / Prinsip y A Peristiwa, fakta, t/laku yg y A (avent) peristiwa dialami olh klien y B (believe system) y B Sistem kepercaaan Sistem kepercayaan yg y C (consequence) emosi dianuti y D (dispute) cabaran / Hujah y C y E (New Emotion) Emosi yg lahir dr penilaian A Emosi Normal dan B y D Matlamat Strategi g digunaka utk y Membantu klien berhujah, mencabar 7 memperkembangkan membetulkan sistem pemikiran yg rasional & kepercayaan yg x rasional logikal dgn menggalakkan y E mereka memikir & Individuyg tlh jd normal memahami pemikiran x akibat dr penilaian semula rasional yg diwarisi masa yg rasional & +ve lalu sbg punca utama yg membawa kpd masalah psikologikal masa kini

y Perlu ada satu sistem bg y Klien lbh kpd pelajar yg ingin membuktikan sistem mempelajari ssuatu drp kepercayaan yg x rasional kaunselor klien sering dipengaruhi oleh y Klien x perlu cerita cerita mesti sepatutnya harus lampau, ttp perlu berbicara ttg keadaan masa kini dr sg y Mencabar klien & pemikiran mengarahnya utk melinbat altiviti2 yg mencabar y Klien harus menyedari & kepercayaan yg x rasional mengenali sistem yg x rasional yg wujud dlm diri yg y Menunjukkan kpd klien bhw mengganggu emosi & masalahnya disebabkan olh kepercayaannya klien sndr yg sntiasa percaya dgn kepercayaan x logik y Mencabar klien menggubal pemikiran yg x rasional & menghindar drp mnjadi mangsa y Kaunselor bersikap mengarah

BAB 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 5.1 TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING

1) Senaraikan TAHAP-TAHAP dalam proses kaunseling 1. Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan agar klien berasa selesa dan membina sifat kepercayaannya terhadap kaunselor 2. Tahap Penerokaan - kaunselor perlu bersama-sama menerokai, memahami dan menganalisis permasalahan klien. 3. Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk menentukan matlamat dan menentukan pendekatan dan srategi untuk capai matlamat 4. Tahap Pelaksanaan - Kaunselor membimbing dan membantu klien untuk berfungsi dengan lebih efektif. 5. Tahap Penamatan Sesi - Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien untuk sesi ditamatkan. Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor dan klien. 2) TAHAP MEMBINA HUBUNGAN Apakah TUGAS Kaunselor ? 1. Mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan (selamat, mesra, selesa, wujud minat dan hormat perasaan klien) 2. Menentukan matlamat awal kaunseling (Kaunselor dank lien bersama-sama menentukan dan menyetujui matlamat yang hendak dicapai ) 3. Menstruktur hubungan (menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi: konsep kaunseling, proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek kerahsiaan) 4. Membina kepercayaan (kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri penekanan pada aspek kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor, ada tat etika kaunselor yang tinggi) 3) TAHAP PENEROKAAN Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami masalah klien? 1. Skop permasalahan y Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah masalah yang sebenarnya y Mengenalpasti konteks dan persekitaran permasalahan yang berlaku y Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang yang signifikan dengan klien y Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal, fisiologikal dan sosial dengan baik y Berfungsi pada aras yang sesuai y Mempunyai perhubungan yang positif dengan orang yang signifikan y Dapat melalui konflik, dan cabaran hidup dengan berkesan

2. Tahap Kefungsian Klien

3. Memahami Corak Klien Berfikir dan Bertindak

y Apakah klien berani mengambil risiko dalam permasalahan yang lepas mahupun pada masa akan datang? y Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah klien pada masa lalu? 4. Memahami Kekuatan y Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada pada klien Klien y Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk menangani masalah yang dihadapi. 4) TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN Nyatakan FAKTOR yang boleh mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling? 1. Faktor Klien y y y y y y y y y y y y Jenis permasalahan klien Cara gaya klien menghadapi masalah Demografi klien Tret personality klien Budaya dan latar belakang klien Pengalaman dan pengetahuan kaunseling Aras kognitif Aras kemahiran komunikasi Prinsip dan pegangan teori Tempat Suasana Keadaan

2. Faktor Kaunselor

3. Faktor Persekitaran

5) TAHAP PELAKSANAAN. Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling? 1. Orang yang signifikan y y 2. Sumber lain yang y signifikan y y 3. Risalah dan artikel y yang berkaitan y 4. Pengalaman dan pengetahuan kaunselor Orang yang banyak mempengaruhi klien Jika perlu mereka ini dilibatkan Institusi lain sebagai sumber bantuan Institusi lain sebagai sumber rujukan Bantuan dari segi kepakaran dan kemahiran Klien didedahkan kepada artikel dan bahan bacaan tentang kaunseling Klien didedahkan kepada artikel atau buku berkaitan dengan hubungan menolong. y Mendalami ilmu, kemahiran dan kepakaran y Mengkaji dan meneliti kaedah dan strategi y Mendapatkan maklumat

6) Apakah KEMAHIRAN ASAS yang penting dalam kaunseling 1. Kemahiran melayan 2. Kemahiran mendengar 3. Kemahiran memerhati 4. Kemahiran menyoal 5. Kemahiran member respon 6. Kemahiran merumus 7. Kemahiran merefleksi 8. Kemahiran konfrontasi 9. Kemahiran memprafasa

7) Huraikan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor. 1. Kemahiran menyoal Fungsi: Soalan Terbuka a. Untuk mendapatkan maklumat awal b. Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas c. Membantu menerangkan dengan lebih terperinci tentang sesuatu d. Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih khusus e. Klien bebas member jawapan f. Menggalakkan klien berkonsi maklumat Soalan Tertutup a. Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas b. Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja c. Kurang memberikan refleksi kepada klien Tujuan: Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea membuat seseorang berucap, membuat refleksi. Kepentingan: a. Memberi peluang kepada klien melihat perasaan, sikap, nilai dan perbuatannya sendiri b. Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan memberi respon c. Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata d. Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali dan memproses apa yang telah dibincangkan sebelum itu e. Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara yang difikirkan oleh klien. f. Kesenyapan itu penting untuk perhubungan Kepentingan: a. Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersama-sama klien b. Mendengar secara aktif dan dapat member maklum balas dengan tepat c. Mendengar dengan teliti d. Dapat member tafsiran yang tepat e. Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat f. Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya diberi keutamaan Maksud: Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang dicakapkan dengan menggunakan perkataan kaunselor sendiri sebagai tanda kaunselor telah mendengar dengan teliti. Kepentingan: a. Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat menandakan kaunselor mendengar dengan teliti b. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih lanjut c. Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih jelas d. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor memahaminya. e. Menyemak persepsi. Contoh: Klien: Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya bertubi-tubi seolah-oleh saya melakukan kesalahan Kaunselor: Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh .

2. Kesenyapan

3. Kemahiran mendengar

4. Kemahiran prafasa

5. Kemahiran merefleksi

Merefleksi Perasaan: a. Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami oleh klien mengikut persepsi kaunselor b. Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika itu c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor memahami perasaanya d. Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan perasaan Klien: Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan kawan saya. Dia tidak adil, Kaunselor: Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian rakan anda? Merefleksi Isi: a. Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah dibincangkan b. Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang dinyatakan oleh klien. c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti jalan cerita atau perkara yang dinyatakan. d. Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam lagi. Klien: Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau tidak sanggap mengikut saya berpindah ke tempat lain Kaunselor: nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan beliau tidak dipaksa untuk berpindah . a. Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang perkara yang telah dibincangkan b. Bertujuan untuk menyemak apa yang telah dibincangkan c. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti dan memahami apa yang dialami oleh klien. d. Mengimbas kembali perkara penting yang telah dibincangkan e. Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan oleh klien. f. Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.

6. Kemahiran merumus

5.2 5.3

KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN

8) Nyatakan JENIS-JENIS dan CONTOH-CONTOH perlakuan BUKAN LISAN. 1. Anggota Badan a. Mata: (berlinang, terkelip-kelip, sayu, besinar, kuyu, lelap) b. Penumpuan Mata: (jeling, pandang ke bawah, liar tidak bertentang mata) c. Cara Duduk: (bersedia, menyandar,tegak,bertenaga, bergoyang) d. Riak Air Muka: (ceria, senyum ketawa, gigit bibir, masam, manis) e. Gerakan Badan dan Tangan: (menggeliat, mendepakan tangan, menggaru, menggosok) a. Kelajuan percakapan: (laju, sederhana, perlahan) b. Nada: (tinggi, sederhana, rendah) c. Bahasa: (kasar, halus, slaga, teratur)

2. Nada Suara

3. Persekitaran

a. Jarak: (jauh, sederhana, rapat) b. Keadaan dan kedudukan fizikal: (kemas, bersepah,teratur,bersih,ceria, berabuk, tersusun) c. Pakaian: (menjolok mata, kemas teliti, bergaya, bersih, kotor, mahal)

9) Bagaimanakan untuk MENTAFSIR perlakuan BUKAN LISAN? 1. Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan, pemikiran dan motif klien 2. Tafsiran tidaklah muktamad 3. Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang diri klien 4. Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak selaras dengan apa yang dilihat 5. Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan rasa empati terhadap klien. 6. Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong. 10) Bagaimanakah seorang kaunselor menunjukkan perlakuan BUKAN LISAN? 1. 2. 3. 4. 5. 6. 5.4 5.5 5.6 Fokus mata Kedudukan badan menunjukkan penerimaan Menghadap klien atau kedudukan sisi Badan condong ke hadapan Riak air muka kea rah kemesraan Tenang KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH KEMAHIRAN MELAKSANAKAN INTERVENSI

Você também pode gostar