Você está na página 1de 11

Olahraga

Dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.

Tujuan diadakan pertandingan


untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain.

Dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini.

Diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM.


Olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai.

Abad ke-19, ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur Di England, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England

Mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850.
Tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England

Olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada.

Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut.
Penghujung abad ke-19 dan awal abad ke20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Perkembangan seterusnya ialah ke negaranegara Eropah yang lain. Di negara-negara lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga.

Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka.

Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai negara berkenaan.

Bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing.

Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga peserta-peserta mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

SEKIAN TERIMA KASIH

Você também pode gostar