Você está na página 1de 37

Sekapur Sirih

In the name of Allah, The Most Beneficent The Most Merciful


Dengan sekalung budi dan rasa kesyukuran ditujukan kepada semua yang terlibat sepanjang proses menyiapkan tugasan mata pelajaran Pendidikan Khas ini. Barisan ucapan terima kasih ini dimulakan kepada Penyelaras Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Seri Mutiara, Ipoh iaitu En. Zaini bin Zulkifli dan juga Pensyarah mata pelajaran Pendidikan Khas, En. Mohd Anuar Bin Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang amat berguna dalam menjayakan tugasan yang begitu bermakna buat saya ini. Akhir sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang terlibat di dalam pembikinan folio ini samada secara langsung atau tidak langsung. Saya sedar, tanpa bantuan mereka, maka kertas kerja yang dihasilkan tidak akan menjadi sebaik ini. 1

Bil. Isi kandungan Muka Surat


Sekapur Sirih 1 isi kandungan 2 1. PENGENALAN 3 - 31 2. INTERVENSI 31 - 44 3. KESIMPULAN 45 - 46 Bibliografi Lampiran 1.1 Pengenalan 2

ISI KANDUNGAN
Insan yang dipangil anak dilahirkan sebagai satu daripada lambang keilmuan Tuhan yang begitu tinggi nilainya bagi setiap pasangan ibu bapa. Setiap anak yang lahir adalah ibarat kain putih tetapi lengkap dengan jasad, roh dan akal untuk meneroka berbagai

tahap dalam proses pembesaran bagi membentuk potensi diri. Namun demikian setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza dari segi fizikal, kecerdasan mental, tingkah laku, fikiran mahupun perasaannya. Menurut Syed Abu Bakar (1977), kekurangan daripada segi keupayaan kanak-kanak ini telah menyebabkan mereka dilabelkan oleh masyarakat sehingga dianggap sebagai ganjil dan diasingkan. Cara melabelkan dan mengkategorikan manusia mengikut sifat-sifat zahir dengan berasaskan berbagai-bagai kriteria dan atribut manusia normal yang biasanya terlalu subjektif, telah menimbulkan stigma yang kesannya sangat-sangat dirasai. Perkembangan pendidikan masa kini telah membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Khas pada tahun 1986 menegaskan tentang kepentingan setiap kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri dan antara individu. Perbezaan yang wujud ini, memerlukan pelbagai skop pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak ini dapat berfungsi sedaya upaya mereka. Satu kumpulan kanak-kanak yang berada dalam kumpulan ini ialah kanakkanak autisme yang mempunyai pelbagai ciri yang tersendiri. Menurut Choate (1997), kanakkanak autisme mengalami masalah perkembangan dalam komunikasi dan kemahiran sosial. Pelajar ini juga sering menunjukkan ciri-ciri ketidaknormalan dalam komunikasi, tingkah laku, interaksi sosial dan tindak balas terhadap rangsangan. 1.2 Definisi 3 Perkataan autisme sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani atau autos yang bermakna diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seeorang kanakkanak autisme memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts (1988) perkataan autism merupakan gabungan dua huruf greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang

membawa makna orientasi atau keadaan. Untuk itu autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dalam dirinya. Ini menunjukkan minat terhadap orang lain tetapi tidak mempunyai beberapa ciri tingkahlaku yang lain. Blackburn (1997), menyatakan autisme merupakan kecelaruan dalam perkembangan otak tetapi sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi ia bukanlah satu kerencatan akal walaupun ramai individu autisme menunjukkan fungsi seperti mengalami kerencatan tetapi biasanya mereka lebih pintar. Menurut Hallahan & Kaufman (1997) autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkahlaku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan sebelum berumur 30 bulan. Berdasarkan kepada definisi di atas, ternyata autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkah laku yang positif boleh berlaku. 1.3 Kadar Kejadian 4 Untuk beberapa tahun, statistik menunjukkan kadar kejadian autisme adalah 4 kepada 5 kejadian daripada 10,000 kelahiran. Ini berdasarkan tinjauan secara besarbesaran yang dijalankan di United Stated dan England. Sejak kebelakangan ini, kadar kejadian autisme berada pada paras setinggi % kepada % daripada populasi. Kadar ini termasuk autisme, sindrom asperger dan lain-lain yang mempunyai ciri-ciri autisme (Edelson, 1999). Autisme terjadi tiga kali lebih kerap kepada kanak-kanak lelaki daripada perempuan. Perbezaan jantina ini tidak unik kepada autisme kerana banyak masalah perkembangannya mempunyai ratio yang tinggi kepada lelaki berbanding wanita (Edelson, 1999). Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme yang perempuan didapati mengalami masalah yang serius pada setiap bidang yang diuji berbanding kanak-kanak

lelaki. Kanak-kanak perempuan dengan IQ 40, lemah dalam kemahiran urus diri, teruk dalam bahasa dan ujian persepsi namun bukanlah kanak-kanak perempuan lebih autisme daripada lelaki tetapi mereka mempunyai tambahan masalah yang teruk (Frith, 1993). Satu kajian yang dijalankan oleh Rutter dan Lockyer di London sepanjang 10 tahun, kadar yang terencat teruk adalah 40% (IQ kurang 50), terencat sederhana adalah 30% (IQ 50-70), 30% mempunyai IQ lebih daripada 70. Sebahagian daripada kumpulan yang akhir ini mempunyai IQ dalam kumpulan pintar yang boleh dikatakan normal. Kajian yang dijalankan oleh Freeman dan kumpulannya mendapati tiga daripada empat kanak-kanak autisme menunjukkan kerencatan akal sebagai tambahan kepada ciri-ciri autisme. Walau bagaimana baik dan berkebolehan sekalipun kanak-kanak autisme, mereka tidak dapat mencapai satu tahap yang lebih baik daripada yang boleh dicapai oleh kanak-kanak normal (Frith, 1993). Terdapat juga banyak kajian yang mendapati bahawa autisme dapat dikaitkan dengan taraf sosioekonomi keluarga namun terdapat banyak sebab yang membawa 5 kepada bias dalam pemilihan kes. Ini kerana kebanyakan ibu bapa daripada kelas sosial yang tinggi mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan pakar autisme (Frith, 1993). Ini menyebabkan bilangan kanak-kanak autisme yang dikaji merupakan kanakkanak yang terdiri daripada kumpulan sosioekonomi yang tinggi. 1.4 Ciri-ciri Utama Ramai bayi autisme adalah berbeza ketika dilahirkan. Dua ciri yang biasa yang sering ditunjukkan termasuk mengelakkan fizikal kontek daripada penjaga dan melengkungkan belakang agar tiada sentuhan fizikal dengan penjaga dan melembikkan badan jika menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap samada sebagai pasif atau overly agitated baby. Bayi yang pasif merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam pada kebanyakan masa dan kurang memerlukan perhatian atau membuat karenah

daripada ibu bapa. Manakala overly agitated baby merujuk kepada bayi yang menangis kadang-kadang tanpa henti sepanjang masa dia berjaga. Semasa bayi juga, mereka mula berayun atau menghantukkan kepala ke katil bayi namun perkara ini tidaklah berlaku sepanjang masa (Edelson, 1999). Pada tahun pertama kehidupannya, kebanyakan kanak-kanak ini mencapai tahap perkembangan motor seperti bercakap, merangkak dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Manakala sebahagian pula mempunyai perkembangan yang lewat. Hampir sebahagian daripada kanak-kanak autisme berkembang secara normal sehingga 11/2 hingga 3 tahun barulah simpton autisme mula kelihatan. Individu ini sering dianggap sebagai menghidapi regressive autisme. Kebanyakan orang dalam bidang ini percaya bahawa candida albicans, pengambilan vaksin, terdedah kepada virus, atau permulaan \ 6 kepada sawan mungkin bertanggungjawab untuk regression ini. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai regressive autism mungkin menghidapi sindrom Landau-Kleffner (Edelson, 1999). Kanak-kanak autisme sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanakkanak. Sebagai tambahan, ketidakfungsian tingkahlaku mula timbul seperti selfstimulatory behavior iaitu pengulangan, tingkahlaku tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyang badan, mengoyang tangan, mencederakan diri seperti menggigit tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, eye contact yang lemah, tidak sensitif kepada sakit, hiper atau hipo aktif dan kurang menumpukan perhatian (Hallahan & Kauffman, 1997). Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak autisme adalah di mana mereka menghendaki kepada kesamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang perseverative. Mereka cuba mengekalkan rutin harian di mana satu

perubahan walaupun kecil menyebabkan mereka sedih dan tantrum. Sebagai contoh yang biasa seperti hanya makan dan minum makanan yang sama pada setiap masa makan, memakai pakaian yang sama atau mendesak dan meminta orang lain memakai pakaian yang sama dan pergi ke sekolah menggunakan jalan yang sama. Satu sebab yang mungkin untuk menghendaki kepada kesamaan kerana tidak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menangani situasi yang berbeza (Edelson,1999). Kanak-kanak autisme juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh. Lebih kurang 25% menghadapi sawan untuk kali pertama ketika baligh yang mungkin disebabkan perubahan hormon. Ada ketikanya banyak masalah tingkahlaku menjadi lebih kerap dan lebih teruk pada masa ini. Walau bagaimanapun tidak semua kanak-kanak autisme mengalami masalah yang sama (Edelson, 1999). Berdasarkan satu 7 kajian yang dijalankan oleh Cemberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan autisme ialah : i. Masalah sosial yang teruk yang boleh didefinisikan sebagai tiada kebolehan untuk terlibat dalam interaksi dua hala terutama dengan rakan sebaya. ii. Masalah komunikasi yang teruk sama ada secara verbal atau non-verbal. iii. Kurang daya imaginasi termasuk dalam permainan pura-pura yang sering diganti dengan tingkahlaku pengulangan. Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai ingatan yang baik (rote memory) untuk menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan keretapi walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut. Walaupun ini satu pencapaian namun ia lebih merupakan ciri ketidakfungsian berbanding kebolehan yang sempurna kerana ia tidak membawa makna jika mereka tidak dapat mengunakannya (Firth, 1993). Berbeza dengan 20 tahun lalu di mana ramai individu autisme berada di institusi, kini mereka hidup dalam keadaan yang lebih fleksible dan teratur. Biasanya hanya individu yang teruk sahaja berada di institusi. Sewaktu dewasa, ada di antara mereka yang hidup dengan keluarga, ramai yang tinggal di kemudahan asrama, atau dalam group home (sebahagian berdikari) malah ada yang berdikari sepenuhnya. Ada juga yang lulus dari

kolej, ada yang menerima ijazah malah ada yang menjalin perhubungan sehingga berkahwin (Edelson, 1999). Dalam alam pekerjaan, mereka boleh diterima sebagai pekerja yang berhati-hati dan boleh dipercayai. Namun demikian mereka sukar untuk mendapat pekerjaan kerana tingkah laku sosial yang kelihatan berbeza dan nampak pelik sehingga menimbulkan kesukaran ketika temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. 8 1.5 Punca Kejadian Walaupun tidak diketahui punca tertentu yang menyebabkan autisme, terdapat bukti yang semakin banyak bahawa ia disebabkan oleh pelbagai masalah. Pengaruh genetik umpamanya menunjukkan kembar seiras lebih berkemungkinan untuk mendapatkan autisme berbanding kembar tidak seiras. Kini banyak kajian dijalankan yang berfokus kepada gen autisme di mana spekulasi di kalangan pengkaji mengatakan bahawa tiga hingga lima gen boleh dikaitkan dengan autisme. Terdapat juga bukti gen yang dikaitkan dengan sistem imunisasi yang lemah (Edelson, 1999). Rodier (2000), mengatakan bahawa ianya mungkin juga berpunca daripada pengambilan pil Thalidomide untuk mengatasi masalah ketika morning sickness yang dihadapi oleh ibu yang sedang hamil. Beliau membuktikan bahawa dalam satu kajian yang dijalankan oleh Miller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa Thalidiomide adalah autisme dan daripada segi peratus ianya 30% lebih berbanding populasi umum. Kehadiran virus turut menjadi punca kepada autisme. Rubella yang dijangkiti semasa tiga bulan pertama kandungan meningkatkan risiko mendapat anak autisme. Virus Cytolomegalo juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme (Edelson, 1999). Namun kini terdapat perhatian yang lebih kepada pencemaran dan toxin dalam persekitaran yang boleh membawa kepada autisme. Terdapat kadar kejadian yang tinggi

dalam sebuah bandar kecil di Leomenster, Massachusetts, di mana terdapat kilang mengeluarkan sunglasses di situ. Yang menariknya kebanyakan kes berlaku kejadian autisme wujud di rumah yang terletak berhampiran dengan kilang yang mengeluarkan asap yang banyak. Pada masa kini terdapat kejadian kes kanak-kanak autisme dikenalpasti di Brick Township, New Jersey sehingga banyak agensi cuba mencari 9 penyebab kepada pertumbuhan kadar kejadian autisme dalam kumpulan komuniti tersebut (Edelson, 1999). 1.6 Perkembangan Fizikal Memandangkan secara luaran, kanak-kanak autisme ini normal dan sukar dikesan kecelaruan yang berlaku, maka perbincangan mengenai perkembangan fizikal berkisar kepada perkembangan otak dan bahagian dalam badan yang mengalami ketidaknormalan daripada aspek perkembangannya. Autisme yang kini difahami sebagai neuro-developmental disorder iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak. Untuk memahami bagaimana fikiran dan tingkahlaku kanak-kanak autisme terjadi daripada hasil perkembangan otak, perlu dilihat bagaimana tisu-tisu otak tersusun untuk menerima proses pembelajaran, perasaan sebagai fungsi penting dalam tubuh badan manusia untuk keperluan kehidupan. Setiap otak manusia dibentuk daripada beribu sel-sel saraf yang saling berkait dan disusun dalam bentuk sistem yang bertindak mengawal kesedaran di luar tubuh badan termasuk emosi, tingkahlaku dan juga mempunyai hubungan dengan fungsi organ dalaman. Otak manusia yang terdiri daripada cerebrum, cerebellum dan tunggul otak di mana bahagian terbesar adalah cerebrum. Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts (1998) setiap hemisfera pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu formal, temporal, occipital dan pariental. Kawasan occipitial menerima sel-sel saraf optik, menganalisa dan memberi maklumbalas tindakan yang perlu dilakukan kepada mata. Temporal lobe pula merupakan kawasan pendengaran

dan ia berhampiran dengan kawasan sensori. Di hadapan kawasan sensori adalah kawasan motor yang mengawal kebanyakan pergerakan tubuh badan. Bahagian pariental merupakan pusat mengawal motor-pertuturan. 10 Bahagian frontal adalah merupakan bahagian yang mengawal proses mental seperti kemahiran berfikir, membuat perancangan, kegiatan belajar dan menggunakan konsep-konsep serta perlambangan berbahasa. Bahagian ini juga mengawal personaliti seseorang. Ringkasnya fungsi cerebrum adalah mengawal tahap kesedaran, terlibat dalam proses mental, mengawal pergerakan motor, kawalan emosi dan sensori. Kebijaksanaan dan keseimbangan emosi bergantung kepada motif dalaman dan maklumat daripada luar pemikiran atau otak. Otak manusia merupakan dalaman manusia sebagai kuasa untuk melakukan semua perkara dalam berkomunikasi dengan badan dan pemikiran orang lain. Kebolehan untuk memahami orang lain melalui minda ke minda dengan orang lain merupakan kebolehan yang lahir bersama setiap bayi. Individu autisme turut mempunyai otak yang bijaksana yang melambangkan dunia mereka serta mengawal kesihatan badan mereka namun mereka menghadapi masalah dalam kesedaran, pembelajaran, masalah dalaman dan peraturan hidup. Mereka juga kurang upaya dalam persepsi atau memberi respon kepada apa yang berlaku terhadap orang lain dan bagaimana orang lain berfikir. Ini merupakan maklumat penting apabila kita cuba memahami mengapa kanak-kanak autisme berusia tiga tahun kurang sedar dan tidak berimaginasi dalam memberi reaksi kepada orang lain. Para pengkaji turut mengenalpasti beberapa ketidaknormalan otak individu yang menghadapi autisme. Walau bagaimanapun alasan untuk bagaimana ketidaknormalan ini mempengaruhi tingkahlaku tidak diketahui. Ketidaknormalan ini boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu ketidakfungsian dalam struktur neural di otak dan ketidaknormalan biokimia di otak (Edelson, 1999). Keadaan perubatan lain berhubung autisme:

1.6.1 Kesilapan genetik dalam otak Pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan kesilapan dalam gen yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti Down Sindrom namun 11 tiada sebab untuk menjangka bahawa perubahan satu gen boleh menyebabkan kecelaruan yang kompleks dalam pembentukan otak dan fungsinya. Jika ia disebabkan oleh faktor keturunan, terdapat kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab. Gen tertentu yang tidak normal dikaitkan dengan kimia serotonin di otak mempunyai peranan dalam menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanak-kanak autisme. 1.6.2 Tuberous Sclerosis (TSC) Antara 17 dan 58 peratus individu berada dalam keadaan ini di mana neuron dari cerebral cortex dari amorphous tuber menunjukkan terdapat gangguan proses biokimia. Walaupun begitu peratus kumpulan autistik di sini hanya 0.4 dan 3 peratus dan kebanyakannya lelaki. Mereka kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap kerencatannya. 1.6.3 Phenylketonuria (PKU) PKU merupakan kecelaruan genetik hasil daripada kurang satu gen yang berbentuk enzim yang diperlukan oleh badan untuk memproses phenylalanine iaitu sejenis asid amino yang terdapat dalam makanan. Kecelaruan ini berlaku hasil daripada pengumpulan yang tidak normal bahan kimia phenylalanine dan asid phenylpyruvic dalam air kencing dan ini berkait dengan kerosakan mental yang teruk. PKU yang tidak diubati menjadi penyebab autisme namun kini ia semakin kurang berlaku. 12 1.6.4 Purine Autisme Merupakan autisme yang diakibatkan oleh ketidaknormalan dari bahan toksid yang dipanggil purines yang berkaitan dengan asid urik. Ketidaknormalan dalam metabolisme purine menyebabkan tingkahlaku autistik namun mempunyai peluang untuk diubati. Ia mempunyai kecacatan diri yang teruk jika disertai ketidaknormalan dalam purine yang luar biasa. 1.6.5 Penyakit Campak Ketika Mengandung Jika ibu mendapat campak ketika mengandung ia akan meningkatkan kemungkinan mendapat autisme. Tujuh belas daripada lapan belas kanakkanak yang dinyatakan sebagai autistik turut mempunyai masalah sensori yang menyumbang kepada simpton autistik seperti PKU, kesedaran yang luas tentang kurang upaya disorder dan peluasan penyuntikan telah dapat menghapuskan rubella sebagai punca autisme. 1.6.6 Epilepsi Dua puluh peratus hingga tiga puluh lima peratus individu autistik membentuk epilepsi. Kemungkinan ia bertambah dengan IQ yang rendah dan risiko sawan adalah tinggi ketika awal kanak-kanak. Besar kemungkinan autisme dan epilepsi berlaku serentak adalah hasil daripada

mekanisma yang muncul dengan pertukaran saraf. Ketidakfungsian sistem imunisasi atau sistem pertahanan badan juga dikaitkan dengan autisme. Ia mungkin kerana terdapat jangkitan virus atau toxin daripada persekitaran yang 13 bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem pertahanan badan mereka. Terdapat juga bukti bahawa terdapat perkaitan genetik dalam sistem pertahanan badan mereka. Pengkaji mendapati ramai individu autistik telah mengalami bilangan cellt yang kurang membantu sistem pertahanan badan melawan jangkitan. Kebanyakan individu autisme mempunyai kecacatan di dalam satu atau lebih deria mereka. Deria itu meliputi auditori, visual, sentuhan, rasa, vestibular Olfactory (bau) dan deria proprioseptif. Semua deria ini boleh hipersensitif atau hiposensitif atau boleh menyebabkan seseorang mengalami gangguan seperti tinnitus (bunyi berdesing dalam telinga). Keadaan ini mengakibatkan sukar bagi seseorang autisme untuk memproses maklumat dengan lebih tepat (Reed, 1994). Kekurangan sensori ini menjadikan seseorang autisme itu sukar untuk menerima stimulasi normal. Sebagai contoh ada individu autisme yang cuba mengelakkan pelbagai bentuk sentuhan namun ada pula yang tidak merasa sakit. Melalui deria pendengaran yang hypersensitive, lebih kurang 40% individu autisme mengalami ketidakselesaan apabila didedahkan kepada bunyi atau frekuensi bunyi tertentu. Selalunya mereka menutup telinga mereka dan tantrum apabila mendengar bunyi bayi menangis atau bunyi motosikal. Ada pula ibubapa yang menyangkakan anak mereka cacat pendengaran tetapi sebenarnya anak autisme itu tidak memberi respon kepada bunyi (Edelson, 1999). Segala bukti yang ada daripada kajian mengenai otak individu autisme menyokong bahawa autisme adalah kerana ketidaknormalan yang berbentuk sebelum lahir tetapi menunjukkan kesannya dalam tingkahlaku ketika zaman kanakkanaknya

ketika mereka seharusnya bermula membentuk bahasa. Dapatan turut menunjukkan kekacauan yang berlaku dalam pembentukan otak adalah berkaitan dengan fungsi yang timbul di zaman kanak-kanaknya apabila korteks atau lapisan luar dalam otak mula 14 membesar dengan cepat dan otak secara keseluruhan sedang mendorong individu mencari stimulasi daripada persekitaran untuk menyokong kehidupan. 1.7 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Autisme Kanak-kanak autisme kekurangan potensi untuk membentuk fleksibiliti dalam bidang penggunaan bahasa. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan atau frasa lebih daripada menggunakan peraturan asas dengan lebih kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak yang mempunyai perbendaharaan yang luas. Mereka juga mempunyai masalah dalam gestur penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan dalam bahasa menyebabkan juga perkaitan rapat masalah sosial dan perkembangan kognitif (Wing, 1976). Namun demikian komponen dalam bahasa kanak-kanak autisme biasanya tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan bergantung kepada intervensi yang diberi di mana masalah bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu masalah bahasa jadi lebih baik seandainya perkembangan lain berlaku (Reed, 1994). Kanak-kanak autisme tidak menunujukkan kurang upaya tertentu dalam tahap segmental phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada kebiasannya pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti orang dewasa. Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan linguistik utama yang membezakan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yang lain seperti mental retardasi, pekak dan lain-lain. Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian: 15 1.7.1 Nonsegmental phonology

Kanak-kanak autisme biasanya menunujukkan kekurangan dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental yang juga disebut prosody atau bentuk-bentuk sajak dan puisi (Reed, 1994). Namun bentuk ini berbeza antara satu sama lain dan mereka kerap menunjuk perbezaan yang berikut: Rithma yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan. Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian. Pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa. Pitch suara yang terhad dan monotous pertuturannya. Nada bunyi yang berbeza dan tidak kossisten dengan makna ditekankan secara lisan. Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi yang digunakan dalam perbualan biasa. 1.7.2 Bahasa Idiosinkratik - Bahasa yang tersendiri. Walaupun terdapat persamaan bagaiman bahasa mereka yang tersendiri dipelajari atau digunakan, kanak-kanak ini adalah unik dalam perkataan atau frasa tertentu yang dikeluarkan dan dalam konteks yang dinyatakan. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam fahaman (Reed, 1994). Kanak-kanak ini mempunyai kecendurangan untuk mengingati perkataan atau frasa dalam konteks dimana mereka pertama belajar, tanpa dapat membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama seperti kasut yang sama dipakai oleh orang lain atau pada gambar kasut. 16 Kelainan juga sering dibuat kanak-kanak autisme di mana perkataan biasa digunakan dengan perkataan baru atau neologisme di mana terdapat kombinasi morfem yang salah (Reed, 1994). Walaupun terdapat kanak-kanak autisme yang menggunakan bahasa yang tersendiri dan pelbagai dalam kekerapannya namun ia terlihat dalam satu-satu masa dan tiada dalam perbualan yang lain. Kanakkanak lain pula mengulang perkataan yang sama atau frasa dalam konteks yang tidak menunjukkan makna yang tepat. Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Coggins & Frederickson (1988) ke atas seorang kanak-kanak autisme yang kerap mengulang-ulang

perkataan boleh saya cakap yang mana ia ditujukan kepada rakan perbualan iaitu ayahnya. Ia kerap timbul di tengah-tengah pertukaran perbualan dan topik baru yang dimulakan oleh individu dewasa. 1.7.3 Masalah Kata Ganti Nama Kekeliruan kerap timbul dalam pertuturan kanak-kanak autisme ketika penggunaan kata ganti nama. Kebanyakan kesilapan timbul kerana kekeliruan jantina seperti he atau she atau penggantian seperti him untuk he. Ini juga sering berlaku kepada kanak-kanak pada peringkat awal perkembangan mereka dan kanak-kanak lain yang mempunyai masalah bahasa (Reed, 1994). Masalah yang jelas kepada kanak-kanak autisme adalah kepada kata ganti nama diri pertama dan kedua seperti awak untuk dirinya dan saya untuk orang lain. Ini adalah kerana : Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memahami dan menggunakan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi seperti I, you dan me yang berubah penggunaannya menyebabkan sukar untuk memahami makna perkataan ini. 17 Masalah dengan kata ganti nama di mana mereka tidak dapat membezakan apa yang mereka fikir dan apa yang orang lain fahami. Kanak-kanak autisme tidak menumpukan perhatian untuk melihat penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh orang secara biasa. Pendedahan kepada penggunaan kata ganti nama sebagai program intervensi bahasa boleh membantu. 1.7.4 Ekolalia Satu ciri yang paling menonjol adalah kekerapan di mana mereka mengulangulang apa yang diucapkan kepada mereka. Ekolalia ini berlaku apabila kanakkanak autisme mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik (Reed, 1994). Ekolalia boleh dibezakan namun ia sukar untuk dinilai iaitu: Immediate ekolalia pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut. Delayed ekolalia diucapkan agak lama selepas ia perkataan asal disebut. Mitigated ekolalia pengulangan yang segera tetapi mengandungi perubahan kepada apa yang dipertuturkan. Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan ekolalia namun ia ketara kepada kanak-kanak autistik (Reed, 1994) kerana: Kekerapan yang nyata dan tinggi. Ekolalia terjadi dalam jangkamasa yang lama sehingga agak dewasa. Pada kanak-kanak autisme ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang

mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata. 18 Ekolalia timbul kerana kanak-kanak autisme kurang mempunyai daya kefahaman menjadi punca utama ekolalia. Ini kerana apabila daya kefahaman telah mulai ada, kekerapan dalam pengulangan akan menurun. 1.7.5 Kurang Komunikasi Berfungsi Sukar untuk menentukan bentuk pertuturan yang biasa ditunjukkan oleh kanakkanak autistik jika ekolalia diketepikan. Ini kerana ia sukar dibezakan kerana perbezaan dalam tingkahlaku cara lisan dan bukan lisan diklasifikasikan. Kanakkanak autistik kurang cekap dalam menarik perhatian rakan perbualannya seperti membuat eye contact menunjuk kepada sesuatu. Mereka lebih suka bertindak sebagai menurut lebih daripada menerajui perbualan (Frith, 1989). Pelbagai bentuk komunikasi dipermudahkan iaitu Facilitated Communication telah dijayakan dengan pelbagai alat yang mempunyai input menggunakan papan kekunci dan memberi hasil yang boleh dibaca seperti komputer atau mesin taip elektrik (Reed, 1994). Individu autistik yang menggunakan bentuk pertuturan ini merupakan satu kejayaan. Banyak masalah yang dilihat dalam bahasa pertuturan seperti kekeliruan gantinama dan ekolalia tidak ditunjukkan dalam bahasa yang mereka taip di papan kekunci. Terdapat juga laporan yang menjelaskan mengenai perubahan dalam semantik dan kefahaman dalam komunikasi. Individu dengan keupayaan yang minimun untuk berinteraksi secara verbal telah mendedahkan bahawa mereka dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam bilangan perbendaharaan kata yang diharapkan, tumpuan perhatian yang lebih baik, bentuk lawak, kesedaran dan bertanggungjawab terhadap rakan perbualannya (Reed, 1994). 19 Kajian mendapati, tajuk perbualan bertambah daripada apa yang timbul dalam perbualan secara pertuturan. Namun belum pasti bentuk komunikasi begini sesuai untuk semua kanak-kanak autisme. Antara eleman dalam bentuk komunikasi ini adalah (Biklen, 1992; Biklen & Schubert, 1991) iaitu sokongan fizikal, latihan awal, pengekalan fokus, elakkan ujian untuk kecekapan dan tugasan yang berstruktur. Semakin lama jumlah sokongan daripada segi bantuan fizikal dikurangkan sehinggalah ke tahap tanpa sentuhan. Latihan komunikasi untuk kanak-kanak autisme tidak terhad kepada

mereka yang mempunyai bahasa pertuturan sahaja. Ini kerana kebanyakan kanakkanak autisme menunjukkan seperti menghadapi mental retardasi dan ciri-ciri autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan masalah yang lebih sukar untuk menguasai pertuturan. Terdapat juga bukti bahawa sistem auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak biasa (Konstantareas, 1985). Perbezaan ini menyebabkan masalah dalam komunikasi secara lisan tidak diketahui, tetapi ia memberikan rasional untuk mengajar bahasa melalui visual dan stimulasi sentuhan kinestetik. Ciri lain seperti masalah eye contact yang lemah, rutin yang sama, minat dalam peralatan mekanikal mencadangkan agar mereka menggunakan sistem komunikasi yang lain (Reed, 1994). Penggunaan latihan isyarat dan pertuturan dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa namun kajian belum dapat menjelaskannya. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak autistik yang lemah dalam meniru secara verbal dapat mengelaurkan pertuturan dengan bantuan rangsangan secara visual (Reed, 1994). Walaupun 20 latihan menggunakan isyarat mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanakkanak autisme dan memerlukan kajian lanjut mengenainya. Kecelaruan bahasa yang merupakan perkara yang kompleks dan memerlukan penaksiran yang berhati-hati untuk melihat prbezaan tahap masalahnya. Bagi kanak-kanak autisme, ia semakin kompleks kerana interaksi yang rumit antara bahasa, kognitif dan sosial yang mana ia bermasalah pada masa yang sama. 1.8 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Autisme Theory of mind merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk menyedari bahawa orang lain mempunyai pandangan tersendiri mengenai dunia. Ramai individu autisme tidak menyedari bahawa orang lain mempunyai pemikiran, perancangan dan perspektif yang berbeza daripada diri mereka. Sebagai contoh seorang kanak-kanak menyerahkan gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar berkenaan menghadap kepada rakannya tetapi seorang autisme mungkin menyerahkan dengan belakang gambar menghadap rakannya. Seorang autisme mungkin dapat melihat gambar itu tetapi tidak

menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan pendangan berlainan mengenai gambar tersebut (Edelson, 1999). Lebih kurang 10% individu autisme mempunyai kemahiran tertentu yang boleh dianggap tinggi mengikut ukuran umum. Biasanya ia berkaitan dengan ruang semulajadi seperti bakat isimewa dalam muzik dan matematik. Ada di antara mereka boleh mendarab jumlah angka yang besar dalam waktu yang singkat, bahkan ada yang boleh menentukan nama hari apabila diberi suatu tarikh ataupun mereka boleh menghafal jadual penerbangan yang lengkap (Edelson, 1999). Namun demikian sebahagian kemahiran ini tidak dapat diaplikasi dengan kehidupannya. 21 Ramai individu autisme juga mempunyai tumpuan atau fokus yang terhad tetapi berlebihan terhadap sesuatu perkara yang menjadi tumpuan atau stimulus overselecitivity. Pada dasarnya perhatian mereka hanya tertumpu kepada satu aspek sesuatu perkara sahaja yang tidak berkaitan. Contohnya, mereka hanya memberi perhatian kepada warna sahaja tetapi mengabaikan berkenaan bentuk. Mungkin mereka tidak dapat membezakan di antara sudu dan garfu jika tumpuan yang diberikan hanya pada aspek warna. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemerosesan maklumat, kegagalan mengenalpasti aspek yang relevan terhadap sesuatu objek menyebabkan keupayaan seseorang itu untuk belajar terhad (Edelson, 1999) . Kanak-kanak autisme mempu menerima input daripada sensori tetapi tidak boleh memilih maklumat yang penting. Mereka kekalkan input awal dalam bentuk yang jelas atau belum ditukarbentuk uncoded form. Memandangkan maklumat perlu dikodkan ke dalam memori yang abstrak untuk disimpan dan diperolehi semula, kanakkanak ini tidak boleh untuk mengekalkan maklumat untuk jangka masa yang lama dan tidak boleh modifikasi maklumat dalam cara biasa pembelajaran dijayakan (Paluszny, 1980).

Maklumat hanya kekal dalam jangka pendek, sensori tertentu dan maklumat yang tidak abstrak yang mana ia berguna dalam usaha untuk mengingat kembali dengan jelas lokasi objek atau sesuatu frasa. Walaubagaimanapun tanpa koding secara abstrak sebagaimana ia diguna memori normal, bahasa dan interaksi sosial tidak berkembang. Kanak-kanak autistik apabila dibandingkan dengan kanak-kanak daripada kumpulan lain mempunyai masalah yang lebih besar dalam memahami peraturan, mengenali lebihan dan mengekalkan maklumat dalam bentuk selain daripada rote memory (Paluszny, 1979). 22 1.9 Perkembangan Emosi Kanak-kanak Autisme Penentuan umur sosial-emosi dapat memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanakkanak autisme dan memilih cara terbaik untuk menjalankan intervensi. Namun proses menentukan umur sosial-emosi seseorang sukar kerana perlu mengambilkira bagaimana seseorang memberi respon kepada situasi sosial iaitu contoh bagaimana cara dia bermain dan reaksi kepada situasi emosi yang wujud (Edelson, 2001). Sebagai contoh kanak-kanak berusia dua tahun mempunyai tinkahlaku seperti tidak mahu membuat apa yang disuruh dan degil. Kadang-kadang penjaga mempunyai jangkaan yang tidak realistik dan membawa kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi harapan berdasarkan tahap fungsi intelek seseorang yang dirasakan sama dengan tahap sosial-emosi. Sebagai contoh seorang individu autisme dewasa boleh melakukan tugas di tempat kerja dengan begitu baik namun mempunyai sifat temper tantrum apabila berhadapan masalah kecil seperti kelakuan kanak-kanak berusia lima tahun. Ini kerana tahap intelektual kanak-kanak autisme tidak sama dengan umur sosialemosinya. Adakah kanak-kanak autisme dapat memahami perasaan yang ditunjukkan melalui muka dan suara seseorang? Satu kajian dijalankan oleh Peter Hobson di mana kanak-kanak perlu sesuaikan bentuk wajah dengan suara yang berlainan emosi, menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali

emosi yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelekual mereka. Kanakkanak ini juga gagal untuk membuat hubungan emosi yang sama dalam cara yang berlainan. Mungkin mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu tidak boleh ditunjukkan dan diidentifikasikan dalam cara yang tidak disalahfaham (Frith, 1993). Perasaan yang ada dan cara yang dinyatakan melalui suara, wajah dan gesture boleh menyebabkannya kekal sebagai sebuah buku yang tertutup. Jika ia diinterpretasi dengan cara ini, 23 kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagi sebahagian daripada kekuarangan kognitif. Apabila melihat kanak-kanak autisme ketawa gelihati atau menunjukkan tantrum boleh menjadi bukti bahawa kanak-kanak autisme menunjukkan perasaan mereka namun terdapat persoalan sama ada ia wujud dalam keadaan sosial yang betul. Sekurangkurangnya dalam satu bidang kanak-kanak autisme dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain, digeletek atau pergerakan mengikut muzik. Namun agak ganjil apabila tiba satu peringkat umur di mana kanak-kanak normal lebih suka kepada interaksi sosial yang berbeza namun kanak-kanak autisme menyukai permainan kanakkanak (Frith, 1993). Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka nampak lebih gembira bila melakukan satu aktiviti secara bersendirian. Ini berbeza dengan kanak-kanak normal yang berlari untuk mendapatkan pelukan bila mereka perlukan keselesaan diri. Ini merupakan satu kekurangan utama dalam interaksi yang bertimbal balik dalam tingkahlaku kanak-kanak autisme (Frith, 1993). Semakin mereka membesar, individu autisme menunjukkan ciri-ciri yang boleh dikatakan sebagai ganjil kerana mereka tidak menyorokkan perasaan suka atau tidak suka kepada orang yang berbeza dan kadang-kadang menunjukkan kemesraan yang melampau. Pada peringkat perkembangan yang lebih sesuai, mereka juga boleh menunjukkan perasaan secara tidak ketara (Frith, 1993).

Besar kemungkinan emosi awal yang dilihat merupakan tanda belum matang. Individu autistik juga mempunyai beberapa ekspresi wajah, posture badan yang kaku dan suara yang monotonus. Banyak pemerhati bersetuju bahawa terdapat ketidakfungsian, kurang peraturan dan mungkin tanda emosi yang keterlaluan oleh orang autistik untuk 24 mengawal perasaan berkurangan kerana kurangnya minat semulajadi dalam komunikasi. Minat seperti ini sukar untuk dikekalkan tanpa penghargaan daripada orang lain yang mempunyai perasaan perbezaan pemikiran (Frith, 1993). Ekspresi emosi perlu dipelajari seperti bahasa walaupun lambat dan sukar dicapai kerana apa yang perlu untuk proses pembelajaran, berkomunikasi dan memahami tahap mental tiada pada mereka (Frith, 1993). Mereka juga tidak mempunyai perasaan takut kepada bahaya terutama bagi kanak-kanak autisme yang masih kecil. Ramai ibu bapa yang boleh bercerita bagaimana kanak-kanak ini memanjat bumbung atau berlari ke dalam air yang dalam, dengan berpakaian rapi. Namun mereka kadangkala takut dengan benda yang tidak bahaya seperti dalam bilik khas, bila langsir diturunkan, masa untuk mandi atau dengan binatang kesayangan rakan. Kanak-kanak autisme tidak memahami perasaan orang lain. Mereka mungkin ketawa apabila orang lain jatuh atau kanak-kanak lain dipukul. Ketawa, menangis dan menjerit boleh timbul dan terjadi tanpa apa-apa sebab (Wing, 1983). Kanner mempercayai bahawa ketidaknormalan dalam perkembangan emosi merupakan satu ketidakupayaan utama dalam masa kanak-kanak autistik masih kecil. Beliau mengambilkira bahawa kanak-kanak yang lahir tanpa kebolehan untuk membuat hubungan yang berkesan dengan orang lain atau hilang keupayaan jika mempunyai perkembangan yang normal sebelum menjadi autistik. Konsep ini terlalu global dan ramai kanak-kanak mempunyai masalah ini. Kajian turut mendapati bahawa kanakkanak

autistik boleh bekerjasama dalam menjalankan tugasan apabila situasi tersebut dipermudahkan. Namun kanak-kanak ini sering tidak memberi perhatian kepada orang dewasa yang bertanya atau memberi arahan (Wing, 1983). 25 1.10 Perkembangan Sosial Kanak-kanak Autisme Membentuk hubungan sosial yang normal aalah salah satu kekurangan utama di kalangan individu autistik. Mereka selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi sosial. Kekurangan ini dapat dikesan dalam interaksi mereka yang tiada atau hanya sedikit sahaja hubungan mata, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya, bahkan cuba menjauhinya dan ketidakupayaan memulakan interaksi, jika berjaya, ia tidak boleh mengekalkannya. Kemungkinan individu autistik mendapat manfaat daripada pergaulan mereka dengan rakan sebaya semakin kurang kerana kegagalan meeka melihat atau menangani isu sosial yang relevan (Reed, 1994). Di dalam persekitaran inklusif, guru sering melaporkan kurangnya interaksi sosial walaupun peluang untuk itu banyak (Pierce & Schreibman, 1997). Bagi kanak-kanak autistik pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kesalingan sosial yangmembolehkan mereka membina hubungan atau interaksi pada masa hadapan dan mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan interaksi soaial. Dengan demikian, peluang berinteraksi dengan orang lain sebenarnya tidak menjamin mereka memperolehi kemahiran sosial Menurut Frith (1993), masalah sosial boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan untuk terlibat dalam interaksi dua hala di mana ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang berbeza iaitu : i. Terasing atau bersendiri iaitu suka berkomunikasi, tidak menggunakan eyecontact, tidak mencari tempat untuk mengadu bila sedih, namun tidak menolak konteks sosial seperti ketika makan dan minum, bermain dan beri reaksi kepada muzik. ii. Pasif ialah menerima pendekatan sosial yang dibuat oleh orang lain, melakukan apa yang disuruh dan perlu diperhati supaya tidak melakukan

26 perkara yang tidak betul yang disuruh oleh rakan sebaya, mempunyai pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur . Walaupun konteks sosial dengan kanak-kanak lain merupakan sebahagian daripada rutin hariannya namun ia bukanlah suatu yang dibuat untuk menyeronokkan dirinya. Walaubagaimanapun, sebarang tekanan atau perubahan rutin menunjukkan emosi yang tidak boleh dikawal dan membawa kepada trantrum. iii. Ganjil iaitu berminat kepada orang lain dan suka disentuh dimana mereka pergi kepada orang yang tidak dikenali dan bertanya nama. Kanak-kanak autistik tidak tahu bila pendekatan yang dibuat tidak diperlukan dan tidak sesuai. Ramai orang biasanya memberi komen tentang tingkahlahkuyang suka mengganggu dan tidak disukainya. Pada kebiasaanya sifat suka bersendiri wujud sehingga usia tujuh tahun dan kebanyakan kanak-kanak berubah dari satu kategori ke kategori yang lain. Bagi para pengkaji, kanak-kanak autisme perlu diberi tumpuan meningkatkan tingkahlaku yang betul dengan dorongan positif berbanding dengan mengurangkan tinagkahlaku yang tidak diperlukan. Kajian juga dijalankan dengan melibatkan individu bukan autistik. Dengan cara ini diharapkan kanak-kanak autistik dapat mempelajari kemahiran sosial yang dijangkakan berlaku dalam situasi sebenar. Pendekatan yang diterapkan ialah dengan menukarkan satu tingkahlaku dengan rawatan yang pada masa yang sama dapat membetulkan tingkahlaku berikutnya tanpa memberikan rawatan sebagai contoh sesuatu perbualan memerlukan berbagai kemahiran lain seperti hubungan mata, nada suara yang bersesuaian dan juga kemahiran menyoal dan menjawab soalan kekurangan kemahiran sosial di kalangan individu autistik menjadikan pengajaran timgkahlaku yang mudah amat perlu sebelum diperkenalkan kepada tingkahlaku yang lebih kompleks Wellman,1992), 27 Koegel at al.(1991), menyatakan tingkahlaku utama atau asas yang dimodifikasi memberi perubahan sejajar kepada tingkahlaku dalam kumpulan yang sama. Sehubungan itu dicadangkan tingkahlaku sasaran di kalangan individu autisme tidak diberi rawatan

atau diubah secara satu persatu tetapi sebaliknya digunakan pendekatan melalui rawatan kepada tingkahlaku utama. Pengkaji turut menyatakan kekurangan motivasi untuk mempelajari perkara baru dan kegagalan untuk bersama dalam persekitan sosial dan sekolah merupakan tingkahlaku gangguan. Ini juga ada kaitannya dengan pilihan rangsangan berlebihan. Sebagai contoh, seorang autisme mungkin tidak dapat mendengar apa yang disebut oleh guru ketika menunjukkan gambar anjing dan menyebut perkataan anjing atau mendengar tetapi tidak dapat mengaitkan perkataan itu sebagai label kepada gambar. Rangsangan berlebihan sebenarnya memberi kesan kepada kemahiran sosial selain kepada kemahiran belajar kanak-kanak autisme. Kajian-kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji berikut telah membuktikan bahawa kumpulan pengantara rakan sebaya normal dapat memberikan kesan yang positif dalam pengubahsuaian tingkahlaku individu autisme. Kajian Goldstein dan Wickstorm (1986) telah berjaya menggunakan kumpulan rakan sebaya normal sebagai agen intervensi untuk mengubah tingkahlaku kanak-kanak autisme dalam memperolehi dan mengekalkan kemahiran berinteraksi. Rakan sebaya berkenaan telah bertindak sebagai rakan sekutu sewaktu latihan untuk mewujudkan interaksi sosial. Shafer, Egel & Neef (1984) pula mendapati strategi latihan rakan sebaya telah dapat meningkatkan kekerapan interaksi dan mengekalkan tempoh interaksi kepada kadar yang lebih lama. Dalam kajian itu juga seorang subjek telah dapat berinteraksi dengan rakan sebaya yang tidak dilatih. Para pengkaji mendapati bahawa pelbagai pembolehubah lain patut dicuba untuk memastikan kemahiran sosial yang diperolehi akan terus kekal. 28 Farmer-Dougan (1984), menggunakan pengajaran rakan sebaya secara tidak langsung melibatkan orang dewasa berumur antara 18 hingga 19 tahun dengan seorang autistik berumur 19 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perhatian dan pujian yang diberi semasa membuat permintaan yang betul menjadi peneguhan yang lebih

berkesan daripada memperolehi barang yang diminta. Dengan pendekatan semudah itu dan praktikal dilaksanakan dalam pengajaran kemahiran hidup kerana pada masa yang sama mereka memperolehi kemahiran bahasa. Koegel & Koegel, Hurley, & Frea (1992) pula telah menjalankan kajian sama ada pengurusan tingkahlaku sendiri boleh dijadikan satu teknik untuk menjadikan perubahan kekal dalam kadar yang lebih lama. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanakkanak autistik boleh menerima perubahan dengan baik bahkan ada diantara subjek yang dapat berkomunikasi di luar dari ruang eksperimen. Ini meneguhkan lagi dapatan yang tingkahlaku utama boleh membawa perubahan kepada tingkahlaku lain dengan mempelbagaikan pendekatan. Dengan kaedah yang sama iaitu pengurusan diri, didapati sasaran tingkahlaku yang dikehendaki telah meningkat sejajar dengan tingkahlaku lain yang tidak diberi rawatan. Ketidakfungsian dalam tingkahlaku sosial merupakan satu ciri kepada simpton autisme. Ia bolah dikategorikan kepada tiga (Edelson, 1997) iaitu: i. Penghindaran Sosial (Socially Avoidant) di mana individu ini sebenarnya mengelakkan segala bentuk interaksi sosial. Reaksi yang paling biasa adalah tantrum dan cuba melarikan diri apabila seseorang cuba untuk berinteraksi dengan mereka. Ketika bayi, kebanyakannya diterangkan sebagai mengelakkan sentuhan daripada penjaga. Reaksi ini sering dianggap sebagai satu keadaan di mana kanak-kanak autisme merasa takut 29 atau tidak menyukai orang. Bagaimanapun hasil temu bual dengan orang dewasa autisme terbina satu teori mengatakan keadaan ini adalah kerana sensitiviti yang tinggi (hypersensitivity) terhadap rangsangan deria. Ada di antaranya mengatakan suara ibu bapa mereka terlampau kuat dan memekakkan telinga, ada pula mengatakan bau haruman sangat menusuk hidung dan ada pula mengatakan sakit apabila disentuh. Keadaan ini menjadikan mereka cuba menghindarkan sosial. ii. Pengabaian Sosial (socially indifferent) merupakan keadaan di mana seseorang itu tidak berinteraksi dengan persekitarannya kecuali memerlukan sesuatu dan tidak pula menghindarkan diri daripada pergaulan. Mereka tidak kisah bercampur gaul dengan orang ramai dan pada masa yang sama tidak kisah kepada diri mereka sendiri. Bagi individu autisme, keadaan ini berlaku kerana mereka tidak memperolehi kenikmatan biokimia apabila bercampur gaul dengan orang ramai. iii. Kejanggalan sosial (socially awkward) berlaku apabila individu autistik

mencuba untuk berkawan tetapi tidak dapat mengekalkan hubungan itu dan perkara tersebut kerap berlaku di kalangan penghidap sindrom asperger. Ini berlaku kerana tiada kesalingan sosial dalam individu autistik dan saling bercerita tentang diri mereka sahaja. Mereka tidak mengetahui bahawa orang lain sebenarnya mempunyai pemikiran, rancangan dan pandangan sendiri. Mereka juga menghadapi masalah mamahami b ahawa orang lain juga mempunyai kepercayaan, sikap dan emosi. Keadaan ini menjadikan mereka sukar menjangkakan apa yang akan disebut atau 30 dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial. Keadaan ini dinyatakan sebagai kekurangan theory of mind. 2. INTERVENSI 2.1 Intervensi awal Intervensi awalan bermaksud pendidikan dan lain-lain rawatan yang disediakan sebelum seseorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan atau sebelum masalah-maslah yang berkaitan dengan persekolahan menjadi serius. Ia juga merupakan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka dari lahir hingga umur persekolahan. Reed (1994) pula menyatakan intervensi sebagai satu proses pengawasan yang berterusan, mengukur keupayaan berbahasa kanak-kanak secara teratur, konsisten, fleksibel dan mengikut kaedah-kaedah tertentu secara langsung atau tidak langsung. Dalam melaksanakan intervensi sebaiknya ianya dijalankan seawal mungkin, melibatkan profesional dari pelbagai disiplin, melibatkan keluarga, dijalankan oleh kakitngan yang berkelayakan dan seharusnya dapat membantu kanak-kanak yang berisiko. Intervensi yang dijalnkan pada peringkat awal dapt mengesan ketidakupayaan seawal mungkin. (Huggtower & Brada, 1991).Selain dari itu ia juga dapat membantu tahap potensi (Pisterse & Treloar dan Cairns; Uther & Brar, 1989). Intervensi menjadi sukar jika kanak-kanak telah terlazim dengan tingkahlaku yang silap (Reid 1994). Kelewatan memberi intervensi menyebabkan perbezaan kanak-kanak dengan rakan sebaya dan boleh mengakibatkan kanak-kanak khas mempunyai konsep kendiri yang rendah (Lawrence, 1987). Terdapat pelbagai program berdasarkan rumah, pusat dan

kombinasi rumah-pusat. 31 2.2 Kepentingan Intervensi Awal Intervensi awal memberi pengalaman awal yang mempengaruhi semua fungsi organ. Hasil interaksi seorang bayi dengan alam sekelilingnya selepas kelahiran memberi tingkah laku yang positif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman awal yang terhad akan gagal merangsang sistem sensorinya dan mungkin merosakkan sistem ini. Sistem sensori seperti penglihatan bukan sahaja merosot akibat kurang atau tidak ada persekitaran yang memberangsangkan pada peringkat awal tetapi menjejaskan sensori lain seperti pendengaran. Bayi yang tidak diransang secara aktif maka pendengarannya mungkin akan kurang sempurna. Sebagai contohnya kanak-kanak autisma sensitif terhadap bunyi dalam persekitaran. Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi dianggap menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan salah satu intervensi yang digunakan untuk mengurangkan tahap sensitifnya. Latihan penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu daripada program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kapalan, termasuklah memakai prism atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan menormalkan sistem penglihatan (Edelson, 1999). Perkembangan kemahiran-kemahiran tertentu adalah tertakluk kepada waktu kritikal yang banyak berlaku pada tiga tahun pertama kehidupan seseorang. Intervensi awal bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran tetapi mengambil kesempatan waktu-waktu kritikal ini untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran tertentu. Intervensi awal boleh diberikan kepada kanak-kanak autisme contohnya, seawal umur tiga tahun. Reed (1994) mengatakan kanak-kanak yang mengalami autisma biasanya mempunyai masalah yang berkaitan dengan kognitif, tingkah laku motor, ransangan sensori yang luar

biasa, masalah pendengaran, sawan dan sindrom Fragile X. Umumnya autisma dapat dilihat sebelum berumur tiga tahun yang memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak tersebut. 32 Intervensi awal dapat membantu kanak-kanak memperolehi perkembangan yang tinggi. Kemahiran motor sensori contohnya deria sentuh dapat diransangkan apabila dibekalkan dengan persekitaran yang memberangsangkan. 2.3 Faktor Etiologi Mempengaruhi Intervensi Intervensi yang ingin diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami autisme perlulah berlandaskan kepada pengetahuan mengenai etiologi yang berkaitan. Kajian yang telah dilakukan dan analisa terperinci terhadap masalah neurologikal kanak-kanak autisma adalah penting dalam program pendidikan (Gallagher & Wiegerink, 1976). Kajian tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak austistik mempunyai masalah dalam pelbagai bidang kognitif. Pengetahuan mengenai etiologi perlu diketahui supaya pencegahan terhadap masalah kognitif (Coulder, 1996) dan kemungkinan boleh diaplikasikan dalam intervensi pendidikan (Mac Millan, Greshaw & Sperstein, 1963). Selalunya mereka tidak boleh menggunakan simbol (Pibram, 1970) dan ini adalah salah satu sebab yang menyebabkan perkembangan bahasa mereka terbantut. Ini ditambah pula dengan kurangnya penerimaan intergrasi stimuli yang konsisten dari persekitaran. Ornitz dan Ritvo (1968) menyatakan adakalanya mereka tidak berupaya menerima input sensori seterusnya tidak memberi respon kepada rangsangan. Kajian yang lain menunjukkan kanak-kanak autisma mempunyai masalah ingatan (Bryson, 1970, 1972) dan tidak dapat memahami peraturan untuk menghasilkan sesuatu kod pembelajaran atau membuat generalisasi (Hermelin 1976). Intervensi bagi kanak-kanak austistik boleh diberikan dari sudut dari sudut perubatan dan pendidikan. Dari sudut perubatan, terdapat pelbagai terapi untuk kanakkanak yang mengalami autisma. Jika etiologi autisma disebabkan oleh genetik, maka 33

kaunseling genetik boleh diberikan kepada ibu bapa tersebut. Linus Pauling (1973) pula menyatakan beberapa vitamin seperti vitamin B-kompleks , biotin,asid folik dan sebagainya yang mencukupi perlu diambil sebagai satu terapi untuk mengatasi masalah neuro atau saraf. Pengambilan vitamin ini perlu mengikut masa yang dicadangkan agar mereka mempunyai fungsi mental yang normal. Berdasarkan kenyataan Pauling, Rimland et. Al (1978) telah mendapati pengambilan vitamin yang berterusan dapat memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak yang mengalami autisma. Kaedah intervensi semasa adalah menggunakan kaedah pendidikan memandangkan pendekatan kemahiran berstruktur adalah yang paling sesuai menangani masalah tersebut. Memandangkan sering terdapat masalah mengenalpasti beberapa bidang yang mengalami kekurangan maka teknik yang berkesan pada seseorang kanakkanak autisma tidak semestinya berkesan kepada kanak-kanak autisma yang lain. Bagaimanapun dalam melakukan intervensi terhadap kanak-kanak autisma, faktor-faktor seperti hubungan guru murid, kematangan pelajar dan keadaan persekitaran juga memainkan peranannya. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi intervensi di dalam kelas. Oleh itu guru sebagai pelaksana intervensi di sekolah perlu memainkan peranan utama agar intervensi yang ingin dilakukan dapat berjalan dengan lancar. 2.4 Proses Intervensi Kanak-kanak Autisme Sepanjang masa, kebanyakan keluarga telah mencuba pelbagai jenis rawatan tradisional dan bukan tradisional untuk mengurangkan tingkahlaku autisme dan meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian. Walaupun sebahagian individu diberi ubat untuk memperbaiki tingkahlakunya namun tiada ubat utama yang ditunjukkan berkesan secara konsisten dalam merawat simptom autisme. Ubatan yang paling luas digunakan adalah ritalin yang diguna untuk merawat kurang tumpuan perhatian dan hiperaktif. Namun tiada 34 kajian dijalankan untuk menunjukkan tahap keberkesanannya kepada mereka yang

mempunyai autisme (Edelson, 1999). Dua jenis rawatan yang menerima sokongan empirikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi seperti peneguhan positif dan time-out, untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan tingkahlaku sosial dan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri sendiri (Edelson, 1999). Vitamin B6 yang diambil dengan magnesium telah menunjukkan peningkatan dalam kesedaran dan tumpuan perhatian sehingga lebih kurang 45% daripada kanakkanak autisttik. Terdapat juga beberapa laporan mengenai beberapa zat makanan pelengkap dan Di-methyigiycine (DMG). DMG banyak membantu ke arah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakkan kemahiran komunikasi (Edelson, 1999). Sebahagian individu dengan autisme mempunyai jumlah yis yang berlebihan yang dipanggil candida albicans dalam saluran usus mereka. Tahap tinggi candida albicans mungkin menyumbang kepada faktor kepada masalah tingkahlaku mereka. Satu senario apabila kanak-kanak mendapat jangkitan dari telinga tengah, antibiotik yang melawan jangkitan mungkin merosakkan sistem pengawalan jumlah yis dalam saluran usus. Sebagai hasilnya yis akan tumbuh dan melepaskan toxin dalam darah dan toxin ini mungkin mempengaruhi tahap kefungsingan otak namun ia boleh dirawat sama ada dengan perubatan yang ringan seperti penggunaan nystatin (Edelson, 1999). Ketidaksuaian dan sensitif terhadap makanan telah mendapat perhatian sebagai penyebab berlakunya tingkahlaku autisme. Banyak keluarga telah memerhati perubahan 35 tingkahlaku yang baik apabila sebahagian makanan tidak diberi kepada kanak-kanak autisme. Pengkaji mendapati kehadiran ketidaknormalan peptides berkemungkinan kerana ketidakupayaan badan untuk memecahkan protein tertentu kepada asid amino.

Protein ini adalah gluten (seperti gandum,barli ,oats) dan casien (dalam susu manusia dan susu lembu). Ramai ibu bapa telah mengeluarkan bahan ini daripada diet anak dan dilihat membawa perubahan yang positif dalam kesihatan dan tingkahlaku (Edelson 1999). Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai kekurangan daripada segi sensori, maka teknik integrasi sensori diguna untuk merawat ketidakfungsian deria rasa, vestibular, dan propioceptive senses. Sebahagian daripada teknik tersebut termasuk membuai di buaian dalam pelbagai cara untuk membantu menormalkan vestibular senses dan menggosok texture yang berlainan kepada kulit untuk deria sentuhan. Sebagai tambahan, seorang wanita autisme, Dr. Temple Grandin, membentuk mesin peluk yang memberi tekanan mendalam yang nampaknya mempunyai kesan tenang kepada seseorang (Edelson, 1999). Kebanyakan individu autisme sensitif terhadap bunyi dalam persekitaraan. Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi yang dianggap menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan salah satu intervensi yang diguna untuk mengurangkan tahap sensitifnya. Latihan penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu daripada program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kaplan, termasuklah memakai prism atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan menormalkan sistem penglihatan (Edelson,1999). 2.4.1 Intervensi Pendidikan 36 Sebagai pendidik, maka intervensi yang akan dijalankan adalah lebih tertumpu kepada intervensi pendidikan. Rincover & Koegel (1975), Koegel & Rincover (1976) dan Koegel et al (1977) telah menemui kemahiran yang penting yang perlu dilakukan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan guru mengajar kanakkanak autisma. Kemahiarn-kemahiran tersebut adalah kemahiran untuk menyampaikan arahan dengan betul, kemahiran menggunakan peneguhan dengan berkesan,

kemahiran untuk membentuk tingkah laku pelajar yang baru, kemahiran membimbing pelajar memberi respon dengan tepat, kemahiran menyediakan masa interval antara tugasan juga kemahiran menonjolkan personaliti yang menarik. Dalam kemahiran intrvensi kanak-kanak yang mengalami autisma ianya harus meliputi bidang tingkah laku, komunikasi, persekitaran dan sosial. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah yang ketara dan sering berlaku berkaitan bidang-bidang tersebut. 2.4.2 Intervensi Tingkah Laku Intervensi tingkah laku perlu dilakukan untuk menangani masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak autisme. Intervensi tingkah laku yang akan diberikan ini adalah merujuk kepada intervensi tingkah laku sebagaimana yang diperkenalkan oleh Dr. O. Ivar Lovaas seorang ahli psikologi. Kaedah intervensi ini merupakan terapi bersifat program berpusat rumah. Ia dijalankan sebagai satu pasukan program di mana sekurang-kurangnya 3 orang yang telah menjalani latihan penuh terlibat. Ini untuk memastikan intervensi yang dijalankan tersusun dan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Kaedah Lovaas mementingkan penyertaan daripada ahli keluarga. Ini bertujuan supaya ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan intervensi dengan menggunakan 37 cara yang sama dengan ahli intervensi yang lain seterusnya memastikan kesinambungan intervensi berlaku. Semua kemahiran dipecahkan kepada kemahiran kecil yang boleh dicapai dan diajar secara berstruktur. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Mereka perlu sering diberi pujian dan peneguhan seperti makanan, minuman dan ganjaran sosial. Sebarang ganjaran yang berupa benda atau makanan akan semakin berubah kepada ganjaran sosial sesuai dengan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak autistik. Untuk mengurangkan atau menggantikan tingkah laku agresif, guru boleh bertindak dengan tidak mempedulikan mereka atau memperkanalkan tingkah laku sosial yang lebih diingini. Jika mereka telah menguasai tugasan asas, maka bolehlah diperkenalkan intervensi yang lebih sukar. Apa yang perlu diingat adalah intervensi yang dijalankan perlu berterusan dan konsisten. 2.4.3 Intervensi Komunikasi

Antara masalah utama kanak-kanak autistik adalah berkaitan dengan komunikasi. Justeru beberapa teknik boleh digunakan dalam melaksanakan intervensi komunikasi seperti teknik menggalakkan kontak mata, memberi ucapan, menggalakkan respon kepada penggilan nama dan teknik khas untuk kanakkanak nonverbal. Bagi menggalakkan kontak mata, guru boleh menggunakan benda atau objek yang disukai oleh pelajar iaitu dengan memegang objek tersebut di depan mata. Sebaik sahaja kanak-kanak memandang, bawa objek tersebut kepadanya. Guru juga boleh menggunakan benda yang banyak untuk dimasukkan ke dalam kotak. Pegang objek tersebut hampir dengan mata pelajar dan berikan kepadanya 38 jika objek tersebut dipandang. Guru juga perlu memastikan pelajar memandangnya terlebih dahulu jika ingin dibimbing suatu objek dan menggunakan sebarang permainan yang mewajibkan pandang sebelum permainan tersebut dimulakan atau diteruskan. Antara teknik memberi ucapan pula adalah memberi ucapan atau salam kepada setiap kanak-kanak sebelum masuk ke dalam bilik darjah atau ruang. Ucapan atau salam tersebut hendaklah diberi dengan penuh bersemangat walaupun respon yang diterima tidak begitu menggalakkan. Nyanyian yang mengandungi ucapan juga boleh digunakan terutamanya dengan melibatkan kanak-kanak yang hampir. Teknik menggalakkan respon kepada panggilan nama digunakan dengan memanggil nama pelajar dari jarak dekat atau jauh. Panggil nama pelajar dari jarak dekat dan dapatkan responnya manakala jika penggilan dibuat dari jarak jauh perlu menyediakan seorang pembantu yang akan membantu pelajar memfokus kepada orang yang memanggilnya iaitu guru. Bagi kanak-kanak yang mengalami autisma nonverbal pula beberapa teknik seperti penggunaan bahasa isyarat, pemilihan objek yang dikehendaki dan memberinya kepada orang lain dan penggunaan gambar. Terdapat dua perkara yang boleh dilakukan dengan gambar. Yang pertama adalah gambar yang digunakan perlu dikaitkan dengan benda yang bersesuaian misalnya gambar cawan bermaksud minum. Yang kedua pula adalah menggunakan gambar benda yang disukai oleh pelajar dan diletakkan dekat dengan tempat duduk pelajar. Setiap kali murid menyentuh gambar tersebut, benda yang berkaitan akan ditunjukkan kepadanya sehinggalah akhirnya benda tersebut ditunjukkan lagi. 2.4.4 Intervensi Persekitaran

39 Kebanyakan kanak-kanak autistik amat sensitif atau peka terhadap persekitaran. Maka intervensi yang berkaitan dengan persekitaran amat diperlukan untuk membantub mereka menangani masalah tersebut. Persekitaran kelas merupakan persekitaran utama semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu bahan pameraqn di dalam kelas perlu ringkas dan melibatkan bilangan item minimum, juga perlu menggunakan hiasan yang ringkas serta berwarna lembut. Jika kelas tersebut menerima pelawat, guru perlu mengingatkan pelawat agar tidak bercakap, meminimumkan bunyi hentakan kaki, mengurangkan pergerakan yang kesat dan juga pergerakan yang tiba-tiba. Guru juga perlu mengadakan rutin dalam aktiviti kelas seperti menyediakan jadual aktiviti kelas seperti menyediakan jadual aktiviti harian dan mingguan serta menguruskan aktiviti-aktiviti tersebut mengikut pola yang sama. Hadkan peralatan yang digunakan iaitu pelajar hanya menggunakan peralatan yang minimun semasa melakukan semasa melakukan aktiviti agar mereka dapat menguasai alatan tersebut dengan baik. Di samping itu, guru juga perlu membantu kanak-kanak di sepanjang aktiviti seperti semasa memulakan, membuat, menyelesaikan tugasan dan menyimpan benda atau alatan yang digunakan. 2.4.5 Intervensi Kognitif Intervensi kognitif adalah intervensi yang dilakukan untuk mengurangkan masalah kanak-kanak yang mengalami autisma dari segi kognitif. Semasa menjalankan intervensi, guru perlu mengambilkira cara pengendalian maklumat terutamanya yang diberi secara lisan seperti mengelak dari memberi meklumat atau arahan yang negetif. Guru juga perlu menggunakan arahan atau memberi maklumat 40 tugasan secara spesifik dan mengunakan prkataan atau bahasa yang tepat seperti Kita akan pergi ke restoran, melihat menu dan meminta makanan yang kita ingini dan bukan Kita akan pergi makan tengahari. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan media bukan bahasa untuk menyampaikan maklumat seperti gambar, simbol, perkataan bertulis dan warna. Contohnya kiu visual atau sensori menggunakan kad hijau sebagai tanda mula dan kad merah tanda akhir sesuatu aktiviti digunakan untuk membantu

pelajar memahami konsep mula dan akhir aktiviti. Situasi ini memerlukan guru membuat persediaan menyeluruh sebelum sesuatu aktiviti yang berlainan dijalankan seperti menyediakan maklumat penting dan menggunakan penyokong visual untuk membantu pelajar memahami had yang ditetapkan. Pelajar perlu diberi pengalaman untuk membuat pilihan. Wujudkan dan tawarkan peluang kepadanya untuk buat pilihan sepanjang hari. Objek maujud, foto atau simbol boleh digunakan untuk menyokong soalan berkaitan pilihan. Pelajar juga perlu dilatih berkomunikasi tentang masa dan konsep masa. Walaubagaimanapun, maklumat yang terlalu abstrak dan jauh ke hadapan perlu dielakkan. Gunakan kalendar untuk membolehkan kanak-kanak mengira hari sebelum sesuatu peristiwa penting, juga menerangkan pembatalan, penangguhan atau perubahan pada masa aktiviti. Guru juga perlu melatih pelajar menyediakan jadual visual aktiviti harian atau mingguan dan jadual visual tugasan individu. Selain daripada itu, guru boleh membantu memantau tingkah laku pelajar mengikut masa. Penerangan tentang mengapa sesuatu perkara berlaku perlu dilakukan. Antaranya seperti menerangkan peristiwa dan interaksi sosial dengan mengunakan 41 lukisan dan tulisan, menggalakkan penggunaan gambar, cerita atau surat untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. 2.5 Contoh Intervensi Intervensi sewajarnnya dilakukan seawal mungkin. Oleh itu, antara contoh intervensi awal terhadap kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri autisma ialah sebagaimana yang dijalankan di Alice H. Hayden Preschool, Universiti Washington. Di pusat ini, Illene S. Schwartz, Felix F. Billingsley dan Bonnie M. Mc Bride telah memperkenalkan lima strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ketika menjalankan intervensi awal. Strategi-strategi tersebut adalah : 2.5.1 Strategi Mengajar Kemahiran Sosial Dan Komunikasi Kemahiran komunikasi dan interaksi sosial adalah penting.Justeru sistem komunikasi menggunakan gambar (PECS-Picture exchange communications system) digunakan untuk membantu pelajar yang tanpa kemahiran verbal functionaluntuk berkomunikasi secara berkesan. Sistem ini menggunakan gambar dan simbol (Bondy & Frost, 1994; Schwartz, Garfinkle & Bauer, 1988) di

mana cara ini lebih mudah difahami dan diterima terutamanya semasa proses perolehan kemahiran pertuturan berlaku. Guru juga telah menyediakan arahan secara tersusun dan sistematik dalam melakukan kemahiran peniruan agar ianya lebih difahami. Aktiviti berbentuk peniruan dilakukan sepanjang hari dan arahan yang digunakan adalah ringkas tetapi tepat. Selain dari itu, peluang untuk kanak-kanak bermasalah autisma berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain dibina dengan menyediakan permainan yang dapat melibatkan mereka secara bergilir-gilir seperti passing 42 toy. Aktiviti seperti ini dapat melatih mereka berkongsi permainan secara perlahan-lahan. 2.5.2 Strategi Pengajaran Yang Dapat Mengekalkan Perjalanan Kelas Dengan Lancar. Supaya perjalanan kelas dapat berjalan dengan lancar, penglibatan rakan sebaya dalam sebarang pengajaran adalah perlu untuk mengelakkan pelajar merasa janggal. Prosedur pengajaran yang natural dilakukan dengan mengadakan aktiviti yang menarik minat pelajar seterusnya menggalakkan interaksi di mereka. Guru juga menggunakan petunjuk yang berlainan untuk memastikan setiap pelajar menerima sokongan yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka. Bagaimanapun, sokongan hanya disediakan berdasarkan apa yang diperlukan sahaja untuk mengelakkan pelajar terlalu bergantung kepada guru. 2.5.3 Strategi Mengajar Dan Menyediakan Peluang Untuk Berdikari. Pelajar diberi peluang dan diajar membaut pilihan bila perlu dalam usaha untuk mengajar mereka berdikari. Justeru adakalanya guru menggunakan jadual bergambar untuk aktiviti harian supaya pelajar dapar belajar mengikut urutan dan tempoh aktiviti seterusnya memudahkan pertukaran aktiviti, juga meningkatkan penglibatan pelajar. Struktur untuk membolehkan pelajar mencuba aktiviti dan alatan baru disediakan dari semasa ke semasa dan akan diubah apabila pelajar telah menguasai aktiviti dan jadual tersebut. Guru turut memberi peluang kepada pelajar untuk membalas percakapan guru terutamanya di kalangan pelajar non verbal supaya keyakinan diri mereka dapat ditingkatkan. Guru juga memberikan ekspektasi yang tinggi kepada semua 43 pelajar dengan cara meraikan kejayaan pelajar walaupun sedikit, memberikan pujian atau galakan dan sentiasa memberi bantuan berdasarkan potensinya dan bukan kekurangannya supaya setiap pelajar berupaya mencapai kejayaan.

2.5.4 Strategi Membina Komuniti Kelas Yang Melibatkan Semua Pelajar Strategi ini menggunakan aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan keupayaannya seperti merancang aktiviti open-ended, menggunakan peralatan yang pelajar sukai, menggalakkan respon pelajar dan menunjukkan aktiviti kepada kekuatan pelajar. Setiap pelajar diberi peluang yang sama rata untuk memainkan peranannya semasa beraktiviti berdasarkan giliran dan perlu berinteraksi terutamanya ketika meminta sesuatu alat permainan. 2.5.5 Strategi Menggalakkan Kemahiran Generalisasi Dan Kemahiran Pengekalan Strategi ini menumpukan kepada kemahiran harian. Kemahiran dalam pelbagai situasi diberikan dengan mengutamakan aktiviti yang digemari pelajar bagi membolehkan aktiviti tersebut dijalankan berulang kali. Kemahiran tersebut dikekalkan untuk menjadi peneguh kepada aktiviti yang lain. Arahan yang diberikan oleh guru perlu menggunakan bahan yang biasa atau telah diketahui namun begitu perlu dapat menggalakkan pelajar menggunakannya dalam seting yang berbeza dan menggunakan petunjuk arahan jika ia didapati agak sukar 44 3. KESIMPULAN Autisme merupakan satu kecelaruan yang kompleks dan keperluan individu ini adalah pelbagai. Setelah 50 tahun kajian dijalankan secara pendekatan trdisional dan moden untuk membolehkan kita memahami dan melayan individu autistik. Adalah penting untuk menyatakan bahawa ibu bapa dan para profesional mula menyedari bahawa sindrom autisme boleh dirawat di mana terdapat banyak intervensi yang dapat membuat perbezaan yang sigfinikan (Edelson, 1999). Individu autisme mungkin tidak banyak beza berbanding dengan kanak-kanak yang normal dari segi penampilan fizikal. Namun begitu, apabila pemerhatian yang berfokus dibuat maka ternyata pemerhati akan nampak kelainan yang ada pada kanakkanak ini. Walaupun pelbagai kenyataan akan puncanya, namun hingga kini masih belum mempunyai jawapan yang muktamad. Walaupun kanak-kanak autisme kurang upaya

dalam banyak perkara, namun begitu individu autisme memang terkenal dengan puzzles. Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan membolehkan kanak-kanak istimewa ini memperolehi ilmu pengetahuan tanpa halangan dengan sempurna (Artwood, 1998). Logo untuk kumpulan sokongan ibu bapa bagi Autism Society of America, merupakan gambar seorang kanak-kanak dalam bentuk puzzle. Kebanyakan puzzle berada di atas meja tetapi kita masih cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk mencantumkannya. Sebagai manusia normal perlulah direnung kembali dan sentiasa berfikiran positif bahawa kepingan puzzle ini boleh menjadi pelbagai bentuk puzzle yang berbeza. 45 Sebagai rumusan kanak-kanak bermasalah pembelajaran harus menerima bantuan pada usia seawal mungkin, selepas dikenal pasti kategori kecacatannya. Tujuannya adalah untuk membantu mereka memperkembangkan potensi pada tahap yang maksimum. Intervensi awal adalah peringkat pertama dalam proses persediaan kanakkanak untuk hidup dalam masyarakat dan proses ini berterusan. 4. BIBLIOGRAFI 46

Você também pode gostar