Você está na página 1de 15

2.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) 2.1 Menggambar Tahap Satu Dua Akiviti pembelajaran Memerhati kesan garisan yang terdapat di sekeliling. Lakaran Gurisan Gosokan Garisan Tekapan / Surihan Montaj Lukisan Stensilan Kolaj Resis Catan Mozek Gurisan Cetakan Montaj Capan Lawatan Pemerhatian alam sekitar Menggunakan perisian komputer Memerhati dan mengenalpasti kewujudan elemen asas seni reka dalam alam sekitar. Memuat perbandingan dan membincang tentang karya pelukis tempatan Cetakan sutera saring. Kolaj Stensilan Lukisan Capan Catan Resis Cetakan

Terdapat beberapa perbezaan dalam bidang menggambar antara tahap satu dan dua. Penekanan yang dijalankan pada tahap 1 adalah mengenai asas menggambar, menggambar dan meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan menggambar. Pelajar tahap satu akan menyatakan pengalaman pembelajaran secara lisan kepada guru. Mereka juga diminta untuk menggambar secara mudah dan melakar secara spontan. Selain itu, mereka juga diminta untuk mengenapasti bahan dan teknik. Akhir sekali, mereka akan menjalankan aktiviti menggambar menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan yang dijalankan terhadap persekitaran. Bagi tahap dua, penekanan diberikan terhadap menggunakan asas seni reka dalam menggamar berdasarkan tema imaginasi murid yang berbantukan komputer. Berbeza dengan tahap satu, pelajar dikehendaki mengenali asas seni reka. Asas seni reka terbahagi kepada lima iaitu warna, garisan, bentuk, imbangan dan penegasan. Mereka juga akan dikenalkan dengan pelukis karya tempatan dan hasil karya mereka. Mereka juga diajar untuk mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual untuk berinteraksi. Akhir sekali, mereka diajar untuk memilih, meniru, memadan dan menyusun gambar menjadi satu kompsisi.

2.2 Tahap Satu

Membuat Corak dan Rekaan Aktiviti Pembelajaran Capan Lipatan dan Guntingan Gosokan Tekapan Kolaj Gurisan Titisan Catan Capan Cetakan Lukisan Lipatan dan guntingan Tekapan / Surihan Kolaj Catan Lakaran Cetakan Garisan Resis Lukisan Golekan Stensilan Tarikan tali Resis Menghias objek Guna perisian komputer Filiografi Cetakan sutera saring Hias permukaan 2D dan 3D Poftfolio

Dua

Penekanan pada tahap satu hanyalah membuat corak, membuat corak dan rekaan dan meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membuat rekaan dan corak. Pelajar diberi masa untuk memahami konsep motif. Selepas itu, mereka akan menghasilkan motif menggunakan teknik gurisan dan garisan secara spontan. Mereka juga menggunakan pelbagai jenis garisan untuk menhasilkan corak terancang. Mereka juga diberikan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam mencorak. Akhir sekali, mereka akan menggunakan motif organik dan geometri dalam membuat corak dan rekaan. Kontras pula dengan tahap dua yang memberikan penekanan terhadap penggunaan asas seni reka dalam membuat corak dan rekaan serta membuat corak dan rekaan berdasarkan imaginasi secara manual dengan berbantukan komputer. Pelajar tahap dua dikehendaki menggunakan elemen asas seni reka dalam membuat corak. Mereka juga diberi peluang untuk menyusun motif mengikut grid dan menghasilkan motif berdasarkan penerokaan yang dijalankan terhadap alam sekitar. Mereka juga dikehendaki memadankan corak dan kesesuaiannya dalam rekaan serta akhir sekali menghias permukaan 2D dan 3D.

2.3 Tahap Satu

Membentuk dan Membuat Binaan Aktiviti Pembelajaran Binaan mudah Hiasan diri (ornament) Topeng mudah Origami mudah Alat muzik Pemindahan kertas Arca Model Bekas Mobail Topeng Diorama Portfolio Assemblaj Demonstrasi Boneka Alat muzik Hiasan diri Pembungkusan Aplikasi perisian komputer Boneka mudah Model Bekas Arca Assemblaj

Dua

Perbezaan antara tahap satu dan dua dalam bidang membentuk dan membuat binaan adalah penekanannya. Tahap satu memberi penekanan kepada asas membuat dan membentuk binaan, membentuk dan membuat binaan menggunakan pelbagai bahan serta meneroka beberapa teknik yang berbeza daam membuat binaan. Antara pembelajaran yang bakal diajar dalam tahap satu adalah mengetahui dan bermain dengan bahan mudah bentuk serta menghasilkan bentuk mudah. Selain itu, pelajar juga akan diajar bagaimana untuk menggunakan bahan kutipan untuk menghasilkan bentuk mudah. Mereka juga diberi peluang untuk mengenali dan membezakan bentuk. Akhir sekali, mereka akan diberi peluang untuk meneroka penggunaan bahan kutipan dalam membentuk dan membuat binaan. Manakala tahap dua pula lebih memberi penekanan kepada cara menggunakan asas rekaan seni dalam membentuk dan membuat binaan serta cara menggunakan asas rekaan seni dalam membentuk dan membuat binaan menggunakan imaginasi murid berbantukan komputer. Pelajar diberi peluang untuk menghasilkan objek 3D mudah. Mereka juga akan diajar cara mengaplikasi konsep, struktur dan imbangan dalam membentuk dan membuat binaan yang berfungsi. Bertitik tolak daripada itu, mereka akan menghasilkan arca menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik yang inovatif. Mereka juga akan membuat pemerhatian untuk mengetahui binaan yang berfungsi di persekitaran. Akhir sekali, mereka akan membuat binaan yang kompleks.

2.4 Tahap Satu

Mengenal Kraf Tradisional Aktiviti Pembelajaran Anyaman Warna wau Tembikar Hiasan diri (ornament) Gasing mudah Tenunan Tembikar Seni tekat Seni manik Portfolio Batik Ukiran Anyaman Aplikasi perisian komputer Peralatan domestik Kuda kepang Resis Batik Portfolio mudah Alat pertahanan diri

Dua

Penekanan yang digunakan bagi tahap satu adalah pengenalan kepada kraf tradisional, pengenalan kepada beberapa motif dalam penghasilan kraf tradisional dan peningkatan pemahaman tentang beberapa motif dan tatacara serta displin kerja. Pelajar tahap satu akan dikenalkan dengan nama dan jenis kraf tradisional. Mereka juga akan mengenali bahan gentian dan sifatnya. Selepas itu, mereka akan diajar untuk memilih bahan yang sesuai dalam menghasilkan kraf tradisional. Kemudian mereka akan diberi peluang untuk menghasilkan kraf tradisional mudah. Setelah itu, mereka akan diberi peluang untuk mengenal motif yang digunakan dalam kraf tradisional. Mereka akan menggunakan bahan gentian yang telah dipelajari dalam menghasilkan kraf tradisional. Akhir sekali, mereka dikehendaki memahami motif flora dan fauna yang terdapat dalam kraf tradisional. Penekanan yang berbeza pula digunakan pada tahap dua. Antaranya ialah pengenalan kepada penggunaan alat, bahan, teknik dan proses dalam kraf tradisional, membuat kraf tradisional dan akhir sekali membuat kraf tradisional mengikut tatacara tertentu. Antara aspek yang bakal dipelajari oleh pelajar tahap dua adalah cara menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan kraf mudah. Mereka akan diajar untuk mengenali bahan sebenar yang diguanakan dalam penghasilan kraf tradisional. Seterusnya, mereka akan mengenali tokoh kraf tradisional tempatan dan menghargai sumbangan mereka kepada tanah air. Mereka juga diajar untuk menggunakan istilah-istilah yang terdapat dalam kraf tradisional. Akhir sekali, mereka akan menghasilkan kraf menggunakan bahan sebenar.

1.0

PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana

dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif Pendidikan Seni Visual adalah mendidik pelajar menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual dan akhir sekali memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab. Tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Mata pelajaran ini merangkumi dua tahap iaitu tahap satu (darjah satu, dua dan tiga) dan tahap dua (darjah empat, lima dan enam).

5.0

KESIMPULAN Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian,

memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Objektif Pendidikan Seni Visual adalah mendidik pelajar menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual dan akhir sekali memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab. Tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Mata pelajaran ini merangkumi dua tahap iaitu tahap satu (darjah satu, dua dan tiga) dan tahap dua (darjah empat, lima dan enam). Terdapat empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir mengenal kraf tradisional. Setiap bidang mempunyai penekanan yang berbeza. Alat bantu mengajar yang dipilih adalah berasaskan teknik lukisan dan menggunakan pensil warna. Rancangan pengajaran harian pula berkisarkan subjek Kajian Tempatan.

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Tarikh Masa Topik Tajuk Kecil

: : : : : : :

Kajian Tempatan 5 Nilam 22 orang 15 April 2012 1 jam Masyarakat Malaysia Perpaduan a) Etnik di Malaysia b) Amalan Hidup Berasaskan Perpaduan

Perincian Huraian :

Ringkasan Isi Pelajaran : Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, terdapat banyak amalan yang harus dipupuk supaya perpaduan dapat dicapai.

Hasil Pembelajaran :

Aras 1-i) Menyatakan tiga kaum terbesar yang terdapat di Malaysia. ii) Menyenaraikan perbezaan yang terdapat antara kaum. Aras 2-i) Mencadangkan usaha-usaha yang boleh dijalankan bagi mengekalkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar sudah sedia maklum serba sedikit mengenai kaum di Malaysia melalui pengalaman dan juga media massa.

Nilai murni / Nilai murni alam sekitar : 1. Semangat kerjasama dan saling bantu membantu antara ahli dalam kumpulan. 2. Saling hormat menghormati antara kaum.

Unsur Patriotisme : Berbangga menjadi rakyat Malaysia yang dapat hidup bersama walaupun dalam kepelbagaian kebudayaan dan kesenian.

Sumber Pengajaran Pembelajaran BIL 1 2 3 5 6 7 Ahli kelas mengikut kaum. Gambar-gambar berkaitan etnik dan kaum di Malaysia Alat Bantu Mengajar (sehelai bagi setiap pelajar) Keratan akhbar Komputer, LCD Buku teks Sejarah Tahun 5 PERKARA KUANTITI 1 orang bagi setiap kaum. 5 22 2 1,1 23

Prosuder Perlaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Catatan / Nilai / Unsur Bestari / Kemahiran Generik Patriotisme/SPP

Set Induksi ( 5 minit )

EAP : Warm- up

Guru akan bertanya meminta wakil murid MI : Kecerdasan Kinestatik daripada setiap kaum untuk tampil ke hadapan jika ada. Guru meminta murid-murid

menyatakan kaum yang diwakili oleh rakanrakan mereka. Guru akan meminta muridmurid untuk meneka pembelajaran yang bakal dijalankan. Guru mengaitkan aktiviti dan

memperkenalkan tajuk pelajaran.

Langkah 1 ( 10 minit ) Mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan mengadakan sesi soal jawab. Contoh soalan : 1. Berikan contoh kaum yang terdapat di Malaysia mengikut pengetahuan murid. 2. Sebutkan antara perbezaan kaum yang terdapat makanan,

KBKK : Menjana idea

seperti

perayaan dan sebagainya. Guru akan menerangkan maksud kaum dengan memberi contoh. Langkah 2 ( 20 minit ) Murid dikehendaki duduk di tempat masingmasing. Guru akan mengedarkan bahan Nilai Murni : Kerjasama dan saling berkongsi

dalam kumpulan.

tugasan iaitu kertas untuk diwarna. Warna akan diedarkan dan digunakan secara

bersama-sama 3 pelajar dalam 1 kumpulan.

Tugasan Kumpulan 1. Guru meminta pelajar membentuk

KBBK Kreativiti

kumpulan. setiap kumpulan mempunyai Pem. Konstektual Mi Kecerdasan 3 orang ahli. 2. Guru mengedarkan bahan mewarna dan alat untuk mewarna. MI Kecerdasan Bahasa Kinestatik

3. Pelajar diminta untuk mewarna gambar - Kecerdasan Kinestatik. yang diberikan oleh guru mengikut kreativiti masing-masing dalam masa Kem Belajar : yang diperuntukkan. Langkah 3 ( 15 minit ) Guru memberi latihan pengukuhan seperti teka silang kata serta menerangkan topik dengan lebih lanjut. Berfikir secara kreatif. Unsur Patriotisme : Berbangga rakyat Malaysia menjadi yang

berbilang kaum, ras dan etnik.

Penutup ( 10 minit ) Guru membuat rumusan pelajaran dengan menunjukkan powerpoint mengenai kaum di Malaysia. Refleksi Guru ( Selepas P&P )

ICT dalam P&P

LCD, Komputer

Você também pode gostar