Você está na página 1de 3

Asal Usul Batu Seremban

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulanketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Bagi menentukan giliran sebelum bermain, Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

CARA BERMAIN Buah Satu :


Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

Buah Dua :

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat :

Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima :

Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam :

Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh :

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

PERATURAN
Pemain akan mula menimbang batu-batu tersebut setelah menyelesaikan kesemua peringkat permainan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan mata bagi setiap pemain. Terdapat dua kaedah dalam menimbang buah diperingkat ini.Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.Pemain juga boleh meneruskan permainan semula dari buah satu sehingga tamat sekiranya pemain itu dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperoleh mata.

PERATURAN PERMAINAN Permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika:


Pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang terhimpit bergerak. Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan. Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang gelanggang.Pemain tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima sebarang isyarat daripada rakan

Você também pode gostar