Você está na página 1de 2

3.

Analisis Bahasa Tidak Sopan Bahasa tidak sopan berkait dengan penggunaan perkataan (bahasa) yang boleh menimbulkan sakit hati, marah atau lebih tepat bahasa yang boleh menyinggung perasaan orang yang dilawan berbicara. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, terdapat pelbagai bahasa dan budaya. Bahasa dapat mempengaruhi budaya. Begitu juga sebaliknya, budaya boleh mempengaruhi bahasa. Dikatakan tahu bahasa tidak semestinya tahu budaya. Namun, tahu bahasa harus tahu budaya, kerana jika kita tidak tahu budaya tapi hanya tahu bahasa kemungkinan besar bahasa(perkataan) yang kita gunakan dalam kalangan masyarakat yang kita belum kenal budayanya akan menimbulkan salah faham atau salah pengertian. Terdapat beberapa jenis bahasa tidak sopan . Antaranya ialah bahasa sindiran, bahasa kasar, kesalahan penggunaan kata panggilan hormat dan penggunaan kata ganti nama,penggunaan bahasa terlalu singkat dan bahasa rojak atau bahasa slanga. 3.1 Bahasa sindiran Bahasa sindiran ialah bahasa atau perkataan yang digunakan untuk mengeji, mencela atau mengata seseorang. Lazimnya, bahasa sindiran tidak disebut secara tepat kepada orang yang dituju. Ia dilakukan secara berkias-kias kepada perkara lain kerana enggan berterus terang. Contoh: i. Hai, sekejap sahaja dah berehat ? (sindiran ditujukan kepada sesorang yang cepat letih dan berhenti daripada melakukan sesuatu pekerjaan) ii. Tua tak sedar diri, rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, tapi masih macam orang muda. (sindiran dituju kepada orang dewasa/tua yang masih tidak sedar akan usianya yang sudah lanjut) 3.2 Bahasa kasar Bahasa kasar ialah bahasa yang dihamburkan mengikut perasaan biasanya ketika marah. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar yang sering diujarkan. Contoh bahasa kasar ialah seperti bangang, bodoh, tak berotak, anak haram, anak babi, bahlol, baghal, celaka, jahanam dan sebagainya. Kesan penggunaan bahasa kasar kepada seseorang adalah subjektif kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di tempat tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di

tempat lain. Contohnya, perkataan celaka dianggap biasa di Melaka tetapi dianggap kesat di Selangor. 3.3 Kesalahan penggunaan kata panggilan hormat dan penggunaan kata ganti nama Perbezaan budaya bagi sesuatu tempat turut mempengaruhi makna dalam kata panggilan. Di Sarawak misalnya, kata ganti nama aku digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Kanak-kanak membahasakan dirinyaaku dengan orang tua dan begitulah sebaliknya. Namun begitu, kata ganti aku dalam konteks masyarakat di Semanjung hanya digunakan dengan rakan sebaya yang akrab dan tidak dengan orang yang lebih tua. Contoh lain ialah penggunaan kata ibu dan bapak di Malaysia merujuk kepada lelaki dan perempuan yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Manakala di Indonesia pula, bapak dan ibu digunakan untuk menyapa seseorang di dalam situasi rasmi yang bermaksud encik (bapak) dan puan (ibu). 3.4 Penggunaan bahasa yang singkat Bahasa yang digunakan dalam sms, memo, surat dan laporan yang terlalu singkat serta tidak kena pada tempatnya boleh menimbulkan salah faham penerimanya kerana mereka tidak memahami bahasa atau perkataan tersebut. Situsai seperti ini menggambarkan seolah-olah pengirim tidak menghormati perasaan penerimanya. Fenomena bahasa sms ini sering digunakan dalam telefon bimbit dan juga semasa bersembang dalam internet. Contoh : 3.5 Makna leksikal dalam silang budaya Terdapat beberapa perkataan

Você também pode gostar