Você está na página 1de 15

Justifikasikan bagaimana proses transformasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan dapat mencapai matlamat dan

tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pengenalan Dalam perkembangan dunia yang sentiasa berubah menurut arus globalisasi, persaingan antarabangsa semakin meningkat. Kerajaan menyedari hakikat ini. Maka,

kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu mementingkan akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mana dilaksanakan berperingkat bermula tahun 2011. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berbeza daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kerana kurikulum ini memberi penekanan kepada pembangunan pelajar secara holistik iaitu secara menyeluruh dan KBSR dilihat lebih mementingkan akademik. KSSR diperkenalkan dengan harapan pelajar-pelajar boleh menghadapi globalisasi dunia dengan lebih bersedia pada masa hadapan. Kurikulum berasaskan standard ini menekankan penguasaan literasi 4M iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul, kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi Tahap I. Untuk tahap II, penekanan kurikulum adalah kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Elemen-elemen tambahan adalah seperti Kreativiti dan Inovasi serta Keusahawanan. Pada asalnya, falsafah pendidikan Malaysia ialah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan pada tahun 1988. Selepas Akta Pendidikan diluluskan Parlimen pada tahun 1996, kerajaan telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK berbunyi Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu unutk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Proses transformasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah transformasi daripada KBSR kepada KSSR. Matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) secara umumnya adalah untuk menyesuaikan rakyat Malaysia dengan perubahan yang pesat, khasnya dalam persaingan untuk menguasai aplikasi sains, teknologi maklumat dan komunikasi serta menangani cabaran globalisasi dan k-ekonomi. Justeru itu, konsep pendidikan sepanjang hayat diberi penekanan yang tegas oleh kerajaan selari dengan hasrat FPK. . Kurikulum berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud laluan dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan maksud tersebut, perkataan kurikulum berkait rapat dengan perkataan laluan atau laluan-laluan. Selain itu juga kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang. Transformasi kurikulum merupakan usaha menyusun serta menaiktaraf kurikulum sedia ada dan bukannya menghapuskan kurikulum asal. Tujuannya adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan kemahiran selain pengetahuan dan nilai yang releven serta bersesuaian dengan keperluan semasa bagi menghadapi alaf baru iaitu abad ke-21 dan dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Dalam proses transformasi kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat perbandingan dengan sistem pendidikan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang kurikulumnya dianggap lebih kompetitif. Usaha ini bertujuan untuk memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan prinsip KBSR menjadi tunjang utama dalam transformasi kurikulum ini. Selain itu, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum , peruntukan masa dan pengurusan kurikulum dalam KSSR. Transformasi kurikulum juga dianggap sebagai satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Fakta-Fakta Adalah sangat wajar jika saya sebagai bakal pendidik bertanya kepada diri sendiri bagaimana proses transformasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan dapat mencapai matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK ialah asas utama kepada pendidikan di Malaysia. Oleh itu, dasar kurikulum perlu diperbaharui supaya dapat memenuhi kesemua hasrat dan cita-cita FPK.

Pertama sekali ialah FPK berkehendakkan pendidikan menjadi satu usaha yang berterusan. Setiap manusia mesti menyiapkan diri mereka dengan pelbagai perubahan keadaan sekeliling yang berlaku sepanjang hidup mereka. kurikulum yang tidak berorientasikan peperiksaan juga KSSR yang merupakan diadakan kerana ingin

menganjurkan bahawa pendidikan bukan berhenti selepas kita habis peperiksaan malah pendidikan adalah untuk sepanjang hidup. Pendidikan sepanjang hayat adalah untuk melahirkan mereka yang mampu menyesuaikan diri mereka kepada perubahan. Mereka yang mampu menangani perubahan keadaan sekeliling ialah mereka yang berketrampilan dan mampu menjadi global player yang hebat di mata dunia. Kedua, FPK juga berhasrat untuk memperkembangkan potensi individu, iaitu potensi setiap pelajar di negara kita. Setiap individu memiliki keupayaan, bakat dan potensi tersendiri. Semua ini perlu dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Keupayaan, bakat dan potensi ini tidak boleh dilihat pada awalnya kerana masih terpendam. Maka, usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk dan memperkembangkan bakat serta keupayaan tersebut.KSSR berbanding KBSR menekankan usaha pengcungkilan bakat ini. Usaha mencungkil bakat ini dilakukan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum iaitu sama ada aktiviti di dalam kelas ataupun aktiviti di luar kelas. Hasilnya, pendidikan di Malaysia mampu melahirkan rakyat yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Ketiga, FPK juga bermatlamat untuk memperkembang potensi secara menyeluruh dan bersatu padu. Manusia mempunyai keperluan iaitu keperluan asas dan keperluan kerana keinginan. Manusia sentiasa berusaha memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Untuk membolehkan manusia memenuhi keperluan-keperluan ini, semua potensi perlu dikembangkan secara menyeluruh dan bersatu padu. KSSR secara asasnya digubal untuk memperkembangkan potensi-potensi itu kerana peruntukan masa untuk kokurikulum dipertingkatkan. Keempat, FPK juga mempunyai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis ialah insan yang memiliki, mengamal dan menghayati ilmu pengetahuan. Mereka juga berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Jika dilihat bentuk KSSR juga menekankan kerohanian, sikap dan nilai. Penekanan ini adalah kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.

Kelima, FPK juga menekankan unsur intelek dalam pendidikan. Kurikulum harus memberikan tumpuan kepada daya berfikir yang mengandungi kemahiran asas 3M, menuntut ilmu, meningkat ilmu dan menyebarkan ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dan memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. KSSR pula menekankan kepada penguasaan asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik . Keenam, FPK juga mempunyai matlamat yang serius dalam unsur rohani. Manusia pada asanya mempunyai rasa bertuhan. FPK menekankan aspek ini kerana menyedari dan menginsafi adanya Pencipta merupakan suatu yang penting. Manusia juga perlu menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, menyedari dan menginsafi

tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin kendiri dan membentuk akhlak mulia. KSSR sendiri menekankan aspek ini melalui tunjang kerohanian, sikap dan nilai. KKSR mempunyai dua matapelajaran yang berkaitan dengan matlamat ini iaitu pendidikan Islam dan pendidikan moral. Ketujuh, FPK menekankan unsur emosi. FPK ingin melahirkan individu yang mempunyai perasaan jiwa yang kuat meliputi cirri-ciri seperti perasaan yang tenang dan tingkah laku terkawal. Mereka yang dilahirkan juga mestilah memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan. Kelapan, unsur jasmani juga ditekankan FPK. FPK bermatlamat untuk melahirkan individu yang menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari, menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat dan berusaha meningkatkan daya pengeluaran seterusnya menaikkan produktiviti. KSSR melalui tunjang perkembangan fizikal amat menekankan kesejahteraan diri. Kesembilan ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. FPK berhasrat melahirkan individu yang mengakui wujudnya Pencipta, manusia dan ala mini dijadikan oleh Pencipta. Selain itu, mereka juga haruslah sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan serta mengikuti dan mengamalkan ajaran agama. KSSR digubal bagi menekankan aspek ini. Melalui pelajaran pendidikan Islam dan moral, pelajar-pelajar akan diberi ajaran agama yang kukuh.

Kesepuluh, FPK ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. FPK ingin mencintai ilmu pengetahuan dan gemar membaca, memanfaatkan ilmu untuk kebaikan bersama, berfikiran luas dan terbuka. Kesebelas, FPK juga mempunyai matlamay untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan. Rakyat Malaysia yang diharapkan terhasil daripada kurikulum KSSR itu mestilah memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas, mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas serta

melaksanakannya dengan cekap dan sempurna. Kedua belas, FPK ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berkhlak mulia. Individu yang beraklak mulia tahu membezakan baik dan buruk, menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk dan menghindari perlakuan buruk serta yakin kepada nilai murni. Seterusnya, FPK juga berhasrat melahirkan rakyat Malaysia yang

bertanggungjawab. Individu yang bertanggungjawab ialah mereka yang menyedari tugas dan tanggungjawab. Mereka menganggap amanah mesti dilaksanakan dengan sempurna mematuhi peraturan serta berusaha memajukan diri serta negara. KSSR digubal bagi melahirkan individu yang berintergriti seperti yang digariskan FPK melalui pendidikan Islam, pendidikan moral dan Sejarah. Selain itu, FPK juga mahu melahirkan rakyat yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Rakyat yang sejahtera ialah mereka yang berfikiran waras, mempunyai jiwa yang tenang dan tubuh badan yang sihat. KSSR juga turut membantu dalam objektif ini melalui matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Sains. Akhir sekali, FPK mempunyai matlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang

dapat memberikan sumbangan terhadap kaharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Mereke itu ialah mereka yang mempunyai semangat cinta akan negara dan sentiasa berusaha untuk kebaikan diri dan meningkatkan produktiviti untuk kemajuan negara. KSSR dilaksanakan untuk melahirkan modal insan seperti inilah iaitu mereka yang berintergriti dan sentiasa berusaha memajukan negara.

Huraian KSSR menekankan kemahiran komunikasi. Pelajar-pelajar akan dibentuk supaya mahir dalam penggabungjalinan kemahiran dalam banyak bahasa khususnya bahasa Mandarin dan Tamil secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Kemahiran komunikasi penting dalam membentuk keyakinan diri selain membina perhubungan yang baik antara satu sama lain. Hal ini dapat memenuhi objektif FPK yang mahu melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dan mampu menjadi usahawan yang berjaya ataupun pemimpin yang dapat membawa hubungan diplomatik dengan pelbagai negara.

KSSR juga menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai. Dalam kurikulum ini, pelajar akan diterapkan dengan penghayatan, kepercayaan, sikap dan nilai tanpa mengira agama dan kepercayaan pelajar terbabit. Hal ini selari dengan hasrat FPK yang mahu melahirkan individu seimbang dari segi rohani dan bertakwa kepada tuhan. Dengan terlahirnya pelajar yang seimbang dari segi rohani maka negara akan melahirkan rakyat yang berakhlak mulia. Seterusnya, akan lahirlah golongan yang beritergriti yang menjamin pembangunan negara tanpa dijejaskan penyelewengan dan rasuah. Merekalah yang akan meneruskan perpaduan antara kaum dan tidak menghalang keharmonian negara daripada diragut oleh ketidakstabilan dalam negara akibat perbalahan antara rakyat kerana mereka bersikap murni dan berakhlak mulia. Transformasi ini juga bertujuan untuk meningkatkan keterampilan diri pelajar. Keterampilan ini bermaksud pelajar mempu bersuara untuk mengeluarkan pendapat sendiri kerana mereka sudah dilatih untuk berbuat demikian dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dengan ini, pendidikan di Malaysia mampu melahirkan pemimpin yang berjiwa besar yang mampu memimpin negara dan mampu membawa hasrat serta pandangan Malaysia ke serata dunia. Pemimpin yang berketerampilan boleh diharap menjadi penggerak kepada pembangunan negara serta menghasilkan ekonomi yang mapan. KSSR juga mementingkan perkembangan fizikal dan estetika Kesihatan adalah penting dan tanpa kesiahatan rakyat tidak mampu bertugas dan berbakti kepada negara dengan baik. Hanya warganegara yang sihat dan mempunyai fizikal yang mantap mampu memajukan negara ini seperti yang dikehendaki dan mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing yang maju. Pelajar juga diajar untuk dipupuk bakat mereka dalam bidang seni. Imaginasi, kreativiti dan apresiasi mereka akan dipupuk sebaik mungkin supaya dapat melahirkan rakyat yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh serta mampu mengendalikan industri kreatif negara dengan baik. Pelajar juga didedahkan dengan dunia sains dan teknologi melalui KSSR. Mereka akan diajar untuk menguasai pengetahuan sains, kemahiran sains dan dididik untuk bersikap saintifik. Hal ini adalah selari dengan kehendak FPK yang mahu melahirkan warganegara yang mempunyai daya intelek yang tinggi dan mengamalkan budaya saintifik dalam kehidupan seharian. Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi penting untuk memastikan setiap rakyat celik IT dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar yang dihasilkan juga diharap dapat mempunyai daya cipta yang tinggi berkaitan dengan teknologi maklumat. Hal ini memenuhi kehendak FPK yang mahu melahirkan rakyat yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara selain dapat membangunkan negara melalui teknologi.

Reflektif Saya melihat KSSR sebagai sebuah wadah baru pendidikan negara.

Penggubalannya begitu tepat pada masanya kerana kurikulum ini diperkenalkan ketika negara sedang menuju tahun-tahun akhir menjelang tahun 2020 iaitu menuju ke arah menjadi sebuah negara maju. Tranformasi kurikulum ini penting dalam membawa rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar sekolah rendah menerima satu pendidikan yang kompetitif dan memenuhi matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). KSSR begitu penting kerana sifatnya adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang tidak membebankan berbanding KBSR malah P&P dalam KSSR perlu dijalankan oleh guru dengan membawa suasana seronok di dalam kelas. Hal tersebut amat penting dalam pembelajaran di dalam kelas kerana apabila konsep Learning Is Fun diterapkan di sekolah maka murid akan menjadi minat terhadap pelajaran itu. Keadaan ini membantu pelajar tersebut menguasai pelajaran. Saya amat bersetuju dengan konsep ini kerana sebagai bakal guru saya menerima sesuatu yang menyeronokkan dan yang akan memotivasikan diri saya sebagai seorang guru untuk mengajar kelak. Saya juga melihat transformasi kurikulum dapat membawa perubahan menyeluruh kepada pelajar serta pembangunan negara dalam jangka masa yang panjang. Proses transformasi ini memang dapat memenuhi FPK kerana ia mementingkan peruntukkan masa yang seimbang antara kurikulum dan kokurikulum. Selain pemansuhan UPSR, saya melihat ketidakseimbangan terhadap bidang akademik sudah dapat dikurangkan dan pelajar dan guru tidak akan rasa terbeban atau tertekan apabila tiba musim peperiksaan. KSSR menegaskan penggunaan pendekatan yang pelbagai, strategi, kaedah dan teknik P&P yang memberikan tumpuan serta kesan terhadap murid-murid. Saya berpendapat KSSR merupakan satu kurikulum yang tidak menghalang minat pelajar malah dapat meningkatkan minat pelajar tersebut dalam bidang akademik dan bidang selain akademik seperti sukan dan unit beruniform. Hasilnya, pelajar dapat menyertai semua bidang berkenaan dan memantapkan diri dalam semua aspek seperti yang diharapkan FPK untuk melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kesimpulan Apa yang dapat disimpulkan ialah proses transformasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat memenuhi matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR yang menfokuskan kepada asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul begitu dinamik dan mengikut arus peredaran masa. KSSR juga mempunyai enam tunjang yang penting serta memenuhi kehendak FPK. Enam tunjang tersebut ialah komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan keterampilan diri. Jika KSSR dilaksanakan dengan baik di sekolah-sekolah oleh guru dan diteruskan maka kita akan dapat melahirkan generasi yang cukup seimbang dan tidak hanya menekankan akademik seperti yang berlaku hari ini. Kita dapat lihat pada hari ini graduan yang tidak berkualiti dihasilkan kerana mereka hanya mementingkan keputusan peperiksaan dan tidak mencari ilmu dalam bidang yang tidak berkaitan dengan akademik. Seperti pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi study with no play, make Jack dull boy seperti menyindir kepada pihak pelajar yang hanya mementingkan akademik dan ibu bapa yang melarang anaknya bersukan seperti yang berlaku ketika kurikulum KBSR dijalankan. Hal ini kerana jika kita hanya belajar tanpa menyertai aktiviti sukan sudah tentu kita hanya akan pandai dalam akademik sahaja dan pelajar yang tidak seimbang dan berkualiti akan lahir. Keadaan ini tidak dapat memenuhi hasrat FPK yang mahu melahirkan warganegara yang seimbang dari segi JERI. Sudah tentu keputusan kerajaan menaiktaraf kurikulum sedia ada ini merupakan keputusan yang terbaik dan tepat pada masanya. Sesungguhnya transformasi ini dapat mencapai matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Jelaskan implikasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terhadap peranan yang dimainkan oleh guru. Pengenalan KSSR diperkenalkan dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang mesti dicapai oleh setiap murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Hal ini bermakna guru perlu memainkan peranan yang besar untuk mencapai objektif pembelajaran yang perlu murid capai pada satu masa persekolahan dalam kata lain murid perlu mencapai standard yang digariskan atau ditetapkan pihak kerajaan. Standard kandungan ialah pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran serta nilai. KSSR mempunyai objektif yang jelas tentang apa yang perlu dicapai murid selain tidak hanya mementingkan pengetahuan sahaja malah murid juga perlu mempunyai kemahiran yang distandardkan dan perlu didedahkan dengan nilai. Peranan ini terletak di bahu para guru yang bukan sahaja akan mengajar pelajar pengetahuan malah mengasah kemahiran serta bakat pelajar di samping memupuk nilainilai murni yang baik dalam kalangan pelajar. Hal ini merupakan standard yang murid perlu capai dalam satu masa persekolahan. Sememangnya ada perubahan peranan yang perlu dimainkan oleh guru setelah proses transformasi KSSR dilakukan. Salah satunya ialah peranan guru dalam mengajar asas 4M kepada para pelajar iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Ini adalah satu daripada implikasi perubahan peranan guru jika sebelum ini guru hanya dikehendaki mengajar 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Reka bentuk kurikulum KSSR yang modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Kurikulum ini berbeza dengan KBSR yang reka bentuk kurikulumnya ialah linear. Apa yang dimaksudkan dengan modular ialah KSSR mempunyai kandungan pembelajaran yang disedaikan dalam bentuk modul. Hal ini meyebabkan guru perlu mengajar murid menggunakan modul tersendiri mengikut subjek atau matapelajaran kerana setiap unit modul adalalah tersendiri dan mengandungi dan mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti untuk dikuasai murid. KSSR merupakan kurikulum dinaiktaraf yang menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik P&P yang memberikan lebih tumpuan serta kesan kepada pelajar-pelajar. Guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan pelbagai kaedah yang difikirkan dapat menarik perhatian pelajar dan mampu memberi impak yang

besar kepada pelajar. KSSR menekankan P&P hands-on learning seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri, struktur pembelajaran koperatif, dan pembelajaran luar bilik darjah. Semua ini amat diperlukan bagi murid-murid agar mereka dapat menjalani proses P&P yang lebih menarik berbanding KBSR. P&P ini memerlukan aktiviti yang dijalankan sendiri oleh pelajar mengikut arah yang ditetapkan oleh guru. Dalam kata lain, guru bertindak fasilitator kepada pelajar kerana pelajar yang mengendalikan sendiri aktiviti tersebut unutk menimbulkan minat pelajar dan keadaan ini menyebabkan mereka berasa seronok seterusnya memberi tumpuan di dalam kelas. Guru juga perlu memberikan fokus yang lebih kepada strategi pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran berpusatkan murid ialah pembelajaran yang

menekankan murid sebagai penggerak di dalam kelas maksudnya murid yang memainkan peranan di dalam kelas dan guru hanya menjadi pembimbing dan pemerhati pelajar. Strategi pembelajaran ini ditunjangi pembelajaran akses kendiri, pembelajaran kendiri, dan pembelajaran terarah kendiri. Keadaan ini memberikan peluang kepada murid-murid unutk menjalani proses pembelajaran yang luas skopnya, tidak terhad dan menyeronokkan. Fakta-Fakta Reka bentuk KSSR berasaskam enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan keterampilan diri. Guru sebagai pendidik bertindak menjadi pengelola dalam membentuk kemahiran berkomunikasi para pelajar. Pelbagai bentuk kaedah pengajaran yang bertujuan untuk memantapkan komunikasi pelajar perlu dilaksanakan oleh guru kerana bagi menghadapi globalisasi kini warganegara Malaysia perlu menjadi global player yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan ekonomi dan menjadi contoh dalam kalangan negara membangun. Guru juga perlu menjadi pendidik kerohanian pelajar dan tugas ini bukan sahaja terletak di bahu pengajar-pengajar agama seperti ustaz atau ustazah sahaja. Seperti yang dikehendaki FPK, guru perlu membentuk pelajar menjadi seorang percaya akan tuhan mengikut agama masing-masing, bertakwa dengan sepenuhnya dan berupaya menjadi agen kepada keharmonian masyarakat melalui amalan keagamaan. Seterusnya kita akan menjadi suatu masyarakat yang harmoni yang disanjung tinggi oleh kawan dan lawan dan berada dalam keadaan aman kerana masyarakatnya saling menghormati dengan memegang teguh terhadap kepercayaan kepada tuhan. FPK sendiri mementingkan kepercayaan yang teguh kepada tuhan.

Sikap dan nilai juga menjadi aspek penting kerana masyarakat biasanya memandang guru sebagai pembentuk akhlak pelajar supaya menjadi berakhlak mulia dan para guru perlu memikul tanggungjawab ini. Bagi umat Islam, akhlak menjadi suatu keutamaan sehinggakan Rasullulah SAW sendiri sebagai guru yang paling utama dalam agama Islam bersabda bahawa Baginda tidak diutuskan selain bagi mengajar dan membentuk akhlak mulia yang baik. Transformasi kurikulum juga mementingkan sikap dan nilai pelajar, dengan itu, guru juga perlu membentuk moral yang baik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi sebelum mereka terpengaruh dengan dunia luar yang penuh dengan kehancuran akhlak remaja. Gurulah yang akan memikul tanggungjawab ini dan perlu

menjadi contoh terbaik kepada murid-muridnya. Guru juga berperanan dalam menyemai nilai kemanusiaan dalam kalangan pelajar. Murid-murid perlu diberi penguasaan ilmu dan amalan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Melalui penyemaian nilai ini murid akan sedar akan nilai-nilai kemanusiaan dan menyedari betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Hal ini amat bertepatan dengan hasrat FPK yang mahukan masyarakat yang saintifik dan mampu berfikir untuk kebaikan semua pihak dengan mengenepikan kepentingan diri. Dalam tunjang kemanusiaan juga, guru perlu berperanan sebagai penyemai nilai patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Melalui pendidikanlah semangat cinta akan negara diperkukuhkan agar negara terpelihara kedaulatan dan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Bukan itu sahaja, guru perlu menjadi contoh kepada keterampilan diri yang terbilang. Guru menjadi pembimbing pelajar dalam transformasi kurikulum ini untuk memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar. Jati diri, kepimpinaan dan sahsiah pelajar boleh dipupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dianjurkan sendiri oleh guru. Melalui kegiatan ini bakat murid akan terserlah dan digilap seupaya menjadi pemimpin yang berkaliber pada suatu masa nanti dan matlamat FPK akan tercapai dengan lahirnya warganegara yang berdaya saing dan berkepimpinan. Guru juga menjadi pemangkin kepada perkembangan fizikal dan estetika muridmuridnya. Perkembangan jasmani dan kesihatan adalah penting untuk kesejahteraan diri. Guru berperanan menjadi sebagai penasihat kesihatan dan doktor dengan

memperkenalkan hal-hal berkenaan jasmani dan kesihatan kepada murid-murid agar mereka lebih berjaga-jaga dalam aspek kesihatan. Guru juga berperanan membentuk memupuk daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi pelajar. Imaginasi pelajar pada peringkat awal perlu dibentuk agar dapat mereka kreativiti yang tinggi dan bakat mereka tidak dilupakan dan dihargai.

Guru juga berperanan mendidik dalam bidang sains dan teknologi. Guru perlu menjadikan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik sebagai keutamaan dalam mengajar murid-murid. Guru juga berperanan memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran matematik kerana matematik merupakan asas kepada terbentuknya sains dan teknologi. Sains dan teknologi adalah sesuatu yang penting kepada pembangunan sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, menjadi peranan guru dalam memahirkan murid dengan pengetahuan teknologi masa kini. Huraian Guru sebagai pendidik bertindak menjadi pengelola dalam membentuk kemahiran berkomunikasi para pelajar supaya dapat bercakap atau berucap di hadapan orang ramai. Pelbagai bentuk kaedah pengajaran yang bertujuan untuk memantapkan komunikasi pelajar perlu dilaksanakan oleh guru kerana cabaran masa hadapan memerlukan seseorang itu mahir dalam percakapan tidak kira bidang apa yang beliau ceburi. Jika kita berjaya menguasai kemahiran berucap kita mampu membawa negara ke tahap kecemerlangan ekonomi kerana setiap perniagaan memerlukan kemahiran komunikasi yang baik. Guru juga perlu menjadi pemangkin kepada kerohanian pelajar dan tugas ini bukan sahaja terletak di bahu pengajar-pengajar agama, imam tetapi semua guru harus bertindak dan memainkan peranan masing-masing kerana FPK sendiri mengutamakan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Seperti yang dikehendaki FPK, guru perlu membentuk pelajar menjadi seorang percaya akan tuhan mengikut agama masing-masing, bertakwa dengan sepenuhnya dan berupaya menjadi agen kepada keharmonian masyarakat melalui amalan keagamaan yang menggalakkan hubungan yang baik antara manusia. Di dalam kelas, guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai kerohanian supaya murid-murid secara spiritual menjadi insan yang berguna seperti yang diharapkan kerajaan kerana mereka yang beragama biasanya akan takut membuat kejahatan apatah lagi rasuah yang akan merosakkan negara. Sikap dan nilai juga menjadi aspek penting kerana masyarakat biasanya memandang guru sebagai pembentuk akhlak pelajar supaya menjadi modal insan yang berakhlak mulia. Masyarakat juga beranggapan para guru perlu memikul tanggungjawab ini. Akhlak menjadi suatu keutamaan di dalam agama Islam sehinggakan Rasullulah SAW sendiri sebagai guru yang paling utama dalam agama Islam bersabda bahawa Baginda tidak diutuskan selain bagi mengajar dan membentuk akhlak mulia yang baik. Hal ini kerana akhlaklah yang akan menentukan masa depan sesuatu bangsa dan tamadun itu. Transformasi kurikulum juga mementingkan sikap dan nilai-nilai murni pelajar. Guru juga

perlu membentuk moral yang baik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi agar mereka dapat lari daripada pengaruh dengan dunia luar yang penuh dengan kehancuran akhlak remaja. Nilai kemanusiaan juga perlu diterapkan oleh guru-guru kepada para pelajar sejak kecil lagi iaitu dari peringat sekolah rendah lagi. Murid-murid perlu diberi penguasaan ilmu dan amalan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Hal ini amat bertepatan dengan hasrat FPK yang mahukan masyarakat yang berfikiran saintifik dan berfikir tentang alam sekitar serta berfikir bagaimana mahu menjadikan negara ini sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Dalam tunjang kemanusiaan juga, guru perlu berperanan mendidik nilai patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum agar pelajar yang berbilang kaum dapat bersatu padu pada masa akan datang. Guru perlu bertindak sebagai contoh kepada keterampilan diri yang terbilang. Guru menjadi pembimbing pelajar dalam transformasi kurikulum ini untuk memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Kepimpinan dan sahsiah pelajar boleh dipupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dianjurkan sendiri oleh guru di sekolah di dalam kelas mahupun di luar kelas. Melalui kegiatan ini bakat murid terserlah dan digilap supaya menjadi pemimpin yang berkaliber pada suatu masa nanti yang mampu membawa negara ke arah kegemilangan dan matlamat FPK akan tercapai. Guru juga menjadi pendidik kepada perkembangan fizikal murid-murid.

Perkembangan jasmani dan kesihatan adalah penting untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya kerana rakyat yang bekerja membangunkan negara dan pemimpin hanya mengarahkannya sahaja. Guru juga mestilah menerapkan moto mencegah lebih baik daripda mengubati kepada para pelajar agar mereka lebih berhati-hati menjaga kesihatan. Guru juga berperanan membentuk memupuk daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi pelajar. Guru juga berperanan mendidik dalam bidang sains dan teknologi kerana KSSR telah memperkenalkan Dunia Sains dan Teknologi sejak dari Tahun 1 lagi. Guru perlu menjadikan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik sebagai keutamaan dalam mengajar murid-murid. Guru juga berperanan memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran matematik kerana matematik merupakan asas kepada terbentuknya sains dan teknologi. Matematik dikatakan sebagai The Mother of All Science. Sains dan teknologi adalah sesuatu yang penting kepada pembangunan sesebuah negara dan dengan pengajaran sains dan teknologi hasrat FPK akan tercapai.

Reflektif KSSR adalah sebuah dasar yang perlu diusahakan guru secara bersama bagi merealisasikan impian FPK. KSSR ialah kurikulum yang berpaksikan FPK dan

mengekalkan prinsip KBSR. Oleh itu, saya sebagai bakal guru perlu bersedia menjadikan KSSR sesuatu yang menarik. Banyak peranan guru yang perlu dimainkan walaupun dalam KSSR tidak ada lagi peperiksaan. Maka, saya perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan FPK. Dalam KSSR, guru bukan sahaja berperanan sebagai pengajar malah sebagai jurulatih, penasihat, pembentuk sahsiah dan banyak lagi peranan yang sukar ditulis semuanya di sini. Paling mudah sekali guru perlu menjadi contoh yang baik kepada muridmurid kerana guru merupakan role model di sekolah. Hal ini kerana murid-murid sentiasa mengikut tingkah laku para guru dan dijadikan perlakuan mereka dalam kehidupan seharian. Seperti kata pepatah, guru kencing berlari, murid kencing berlari. Sebab itu, guru paerlu sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan. Saya melihat di sini guru merupakan penggerak kepada pembangunan negara dan kemajuan negara. Saya sebagai pelajar IPG berasa bangga kerana guru merupakan arkitek negara iaitu pembentuk insaniah dan lahiriah rakyat Malaysia. Namun begiru, guru perlu sentiasa menimba ilmu. Konsep menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad perlu dijadikan pegangan kerana ilmu dijadikan panduan dalam hidup kita. Saya sedar seperti dunia yang sentiasa berubah dan berkembang begitu juga dengan peranan guru. Semakin masa berlalu, semakin bertambah beban dan tugas guru, secara tidak langsung keadaan ini menyebabkan ramai guru berasa tertekan apatah lagi pengenalan KSSR dikatakan membebankan guru yang ada sekarang kerana ramai guru yang berusia tidak pandai menggunakan internet dengan baik kerana KSSR memerlukan internet digunakan unutk mencatat rekod. Oleh itu, saya sebagai pelatih guru berasa perlu mempersiapkan diri lebih awal dan menimba ilmu secukupnya sebagai bekalan untuk bertugas di sekolah nanti.

Kesimpulan Sebagai kesimpulan kepada soalan implikasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terhadap peranan yang dimainkan oleh guru ialah guru sentiasa bersedia menghadapi cabaran globalisasi. Guru berperanan membentuk global player yang hebat dalam kalangan pelajar Malaysia. Ini adalah salah satu faktor KSSR digubal. Selain itu, guru juga perlu menimba ilmu sebanyak yang mungkin tidak kira waktu kerana KSSR memerlukan sseorang guru itu tahu mengenai skop pengetahuan yang luas. KSSR memang menambah beban kerja guru, oleh itu guru perlu pandai membahagikan masa iaitu antara masa bertugas dan masa bersama keluarga. Guru tidak boelh hanya memetingkan kerjaya dan mengabaikan keluarga kerana keadaan itu juga tidak dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru juga perlu bergerak mengubah minda kearah minda kelas pertama seperti yang dianjurkan kerajaan. KSSR sendiri digubal untuk mempersiapkan negara ini menuju negara kelas pertam iaitu negara yang maju menjelang tahun 2020. Sudah tentu, guru juga perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana KSSR ialah satu kurikulum yang baru dan menjadi asas yang penting kepada kerelevenan kerjaya guru pada masa kini.

Você também pode gostar