Você está na página 1de 12

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita

perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum selidik dengan mendalam. Penggunaan istilah Melayu boleh dikatakan sangat baharu dan timbul buat pertama kali dalam tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 masihi.

Terdapat tanda-tanda sejarah yang cuba

membuktikan kehadiran perkataan Melayu.


Antaranya ialah: A. Catatan catatan orang Cina

B. Dari segi bahasa jawa kuno


C. Empat buah Batu Surat yang telah dijumpai.

Menyatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan

Mo-lo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China melalui mengirimkan utusan ke negara China pada tahun (644-645 masihi)
Satu lagi catatan China ialah catatan rahib Buddha

bernama Itsing yang menggunakan perkataan Mo-lo-yeu terhadap dua buah kerajaaan yang dilawatinya sekitar pada tahun 675 masihi.

Perkataan mlayu bermaksud berlari atau

mengembara. Hal ini dikaitkandengan orang orang IndoMelayu (Austronesia) yang bergerak dari Yunan.

Bukti yang dapat dilihat daripada keempat

empat batu surat ini menyatakan tentang bentuk dan sifat Bahasa Melayu.

A. Batu bersurat di Kedukan Bukit,

Palembang (683 M) B. Batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684 M) C. Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M) D. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M)

Batu bersurat di Talan Tuwo dekat Palembang (684 M)

Batu bersurat di KaranBrahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik

Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto

dan berlaku kira-kira 2500 tahun sebelum masihi. Kira-kira tahun 1500 tahun sebelum Masihi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa

Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.
Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan

bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: a. Bahasa Melayu Kuno, b. Bahasa Melayu Klasik dan c. Bahasa Melayu Moden.

Você também pode gostar