Você está na página 1de 13

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

1.0

Pengenalan Guru merupakan insan yang berperanan mendidik, memperbaiki akhlak dan mengajar

kita dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat serta nasihat-nasihat yang berguna semata-mata untuk memastikan keseimbangan ilmu itu di kalangan murid-murid berterusan sehingga dapat dicernakan ia dalam bentuk tindakan dan amal yang baik. Bahkan kadang-kadang dalm situasi tertentu martabat seseorang guru itu diangkat dan diberi keutamaan seperti ibu bapa. Guru juga merupakan individu yang bertanggungjawab untuk merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan manusia yang sempurna dari semua aspek jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, tugas guru bukanlah semata-mata untuk mencurahkan ilmu kepada para pelajar sahaja malah ia lebih daripada itu. Guru berperanan untuk mendidik, mentarbiah dan mebimbing para pelajar bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara Malaysia. Menurut Islam pula guru boleh diistilahkan sebagai murabbi, muallim dan muaddib. Ia menjelaskan bahawa perana guru sebagai agen perubahan perubahan akhlak dan pembangunan. Dalam slam juga istilah-istilah yang jelaskan peranan-peranan guru adalah sebagai motivasi kepada para guru dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik dan agen perubahan di dalam masyarakat. Dengan itu, guru perlu memiliki kekuatan untuk mempraktikkan peranan dan tanggungjawab kepada seluruh masyarakat umumnya dan kepada umat Islam khasnya.

2.0

Tiga Fadhilat mengapa kita perlu menghormti guru. Hujah tersebut hendaklah disokong dengan dalil Al-Quran dan Hadis. Setiap insan yang telah mencurahkan ilmu dan mengajar sesuatu yang tidak diketahui,

boleh dikategorikan sebgai guru. Sebagai pelajar pula, guru merupakan sumber ilmu yang perlu dihornati dan dihargai.. Sesungguhnya di dalam ajaran Agama Islam, menghormati guru mempunyai banyak fadhilat dan kebaikan. Antaranya ialah:

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

2.1

Mendapat Keberkatan Ilmu Guru merupakan insan mulia yang telah mengajarkan sesuatu yang kita tidak ketahui dan mencurahkan ilmu serta membimbing kita ke jalan yang benar. Peranan dan tanggungjawab guru bukanlah satu peranan yang mudah untuk dilaksanakan. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, menghormti guru membolehkan murid tersebut mendapat keberkatan ilmu. Mendapat keberkatan ilmu adalah impian setiap pelajar supaya dia benar-benar beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam juga amat mementingkan keberkatan dalam menuntut ilmu kerana ia mampu memberikan kejayaan, kebahagiaan, kekuatan, kecemerlangan dan keredhaan Allah SWT kepada sesiapa yang memperolehinya. Melalui keberkatan ini jugalah akan datangnya ketenangan dalam menuntut dan seterusnya memperolehi kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat. Allah SWT telah berfirman :


Yang bermaksud: dan sekiranya penduduk negeri (manusia) beriman dan bertaqwa, nescaya kami buka pintu keberkatan dari langit dan bumi. Surah Al-Aaraf: Ayat 96

2.2

Memperolehi Kejayaan dan kecemerlangan di Dunia dan di Akhirat Menghornati dan memuliakan guru juga akan membolehkan kita memperolehi kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat, guru merupakan manusia yang mulia dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi masyarakat dan juga Allah

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

SWT. Guru adalah manusia telah gigih dan berusaha untuk menympaikan ilmu dan mendidik pelajarnya dan adalah sewajarnya guru mendapat penghormatan tersebut. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang berkehenadakkan kejayaan dunia, hendaklah mereka mencari ilmu. Siapa yang berkehandakkan kejayaan Akhirat, hendaklah mencari ilmu, tetapi sesiapa yang berkehandakkan kejayaan di dunia dan di akhirat, hendaklah mereka mencari ilmu dunia dan akhirat.

2.3

Membentuk keperibadian dan Akhlak yang Mulia Sesuai dengan tugas dan peranan seorang guru yang bertindak sebagai agen perubahan, menghormati guru akan mampu membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri seseorang individu. Guru bukan sahaja mampu untuk mengajar pelajar sehingga mencapai kecemerlangan malah mampu mendidik dan mengasuh pelajar supaya menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak mulia. Ini boleh dilihat apabila seseorang pelajar itu memperolahi kejayaan dan

kecemerlangan. Dia bukan sahaja cemerlang dari segi akademik semata-mata malah juga kecemelangan akhlak juga adalah cermin kecemerlangan sebenar pelajar tersebut. Sebagaimana Imam At-Tabrani meriwayatkan, Rasulullah SAW telah bersabda; Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketengan dan sikap hormat serta tawadhuklah kepada orang yang mengajarimu. Melalui hadis ini, jelaslah kepada kita bahawa belajar itu bukan sahaja memperolehi ilmu malah juga akan memerolehi perubahan sikap dan kepribadian. Ini kerana ilmu itu bukan sahaja menambahkan pengetahuan malah ia mampu mengubah sifat dan sikap seseorang yang benar-benar menghayati dan mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari.

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

3.0

Cadangkan Set Induksi yang sesuai bagi topik menghormati guru beserta lampiran. Set induksi merupakan proses yang terawal dilakukan oleh seseorang guru di dalm sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu aktiviti yang sengaja dirancang bagi tujuan untuk menarik minat murid untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Selain daripada itu juga, set induki adalah bertujuan untuk meneyediakan mental, emosi dan fizikal para pelajar sebelum mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Set induksi hanya memerlukan masa yang pendek untuk dilaksanakan. Ia dilakukan sekitar dalm tempoh masa 5 mint sahaja. Set induksi perlulah satu aktiviti yang menarik, memupuk perasaan ingin tahu dan seboleh-bolehnya melibatkan semua murid yang berada di dalam kelas yang berkenaann. Set induksi juga perlu berupaya untuk meransang minat murid dengan melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor para pelajar. Bagi tajuk menghormati guru ini, guru boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang berikut: 3.1 Set Induksi 1 1. Guru memberikan sehelai kertas putih kepada setiap orang murid. 2. Guru mengarahkan murid untuk menulis sekurang-kurangnya lima cirri guru yang pling diminati oleh setiap murid dalam masa dua minit. 3. Kemudian guru memilih seorang murid untuk membaca ciri-ciri guru yang diminati tanpa menyebut nama guru tersedebut. 4. Guru meminta murid lain untuk cuba meneka guru yang telah disenaraikan cirriciri oleh murid yang telah dipilih tadi. 5. Setelah murid meneka dengan betul, guru membuat kesimpulan tentang aktiviti tersebut dan mengaitknnya dengan tajuk pelajaran yang akan dipelajari pada hari tersebut.

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

3.2

Set Induksi 2 1. Guru menunjukkan sebuah gambar salah seorang guru di sekolah. 2. Guru meminta dua orang murid untuk menceritakan serba sedikit tentang guru yang ditunjukkan dalm gambar. 3. Guru bersoal-jawab dengan murid berkaitan dengan cirri-ciri guru yang telag diceritakab oleh rakan mereka. 4. Guru mengaitkan perbincangan tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut.

4.0

Huraikan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran sebelum, semasa dan selepas dengan menggunakan kaedah lakonan dan melakonkan adab-adab

menghormati guru. Kaedah lakonan merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar perlu melakonkan watak yang diberikan dengan mengikut isi pelajaran yang akan dipelajari. Kaedah lakonan memberi peluang kepada pelajar untuk merasa sendiri pengalaman sebenar mengikut watak yang telah diberikan. Ia bukan sahaja menarik tetapi juga mampu menggabungjalinkan beberapa kemahiran seperti kemahiran lisan, memerhati dan juga kemahiran menilai di kalangan para pelajar, Kaedah lakonan juga memerlukan persediaan yang secukup bagi guru dan juga pelajar sebelum, semasa dan selepas menjalankan kaedah tersebut di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru dan pelajar juga perlulah sentiasa memberikan kerjasama untuk membolehkan lakonan tersebut berkesan dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Semasa menggunakan kaedah ini, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah mengikuti langkah-langkah berikut:

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

4.1

Sebelum sesi lakonan Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyiapakn satu rancangan pengajaran yang lengkap supaya sesi pengajaran yang hendak dijalankan berjalan dengan terancang dan berjaya. Guru juga perlu menentukan standard pembelajaran dan objektif yang hendak dicapai pada sesi pengajaran tersebut. Bagi tajuak menghormati guru, objektif yang hendak dicapai ialah: 1. Murid dapat menyebut adab terhadap guru. 2. Murid dpat mengenalpasti perbuatan yang dianggap sebagai adab menghormati guru. Guru juga perlu menentukan segala aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sesi pengajarn dan pembelajaran. Selain daripada itu juga guru telah menyediakan skrip lakonan dan memilih 5 orang murid bagi melakonkan watak-watak yang terdapat di dalam skrip. Ini bagi memastikan murid benar-benar bersedia untuk memberikan lakonan yang baik bagi memncapai objektif pengajaran dan pembelajaran tersebut. Setelah aktiviti dirancang dan memastikan ia boleh dijalankan gur perlu menyediakan peralatan yang akan digunakan seperti LCD, kerusi, meja dan peralatn yang lain supaya sesi pengajarn dan pembelajaran boleh dijalankan dengan sempurna.

4.2

Semasa Sesi Lakonan Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang telah disediakan. Guru meminta 5 orang pelajar yang telah dipilih dan diberikan skrip lakonan untuk datang ke hadapan kelas dan memberikan arahan yang seterusnya. Guru memberikan arahan yang lain kepada murid-murid yang lain. Muridmurid lain diminta untuk meliht lakonan rakan-rakan mereka. Murismurid yang menjadi penonton diberikan sehelai kertas setiap seorang

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

untuk mencatat adab-dab dengan guru yang diamalkan di dalam lakonan tersebut.

4.3

Selepas Sesi Lakonan Setelah lakonan tamat, guru memilih beberapa orang murid untuk membaca atau membantangkan adab-adab dengan guru yang ditunjukkan di dalam lakonan tersebut. Guru membuat rumusan tentang sesi lakonan dan meminta beberapa orang murid untuk menyebut semula adab-adab yang perlu ditunjukkan oleh seorang murid kepada guru. Guru memberikan murid lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.

5.0

Pada pendapat anda, bagaimanakah Rasulullah SAW berperanan sebagai guru dalam mendidik dan meyampaikan risalah dakwah kepada para sahabatnya serta masyarakat arab seluruhnya, Bincangkan.

Rasulullah SAW merupakan contoh guru yang paling tepat bagi seluruh umat manusia dan khusunya bagi umat Islam. Baginda bukan sahaja mempunyai akhlak yang mulia malah mempunyai semua sifat yang baik bagi seorang guru untuk mendidik dan membimbing manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalm usaha baginda untuk megajak dan mengajar manusia mengenal Islam, baginda telah menunjukkan pendekatan yang terbaik dan boleh dijadikan contoh kepada semua guru pada masa kini. Antaranya ialah:

5.1 Mempunyai Sifat Sebagai Pendidik Sebagai seorang guru yang mengajar umat manusia yang belum mengenal Islam pada zamannya, Rasulullah SAW merupakan seorang yang sangat sabar dan berkasih sayang di dalam mendidik umatnya. Baginda tetap sabar dalam menghadapi apa juga rintangan dan halangan yang ditempuhi sepanjang menyebarkan agama Islam sejak mula sehinggalah Islam tersebar ke seluruh dunia. Baginda tetap sabar walaupun

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

mendapat tentangan yang hebat daripada bapa saudara baginda sendiri iaitu Abu Jahal dan Abu Lahab semasa di awal dakwah Islam namun baginda tetap sabar dan terus berusaha untuk terus mengajar dan mengajak umat manusia mengenal Islam dan ajarannya. Selain daripada itu juga, Rasulullah SAW sangat menyangi sesama manusia walaupun terdapat pelbagai tomahan dan cacian yang diterima oleh baginda sepanjang menjadi Nabi dan Rasul. Baginda tidak pernah menyimpan dendam terhadap segala tohmahan yang diterima, malah baginda berdoa untuk kebaikan kerana baginda sangat sayang akan umatnya.Ini dapat dilihat semasa baginda di dalm Perang Uhud, walaupun baginda tercedera akibat peparangan dengan kaum kafir baginda tetap sempat berdoa untuk kaumnya yang jahil, sebagiamana doa baginda; Ya Allah, tunjukkanlah kaummu. Sesungguhny mereka adalah orang-orang yang tidak mengetahui (Hadith Riwayat Bukahri dan Muslim)

Dengan sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulallah SAW, baginda telah mampu melembutkan hati seseiapa sahaja dan akhirnya dengan sifat-sifat mulia tersebut baginda boleh membuka hati orang arab pada zaman tersebut untuk memeluk Islam. Oleh itu, sebagai pendidik pada masa kini sifat Rasulullah SAW ini perlulah diambil sebgai contoh dan teladan sebagai pendorong untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya di dunia dan di akhirat. Sifat mulia sebgai pendidik yang dimiliki oleh baginda mampu memikat hati sesiapa sahaja dan terbukti telah berjaya mendidik manusia ke jalan yang benar.

5.2

Berakhlak Mulia Rasulullah SAW bukan sahaja memiliki sifat seorang pendidik yang agung,

namun baginda juga memilik akhlak yang sangat mulia dan terpuji. Akhlak baginda yang terpuji mampu menjadi ikutan semua umat Islam. Antara akhlak mulia baginda ialah amanah, jujur, tawadhuk dan lain-lain lagi.

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Akhlak mulia yang dimiliki baginda bukan sahaja mampu menjadi contoh kepada umat Islam malah dengan akhlak mulia tersebut baginda mampu mendidik masyarakat supaya berakhlak mulia seperti baginda. Dengan itu, ahklak yang mulia bagi seorang guru amat penting agar ia boleh dijadikan teladan oleh para pelajar dan masyarakat di sekeliling, sebagaimana amanat Umar bin Utbah yang disampaikan kepada guru-guru yang akan mendidik anak-anaknya, iaitu; sebelum engkau mendidik dan membina anak-anakku, hendaklah engkau terlebih dahulu membentuk dan membina dirimu kerana anak-anakku nanti tertuju dan tertambat padamu. Seluruh perbuatanmu adalah baik menurut pandangan mereka. Dan apa yang engkau hentikan dan tinggalkan itu pula salah dan buruk bagi mereka.

5.3

Berpengetahuan dan bijaksana Di dalam perjuangan menegakkan Agama Islam Rasululullah SAW juga adalah

contoh guru yang bijak dan berpengetahuan. Baginda mempunyai kecerdikan semulajadi yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Kebijaksaan baginda telah dibuktikan sebelum bagind menjadi rasul lgi. Ini dapat dilihat melalui kebijaksaan baginda di dalam menyelesaikan masalah perletakan Hajarul Aswad di kalangan kaum-kaum Arab yang bertelingkah. Dengan kebijaksaan baginda, baginda telah dapat menyeleaikan masalah terebut dengan cara yang bijaksana dan adil. Kebijaksaan baginda itu terserlah secara semulajadi. Baginda juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelbagai ilmu termasuklah peperangan, politik,ekonomi dan sebgainya. Ini dapat dilihat apabila baginda boleh menjadi seorang Ketua Negara Madinah yang mampu menjadikan Madinah sebuah negara yang aman, bersatu dan maju dalam semua bidang termasuk ekonominya. Piagam Madinah yang tercipta menjadi bukti keagungan pemerintahan baginda sehingga menjadi Undang-undang Negara bertulis yang pertama di dunia.

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Dengan itu, sebagai umat Islam kita sepatutnya menjadikan baginda sebagai contoh teladan dan ikutan dalam segala bidang kehidupan. Baginda merupakan contoh yang terbaik untuk dijadikn ikutan dalam menjalankan kehidupan sebgai muslim yang sejati.

5.4

Menggunakan Pelbagai Kaedah pengajaran Rasulullah SAW telah menggunakan pelbagai kaedah pengajarn dalam

menyampaikan ilmu dan dakwahnya. Baginda seringkali menyampaikan ilmu melalui kaedah Halaqah. Ia dilakukan setiap kali selepas menunaikan solat berjemaah bersama-sama dengan para sahabat baginda. Selain daripada itu juga baginda juga menggunakan kaedah khutbah sebagai cara penyampaian ilmu baginda kepada masyarakat arab di Mekah dan Madinah. Baginda juga menyampaikan ilmu melalui cara kuliah dan ceramah. Ini menunjukkan baginda tidak menggunakan satua cara sahaja untuk menyampaikan dakwahnya. Kepelbagaian cara penyampaian bukan sahaja berkesan malah ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baru kepada para pelajar. Cara pengajaran yang pelbagai juga akan mengelakkan rasa bosan dan jemu pelajar untuk mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran.

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

6.0

Kesimpulan Sesungguhnya Raslullah SAW adalah contoh seorang guru yang unggul. Baginda bukan sahaja mampu mendidik masyarakat arab di sekitar kota Mekah dan Madinah malah mampu menyebarkan ajaran Agama Islam ke seluruh pelosok dunia. Keunggulan akhlak sebagai guru serta kaedah pengajaran baginda yang amt berkesan mampu menjadikan baginda guru yang cemerlang dan pemimpin yang agung sehingga ke akhir zaman. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam khasnya, kita hendaklah mengambil peluang ini untuk mencontohi dan meneladani kecemerlangan pendidikan Rasulullh SAW dalam mendidik manusia ke jalan yang benar. Setiap guru perlu sentiasa mehasabah diri bagi menilai sejauh mana kita mampu untuk menjadi guru yang boleh memberikan ilmu yang sempurna kepada para pelajar sebagai bekalan mereka di dunia dan di akhirat. Guru juga perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar mampu memenuhi keperluan pendidikan masa kini. kelengkapan diri dari segi ilmu yang tinggi dan akhlak yang mulia akan menjadikan guru sebagai role model dan ikutan yng baik kepada para pelajar. Selain itu juga, keberkesan membibing dan mendidik pelajar pula akan dapat mebantu ke arah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amnya dan Falsafah Pendidikan Islan khasnya.

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

7.0

Bibliografi

Habibah @ Artini Ramlie, Syaryanti Hussin. (2009). Pendidikan Islam : Tahun 3. Open University Malaysia. Kuala Lumpur. Zawawi Hj. Ahmad. (1990). Strategi Pengajaran Pendidikan Islam. Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur. http://aki2004.wordpress.com/2009/04/03/guru-dihormati-ilmu-diberkati/ http://www.scribd.com/doc/49986572/Menghormati-Guru http://www.scribd.com/doc/28361999/Hbis2203-Pendidikan-Islam-Tahun-3 http://www.scribd.com/doc/49986572/Menghormati-Guru http://charlesmalinkayo.blogspot.com/2011/02/keteladanan-nabi-muhammadsebagai.html http://ayidahku.wordpress.com/2010/01/20/nabi-muhammad-saw-sebagai-pendidik/

HBIS 2203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Você também pode gostar