Você está na página 1de 24

Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial - KEGUNAAN

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamed turut menyatakan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi peneraju dalam bidang ICT jika rakyat berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa jika semua pihak melibatkan diri menguasai ICT, negara tidak akan ketinggalan malah menjadi lebih kompetatif di arena antarabangsa.(Utusan Malaysia, 24 April 2002).

Pengenalan
Penghasilan dan penyelenggaraan bahan berasas teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu aspek yang perlu diambil kira dalam menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk Pengajian Sosial. Menurut Norida Suhadi (2001), di dalam kajian beliau menyatakan bahawa:

i) Jenis atau bentuk pengajaran yang dihasilkan Dapatan menunjukkan 80% yang dihasilkan dalam bentuk bercetak seperti nota (65%), lembaran kerja (57%) dan mencetak transperansi (10%). Didapati juga hanya 10% sahaja menghasilkan dalam bentuk perisian dan 10% dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran.

ii) Perisian yang biasa digunakan oleh guru sekolah untuk menghasilkan bahan P & P Dapatan menunjukkan 50% kerap menggunakan pemprosesan perkataan. 5% menggunakan hamparan elektrik (Lotus, Excel) manakala 3% menggunakan pengkalan data (Dbase, Access) .Kajian juga mendapati hanya 2% menggunakan komputer sebagai media persembahan pengajaran dan pembelajaran dan 1% pemprograman.

iii) Guru-guru mata pelajaran yang sering menggunakan komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran Dapatan menunjukkan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah merupakan di antara guru yang sering menggunakan komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran

iv) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran Kajian menunjukkan kurang mahir dan kekurangan komputer di sekolah merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran. Selain itu masa dan kos juga merupakan masalah utama guru.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik dan bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Persembahan dalam perisian juga boleh meningkatkan rangsangan kepada pelajar untuk terus menggunakankannya Penggunaan ikon ikon tertentu yang berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan serta menyediakan panduan kepada pengguna mengenai perkara tertentu yang diperlukan semasa menggunakannya. Disamping itu juga terdapat unsur-unsur penggunaan audio yang jelas dan menarik boleh membantu pengguna untuk memahami sesuatu aktiviti yang dijalankan atau masalah yang dihadapi.

Ransangan yang tinggi melalui media audio dan visual

Grafik dan animasi juga berkesan untuk menyampaikan maklumat . Penggunaan grafik dan animasi juga dapat menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta pengguna terhadap kandungan perisian yang digunakan. Penggunaan audio dan video dalam perisian ini akan memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan maklumat Bahan audio digunakan sebagai bahan rangsangan untuk memulakan p&p . Contohnya : bunyi - bunyi haiwan ataupun nyanyian kanak-kanak. Bahan visual pula seperti kaset, vcd dan Tujuannya adalah menjadikan sesuatu p&p itu menarik dan berkesan.

Interaktif
Hubungan interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat. Interaktif yang dimaksudkan ialah mampu mewujudkan ransangan yang tinggi terhadap bahan yang digunakan dalam pembelajaran

Sebagai contoh, perisian Microsoft PowerPoint sangat mudah dan tidak memerlukan proses install yang kadang-kala merumitkan. Perisian ini hanya memerlukan guru untuk copy and paste dalam komputer. Perisian yang tidak memerlukan proses install boleh menjimatkan masa dalam kelas. Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan animation untuk menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan dua hala dengan pengguna. Bahan audio dan video diselitkan dalam PowerPoint untuk meransang minat dan deria murid.

Eksploratif
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk: mencari dan mengakses maklumat daripada CDROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi: pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan. pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan. aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Selain daripada mengakses maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penerokaan mungkin memakan masa yang terlalu panjang.

Pautan
Dalam konteks pendidikan di sekolah alat ICT yang biasa digunakan ialah Notebook atau PC, Projektor LCD, skrin LCD dan pembesar suara. Bagi memudahkan penyampaian biasanya hasil pengajaran ditunjukkan dalam bentuk Microsoft Power Point Presentation, Open Office Presenter. Kedua-dua perisian ini sangat mudah dikendalikan dan boleh dimasukkan sedutan video, gambar dan animasi. Ini banyak membantu guru meringkaskan bahan pengajaran dalam bentuk yang sangat menarik (Intel Education 2007).

Selain penyediaan bahan-bahan menggunakan slide, guru turut menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran. Misalnya guru menyediakan bahan dan dimasukkan dalam laman web sejarah. Kemudian pelajar akan diminta membuat rujukan di laman web yang disediakan. Guru juga turut menyediakan pautan laman web yang berguna sebagai sebahagian daripada bahan rujukan.

Pendedahan kepada internet tanpa panduan boleh menyebabkan pelajar hilang punca dalam membuat pencarian. Justeru guru juga boleh menggunakan kaedah lain iaitu menjalankan perbincangan di internet. Perbincangan boleh dijalankan melalui kumpulankumpulan pengguna di www.yahoo.com atau www.gmail.com. Kaedah yang paling sesuai adalah melalui kaedah discussion board yang lebih mengkhusus kepada tujuan perbincangan. Antara discussion bard yang paling banyak digunakan diinternet ialah phpBB dan Invision Power Board.

Tenaga pengajar boleh bertindak sebagai moderator dan memasukkan bahan bacaan, pautan internet dan bahan muat turun di dalam forum (Pusat Perkembangan Kurikulum 2008). Pelajar boleh melakukan perbincangan dan berkongsi kesemua bahan yang diperoleh hasil penerokaan di internet.

Simpanan data
Sistem Pemprosesan Fail Tradisional Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.

Namun begitu, penggunaan ICT telah menggantikan sistem lama kepada pengkalan data yang lebih efektif dengan menggunakan perisian yang dicipta untuk menyimpan data. Contoh perisian seperti:

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) Database Management System (DBMS) Pendrive, pemacu mudah alih

Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data.

Terdapat banyak pangkalan data (DBMS) lain yang ada dipasaran seperti Oracle, Informix, Sybase, DBase, MS SQL, MS Access dan banyak lagi Yang popular: MYSQL mengamalkan sumber terbuka

Menyimpan maklumat dengan kadar memori yang lebih besar

Hal semasa
Dengan penggunaan ICT, maka murid dapat meneroka dan mencari hal-hal semasa yang berkaitan. Melayari internet misalnya dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada murid terutama mengenai hal semasa. Namun demikian, guru perlu memberi perhatian ketika penggunaannya kerana murid-murid perlu diawasi supaya matlamat pembelajaran tercapai.

Boleh disesuaikan untuk pemulihan dan orang kurang upaya (OKU)


Dalam perubahan arus permodenan masa kini, pelbagai teknologi telah direka untuk kegunaan semua. Penggunaan ICT boleh diubah dan diselaraskan bagi pemulihan dan orang kurang upaya. Dasar Oku dalam bidang 15 iaitu aksesibiliti turut menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Multimedia menyepadukan pelbagai media; teks, suara, imej, grafik dan animasi. Kebolehan interaktiviti, menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti.

SEKIAN =)

Você também pode gostar