Você está na página 1de 6

Tugasan harian 3 (menhormati hak wanita tanggungjawab bersama)

Pepatah Melayu mengatakan Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini wanita bukan lagi dianggap sebagai penghuni tetap ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, setiap individu mesti menghormati hak wanita pada bila-bila masa. Hak wanita patut dilindungi dengan membenarkan mereka mendapat pendidikan dan pekerjaan, peluang kenaikan pangkat dan mendapat perlindungan daripada keganasan. Tambahan pula, setiap individu harus mengiktiraf hak wanita untuk melibatkan diri dalam mana mana bidang sahaja. Sumbangan wanita tidak dapat diabaikan walaupun dalam bidang sukan, atlit-atlit wanita bersama-sama atlit-atlit lelaki telah mengharumkan nama negara dalam sukan renang. Misalnya puteri renang yang tidak asing lagi seperti Nurul Huda serta Nicole David yang mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. Ini telah mengambarkan wanita juga memberi sumbangan kepada Negara dan hak mereka harus dihormati. Di samping itu, setiap individu harus mengamalkan nilai keadilan terhadap wanita dan lelaki. Wanita harus diberi tindakan dan keputusan yang saksama setaraf dengan lelaki tidak kira dalam aspek pendidikan atau pekerjaan. Tokoh-tokoh wanita yang melibatkan diri dalam bidang politik seperti seperti Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Siti Norma Yaacob telah membuktikan bahawa wanita juga mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna jika dilayan adil serta diberi peluang. Sebenarnya, individu juga harus bertindak tidak berat sebelah terhadap lelaki ataupun perempuan.Wanita yang dapat menerima pendidikan yang sama dengan lelaki tidak hairan untuk menjawat jawatan penting dalam syarikat-syarikat besar. Oleh itu, kita mesti mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara sekiranya diberi layanan yang tidak beratsebelah. Kesimpulannya, setiap individu harus menghormati hak wanita dan memberikan layanan secara adil kepada mereka. Dengan ini, wanita akan berpeluang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat serta Negara. (287) patah perkataan

Tugasan harian 5(kepentingan amalan saling menhormati dan bertolak ansur dalam masyarakat majmuk)

Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Sehubungan dengan itu, nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap warganegara supaya keamanan dan keharmonian dalam negara tercapai. Dalam masyarakat yang majmuk ini, sikap bertolak ansur sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara. Selain itu, setiap warganegara harus mengawal perkataan dan kelakuan diri pada bila-bila masa supay tidak meyentuh isu sensitif seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama, kewarganegaraan dan hak-hak istimewa bumiputera. Inilah untuk menjamin kesejahteraan Negara sejagat. Tambahan pula, setiap warganegara harus selalu hidup bersama secara aman. Masyarakat patut hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya Negara kita dapat mencapai perpaduan kaum dan berkembang maju. Sesebuah Negara yang menghadapi konflik dalaman akan menjejaskan status ekonomi dan tidak akan mencapai kemajuan. Oleh itu, setiap kaum mesti mengutamakan kedaimaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat yang selalu bersatu-padu penting dalam masyarakat majmuk seperti bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat yang cinta akan Negara, kita harus selalu bertolak ansur dan menghormati sesama kaum supaya konflik dalaman tidak wujud. Secara tidak langsung, rakyat yang perpaduan merupakan aset sesebuah Negara untuk mencapai kemajuan. (277) patah perkataan

Tugasan Harian 2 Tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar Alam semula jadi merupakan satu anugerah Tuhan yang amat besar dan tidak ternilai kepada manusia sejagat. Pemuliharaan alam semula jadi merupakan salah satu prinsip Pendekatan Islam Hadhari yang ingin dilestarikan supaya ianya berada dalam keadaan amat selesa, cantik, dan indah seperti mana yang disarankan oleh Islam. Selain daripada agama Islam, pemeliharaan alam semula jadi juga amat dititikberatkan oleh agama-agama lain seperti Kristian dan Buddha. Kerajaan dan masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebagai seorang ahli masyarakat, nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar amat diperlu bagi memastikan kesinambungan kehidupan manusia sejagat. Kita harus memelihara alam sekitar dengan mengelakkan pembaziran sumber alam. Misalnya, kita harus mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan untuk menjimatkan sumber yang semakin berkurangan. Selain itu, kita juga harus bersama memulihara alam sekitar supaya penggunaan alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif. Contohnya, kita dapat menanam pokok-pokok di sekelilingi kawasan rumah supaya kualiti udara dapat ditingkat semula dan secara tidak langsung menghijaukan bumi kita. Tambahan pula, kerajaan dan masyarakat harus mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Persoalan alam sekitar patut diprihatinkan supaya langkah mengatasi masalah itu dapat diambil dan dilaksanakan secara berkesan. Misalnya dalam konteks semasa, impak pencemaran alam sekitar sudah menjadi global yang terserlah menerusi fenomena pemanasan suhu bumi, pencemaran merentasi sempadan dan corak pengembelengan sumber tidak lestari. Jadi, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah ini seperti menyokong program ktiar semula yang dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta. Dengan ini, pencemaran darat akan ditangani secara tidak langsung. Konklusinya, setiap individu dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan. Segala tindakan yang membawa kepada kerosakan dan kemusnahan alam semula jadi hendaklah dihentikan segera. (279) patah perkataan

Tugasan Harian 1 Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Darinya akan mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya mulia yang akhirnya akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dan dapat menghadapi pelbagai arus cabaran. Memandangkan betapa pentingnya institusi kekeluargaan dalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, maka sewajarnya ia diberi perhatian utama. Justeru itu satu program khusus diperkenalkan yang diberi nama 'RUMAHKU SYURGAKU'. Program ini dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan keluarga bahagia ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan bersatupadu selaras dengan ajaran Islam dan wawasan 2020. Dengan mengetahui betapa pentingnya sebuah keluarga yang bahagia untuk mewujudkan masyarakat penyayang, kita haruslah selalu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Kita patutlah mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap setiap anggota keluarga supaya konflik dan masalah tidak wujud antara keluarga. Sehubungan dengan itu, keluarga bahagia dapatlah wujudkan masyarakat penyayang. Kita juga harus mempunyai peka cinta yang berkekalan sesama ahli keluarga supaya wujudnya keluarga bahagia. Dengan adanya cinta yang berkekalan, keluarga itu akan menjadi lebih kukuh kerana saling memahami antara satu sama lain. Selain itu, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh setiap anggota keluarga. Kita harus menerima ,menghormati dan mengamalkan adat dan kepercayaan keluarga sendiri. Setiap agama dipercayai akan memberi pengajaran kepada seseorang supaya tidak melakukan kegiatan tidak bermoral atau keruntuhan akhlak. Dengan ini, masyarakat penyayang akan wujud. Kita juga patutlah mengekalkan tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Sesebuah keluarga bahagia akan wujud jika setiap anggota keluarga mematuhi segala suruhan Tuhan. Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota keluarga amat diperlukan untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Dengan adanya hubungan yang kukuh dan kasih sayang antara sesebuah keluarga, masyarakat penyayang dapat diwujud. (278) patah perkataan

Ujian lisan Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman. Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising. Kesan kesihatan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara fisiologi dan kesihatan fisiologi . Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.. Lebih lanjut lagi, tekanan dan hipertansi adalah punca utama masaalah kesihatan, di mana telinga berdengung tinitus boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan kadang-kala serangan panik. Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran akibat bising. Lelaki berusia yang didedahkan kepada bising pengilangan menunjukkan statistik jelas pengurangan sensitif pendengaran berbanding sejawat yang tidak terdedah, sungguhpun perbezaan dalam sensitif pendengaran berkurangan dengan masa dan kedua-dua kumpulan sukar dibezakan pada usia 79. Perbandingan dengan puak Maaban di Ghana, yang tidak begitu terdedah kepada kebisingan pengangkutan atau perkilangan, berbanding penduduk Amerika Syarikat biasa, menunjukkan bahawa pendedahan kronik kepada bising persekitaran tahap bising serdahana menyumbang kepada kehilangan pendengaran. Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan [3] dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah dilihat di atas termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari. Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan orang ramai. Kajian 2005 oleh penyelidik Sepanyol mendapati bahawa penghuni kawasan bandar sanggup membayar sekitar empat Euro setiap decibel setahun bagi pengurangan bunyi. Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.

Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat. Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.

Você também pode gostar