Você está na página 1de 41

PENGENALAN

Angkup Vernier merupakan alat pengukur Jitu yang boleh mengukur dengan ketepatan Sehingga 0.02 mm. Angkup Vernier lazimnya digunakan dalam Kejuruteraan dan juga untuk aktiviti pengukuran dan pengujian produk dalam kawalan kualiti.Pengukuran dan pengujian Yang boleh dilakukan ialah mengukur diameter luar atau dalam,lebar lurah,kedalaman lurah,dan panjang.

1. Pengenalan kepada Angkup Vernier

Bahagian-Bahagian Angkup Vernier

BAHAGIAN Badan

CIRI-CIRI Mempunyai senggatan (skala utama) dalam unit metrik @ inci seperti pembaris keluli. Panjang badan menentukan saiz angkup Vernier.

Bilah Pengukur Dalam

Bilah kecil di bahagian belakang badan. Bergerak keluar @ masuk di dalam lurah apabila rahang dibuka.
Nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat Vernier. Mempunyai skala Vernier. Boleh digerakkan di sepanjang badan.

Penganjak Halus Skala Vernier

Rahang

Rahang tetap ialah sebahagian daripada badan. Rahang gelangsar ialah sebahagian daripada plat Vernier. Jarak permukaan di antara kedua-dua rahang mewakili jarak ukuran. Berbentuk runcing dan terletak di sebelah atas. Digunakan untuk mengukur ukuran di sebelah kanan. Mengunci plat Vernier sebelum mengeluarkan angkup daripada benda kerja yang sedang diukur. Mempunyai skala utama. Tidak bergerak.

Rusuk

Skru

Skala Utama

Angkup Vernier digital metrik

2. Prinsip Skala Vernier


Angkup Vernier mempunyai ciri-ciri: Memberi ketepatan bacaan sehingga 0.02 mm. Setiap senggatan skala utama berjarak 1 mm. Skala Vernier dibahagikan kepada 50 senggatan. Setiap senggatan skala Vernier berjarak = 1 mm = 0.02 mm 50 senggatan

Setiap senggatan skala Vernier mewakili nilai 0.02

mm. Contoh bacaan Bacaan pada -skala utama = 51.00 mm -skala Vernier = 19 senggatan x 0.02 = 0.38 mm Bacaan sebenar = 51.00 mm + 0.38 mm = 51.38 mm

Contoh Bacaan Skala Vernier

3. Kegunaan Angkup Vernier


Angkup Vernier boleh digunakan untuk:
Mengukur dimensi benda kerja seperti Panjang,

Diameter,Tebal dan Kedalaman Lurah.

Mengukur Diameter Bar Bulat

Mengukur Diameter Lubang Menggunakan Angkup Vernier.

JANGKA SUDUT VERNIER


PENGENALAN
Jangka sudut Vernier adalah suatu alat pengukuran sudut yang jitu dan boleh memberi bacaan ukuran sudut dengan ketepatan sehingga 5.

1. Pengenalan Kepada Jangka Sudut Vernier

Bahagian-Bahagian Jangka Sudut Vernier

Ciri-ciri setiap bahagian jangka sudut Vernier.


Bahagian Bilah Ciri-ciri Panjang bilah biasanya 150 @ 300 mm. Dimasukkan ke dalam dail. Boleh dikilas,dilaras dan dikunci pada sebarang kedudukan sudut. Mempunyai skala utama dan skala Vernier. Skala utama disenggatkan kepada 360. Skala Vernier disenggatkan kepada 12 bahagian.

Dail

2. Prinsip Jangka Sudut Vernier


Bagi skala utama sudut Vernier mengandungi 360.
Memberikan ketepatan bacaan sudut sehingga 5. Setiap senggatan skala utama bersudut 10.

Skala Vernier dibahagikan kepada 12 senggatan.


Setiap senggatan skala Vernier mewakili sudut nilai:

1 x 60 12 senggatan 1

= 5

Merujuk gambar rajah 2.4.2, bacaan senggatan utama dari 0 ke senggatan yang telah dilalui oleh garis tanda sifar skala Vernier dalam arah yang sama.Bacaan pada
Skala sudut utama = 63 00

Skala Vernier

Bacaan sebenar

= 3 senggatan x 5 =15 = 63 00 + 15 = 63 15

Contoh Bacaan Skala Sudut Vernier

3. Kegunaan Jangka Sudut Vernier


Jangka sudut Vernier boleh digunakan untuk:
Mengukur sudut dengan ketepatan sehingga 5.
Menanda @ menguji sesuatu sudut.

Menanda Sudut Menggunakan Jangka sudut Vernier.

TOLOK TINGGI VERNIER


PENGENALAN
Tolok tinggi Vernier adalah suatu alat pengukuran jitu yang digunakan untuk mengukur dan menanda jarak menegak sesuatu produk @ benda kerja.

1. Pengenalan Kepada Tolok Tinggi Vernier.


Ciri-ciri setiap bahagian tolok tinggi Vernier.
Bahagian Ciri-ciri

Badan

Mempunyai senggatan (skala utama) dalam unit metrik seperti pembaris keluli.
Diperbuat daripada besi tuang @ keluli. Berat supaya kedudukan tolok tetap. Mempunyai skala Vernier. Boleh digerakkan disepanjang badan.

Tapak Skala Vernier

Rahang

Rahang boleh gelangsar ialah sebahagian daripada plat Vernier. Jarak permukaan di antara tapak dan rahang mewakili jarak yang diukur. Untuk melaraskan kedudukan rahang dalam arah mendatar. Mengunci plat Vernier sebelum mengalihkan tolok Vernier daripada benda kerja yang sedang diukur.

Skru Pelaras Rahang Skru Pengunci

Bahagian-Bahagian Tolok Tinggi Vernier metrik

2. Kegunaan Tolok Tinggi Vernier


Tolok tinggi Vernier boleh digunakan untuk

mengukur @ menanda jarak menegak.

Menanda Jarak Menggunakan Tolok Tinggi Vernier.

Mengukur Ketinggian Benda Kerja Menggunakan Tolok Tinggi Vernier.

MIKROMETER
PENGENALAN
Mikrometer ialah sejenis alat yang digunakan khusus untuk mengambil ukuran yang tepat. Mikrometer boleh didapati dalam unit metrik dan inci.Kebiasaannya,ukuran yang paling kecil yang mampu dibaca oleh mikrometer ialah 1/100 milimeter.

1. Jenis-Jenis Mikrometer
Mikrometer luar Mikrometer dalam Mikrometer tolok dalam

Julat Mikrometer: 0 25 mm - Mengukur jarak sehingga 25 mm. - Bacaan sifar pada skala laras dan jidal mewakili jarak sifar ( muka andas dan spindal bersentuh rapat).

25 50 mm

- Mengukur jarak antara 25 mm hingga 50 mm. - Bacaan sifar pada skala laras dan jidal mewakili jarak 25 mm antara muka andas dan spindal.

Mikrometer Luar

Mikrometer Luar Digital

Mikrometer Dalam

Mikrometer Tolok Dalam

2. Pengenalan Kepada Mikrometer Luar

Bahagian-bahagian Mikrometer Luar

Ciri-ciri setiap bahagian Mikrometer.


Bahagian Bingkai Ciri-ciri Berbentuk separuh bulatan. Mempunyai spindal di bahagian jidal dan andas di hujung kiri. Dipasang tetap di hujung bingkai. Tip tungsten karbida dikimpal loyang pada bahagian mukanya. Boleh bergerak maju dan mundur ke permukaan andas. Bahagian mukanya dikimpal loyang dengan tungsten karbida. Bahagian muka andas dan spindal adalah rata dan selari serta bersudut tepat dengan paksi spindal. Bahagian muka andas dan spindal merupakan muka ukuran.

Andas

Spindal (Spindle)

Laras Jidal

Mempunyai skala lelurus di atas satu garisan yang selari dengan paksi laras. Disarungkan pada laras. Boleh diputarkan untuk menganjakkan spindal. Muka lilitannya disenggat kepada 50 bahagian yang sama. Boleh diputarkan untuk menganjakkan spindal. Apabila tekanan spindal pada benda kerja melebihi had tertentu,putaran penganjak halus menjadi telus.

Penganjak Halus (Ratchet)

3. Prinsip Skala Mikrometer.


Bagi Mikrometer 0 25 mm:

- Memberi ketepatan bacaan sehingga 0.01 mm. - Garisan datum pada laras mempunyai senggatan selang-seli 1 mm di atas dan bawah garisan.Oleh itu, setiap senggatan skala pada laras ialah 0.5 mm. - Skala jidal dibahagikan kepada 50 senggatan untuk 1 pusingan. - Setiap senggatan skala jidal mewakili jarak lelurus: 0.5 mm = 0.01 mm 50 senggatan

Contoh bacaan: - Garis datum (utama) - Bacaan skala jidal Bacaan sebenar

= 10.50 mm = 16 senggatan x 0.01 mm = 0.16 mm = 10.50 mm + 0.16 = 10.66 mm

4. Kegunaan Mikrometer
Jenis Mikromater Mikrometer Luar Mikrometer Dalam Kegunaan Mendapatkan ukuran luar benda kerja seperti tebal dan diameter benda kerja. Mendapatkan ukuran sebelah dalam seperti garis pusat lubang dan jarak antara tepian lurah. Mengambil ukuran dan mengeset angkup dan tolok dalam. Mengukur kedalaman lubang,bahu lurah lekuk (recess) dan alur kunci.

Mikrometer Tolok Dalam

Mengukur Diameter Bar Bulat Menggunakan Mikrometer Luar.

Mengukur Kedalaman Lurah Menggunakan Mikrometer Tolok Dalam.

Você também pode gostar