Você está na página 1de 14

Bincangkan secara ringkas kronologi perubahan-perubahan kurikulum yang pernah digunakan di negara ini.

Bincangkan mengapa perubahan-perubahan yang dilakukan terhadap kurikulum tersebut.

Kurikulum dalam kamus dwibahasa merupakan bidang pelajaran di sekolah.Dari sejarah, curriculum berasal daripada perkataan latin yang bermaksud ruang tempat di mana pembelajaran berlaku.Menurut Kerr. J. K ( 1968 ), Hirst ( 1975 ) serta Nicholls S. H dan Nicholls A ( 1978 ) telah mentakrifkan kurikulum adalah rancangan di peringkat sekolah. Manakala B.O Smith, W.D Stanley dan J.H Shores ( 1957 ), berpendapat kurikulum adalah rancangan bidang pendidikan. Berlainan pula dengan Tyler ( 1950 ) dan G.A Beauchamp ( 1968 ) memfokuskan kurikulum kepada objektif dan proses pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat dari ( Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 ), kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu, boleh dikatakan kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan sebaliknya yang dipilih, diorganisasi dan disusun dalam pelbagai bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang nyata dan sebaliknya yang dijalankan di dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah dan untuk semua peringkat persekolahan. Pendidikan di Malaysia seiring dengan peredaran zaman begitu juga dengan perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah yang telah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan kini. Ianya sedemikian selaras dengan perubahan zaman dan keperluan pendidikan bagi memenuhi kehendak masyarakat dan negara bagi merealisasikan impian negara. Ini penting untuk melihat kemajuan negara sentiasa meningkat kerana pembangunan di satu-satu negara sangat sinonim dengan perkembangan pendidikan yang berjaya. Oleh sebab itulah pentingnya perubahan- perubahan kurikulum untuk penambahbaikan demi keperluan masyarakat dan negara.

Sebelum zaman penjajahan, pendidikan adalah bercorak tidak formal dan pendidikan menjurus kepada aspek keagamaan serta kemahiran-kemahiran tertentu sahaja. Selepas kawasan surau dan masjid di kampung dikesan menjalankan pengajaran agama, kewujudan sekolah pondok juga dianggap sebagai pendidikan tidak formal dan memberikan tumpuan kepada pengajian Kitab Al-quran serta bahasa Arab. Semasa zaman awal penjajahan, menurut Fauziah dan Roslan (2000), sistem pendidikan yang dibentuk merupakan satu permulaan kepada perubahan pendidikan tradisi di Tanah Melayu bagi mencerminkan kuasa, keperluan dan kehendak pendidikan penjajah. Terdapat ciri-ciri pemisah dalam perkembangan kurikulum ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India di mana bahasa ibunda masing-masing digunakan dan lokasi sekolah agak jauh. Pada awal kedatangan penjajah,telah membawa kepada penubuhan sekolah vernakular mengikut kaum. Penubuhannya adalah sekadar usaha penjajah untuk mengelakkan orang melayu daripada buta huruf. Buktinya jelas melalui niat penjajah menjadikan anak nelayan atau petani itu seorang nelayan atau petani yang lebih pandai daripada bapa mereka sahaja ( Radcliff,1970) dan untuk mengajar bacaan dan kira-kira sahaja.Guru-guru di sekolah vernakular melayu mendapat latihan di maktab perguruan manakala sekolah vernakular cina dan India , guru dan buku teksnya dibawa dari negara cina dan India. Kurikulum yang tidak seragam ini hanyalah inisiatif penjajah untuk mengelakkan tiga kaum ini untuk bersatu. Kurikulum di tanah melayu berterusan dengan perubahan- perubahan berlaku dan penambahbaikan terhasil mengambilkira keperluan kaum melayu, cina dan india. Rentetan sejarah perkembangan kurikulum dapat dilihat menerusi ; 1. Rancangan Cheeseman Cadangan bahasa Inggeris diajar di semua sekolah rendah tetapi dibantah oleh Majlis Perundangan Persekutuan 2. Penyata Barnes Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dicadangkan digunakan sebagai bahasa pengantar bagi sekolah-sekolah di persekutuan Tanah Melayu. Matapelajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diajar di sekolah-sekolah cina

dan tamil. Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan bagi memantau perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah diperkenalkan manakala kurikulum dan pengajaran di sekolah menengah dilaksanakan dengan bahasa pengantarnya adalah bahasa inggeris dan terbuka kepada kanak-kanak yang tamat persekolahannya di peringkat sekolah rendah. Laporan Fenn-Wu menyatakan tiada paksaan kepada rakyat untuk mempelajari satu atau pun beberapa bahasa dan mencadangkan orang cina mempelajari 3 bahasa yakni melayu,cina dan inggeris. Lantaran daripada itu, terhasillah Ordinan Pelajaran ( 1952 ) yang mengemukakan cadangan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib di sekolah melayu dan sebaliknya. Ordinan Pelajaran ( 1952 ) juga mencadangkan penubuhan dua jenis sekolah iaitu sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Tetapi tidak dapat dilaksanakan lantaran kekurangan guru, tentangan daripada masyarakat cina dan india dan kekangan kewangan.

3. Penyata Razak Menjadi asas kepada pembentukan dasar pendidikan Negara. Laporan ini menekankan kurikulum dan pengajaran kanak-kanak di peringkat pendidikan rendah di sekolah vernakular masing-masing. Di samping itu, kurikulum dan pengajaran bahasa melayu di semua jenis sekolah diwajibkan 4. Penyata Rahman Talib Bertujuan utk mengkaji dasar pendidikan yang telah diterima pada 1956. Jawatankuasa tersebut telah mengkaji pelaksanaannya pada masa itu dan masa akan datang serta mengkaji implikasi kewangan tentang pelaksanaan kurikulum yang dikemukakan oleh dasar penyata Razak. 5. Laporan Kabinet 1975 Perintis kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 dan merupakan teras penggubalan kurikulum.

6. Akta Pendidikan 1996 Merupakan lanjutan Akta Pelajaran 1961. Akta ini mengugurkan beberapa peruntukan dari Akta Pelajaran 1961 yg tidak sesuai.dan mengekalkan peruntukan yg sesuai sahaja.Perakuan tersebut berpaksikan perakuan utama Penyata Razak 1956.

Berpandukan penyata dan cadangan yang dilalui sebelum dan selepas merdeka sehingga kini dapat dilihat bahawa perubahan kurikulum itu sentiasa dikaji dan diadaptasi sesuai dengan perubahan dan persekitaran semasa. Satu-satu kurikulum yang dilaksanakan itu haruslah mendapat keyakinan dan persetujuan daripada semua pihak untuk membentuk sebuah negara yang stabil sesuai dengan sistem pendidikannya yang bermutu dan terbaik. Penambahbaikan sentiasa ada dalam kurikulum sejajar dengan perkembangan semasa. Kurikulum kebangsaan perlu sentiasa dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan . Kurikulum Negara telah melalui beberapa fasa dimulai dengan KLSR, kemudiannya disusuli pula dengan KBSR kemudian ditambahbaik lagi dalam KBSR yang seterusnya dan kini KSSR.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan hasil daripada Ordinan Pelajaran 1957 yang digubal berdasarkan Laporan Razak (1956). Laporan ini menggariskan 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Sekolah sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Guru guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan

Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak (1956) dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran (1957). Laporan Rahman Talib (1960) telah mencadangkan beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak (1956) iaitu; 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara automatik Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurangkurangnya 15 orang. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Berikut ini adalah Laporan Tun Hussien Onn yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. " Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolahsekolah aliran Inggeris. Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga halehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.

Intipati laporan ini sangat berguna dimana berasaskan laporan ini kita boleh dapati bahawa pendidikan di negara ini dari dahulunya lagi telah menyebut bahawa satusatu sistem pendidikan itu mestinya direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Begitu juga dengan bahasa Inggeris, tetap penting dan tidak boleh diabaikan sehinggakan kita telah melalui program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ( PPSMI ) dan yang terbaru dasar MBMMBI iaitu dasar memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. pembentukan kurikulum bukan dirancang secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang dengan teliti mengambilkira laporan-laporan terdahulu sehinggalah berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di sebabkan tragedi 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara dan pelancaran dasar ekonomi baru, 1970 telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan yang kurang menitikberatkan aspek perpaduan, sosial, ekonomi dan politik. Maka sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dan terbentuklah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang menjadi perintis kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988. FPN inilah yang menjadi teras kepada penggubalan kurikulum yang terdapat di negara ini.

Melihat kepada kejadian yang berlaku pada Mei 1969, adalah penting kurikulum tersebut berperanan menyemai sikap bersatu padu tanpa mengira kaum di Malaysia. Maka tidak hairanlah sekiranya penegasan kepada kurikulum ala Malaysia dititikberatkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.Ini kerana pada peringkat awal kandungan pelajaran sekolah india dan cina lebih terarah kepada negara kaum berkenaan berlainan pula dengan sekolah melayu. Apabila ini berlaku, bagaimana perpaduan dapat dicapai sekiranya satu kurikulum yang sama tidak digunakan untuk masyarakat keseluruhan. Oleh itu, disebabkan faktor perpaduan ini, perubahan kurikulum itu berlaku dengan penekanan yang lebih lagi dalam aspek perpaduan. Sebagai contoh bahasa melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. Seterusnya bagi melihat kesinambungan, antara laporan yang terhasil dengan pembentukan kurikulum seterusnya,Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menekankan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Penegasan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983 pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh negara. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M). KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).

Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran teras iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullahi, 2005). Dapat dilihat, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Pendidikan bukan sahaja dilihat membantu membekalkan gunatenaga kepada kerajaan tetapi biarlah insan yang berpendidikan itu mempunyai keperibadian, akhlak yang terpuji sesuai dengan masyarakat malaysia.

Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah, semakan semula telah dibuat dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Di sini dapat dilihat bahawa terdapat kronologi perubahan kurikulum itu. Dalam konteks ini,semakan dibuat mengambilkira perubahan semasa,yakni perubahan globalisasi. Ini bertujuan untuk memastikan pendidikan yang diterima oleh setiap lapisan generasi di negara ini mengikut perkembangan semasa untuk keperluan dalam pelbagai sektor pekerjaan. Dengan itu, dasar pendidikan negara telah disemak semula supaya pendidikan di Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dan sepadu pembentukan peribadinya. Keseimbangan dan kesepaduan ini adalah dari aspek ilmu, iman, dan amal. Dasar pendidikan ini dapat melahirkan warganegara yang berpekerti dan berakhlak mulia dengan rasa cintakan tanah air. Keseimbangan dan kesepaduan ini harus djielmakan dalam bentuk rohani, jasmani dan mental. Usaha yang berterusan dan bersungguhsungguh ini haruslah selaras dengan keperluan dan cita-cita negara menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya untuk memenuhi hasrat Wawasan 2020. Kurikulum lama banyak memberi tumpuan kepada bidang ilmu pengetahuan dan kurang memberi tumpuan pada perkembangan personaliti pelajar. Secara amnya, kurikulum ini lebih berorientasikan peperiksaan dan bukannya pembentukan potensi diri kanak-kanak bagi membantu pertumbuhan dan pembangunan negara. Oleh yang demikian, usaha-usaha menghasilkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dibuat untuk penambahbaikan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Semakan semula kurikulum ini adalah kerana kurikulum lama iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah mempunyai beberapa kekurangan yang telah dikenalpasti setelah pelaksanaannya beberapa tahun di sekolah. Antara kelemahan tersebut ialah; a) Kurang menekankan nilai-nilai dan kemahiran kanak-kanak yang mempunyai pekerti dan susila yang baik dan bersopan- santun. Ini adalah kerana kurikulum lama memberi tumpuan pada ilmu akal semata-mata dan tidak pada ilmu wahyu. Ini menjadikan murid-murid tidak bersemangat patriotik dan bermoral. Kandungan kurikulumnya terlalu memberatkan ilmu pengetahuan

b)

khususnya peperiksaan dan menekankan secara berlebihan pada persediaan menuju ke- peringkat pengajian tinggi. Ini menyebabkan kurikulum lama tersebut kurang memberi tumpuan pada perkembangan watak dan sahsiah atau pekerti murid-murid. Para murid mempunyai ilmu untuk ilmu dan ilmu itu digunakan bagi membina kehidupannya. c) Amalan pemupukan dan pembentukan nilai diri dan semangat kebangsaan kurang diberi tumpuan juga krang diterapkan dalam kurikulum lama. Pendidikan agak menyimpang daripada dasar bagi melahirkan rakyat yang beridentitikan kebangsaan dengan mengamalkan nilai jati diri yang mantap dan unggul.

d)

Kurkulum Baru Sekolah Rendah juga kurang memberi tumpuan pada bidang kemahiran atau praktikal. Sesi pengajaran lebih menumpukan kepada hafalan dan bukan membiasakan diri dengan kemahiran, pemikiran kreatif dan kritis, dan pengalaman serta etika kerja yang lebih produktif dan progresif iaitu mempunyai ciri-ciri pemikiran inovatif. Pendidikan bagi tujuan perpaduan dan semangat kekitaan dengan mengurangkan polarisasi antara kaum dengan menumpukan pada integrasi dan amalan keadilan demokrasi berorientasikan negara Malaysia dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Negara dan Rukun Negara.

e)

Dengan itu, program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) adalah langkah ke arah meningkatkan mutu pendidikan negara selaras dengan perubahan order dunia dan selaras dengan keperluan yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru yang menjadi agenda utama dalam menstrukturkan semula jurang ekonomi masyarakat Malaysia. Ini juga adalah selaras dengan huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terbahagi kepada beberapa aspek iaitu; a) b) c) d) e) f) g) h) i) pendidikan suatu usaha berterusan memperkembang potensi individu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu insan yang seimbang dan harmonis kepercayaan kepada Tuhan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan rakyat Malaysia yang berketrampilan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Di samping itu, empat aspek utama yang menjadi matlamat pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia juga menjadi teras kepada pembentukan KBSR ini. Matlamatmatlamat tersebut adalahuntuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia Draf baharu Sukatan Pelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan mula dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994. Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang terdiri daripada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum. Kurikulum ini mempunyai kelebihan seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, serta kelancaran bahasa dipertingkatkan, serta memupuk nilai murni Merangsang pembelajaran secara keseluruhan (holistik) Kadar pengembangan murid adalah mengikut individu Kebolehan minat dan keperluan murid yang pelbagai diambil kira.

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan,1996,berbunyi :

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Dengan termaktubnya Akta 1996 ini, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan semula dibuat dan dengan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang baharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai perintis di beberapa buah sekolah untuk menambahbaik kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi daripada Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Secara umumnya, perubahan besar penggunaan KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah; (a) (b) (c) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua mata pelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah. pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

(d) (e) (f) (g)

Seterusnya, bagi memenuhi perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini, wujudlah transformasi pendidikan. Transformasi pendidikan ialah perubahan terancang bertujuan untuk membangunkan pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti sebagai memastikan murid-murid di sekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada persekitaran sekolah dalam pemerolehan ilmu pengetahuan untuk melengkapkan mereka dan di masa yang sama mempunyai nilai-nilai murni yang unik sebagai rakyat Malaysia. Dengan itu, satu proses perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah perlu dilakukan sejajar dengan perubahan keperluan semasa.
Kini, perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantas implikasi arus

globaisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) agak kurang relevan dan efisien, untuk menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa depan, tetapi mengikut acuan yang digarapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga diharapkan akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal berpaksikan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilainilai murni seperti yang digariskan dalam Teras 2 PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak bangsa malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai-nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.

Proses

menyeluruh

dalam

transformasi

pendidikan

negara

perlu

dilaksanakan segera seiring dengan perubahan pantas pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hanya dengan transformasi pendidikan yang berkesan mampu

menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi. Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolah-sekolah kita dan membolehkan generasi

muda kita menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin mencabar, (Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, 2010) Rekabentuk kurikulum transformasi tersebut terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Natijahnya, kronologi perubahan kurikulum berlaku disebabkan penambahbaikan dalam kualiti pendidikan negara selain daripada beberapa perkara. Antaranya adalah menyemai sikap perpaduan, melahirkan insan berpendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah,menyediakan gunatenaga yang berpengetahuan dan berkemahiran serta disebabkan perubahan globalisasi. Perubahan arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Ini bertujuan membolehkan murid-murid menjadi pelapis generasi akan datang dan tidak ketinggalan dengan arus pemodenan dunia. Sebab itulah, kurikulum di negara ini mengalami perubahan secara berperingkatperingkat demi memenuhi aspirasi negara.

Você também pode gostar