Você está na página 1de 16

TAJUK: Sejarah Perkambangan Jadual Berkala Unsur NAMA: Halimundar b.

Idris KELAS: 4Alim

JADUAL BERKALA
Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimia berubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia. Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur.Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain.

PENGENALAN
Terdapat 117 unsur kimia yang diketahui pada masa kini. Jadual Berkala Unsur membolehkan kita mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur dengan lebih sistematik dan lebih mudah. Di dalam Jadual berkala dinyatakan: simbol struktur hablur sifat-sifat asid atau bes keelektronegatifan haba pengewapan haba pelakuran kekonduksian terma muatan haba tentu isi padu atom jejari atom jejari ion jejari kovalen

Dalam Jadual Berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik secara mengufuk. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus mengufuk dipanggil kala. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama, iaitu mempunyai sifat-sifat kimia yang sama, disusun dalam kumpulan yang sama. Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifatsifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan. Jadual Berkala mengandungi lapan kumpulan iaitu: Kumpulan I Logam alkali Kumpulan II Logam bumi beralkali Kumpulan III Kumpulan IV Kumpulan V Kumpulan VI Kumpulan VII Halogen Kumpulan VIII Gas adi

Antara Kumpulan II dan Kumpulan III iaitu terletak di tengah-tengah Jadual Berkala, terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan. Jadual Berkala mempunyai 7 kala iaitu dari Kala 1 hingga Kala 7. Kala menunjukkan jumlah petala elektron dalam atom unsur. Kala 1 (1 petala elektron) mengandungi 2 unsur iaitu Hidrogen (H) dan Helium (He). Kala 2 dan 3
masing-masing mempunyai 8 unsur. Kala 4 dan 5 mempunyai 18 unsur manakala Kala 6 mempunyai 32 unsur. Kala 7 mempunyai hanya 23 unsur.

SEJARAH
Sejak abad ke-18 lagi, beberapa orang ahli sains telah bertungkus lumus untuk cuba mengelaskan unsur sehingga terhasilnya Jadual Berkala Unsur yang digunakan sekarang. Ahli-ahli kimia yang dimaksudkan adalah: Antoine Lavoisier (1743 1794) John Dalton (1766 1844) Johann W. Dobereiner (1780 1849) John Newlands (1837 1898) Lothar Meyer (1830 1895) Dmitri Mendeleev (1839 1907) H.J.G. Mosley (1887 1915)

KUMPULAN
Kumpulan jadual berkala adalah lajur menegak dalam jadual berkala bagi unsur. Terdapat 18 kumpulan dalam jadual berkala piawai. Unsur dalam satu kumpulan mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam elektron valens (valence shell) mereka, yang memberikan mereka ciri-ciri serupa.

NOMBOR KUMPULAN
Terdapat tiga sistem jumlah kumpulan; satu menggunakan nombor Arab dan dua yang lain menggunakan nombor Rom. Nama nombor Rom merupakan nama tradisi asal bagi kumpulan ini; nama nombor Arab adalah skema nama baru yang dicadangkan oleh IUPAC. Skema IUPAC dibangunkan untuk menggantikan sistem nombor Rom lama kerana nombor tersebut mengelirukan disebabkan menggunakan nama yang sama bagi benda berlainan.

JADUAL BERKALA

KAEDAH LAIN MEMAPARKAN UNSUR KIMIA Jadual berkala alternatif Jadual berkala penuh Jadual berkala Cina Konfigurasi elektron Logam dan bukan logam Senarai unsur mengikut nama Senarai unsur mengikut simbol Senarai unsur mengikut nombor atom Senarai unsur mengikut takat didih Senarai unsur mengikut takat lebur Senarai unsur mengikut ketumpatan Senarai unsur mengikut jisim atom Ini adalah jadual berkala [1] untuk getaran magnet (resonan magnet).

PENJELASAN MENGENAI JADUAL BERKALA


Jumlah atom kerangka elektron menentukan golongan kala yang mana ia berada. Setiap kerangka terbahagi kepada beberapa subkerangka (subshells), yang mana apabila nombor atom meningkat mengisi secara kasar. Dengan itu terbentuk struktur jadual. Oleh kerana elektron paling luar akan menentukan ciri-ciri kimia, ia cenderung

serupa dalam sesuatu kumpulan. Unsur yang bersebelahan dalam kumpulan yang sama mempunyai ciri-ciri fizikal yang serupa, walaupun mempunyai jisim yang berbeza. Unsur yang bersebelahan dalam jadual mempunyai jisim serupa tetapi ciri-ciri berlainan. Sebagai contoh, berhampiran dengan nitrogen (N) dalam kala kedua jadual berkala unsur adalah karbon (C) dan oksigen (O). Walaupun unsur-unsur tersebut mempunyai jisim yang hampir serupa (ia berbeza hanya beberapa unit jisim atom), ia mempunyai sifat-sifat yang amat berbeza, sebagaimana yang boleh dilihat dengan melihat alotrop mereka: diatomic oksigen adalah gas yang menyokong pembakaran, diatomic nitrogen adalah gas yang tidak menyokong pembakaran, dan karbon adalah pepejal yang boleh dibakar (ya, berlian boleh dibakar!). Sebaliknya, amat hampir kepada klorin (Cl) dalam kumpulan hampir akhir dalam jadual (halogen) adalah fluorin (F)

dan bromin (Br). Walaupun terdapat perbezaan jisim yang ketara di antara setiap unsur dalam kumpulan tersebut, alotrop-alotropnya mempunyai sifat yang serupa: Semuanya bersifat mengkakis (semuanya bertindak balas dengan logam untuk membentuk garam logam halida); klorin dan fluorin adalah gas, sementara bromin mempunyai titik didih cecair yang amat rendah; klorin dan bromin mempunyai warna.

SEJARAH
Rencana utama: Sejarah jadual berkala
Jadual awal dibentuk tanpa pengetahuan mengenai struktur dalaman atom: jika seseorang mengatur unsur menurut jisim atom (atomic mass), dan kemudian melakar ciri-ciri lain tertentu menurut jisim atom, akan kelihatan alunan atau perkalaan kepada ciri-ciri tersebut sebagai fungsi jisim atom.Orang pertama menyedari kesamaan ini adalah ahli kimia Jerman Johann Wolfgang Dbereiner, yang pada 1829, menyedari beberapa triad unsur yang serupa:

Beberapa triad Unsur Jisim atomik Ketumpatan Klorin 35.5 0.00156 g/cm3 Bromin 79.9 0.00312 g/cm3 Iodin 126.9 0.00495 g/cm3 Kalsium 40.1 1.55 g/cm3 Strontium 87.6 2.6 g/cm3 Barium 137 3.5 g/cm3 Ini diikuti oleh ahli kimia Inggeris John Alexander Reina Newlands, yang menyedari pada tahun 1865 bahawa unsur yang jenisnya serupa akan berulang setiap lapan kali. Dia menyamakannya dengan oktaf muzik, namun

hukum oktafnya telah ditertawakan oleh saintis sezaman


dengannya. Akhirnya, pada tahun 1869, Lothar Meyer dari Jerman dan ahli kimia Rusia Dmitry Ivanovich Mendeleev membangunkan jadual berkala hampir pada masa yang sama, dengan menyusun unsur mengikut jisim. Bagaimanapun, Mendeleev meletakkan beberapa unsur luar daripada urutan

jisim yang ketat supaya dapat memadankan cirinya dengan ciri 'jirannya' dengan lebih sesuai, membetulkan ralat dalam nilai beberapa jisim atomik, dan meramalkan kewujudan beberapa unsur baru serta ciri-cirinya dalam sel-sel kosong dalam jadualnya. Mendeleev kemudiannya dibuktikan benar dengan penemuan struktur elektronik dalam unsur pada akhir abad ke-19 dan ke-20.

Antara ahli sains yang telah menghasilkan jadual berkala unsur:


1)Antoine Lavosier
-pada tahun 1789,Antoine Lavoisier merupakan ahli sains pertama yang menjelaskan bahan-bahan termasuk cahaya dan haba kepada logam dan bukan logam. -walau bagaimanapun, pengelasan tidak berjaya kerana cahaya, haba, dan beberapa sebatian yang lain juga dianggap sebagai unsur.

2)Johann Dobereiner
-pada tahun 1829,Dobereiner membahagikan unsure-unsur kepada kumpulan.setiap kumpulan mengandungi tiga unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa, yang dikenali sebagai triad Dobereiner. -jisim atom bagi unsur di tengah sama dengan purata jisim atom bagi 2 unsur yang lain dalam setiap triad.

3)John Newlands
-Dari tahun 1864-1865,Newlands mencadangkan Hukum Oktaf.Beliau menyusun unsur yang telah wujud mengikut tertib jisim atom menaik.sifat yang serupa berulang pada setiap unsur kelapan dalam susunannya. Sumbangan beliau gagal kerana Hukum Oktaf hanya dipatuhi oleh 17 unsur tang pertama . Newlands ialah ahli kimia pertama yang menunjukkan kewujudan corak berkala.

4)Lothar Meyer
-pada tahun 1870, Meyer memplot graf isipadu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang wujud ketika itu. -beliau menyedari bahawa unsure dengan sifat kimia yang serupa menempati kedudukan yang setara pada lengkung itu. -beliau berjaya menunjukkan bahawa sifat unsur dapat membentuk suatu corak berkala terhadap jisim atomnya.

5)Dmitri Mendeleev
-pada tahun 1869,Mendeleev menyusun unsur mengikut tertib jisim atom yang menaik dan mengelaskannya mengikut sifat kimia yang serupa. -beliau meninggalkan tempat kosong dalam jadualnya untuk diisi dengan unsur yang masih belum dijumpi. -beliau dapat meramalkan sifat bagi unsur yang belum dijumpai.

6)Henry J. G. Moseley
-pada tahun 1914,Moseley membuat kajian spektrum sinar-X bagi unsur. -daripada eksperimennya, beliau menyimpulkan bahawa nombor proton seharusnya digunakan sebagai asas bagi perubahan berkala sifat kimia, dan bukannya jisim atom. -beliau menyusun semula unsur mengikut tertib nombor proton yang menaik dalam Jadual Berkala Unsur.Dengan ini, beliau mengesahkan kerja Mendeleev.

RUJUKAN:.
[1] http:/ / bic. beckman. uiuc. edu/ mritab1/ [2] http:/ / www. cyberchem. utm. my/ am1/ periodicm/ index. html [3] http:/ / www. wou. edu/ las/ physci/ ch412/ alttable. htm [4] http:/ / www. wou. edu/ las/ physci/ ch412/ perhist. htm [5] http:/ / www. chemsoc. org/ viselements/ pages/ periodic_table. html [6] http:/ / environmentalchemistry. com/ yogi/ periodic/ [7] http:/ / www. webelements. com [8] http:/ / web. mit. edu/ 3. 091/ www/ pt/ [9] http:/ / www. uky. edu/ Projects/ Chemcomics/ [10] http:/ / chemlab. pc. maricopa. edu/ periodic/ default. html [11] http:/ / pearl1. lanl. gov/ periodic/ default. htm [12] http:/ / www. phys. ufl. edu/ fermisurface/ periodic_table. html [13] http:/ / www. nyu. edu/ cgi-bin/ cgiwrap/ aj39/ NMRmap. cgi [14] http:/ / www. science. co. il/ PTelements. asp [15] http:/ / webmineral. com/ chemical. shtml [16] http:/ / www. theodoregray. com/ PeriodicTable/ [17] http:/ / www. dartmouth. edu/ ~chemlab/ info/ resources/ p_table/ Periodic. html [18] http:/ / www. chemistrycoach. com/ periodic_tables. htm [19] http:/ / periodictable. com/

Você também pode gostar