Você está na página 1de 16

NAMA PENYELIDIK NAMA SEKOLAH

: AZMAN SHAH BIN MOHD YUNUS : SK BUKIT TAMPOI (ASLI), 43800 SEPANG

TAJUK KAJIAN

: PEMILIHAN BAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK TAJUK IKAN HIASAN TAHUN 5 KEMAHIRAN HIDUP BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT MURID-MURID.

1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan


Sepanjang mengajar subjek kemahiran hidup , saya telah mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti, masalah emosi (5%), masalah akademik (50%), masalah sosial (10%) dan masalah salah laku ( 35%). Jumlah murid yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai tahap kebolehan murid yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya memberi satu masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah murid yang ramai dalam satu masa serentak. Ini kerana, saya tidak dapat memfokuskan pengajaran kepada setiap peringkat kebolehan murid. Justeru itu,saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Murid-murid mengalami masalah untuk mengingati dan memahami konsep-konsep, teori-teori mahupun setiap fungsi-fungsi komponen yang telah dijelaskan. Kegagalan murid-murid untuk berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya setiap sub topik yang mereka telah pelajari sekaligus murid-murid menunjukkan reaksi bosan ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Menurut Atan Long dan Mat Nor Hussin(1987) beliau berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku,carta asal atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian isi pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan untuk membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan muridmurid.

1.3 TINJAUAN KAJIAN LITERATUR Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Zuraini (1994) multimedia melalui komputer mula diperkenalkan sejak awal 1990-an. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa multimedia ada kaitannya dengan kemunculan CD ROM (Rosch, 1995). Menurut Jamaludin (1996) interaktiviti ialah suatu proses yang membenarkan pemperosesan maklumat yang mendalam di dalam minda pelajar. Mikovec dan Dake (1995) pula mengatakan bahawa interaktif berkait rapat dengan maklum balas atau kawalan individu. Multimedia interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran pula didefinasikan sebagai program pengajaran yang dihubungkan dengan pengajar melalui komputer dengan menggunakan satu sistem. Program ini direka bentuk bertujuan memberi maklumat kepada pengguna dan memudahkan melalui alat-alat arahan visual (Schwker dan Misanchuk, 1993).

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN.

Keberkesanan penggunaan bahan multimedia interaktif (BMI) sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM ) dalam membantu murid-murid untuk meningkatkan lagi kefahaman dan minat mereka terhadap tajuk Ikan Hiasan Tahun 5 Kemahiran Hidup sekolah rendah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


1 Mengenalpasti tahap kefahaman murid untuk menguasai sesuatu teori atau konsep sesuatu tajuk pembelajaran dalam subjek Kemahiran Hidup dengan penggunaan multimedia interaktif. 2. Untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan kaedah bahan multimedia interaktif sebagai Bahan Bantu Mengajar untuk subjek Kemahiran Hidup. 3. Mengenalpasti minat murid terhadap pengajaran berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup dengan penggunaan Multimedia interaktif

3.2. PERSOALAN KAJIAN


1. Sejauh manakah pemilihan bahan multimedia interaktif sebagai Bahan Bantu Mengajar dapat membantu menyelesaikan masalah kefahaman murid-murid untuk subjek Kemahiran Hidup? 2. Apakah murid-murid mudah untuk menguasai sesuatu tajuk berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup menggunakan multimedia interaktif ? 3. Apakah punca murid-murid cepat bosan dan kurang berminat dengan topik-topik berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada populasi 35 orang murid Tahun 5. 5 orang adalah murid cemerlang, 20 orang murid yang baik dan 10 orang murid lemah.
Sampel kajian seramai 6 orang murid yang dipilih secara rawak. 2 daripada kumpulan cemerlang, 2 daripada kumpulan baik dan 2 daripada kumpulan lemah.

5.0 TINDAKAN KAJIAN


5.1 PROSEDUR TINDAKAN

- soal selidik kepada murid-murid mengenai kafahaman dan minat mereka untuk tajuk ikan hiasan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, - maklumat murid dan - soal selidik di kalangan guru-guru

6. CARA MENGUMPUL DATA - Mengedarkan borang soal selidik mengenai kefahaman dan minat murid terhadap subjek Kemahiran Hidup. - mengkodkan murid dalam kategori lemah,sederhana dan cerdik dan mengisi borang maklumat murid - membuat soal selidik terhadap guru-guru berkenaan masalah yang dihadapi - membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. - Merekod markah untuk setiap lembaran kerja yang diberikan sebelum dan selepas tindakan di jalankan kepada murid.

7. ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA Data akan dianalisis untuk dua hasil dapatan iaitu dari segi kefahaman murid melalui markah semakan lembaran kerja dan penumpuan murid melalui borang pemerhatian. Contoh borang analisis (untuk aspek tahap kefahaman murid) Keputusan Perlaksanaan Tindakan
NAMA MURID SEBELUM TINDAKAN MARKAH 1 PERATUS SELEPAS TINDAKAN MARKAH PERATUS

2
3 4 5 6

2. Contoh borang analisis (untuk aspek penumpuan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran) Kelakuan 1: bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi

NAMA MURID

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN

ANALISIS DATA Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek(murid), data akan dikumpul dan disusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk di analisis.

8. DAPATAN KAJIAN

Dapatan daripada kajian ini akan digunakan oleh saya dan semua guru kemahiran hidup bagi : - Meningkatkan kefahaman murid-murid bukan sahaja dalam tajuk ikan hiasan tetapi juga bagi tajuk-tajuk yang lain yang bersesuaian dalam matapelajaran kemahiran hidup tahun 5.

9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Oleh yang demikian, pemilihan BMI sebagai Bahan Bantu Mengajar untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid telah menjadi fokus kajian saya pada kali ini dan diharap, kajian ini sedikit sebanyak membantu dalam mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi kayu ukur kecemerlangan taraf pendidikan negara kita.

Você também pode gostar