Você está na página 1de 62

Kecemerlangan Tamadun Cina sebagai rujukan dunia melalui pengaruh Konfusianisme, Kesenian Serta Sains Dan Teknologi.

Disediakan oleh: Mariati Binti Ahmad Ruzita Binti Mustaffa Fairul Wazib Bin Abdul Wahab PPG Sains Februari 2012

PENDAHULUAN
Pengertian tamadun: Peradaban/maju/mencapai kemajuan

Pengertian oleh Para Sarjana Ilmu.


Suatu tingkat pencapaian/kemajuan dari hidup nomad kepada hidup moden. Proses mencapai kemajuan/kebaikan di dalam kehidupan Kombinasi kepada kemajuan aspek pemikiran, rohani dan jasmani Kemajuan manusia berasaskan ketinggian akhlak atau budi pekerti

Pengaruh Konfusianisme
Bermula semasa Dinasti Chou, dibawa oleh Confucius(551 S.M) Confucianisme tidak dianggap 1 agama tetapi merupakan prinsipprinsip hidup yang baik. Menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri (berbudi bahasa, murah hati, amanah, kerajinan dan sifat baik) Menyatakan raja harus melindungi rakyat Menegaskan raja adalah ketua keluarga dan rakyat ahli keluarga.

Perubahan Ajaran Konfusianisme


Berubah menjadi sebuah agama Menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan Ada 5 jenis hubungan baik iaitu: * pemerintah kepada rakyat * ibu bapa dan anak * suami dengan isteri * abang dengan adik * kawan dengan kawan

Perkara-perkara yang dititik beratkan dalam ajaran Konfusius


Kepentingan akhlak mulia antara manusia Sentiasa mengingati nenek moyang Mengajar manusia cara untuk bertingkah laku dengan baik Tingkah laku hendaklah sederhana, bertindak mengikut peraturan Mempunyai perasaan taat setia kepada negara, saling menghormati

Kesenian
Tamadun Cina telah mencapai kemajuan kemajuan penting dalam bidang keseniaan. Kemajuan itu dicapai semasa pemerintahan dinasti Han, dinasti Tang, dinasti Song dan dinasti Ming. Ini kerana pemimpin-pemimpin dinasti tersebut menjadi penaung bagi perkembangan kesenian. Secara umumnya, perkembangan dalam bidang kesenian boleh dibahagikan kepada bidang muzik, kaligrafi, seni lukis dan seni bina.

Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya.Muzik klasik,kaligrafi,seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina.Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan.Muzik bagi tamadun cina adakah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan diletakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius.

Seni Muzik
Seni muzik juga merupakan salah satu bidang yang telah lama berkembang dalam tamadun Cina. Malah, Konfusius juga menyokong perkembangan muzik kerana menurut beliau, muzik merupakan suatu cara untuk manusia menunjukkan kegembiraannya. Perkembangan muzik boleh dikesan sejak zaman kuno tamadun Cina dengan penemuan buku tentang muzik iaitu Kuan Tzu yang ditulis pada abad ke-4 S.M. Semasa dinasti Tang, perkembangan muzik digiatkan lagi dengan penubuhan pejabat Muzik Kemaharajaan(Yueh Fu) yang telah menjadi tempat mengumpulkan bahan-bahan dan mengedit lagu-lagu rakyat.

Terdapat dua pembahagian muzik dalam perkembangan tamadun Cina iatu muzik rakyat dan muzik golongan atasan

Pada asasnya, muzik rakyat merupakan asas perkembangan muzik Cina. Ini kerana muzik mempunyai kaitan dengan kehidupan rakyat

Selepas itu, muncul muzik untuk golongan atasan yang telah mengubahsuai muzik rakyat.

Orang China telah mencipta pelbagai instrumen muzik seperti Zheng,Xiao dan Erhu yang telah berkembang penggunaan mereka di sepanjang Asia Timur dan Tenggara khususnya di kawasan pengaruh China.Alat muzik sheng adalah asas bagi pelbagai alatan muzik free reed barat.

CONTOH INSTRUMEN MUZIK CINA

Erhu

Xioa

Zheng

TULISAN KALIGRAFI
Kaligrafi Cina merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia. Seni amat dihormati oleh masyarakat Cina. Kaligrafi merupakan tulisan yang direka dalam bentuk lukisan yang indah. Kaligrafi Cina mempunyai unsur-unsur atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan. Bentuk awal sekali kaligrafi terdapat pada kulit kurakura dan tulang binatang yang dikenali sebagai Chiakuwen (Jia Gu Wen). Seterusnya, kaligrafi Cina berkembang kepada beberapa gaya lakaran seperti Zhuan-shu, Li-shu, Kai-shu, Xing-shu dan Cao-shu. Dalam kelima-lima jenis itu, gaya Kai-shu merupakan gaya penulisan yang popular dan sering mendapat perhatian masyarakat kerana gaya ini mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat Cina.Selain daripada nilai seninya, kaligrafinya memainkan peranan penting dalam tamadun Cina kerana ia melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang sama ada maharaja sarjana.

Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat,berus,kertas dan kadang - kadang sutera.Perkembangan kaligrafi telah menghasilkan pelbagai bentuk tulisan cina.Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi.Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus). Kecemerlangan dari sudut kesenian dalam Tamadun Cina boleh dilihat melalui tulisan yang digunakan di mana walaupun pernah ditakluk oleh orang asing seprti Mongol (Dinasti Yuan -1279 1368) dan Orang Manchu (Dinasti Qing,1644 1911).Ini kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik.

Contoh Tulisan Kaligrafi Cina


Chiakuwen Zhuan - Shu Li - Shu Kai - Shu

Xing Shu

Cao Shu

Berus untuk menulis kaligrafi

Seni Lukis
Seni lukis merupakan salah satu bidang kesenian yang berkembang maju dalam tamadun Cina. Salah seorang maharaja Cina yang begitu berminat dalam bidang ini ialah Hui-Zong. Beliau telah menubuhkan akademi dan menggalakkan perkembangan seni lukis. Lukisan-lukisan Cina banyak bertemakan dewa-dewi, pemimpin bangsawan, gadis dan orang biasa. Selain itu terdapat juga lukisan tentang alam semula jadi seperti gunung-ganang, hutan rimba dan sungai. Gambar binatang dan tumbuhan juga menjadi tema utama pelukis Cina Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).

Contoh Lukisan
Xieyi Gongbi

Terdapat juga pelbagai genre sastera cina klasik seperti puisi.prosa,drama dan fiksyen. Antalogi puisi cina yang terawal ialah Shin Jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil,nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11SM 771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM 476M).Analogi ini dikumpul pada masa konfusius (551SM 479SM) di kawasan Lembah Huanghe.Secara amnya,puisi cina berhubung rapat dengan muzk dan bersifat padat dan singkat.Puisinya juga lebih naratif atau diskriptif yang mempunyai fungsi social dan politik.

Drama Cina / Opera


Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 1368).Walau bagaimanapun ,drama cina dari jenis zaju iaitu drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemangat pada Dinasti Yuan.Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama douer Yuan (ketidakadilan Yuan).

Menjelang lewat kurun ke -18,drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum.Dari sini,lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama.Drama juga digunakan oleh Konfusius untuk menerapkan nilai - nilai moral dan etika.

Kesusasteraan Cina mempunyai sejarah yang lama dan padat serta masih berterusan,sebahagiannya kesan perkembangan teknologi pencetakan sewaktu Dinasti Song.Sebelum itu,manuskrip Klasik dan catatan keagamaan (terutama ajaran Confucius,Taoisme dan Buddha) ditulis dengan tangan menggunakan berus dakwat (awalnya mencakar cangkerang) dan diedar kepada rakyat jelata.Akademik para pengaji yang ditaja oleh kerajaan empayar ditubuhkan untuk mengulas hasil - hasil ini dalam kedua - dua bentuk dicetak dan ditulis.Berpuluh ribu hasil tulisan purba masih bertahan tahan hingga masa kini dan lebih lagi,daripada tetulang hingga fatwa Dinasti Qing,yang ditemui setiap hari secara formalnya digunakan untuk tujuan perubatan Cina..

teknologi kejuruteraan hidraulik (kurun 15-11 SM) untuk mengawal banjir Sungai Kuning.

teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan

pengeluaran porselin

Kawah memasak tembikar hitam dari budaya Hemudu (sekitar 5000 - c 3000 SM)

Periuk tembikar yang dicat dengan pelepasan yang dibangkitkan naga dan burung phoenix, Western dinasti Han (202 SM - 9 Masihi)

pembuatan kertas dan loyang


Kertas fiber Cina terawal, yang digunakan untuk membungkus tidak bertulis, yang dipamerkan di muzium sejarah Shaanxi di Xi'An, China.

BIDANG ASTRONOMI
Dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3 SM), penyediaan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet Peta Dunhuang dari Dinasti
Tang (wilayah Kutub Utara). Peta ini diketahui setakat ini daripada pemerintahan Maharaja Zhongzong Tang (705-710). Dijumpaidi Dunhuang, Gansu. Buruj tiga kumpulan bintang telah dibezakan dengan warna yang berlainan: putih, hitam dan kuning untuk bintang Wu Xian, Gan De Shi Shen masing-masing. Set seluruh peta bintang yang terkandung 1.300 bintang

BIDANG ASTRONOMI

Salah satu peta bintang tertua yang wujud dalam bentuk bercetak adalah daripada Su Song (1020-1101 Masihi)

BIDANG ASTRONOMI
penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan Gnomon digunakan bagi menentukan latitude matahari dengan mengukur kedudukan panjang bayang-bayang ketika waktu tengah hari.
Satu kaedah membuat instrumen pemerhatian astronomi pada masa Dinasti Qing.

Clepsydra digunakan untuk mengukur masa

Gnomon (Gui Biao) adalah instrumen yang tertua dan mudah astronomi di China purba yang dicipta untuk memerhatikan panjang dan kedudukan bayang matahari untuk menentukan masa

BIDANG ASTRONOMI
Mekanisme berkuasa air menara jam astronomi Song Su, yang menampilkan sebuah tangki clepsydra, kinciran, pemacu mekanisme, dan rantaian memandu kuasa sfera armillary dan 113 jam bicu menarik untuk membunyikan jam dan memaparkan plak maklumat

Lou (jam air) adalah satu peribahasa yang digunakan oleh bersamaan purba Cina untuk "jam" hari ini. Dilou zhonghu juga dipanggil jam clepsydra atau air

BIDANG ASTRONOMI
Sistem kalendar Cina : kalendar lunar dan kalendar suria. Kalendar
lunar untuk upacara keagamaan

Kalendar Cina pada zaman Dinasti Shang yang berusia 3000 tahun

Kalendar suria untuk melihat musim

BIDANG MATEMATIK
Sempoa : oleh ahli matematik Xu Yue (kurun ke 2 SM)

Buku Jiuzhang Suanshu (sembilan bab matematik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke 2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif,sistem pecahan dan perpuluhan,dan nilai pai.
Aljabar (Algebra) pula bermula pada abad ke-13 oleh Chin Chiu Shao : persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu dan penggunaan Aljabar dalam Trigonomtri dalam bukunya Shu-Shu ChiuChang; angka positif (melambangkan keuntungan) dan negatif (melambangkan hutang).

BIDANG PERUBATAN
1. Teori Yin dan Yang keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional.

Simbol Yin dan Yang

BIDANG PERUBATAN
2. Teori Lima Elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paruparu mudah menjadi marah.

BIDANG PERUBATAN
3. Teori Jing (saluran) dan Luo (kolateral)
merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabila jing atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

BIDANG PERUBATAN
Akupuntur
Berdasarkan teori Jing dan Luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan

Jarum yang dimasukkan ke dalam kulit pesakit.

Carta akupunktur dari Dinasti Ming (sekitar 1368-1644)

Carta perubatan Cina purba pada meridian akupunktur

BIDANG PERUBATAN
Moxibustion daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Traditional moxibustion set from Ibuki (Japan)

BIDANG PERUBATAN
Buku perubatan dan farmokologi Cina tradisional
(pemangkin kepada perkembangan perubatan moden oleh barat.)

1. Huangdi Neijing (Perubatan Klasik Maharaja Kuning atau The Yellow


Emperor's Manual of Corporeal Medicine) buku perubatan tertua di China dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM) dua peredaran; darah yang dialirkan oleh jantung dan chi yang dialirkan oleh paru-paru menjadi asas penggunaan akupuntur. mengesan 28 denyutan nadi yang muncul daripada jantung manusia. Idea peredaran darah

BIDANG PERUBATAN
Buku perubatan dan farmokologi Cina tradisional
Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.

BIDANG PERUBATAN
Buku perubatan dan farmokologi Cina tradisional
Systematic Treasury of Medicine yang dikarang oleh

Chang Chi sekitar tahun 200M yang mengandungi maklumat tentang pencegahan penyakit dan beberapa diet pemakanan

Han Yu menulis sebuah esei tentang penyakit beri-beri yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B1.
Masyarakat Cina kuno juga mengenali penyakit kencing manis atau diabetis yang disebut hsiaoko yang bermakna kedahagaan.

Penyakit beri-beri

BIDANG PERUBATAN
Buku perubatan dan farmokologi Cina tradisional

The Yellow Emperors Manual of Corporeal Medicine, juga menyatakan bahawa seseorang yang mengidap penyakit tersebut adalah kerana memakan makanan yang manis dan banyak lemak. masyarakat Cina kuno juga merupakan masyarakat pertama menggunakan kaedah suntikan untuk mencegah penyakit cacar

BIDANG OPTIK
penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pinhole camera) Kamera obscura

Prinsip kamera lubang jarum: sinar cahaya dari objek melalui lubang yang kecil untuk membentuk imej terbalik.

Gambarajah kamera obscura pada abad ke 18

BIDANG ALKIMIA
menghasilkan eliksir kehidupan, mencari formula agar manusia hidup selama-lamanya bahan-bahan: merkuri, plumbum dan arsenik Ujikaji ahli kimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berfaedah.

Ekspidisi pertama ahli kimia Taoist,Xu Fu pada zaman Dinasti Qin ke Gunung Abadi (Mount of the Immortals)

BIDANG SENIBINA
Tempat kediaman yang mudah istana yang indah taman diraja bandar Contoh : Istana Musim panas di Peking (Beijing)

Pelan bergambar istana Musim panas pada tahun 1888 Istana Musim Panas sekarang.

BIDANG SENIBINA
Bandar kuno Cina: pembinaan tembok besar mengelilinginya. istana raja, pasar dan taman larangan raja akan ditempatkan dalam bandar itu.

Bandar dinding Xi'an adalah bandar dinding yang terbaik dipelihara di China

BIDANG PERTANIAN
Kaedah penanaman batas sejak abad ke 6SM menggunakan alat semaian dan cangkul besi. Alat membajak menggunakan tenaga kerbau. abad ke-2 S.M.: alat menampi bijirin yang lebih canggih dicipta iaitu kipas penampi berputar yang membolehkan pengasingan habuk daripada bijirin dengan lebih cepat.

BIDANG KOMUNIKASI
Layang-layang, dicipta pada abad ke 4SM,oleh ahli falsafah Mo Ti. Sebagai alat komunikasi semasa peperangan pada zaman dinasti Liang (502-557 M). peta bantuan yang mengandungi garis kontur yang menunjukkan ketinggian sesuatu kawasan. Peta bantuan yang pernah digunakan di China telah dikesan pada abad ke-3 S.M. direkodkan dalam Shih Chi, buku sejarah klasik Cina.

BIDANG PENGAIRAN
Membina terusan pengangkutan paling awal di dunia. Antara Contoh :Terusan Besar semasa dinasti Sui. Panjang terusan tersebut ialah 1100 batu, dalamnya antara 10 hingga 30 kaki dan lebarnya kira-kira 100 kaki. Terusan pengangkutan yang pertama dibina ialah Terusan Magik pada abad ke-3S.M. oleh jurutera Shih Lu atas arahan Shih Huang-ti. untuk mengangkut tentera China dalam usaha menawan kawasan Selatan China. Terusan Berkunci dibina pada tahun 984 oleh Penolong Pesuruhjaya Pengangkutan di Huainan, Chiao Wei-Yo untuk mengawal paras air bagai kegunaan kapal-kapal keluar dan memasuki terusan tersebut.

BIDANG PENGAIRAN

Terusan Besar

Ciptaan sistem Terusan Berkunci

BIDANG PERKAPALAN
menggunakan buluh untuk dijadikan papan kain layar supaya lebih senang diturunkan dan dinaikkan. semasa pemerintahan dinasti Liu Sung pada tahun 418, Komander Wang Chen-O pernah menggunakan kapal roda berdayung untuk digunakan dalam peperangan.

Tong kang dari abad ke 13, Dinasti Song.

BIDANG SENJATA
senjata kimia terutama gas beracun sejak abad ke-4 S.M. untuk menghapuskan serangga perosak sekitar abad ke-7 S.M. Kemudiannya, peperangan. Menurut Mo Ti, pam angin digunakan untuk menyembur gas beracun ke dalam kota-kota musuh yang dikepung. busur silang yang berasal daripada sejenis perangkap panah yang digunakan untuk memburu. Buku rekod sejarah cina yang ditulis oleh Ssu Ma-chien pernah mencatatkan tentang kilang pembuat dan pengeluar busur silang yang dikendalikan oleh Liang Hsiao Wang pada tahun 157. Oleh kerana senjata ini penting, dimonopoli oleh kerajaan

BIDANG BAHAN API


mancis yang terus digunakan pada hari ini. Bentuk pertama mancis dicipta pada tahun 577. Bahan yang digunakan untuk membuat mancis bentuk awal itu adalah daripada galian sulfur. Penggunaan mancis mula tersebar ke dunia Barat pada tahun 1270 oleh pedagangpedagang Itali.

4 CIPTAAN AGUNG
1. KERTAS Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuhtumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

4 CIPTAAN AGUNG
2. PERCETAKAN mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 906) buku Jingang Jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. pada tahun 105. diperkenalkan ke Eropah pada kurun ke-13. Pada abad ke-7, sebuah bongkah kayu yang diukir untuk dijadikan alat pencetakan. penciptaan alat pencetak mudah alih yang dihasilkan oleh Bi Sheng sekitar tahun 1041 hingga 1048. Perkembangan kertas dan alat cetak telah membawa kemajuan dalam bidang kesusateraan.

4 CIPTAAN AGUNG
3. BAHAN LETUPAN

Pertama dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke 7 dengan saltpetre dengan sulfur dan karbon. serbuk peletup,senjata telah dicipta seperti panah berapi yang pernah digunakan dalam peperangan menawan Bandar Tzu-tung pada tahun 994. Pada abad ke-11 ,bom bunyi petir. Bom ini mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai saltpetre. Bahan ini dimasukkan ke dalam buluh atau kertas dan mempunyai fius sebelum dilontar ke pihak musuh. Pada tahun 1221, dicipta sejenis bom yang lebih hebat yang dikenali sebagai bom petir pecah. Bom ini lebih berbahaya dan boleh membawa maut kepada pihak musuh. Pada sekitar 1277, periuk nasi tanah telah dicipta. Selain penciptaan bom, tamadun Cina juga mencipta alat isyarat yang dikenali sebagai bom isyarat. Alat isyarat ini pernah digunakan pada tahun 1276 semasa Yangchow diserang

4 CIPTAAN AGUNG
4. KOMPAS

Pada pemerintahan Dinasti Han (206 220 SM)sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke 6. Pengherotan dan kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke 8 dan ke 9 telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran. Sebuah dokumen Cina yang awal ada menyatakan masyarakat negeri Cheng yang pergi mencari batu jed, menggunakan satu alat penunjuk selatan untuk memandu mereka pulang. Kompas yang dicipta menggunakan bijih besi yang mempunyai magnet.

4 CIPTAAN AGUNG

Sekian,terima kasih.

Tamat

Você também pode gostar