Você está na página 1de 31

aqidah dalam islam

Skop Perbincangan
Akidah/ Tauhid Proses Kejadian Manusia Matlamat Kejadian Manusia Kesudahan kehidupan Manusia Manusia membangun dalam

Islam

Akidah;
Apa itu ilmu Akidah/ Tauhid Tujuan Mempelajari Akidah Bidang Ilmu Akidah Sumber Ilmu Akidah

Erti Ilmu Akidah


Asal dari bahasa Arab yang bermaksud mengetahui dengan sebenar

bahawa Allah itu Esa. Satu jenis ilmu yang membicara tentang;

1. Adanya Allah serta sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus 2. Rasul-rasul Allah dengan sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus 3. Perkara-perkara lain yang berhubung dengan keimanan berdasarkan

dalil-dalil;

1. 2.

Naqli (al-Quran & hadith) Aqli

Seterusnya menyakini dan mempercayainya. Akidah juga membicarakan perakara-perkara yang dikenali

sebagai Rukun Iman

Aqidah Secara Etimologi


Aqidah berasal dari kata aqd yang membawa maksud pengikatan

(iqtikad). Membawa maksud: Saya beriqtiqad begini. Maksudnya, saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, Dia mempunyai aqidah yang benar, ini membawa pengertian bahawa aqidahnya adalah bebas daripada keraguan. Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.

Definisi Aqidah Secara Syara


Iaitu iman kepada 1. Allah, 2. para malaikat-Nya, 3. kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, dan 4. Hari akhirat/ Kiamat serta 5. Qadar yang baik mahupun yang buruk.

Hal ini juga disebut sebagai rukun iman.


Syariat terbahagi kepada dua bahagian:
1. Itiqadiyah, dan 2. amaliyah

Itiqadiyah
Itiqadiyah adalah perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tatacara

amal. Seperti Itiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beritiqad terhadap rukunrukun iman yang lain.

Amaliyah
amaliyah adalah segala perkara yang berkaitan dengan tata cara amal (kaedah). Seperti solat, zakat, puasa, dan seluruh hukumhukum amaliyah. Bahagian ini disebut fariyah (cabang agama), kerana ia dibina di atas itiqadiyah. Kebenaran atau rosaknya amaliyah bergantung kepada sama ada kesahihan Itiqadiyah atau rosaknya Itiqadiyah

Aqidah yang benar adalah asas bagi pembinaan agama serta

merupakan syarat sahnya amalan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. berikut:


Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan sesuatu pun dalam melaksanakan ibadat kepada Tuhannya.". (al-Kahfi, 18: 110) Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu,Jika kamu menyekutukan (Tuhan), niscaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu tergolong ke dalam orang-orang yang rugi. (az-Zumar, 39: 65) Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). (az-Zumar, 39: 2-3)

Tujuan mempelajari ilmu akidah


1. Untuk menyakini adalah Allah yang bersifat dengan segala

kesempurnaan dan suci daripada sifat-sifat kekuasaan berdasarkan dalil-dalil dan hujah-hujah 2. Untuk menyakini adanya rasul-rasul yang diutusa oleh Allah membawa pengajaran yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat 3. Untuk menyakini bahawa segala ajaran Islam adalah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat 4. Untuk menolak pendapat bahawa Allah berbilang zat dan sifat serta hal-hal yang boleh membawa kepada syirik.

Bidang ilmu Akidah


Uluhiyyah- ketuhanan Nubuwwah-kerasulan Samiyyah-perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dan

ukur dengan pancaindera Mumkinah-alam dan manusia yang menunjukkan adanya Allah.

Sumber Akidah
Ayat-ayat al-Quraan dan hadith-hadith nabi Dalil-dalil aqli/ lojik

Antara contoh-contoh dari al-Quran ;


Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa: 136;
Bermaksud Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada

Allah dan rasul-rasulnya dan kepada kitab yang diturunkan kepada rasulnya dan kepada kitab yang diturunkan sebelumnya dan sesiapa yang mengingkari Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya dan hari akhirat maka sesungguhnya is telah sesat jauh (sesesatnya)
Surah al-Baqarah: 163;
dan tuhanmu ialah tuhan yang Esa, tiada tuhan melainkan Dia yang Maha

Pemurah lagi Maha Penyayang

Surah al-Ikhlas

PROSES KEJADIAN MANUSIA


1. MENURUT AL-QURAN 2. MENURUT AL-HADITH 3. MENURUT SAINS

Surah al-Hujurat 4 ( Surah


Maksudnya: Wahai seluruh manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (terdiri) dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang mulia di antara kamu adalah yang paling .bertakwa

Kejadian Manusia Menurut Al-Qur'an

PROSES KEJADIAN MANUSIA


Peringkat Pertama
Surah al-Hijr: (ayat 28-29), bermaksud

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; akanKu ciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering yang berasal daripada lumpur hitam yang diberikan bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh ciptaanKu, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud
Asal kejadian manusia (Adam) daripada tanah hitam (jasad). Kemudian ditiupkan roh.

Peringkat Kedua Firman Allah lagi dalam Surah an-nisaa ayat 1.

Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu(Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.ila ayat
Ayat tersebut menunjukkan kejadian manusia kedua iaitu Hawa

adalah daripada Adam. Ada riwayat yang mengatakan daripada tulang rusuk Adam yang paling atas.

Peringkat Ketiga Firman Allah dalam surah al-Araf:172, bermaksud:


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berkata), Bukankah Aku ini Tuhanmu?....ila ayat
Setelah itu diciptakan anak daripada kedua-duanya melalui setitis

air mani. Kemudian berkembangbiak menjadi suku dan bangsa-bangsa sehingga hari ini.

Proses Kejadian Manusia secara lengkap menurut Al-Quran


Surah al-mukminun ayat 12-14 bermaksud

sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari (nutfah) Kami proses menjadi alaqah(segumpal darah), dari alaqah menjadi mudghah(segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah Pencipta Yang Paling Baik.

Makhluk baru yang dimaksudkan ialah janin di dalam kandungan.

Allah berfirman lagi dalam surah al-Hajj ayat 5 bermaksud dan setelah sempurna proses kejadian itu Kami tempatkan makhluk baru itu dalam rahim dengan kadar masa yang Kami kehendaki sehingga batas waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan (zahir) kamu selaku bayi. DALAM RAHIM IBU

Carta Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan al-Hadith


Dicatatkan 4 perkara: Segumpal darah (Alaqah) 40 hari Seketul Daging (Mudghah) 40 hari Ditiupkan Roh 1. Rezeki 2. Umur 3. Amalan 4. Celaka/ Bahagia

Air mani (lelaki) + Telur (benih wanita) 40 hari

Hakikat Manusia Menurut Al-Hadith

Hadith riwayat Abu Abdul Rahman Abdullah Ibn Masud yang

bermaksud Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya sejak air mani(nutfah) selama 40 hari sehingga menjadi segumpal darah (alaqah). Kemudian setelah itu dijadikan pula seketul daging (mudghah) dibiarkan pula selama 40 hari. Kemudian barulah diutuskan kepadanya malaikat bagi ditiupkan roh. Setelah itu barulah dicatatkan 4 perkara iaitu rezekinya, amalannya, kecelakaannya atau bahagianya..

Kejadian Manusia Dari Segi Sains


Dari segi Embriologi, suatu sperma atau gamet jantan (separuh sel) bercantum dengan telur atau gamet betina (separuh sel) untuk menghasilkan satu zigot (sel lengkap) yang akan berubah menjadi embrio dan berpindah kepada uterus dan berkembang menjadi janin.

Dalam penemuan sains terdapat 3 peringkat perkembangan

sepanjang tempoh kehamilan iaitu trimester pertama atau kegelapan pertama(bagi 3 bulan pertama), trimester kedua atau kegelapan kedua (6 bulan berikutnya) dan trimester ketiga atau kegelapan ketiga (tempoh 7 hingga 9 bulan). Allah s.w.t telah menjelaskan dalam al-Quran surah 39 ayat 6 yang bermaksud Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam 3 kegelapan

Unsur Rohani & Jasmani Dalam Diri Manusia


Kejadian manusia berunsurkan tanah dan ruh sebagaimana dinyatakan

di dalam al-Quran dan hadith. Unsur tanah menandakan ciri fizikal/jasmani manakala unsur ruh menandakan ciri rohani. Kedua-dua unsur ini menjadikan struktur diri manusia memiliki sifat yang sempurna di mana sebahagian darinya merujuk pada aspek materi, sebahagian yang lain menunjuk pada unsur rohani dan sebahagian yang lain bergabung dalam diri manusia yang dikenali sebagai kecenderungan atau dorongan dan keinginan atau dipanggil sebagai FITRAH (yang merangkumi tiga unsur). Contohnya manusia akan merasa putus asa apabila ditimpa kesusahan manakala mereka akan bergembira jika diberikan kebaikan. Contoh ini menunjukkan tindakbalas diri manusia secara fitrah apabila ia tidak bersandarkan kepada akidah dan nilai yang mantap.

Keseimbangan Duniawi & Ukhrawi


Bertitik tolak daripada 3 unsur tadi manusia perlu meneruskan

kehidupan duniawi dengan mendidik perasaan bertanggungjawab. Ini kerana kebahagiaan anak Adam adalah kebahagiaan di dunia & di akhirat. Melalui perasaan tanggungjawab dan menyedari tentang adanya pembalasan dari Allah maka manusia mampu menjadi ketua yang boleh membimbing diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Manusia perlu menjaga ibadah dan akhlak yang telah ditentukan oleh Allah untuk mencapai keseimbangan tersebut.

KEMATIAN
Tujuan hidup Setiap orang memiliki tujuan, dan tujuan setiap orang yang hidup

adalah kematian. Kematian adalah akhir daripada kegembiraan dan kesedihan, kekayaan dan kemiskinan, kejayaan dalam hidup dan kegagalan mendapatkan sesuatu, dan apa jua yang kita lakukan. Kehidupan kita di dunia jelas ada hadnya, ada akhirnya. Jadi, setiap apa yang kita lakukan mestilah sebagai persediaan untuk kita menghadapi kematian. Tetapi ayat di atas bukanlah menjadi penghalang untuk kita mengecapi kejayaan. Para sahabat Nabi Muhammad juga adalah orang yang kaya pada zaman mereka. Cuma dalam setiap apa yang kita ingin lakukan dan kecapi, biarlah ia dilakukan dengan harapan ia dapat memberikan persediaan terbaik untuk kita sebelum kita mati.

Kematian adalah peristiwa besar, kejadian yg dahsyat serta

perkara yg hebat. Tiap-tiap makhluk pasti mengalaminya. Allah SWT berfirman : Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka & dimasukkan dalam Syurga maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. Ali-Imran : 185 Dan Allah SWT berfirman pula : Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yg kukuh. An-Nisa : 78 Dan firman Allah SWT pula : Setiap orang yg berada di atas (dunia) akan binasa, Dan tinggalkanlah zat Allah SWT yg Maha Agung lagi Mulia. Ar -Rahman : 26-27

Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 95, Allah telah menceritakan

gelagat orang-orang Yahudi yang hidup melakukan dosa dan tidak memikirkan sangat soal mati. Firman Allah, Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air. Beliau lalu ditanya, Ya Rasulullah, apakah penggilapnya? Rasulullah bersabda, Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.

Bersiaplah untuk mati Buatlah ibadah seolah-olah esok kita akan mati. Islam mengajar kita berani menghadapi kematian dan hari kiamat.

Islam mengajar supaya sentiasa bersedia menghadapi keduaduanya. Walaupun ingin menjadi kaya, ingin jadi jutawan, ingin jadi doktor, ingin jadi pilot atau apa-apa jua keinginan, bersiap sedialah untuk kematian. Sesungguhnya kematian ini adalah pasti. Kita merancang pelbagai perkara yang entahkan sempat entahkan tidak untuk kita melakukannya.

Sebahagian ulama berkata : Barang siapa yg banyak mengingati

mati, maka ia akan mengutamakan tiga perkara. 1. Segera bertaubat 2. Berhati tenang 3. Rajin beribadah Tetapi barang siapa yang melupakan mati, ia akan menderita tiga perkara: 1. Menunda-nunda taubat 2. Tidak rela hidup sederhana 3. Malas beribadah

Você também pode gostar