Você está na página 1de 11

1.

0 PENDAHULUAN Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesanan dari satu individu ke satu individu penerima pesanan, sehingga menghasilkan tindak balas komunikasi. Kepentingan Berkomunikasi antaranya lebih banyak belajar mengenal diri sendiri, belajar mengenal dunia dan persekitaraan, mampu berbagi rasa dengan orang lain, memujuk dan mempengaruhi orang lain dan untuk memperoleh ketenangan dan tekanan. Beberapa Bentuk Proses Komunikasi iaitu; 1.1 Komunikasi secara langsung i. Komunikasi langsung tanpa menggunakan alat. ii. Komunikasi berbentuk kata-kata, gerakan-gerakan yang bererti khusus dan penggunaan isyarat,misalnya kita bercakap secara langsung kepada seseorang dihadapan kita. 1.2 Komunikasi tidak langsung i. Biasanya menggunakan alat dan mekanisme untuk melipat

gandakan jumlah penerima penerima pesan (sasaran) ataupun untuk menghadapi hambatan geografis, waktu misalnya menggunakan radio, buku, Contoh : BUANGLAH SAMPAH PADA TEMPATNYA

Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu sehala dan komunikasi dua hala.Bagi komunikasi sehala iaitu; i. ii. Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima Memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima sebagai contoh syarahan, pemidato dan pemberita. Manakala komunikasi dua hala iaitu; i. ii. iii. Penerima memberikan maklumbalas pada pengirim. Membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat. Membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul. Kemahiran Interpersonal ialah berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk dan berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) Interpersonal ialah kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap individu. Interpersonal bermaksud kebolehan seseorang bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan komunikasi secara verbal dan nonverbal, dapat membezakan individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat. Mempunyai perasaan empati serta mewujudkan kepercayaan, ketakutan dan harapan individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi orang lain Kemahiran Interpersonal adalah lebih sinonim dengan kemahiran berkomunikasi (Abdullah dan Ainon 2000). Malah kemahiran interpersonal juga turut dikenali sebagai kemahiran individu itu bersosial, bergaul atau berhubung. Antara kebolehan yang terdapat dalam kemahiran interpersonal ialah kebolehan mementingkan nilai murni,berpendirian, dan berminat dalam falsafah (Gardner,H 1983). Sebagai seorang individu perlulah pandai dan dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang di sekeliling. Pergaulan tersebut merangkumi perhubungan di kalangan rakan sebaya keluarga dan masyarakat.

Kemahiran Interpersonal merangkumi elemen berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Kemahiran berkomunikasi Kemahiran mendengar Kemahiran bertanya Kemahiran berucap Maklum balas yang baik Unsur bahasa Perubahan sikap dan tingkah laku Penampilan diri Komunikasi bukan lisan

Komunikasi interpersonal adalah proses pertukaran maklumat diantara seseorang dengan paling kurang seorang atau biasanya di antara dua orang yang dapat mengketahui maklumbalasnya. (Muhammad, 2005). Komunikasi Interpersonal Devito (1989), komunikasi interpersonal adalah penyampaian pesanan oleh satu orang dan penerimaan pesanan oleh orang lain atau sekumpulan kecil orang, dengan berbagai maklumat dan mendapat maklumbalas dengan tepat (Effendy,2003). Komunikasi interpersonal adalah komunikasi antara orang-orang secara tatap muka, yang memungkinkan setiap individu melihat gerakbalas individu lain secara langsung, baik secara verbal atau nonverbal. Komunikasi interpersonal ini adalah komunikasi yang hanya dua orang, seperti suami isteri, rakan sejawat, rakan karib, guru-murid dan sebagainya (Mulyana, 2000).

Keberkesanan Komunikasi adalah berpandukan 7K iaitu; 1.kepercayaan : Penyampai perlu memperolehi kepercayaan dari pendengar dan pendengar perlu bersikap positif 2. Kebenaran : Mesej hendaklah mempunyai kebenaran/kesahihan 3. Kefahaman : Kandungan mesej hendaklah difahami selaras dengan hasrat penyampai 3

4. Kejelasan : Pilihan kata-kata dan simbol yang tepat, mudah dan tidak mengelirukan untuk mempastikan kejelasan mesej 5. Keupayaan :Penyampai perlu memahami keupayaan pendengar untuk memahami mesej 6. Kaedah :Pemilihan wacana (medium) komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan mesej dan juga sasarannya 7. Kesinambungan :Idea hendaklah ada kaitan dan urutan antara satu sama lain

2.0 HURAIAN DAN PUNCA MASALAH Masalah yang timbul dalam tugasan individu ini adalah ; A. Apa yang saya sebut belum tentu dia faham, B. Benar , jika saya ulang dua kali perkataan yang sama dia pasti fikirkan benda lain. C. seperkara lagi, aku tidak fahamlah dengan sikap dia. Selalu benar merendah rendahkan orang lain,. D. mungkin apa yang kita katakan sebenaranya yang menimbulkan masalah ini?

Setiap individu pasti pernah berhadapan dengan masalah- masalah komunikasi, seperti masalah A individu menghadapi masalah gangguan dalam komunikasi sehinggakan apa yang di disampaikan tidak dapat difahami dengan baik dan jelas. Persepsi atau penerimaan dan tafsiran terhadap sesuatu mesej adalah dipengaruhi oleh latarbelakang pelajaran, pendidikan dan penerima mesej

Manakalah masalah B individu tersebut mempunyai sikap yang berprasangka negatif serta mudah tersinggung. Sikap negatif dan mudah tersinggung harus dikikis bagi mengelakkan gangguan komunikasi interpersonal . Dengan erti lain maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan menerima mesej.

Sikap dan amalan merendah-rendahkan orang lain merupakan sikap yang negetif dan kurang berinsiatif mudah tersinggung harus dikikis bagi mengelakkan gangguan komunikasi interpersonal . Sepertimana masalah C individu berfikiran negatif biasanya suka merendahrendahkan dan tidak ada empati . Individu tersebut banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan ia lebih bagus.

Mungkin apa yang kita katakan sebenaranya yang menimbulkan masalah ini? masalah D ini juga sering berlaku dikalangan kita ini kerana belakunya gangguan semasa mendengar dan disalah ertikan. Selain dari masalah masalah diatas antara halangan komunikasi interpersonal iaitu ; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. Kelemahan fizikal kebisingan, lokasi, jarak Kesan emosi agresif, defensif Kelemahan mendengar khayal dengan fikiran sendiri Mengambil kesimpulan awal Tidak menggunakan ingatan untuk data-data penting menilai orang Bukan lisan tidak selaras dengan lisan Bahasa Bahasa daerah atau negeri bahasa terlalu teknikal perkataan yang maknanya berbeza contoh: sekejap 5 minit/10 minit Tidak ada kepercayaan Anggapan umum Penapisan

3.0 PENYELESAIAN MASALAH Tindakan yang harus diambil oleh individu yang menghadapi masalah diatas iaitu individu tersebut harus lah menguasai kemahiran kemahiran berikut bagi mengelakkan gangguan komunikasi interpersonal diantara individu dan individu yang lain secara lisan maupun tidak lisan. Kamahiran tingka laku yang mana tiap individu dianugerahkan deria dan fizikal untuk berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. Individu tersebut haruslah menguasai kemahiran komunikasi mata , kedudukan tubuh dan pergerakaan, mimik muka , air muka dan bantuk suara yang didengar. Kamahiran kedua iaitu kemahiran menimbulkan minat sesorang agar menarik minat individu untuk mendengar apa yang diucapkkan. Antara cara yang boleh digunakkan untuk menarik minat sesorang iaitu libatkan sesorang dalam berinteraksi, berjenaka, membawa topik perbualan yang sesuai dengan suasana. Kemahiran memberikan perhatian ia bermula dari awal dengan memebri perhatian kepada mereka yang bercakap dengan memberi tidakbalas secara lisan dan bukan lisan. Melalui pendengarkan secara aktif merupakan kunci untuk dapat berkomunikasi orang lain. Pertimbangkan manfaat-manfaat mendengarkan yang telah ditemukan: i. ii. iii. iv. Mendengarkan menunjukkan rasa hormat; Mendengarkan membangun hubungan; Mendengarkan meningkatkan pengetahuan; Mendengarkan memberi idea.

Kemahiran pemerhatian yang mana pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan atau disembunyikan. Sesorang pendengar yang mahir dapat melihat dan membaca apa yang dilihat atau disembunyikan. Gambaran mimik muka adalah gambaran yang paling hampir dengan perasaan.

Kemahiran mengemukakan soalan yang mana soalan boleh digunakkan mendapatkan maklumbalas dan memberi maklumbalas. Soalan juga merupakan penjelasan dan penerangan yang lebih lanjut mengenai mesej atau perasaan disebalik mesej.

Gambar Hiasan Disamping itu kontak mata juga harus di jaga semasa komunikasi dijalankkan ini kerana dengan memandang kearah lain semasa berkomunikasi seakan akan individu tersebut tidak berminat dalam perbicaraan anda. Semasa berkomunikasi angguklah kepala dan eksprasikan wajah penuh perhatian ini akan memberikan lah kesan yang baik dalam bekomunikasi dengan sesorang. Ketika anda sedang berbicara dengan orang lain cegah tindakan yang berbentuk negatif seperti sering melihat atau melirik ke arah jam tangan, memainkan pensel , membuka buka halaman buku atau mengerjakkan sebarang tindakan yang tidak berkait dengan hal perbicaraan. Binalah ayat yang sesuai ketika bertanyakan soalan dan releven. Perilaku ini akan memberikan keyakinan kepada pembicara bahwa anda benar-benar mendengarkannya. Uraikanlah apa yang didengar dengan kata kata sendiri dan ayat yang mudah difahami. Hindarkan memotong percakapan kerana ini adalah tindakan yang kurang sopan.

5.0 RUMUSAN

Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. i. ii. iii. Ia adalah proses mewujudkan kefahaman yang dikongsi bersama Ia adalah asas kepada perhubungan interpersonal (Perhubungan antara individu dengan individu yang lain) Komunikasi yang mesra bermaksud bukan sahaja ianya berkesan tetapi ianya mestilah dapat mewujudkan perasaan puashati, rasa dihargai dan keinginan untuk saling bekerjasama antara kedua pihak yang terlibat. Pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain. -Howard H. Dean

10

6.0 RUJUKAN 1) Ahmad Marzuki Ismail, 2010, Asas Komunikasi, Kuala Lumpur, Karisma 2) Deddy Mulyana, 2005, Ilmu Komunikasi: Suatu Pengantar, Bandung: Remaja Rosdakarya. 3) Jalaludin Rakhmat, 1994, Psikologi Komunikasi, Bandung: Remaja Rosdakarya. 4) Littlejohn, 1999, Theories of Human Communication, Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. 5) http://peperiksaan.dbkl.gov.my/sppi/public/borang/Komunikasi%20edit.pdf 6) http://khairuddinuad.files.wordpress.com/2011/03/komunikasiinterpersonal.ppt

11

Você também pode gostar