Você está na página 1de 23

KAUNSELING KELOMPOK

Proses sosial tentang masalah perkembangan dan sikap pelajar di bawah keadaan terkawal. Merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan kebenyakan pelajar. ( C. A. Mahler & E. Caldwell ) Orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalisasikan setiap orang pelajar mengikut kehendak kumpulannya. ( Carl Rogers, 1970 ) Kesimpulannya. Kaunseling kelompok ialah proses mencari alternatif untuk membantu sekumpulan pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang akademik atau bidang sosial.

ASAS KAUNSELING KELOMPOK


Peringkat asas bimbingan secara kelompok : Mengenal pasti dan membentuk kumpulan secara objektif untuk Bimbingan Secara Kelompok Sesi sumbangsaran : Orientasi dan pendedahan diri Konflik dan pertentangan Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah Membuat keputusan berdasarkan rumusan Tindakan susulan

Proses teraputik akan lebih berkesan lagi jika suasana demokratik digalakkan oleh kaunselor. Penyertaan kaunseling kelompok haruslah secara sukarela Sebelum menjadi peserta penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta-peserta.

Peserta harus disedarkan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap tingkah laku masing-masing. Bentuk kelompok yang ideal adalah jika mempunyai 8-10 ahli. Kerahsiaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok.

Dalam usaha untuk mempraktikkan/mengelolakan aktiviti kelompok kaunseling,maka kaunselor perlu memberi tumpuan yang serius kepada beberapa langkah seperti berikut:

PERSEDIAAN KELOMPOK

LANGKAH 1 : MEMILIH AHLI UNTUK BERKELOMPOK


Proses pemilihan perlu dijalankan dengan baik. Pemilihan ahli yang rela dan sesuai dengan matlamat kelompok amat penting. contoh :seorang guru kaunseling di sekolah ingin mengadakan aktiviti kelompok pencegahan,pemulihan @ perkayaan perlu memberitahu semua warga sekolah agar mereka jelas.

Aktiviti kelompok kaunseling bagi memulihkan masalah ponteng,maka guru kaunseling boleh membuat pemberitahuan awal kepada semua Ketua perlu memikirkan mengenai jenis ahli akan menyertai kelompok ponteng tersebut.Adakah ia dianggotai oleh satu jenis pelajar sahaja atau kelompok pelajar perempuan(kerana isu sensitif mungkin perlu kawalan jantina demi maruah)

LANGKAH 2 : MENENTUKAN SAIZ KELOMPOK


Jumlah saiz sesuatu kelompok adalah berbeza. Ohlsen (1977) memberi pendapat 4-8 ahli adalah satu jumlah yang unggul. Hansen (1976) pula mengutarakan bilangan yang hampir serupa 7-8 orang Jumlah ahli kelompok yang kecil @ besar mempengaruhi proses kelompok tersebut.

Bagi hansen (1976) ahli yang terlalu kecil (kurang dari lima), ia kurang berfungsi sebagai satu kelompok Bagi ahli terlalu ramai,usaha untuk mewujudkan hubungan yang bermakna serta kesan di antara ahli akan menjadi lemah dan berkurangan. Lazimnya,saiznya kelompok ini amat bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis permasalahan yang timbul,umur,pengalaman dan latar belakang kaunselor,tempat pertemuan,pendekatan atau kaedah matlamat kelompok

LANGKAH 3 : KEKERAPAN PERTEMUAN KELOMPOK

Kekerapan pertemuan itu seharusnya dinyatakan kepada ahli oleh ketua atau kaunselor kelompok kerana adalah menjadi tanggungjawab ketua untuk memberi senario ringkas mengenai kekerapan perjumpaan kelompok yang mereka anggotai.

Jumlah atau bilangan perjumpaan dalam kelompok sering dikaitkan dengan isu dan matlamat yang ingin dicapai.

Bagi kelompok yang hanya ditubuhkan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan atau perbincangkan isu yang mudah dan jelas maka jumlah pertemuan mungkin tidak banyak berbanding dengan kelompok yang membincangkan isu yang lebih serius dan berat.

LANGKAH 4 : JANGKAMASA BERKELOMPOK

Bergantung kepada keadaan ,ada sesi kelompok yang dijalankan secara berterusan selama 10 hingga 20 jam,dan ada yang menjalankan selama 20 ke 30minit. Jangkamasa sesi juga dipergaruhi oleh beberapa faktor seperti jenis ahli,bilangan ahli,orentasi atau pendekatan kelompok

LANGKAH 5 : TEMPAT PERTEMUAN KELOMPOK

Tidak semua tempat sesuai untuk proses kaunseling mahupun kelompok.


Tempat yang sebaiknya menepati ciri utama seperti privacy agar ahli berinteraksi dalam kelompok yang tertutup.Ahli mesti diyakinkan bahawa tiada sesiapa diluar kelompok yang mendengar segala perbualan.Jika ketua tidak mengambil berat hal ini kemungkinan terbantut atau perkembangan positif terhalang.

LANGKAH 6 :MEMULAKAN PERTEMUAN KELOMPOK Kemahiran,pengetahuan dan pengalaman dalam kaunseling yang tidak memadai jika seseorang itu ingin melaksanakan proses menolongkan individu.Maka pengalaman dalam kelompok juga amat penting untuk pastikan kejayaan dalam kelompok. Pada peringkat pertemuan awal,ketua sebaiknya mengelakkan diri daripada menganggap bahawa semua telah dirancang.

KAUNSELOR SEBAGAI PEMUDAH CARA

Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan. Dalam dunia pendidikan pemudahcaraan ialah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar

Guru yang menguasai kemahiran pemudahcaraan ialah guru yang cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan,teknik menyoal serta mempunyai bakat. Pemudahcara bertindak balas kepada kelompok sebagai pakar yang mempunyai sumber ilmu dan kemahiran yang dapat digunakan oleh perserta-peserta dalam proses kaunseling.

KOMPONENKOMPONEN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN UNTUK AKTIVITI PERBINCANGAN

1. Kemahiran menentukan struktur perbincangan

2. Teknik memulakan perbincangan.

3. Teknik mengawal proses perbincangan.


A. B. C.

4. Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan:

Teknik melibatkan klien-klien menyertai aktiviti perbincangan Kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan lisan Kemahiran menggunakan teknik menyoal

5. Kemahiran mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan 6. Kemahiran membimbing klien-klien merumus dan membuat cadangan

Você também pode gostar