Você está na página 1de 10

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAT KAKI VERSI 2007 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peringkat Kebangsaan

1. PENYERTAAN 1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolahsekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang. 1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah iaitu: a. Kategori Putera b. Kategori Puteri 1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan. 2. PENDAFTARAN 2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sekolah. 2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan. 2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan) 2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan pengetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan. 3. PAKAIAN 3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen. 3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.

3.3 Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawat dinamik atau formasi ditolak 1 markah bagi satu item. 3.4 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mesti dipakai semasa pertandingan kawad dijalankan. 3.5 Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanya sarung tangan putih sahaja. 4. PADANG KAWAD 4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan). 4.2 Pemeriksaan pakaian di luar litar 5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN 5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai. 5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad buka barisan sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi. 5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas. 5.4 Isyarat akan dibunyikan: a. pada minit ke 12. (sekali) b. masa tamat. (dua kali) 6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN 6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi beruniform berkenaan yang telah ditetapkan. 6.2 Bilangan Anggota: a. kawad pasukan unit

b.

Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31 orang semasa memasuki gelanggang pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya. Pasukan yang bertanding dengan jumlah anggota kurang daripada 31 orang maka akan dibatalkan penyertaannya. Penggantian anggota atau penambahan anggota dibenarkan sebelum peserta menjalani pemeriksaan pakaian tetapi untuk anggota yang didaftarkan penyertaannya dalam pasukan sahaja.

c.

d.

Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka markah akan ditolak. (Ditolak 5 markah pasukan bagi setiap anggota yang kurang). Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pasukan berbaris untuk pemeriksaan pakaian untuk setiap pasukan.

6.3

Pemeriksaan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran pertandingan. (15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan) Kawad Asas: ( Bahasa hukuman adalah mengikut unit masing-masing ) a.

6.4

V.

Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5 markah pasukan. b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya menghadap ke hadapan, kanan....pusing. c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, buka, barisan......gerak. d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, ke kanan....lurus. Pandang......depan. e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ....................... siap untuk diuji tuan. f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan: i. Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: ke kanan...lurus. pandang....depan. ii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: bergerak ke kiri, kiri.....pusing. iii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: bergerak ke kanan, belakang pusing iV. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: menghadap ke belakang, kanan....pusing Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: menghadap ke hadapan, belakang....pusing. g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak. h. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: bergerak ke kiri, kiri......pusing. i. Berjalan dalam masa cepat jalansebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman kiri belok.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).

j. k.

l.

Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman menghadap ke hadapan, kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim . Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan. i. buka barisan (dalam perlahan jalan) ii. pandang...kanan (dalam perlahan jalan) iii. pandang...depan. (dalam perlahan jalan) iv. tutup, barisan. (dalam perlahan jalan) Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri, kiri.....pusing diberikan. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan: i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat. ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat. iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju. iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat. v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan. vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: Bergerak ke kanan, belakang....pusing. vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan. viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri, belakang....pusing. ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: Menghadap ke belakang, kiri......pusing. x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Menghadap ke hadapan, belakang......pusing. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus) xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:Hentak kaki. xii. Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.

m. n. o.

p. Catatan (1): 1. 2.

xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersamasama skuad ketika mara mengadap) Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

3. 4. 6.5

Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri) Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya. Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberikan oleh penjaga masa.

Pergerakan Membentuk Formasi a. b. c. d. e. Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi. Unsur suara(slogan) dibenarkan di hujung formasi keempat sahaja dan akan dinilai. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sekurang-kurangnya 4 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi. (Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dengan cara 3 barisan menghadap ke hadapan. Penalti akan dikenakan untuk kesalahan-kesalahan berikut: i. Keluar dari kawasan litar pertandingan ii. Memberi isyarat. iii. Mengeluarkan suara selain daripada formasi keempat.

f.

6.6.

Melapor Keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad.

6.7

Penghakiman a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada wakil setiap negeri yang bertanding bagi kedua-dua kategori. Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut; i. Seorang Ketua Hakim. ii. Seorang Penolong Ketua Hakim. iii. Empat orang akan menjadi hakim pakaian. iv. Lapan orang hakim kawad. v. Empat orang hakim Ketua Platun termasuk Ketua Hakim dan Penolong Ketua Hakim. Pengiraan markah tertinggi dan terendah bagi setiap pasukan tidak diambilkira. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada gabungan badan induk dan Pegawai KPM. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad dinamik akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Keputusan hakim adalah muktamad.

b. c. d. e.

6.8 Bantahan Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal. (rujuk syarat mengemukakan bantahan)

6.9 Pemarkahan a. Markah pasukan: Markah pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut: i. Pakaian 10% ii. Kawad statik dan dinamik 50% iii. Kawad formasi 30% dan iv. Ketua Platun 10 % Jumlahnya ialah 100%

b. Ketua Platun: Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Pemenang Ketua Platun terbaik akan dikira daripada jumlah markah tertinggi yang diperolehi oleh Ketua Platun tersebut. 6.9 Peringkat Pertandingan: Pertandingan akan diadakan pada 4 peringkat iaitu; a. peringkat sekolah. b. peringkat daerah c. peringkat negeri d. peringkat kebangsaan Syarat-syarat Pertandingan Tamat

Lampiran II KAWAT FORMASI KADET AGENSI KERAJAAN (GO) DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO) FORMASI Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawat apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau keduaduanya sekali. Terbahagi kepada 3 unsur: 1. UNSUR GERAK 2. UNSUR PENGHAYATAN 3. UNSUR SUARA Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu : 1. Kekayaan Gerak Formasi Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu. Keseragaman Gerak Formasi Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan sebagainya. Keindahan Gerak Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti: a) b) Gerakan dalam Unsur Kawad Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad. Keseimbangan dalam penggunaan ruang Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satusatu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan. Kesatuan Gerakan Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan jalan perlahan maka di setiap formasi terdapat cambahan jalan perlahan. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan jalan perlahan merupakan tindakan untuk menyatukan. Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.

2.

3.

c)

d)

Kepelbagaian Gerakan Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad. Gerakan Penutup Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawat.

e)

UNSUR PENGHAYATAN Terkandung di dalamnya a) Unik/kreatif Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah Keserasian Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam. Kemantapan Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua platun Kesopanan Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti lucah.

b)

c)

d)

UNSUR SUARA Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi. Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan kepelbagaian unsur bunyi/suara. 1. 2. 3. Slogan yang betul Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan kerjasama. Tepat Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan Padu Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

Kesannya adalah formasi menjadi ceria/ bersemangat/ kreatif dengan tergabungnya UNSUR GERAK,UNSUR SUARA, UNSUR PENGHAYATAN

Você também pode gostar