Você está na página 1de 12

DISEDIAKAN OLEH: HARIZ HANIFAH, LUQMAN, ISYRAF, AZWAN, NASHREN

Pendahuluan: 1. Ayat ransangan (AR) - Ayat yang berkaitan dengan tema 2. Ayat arahan (AA) - Ayat yang menjawab kunci soalan
Perenggan isi: 1. Ayat isi (AI) - Ayat yang menjawab soalan atau kata kunci 2. Ayat huraian (AH) - Huraian lanjut tentang isi untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan 3. Ayat contoh (AC) - Bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi 4. Ayat penegas (AP) - Memberikan penegasan terhadap isi dan huraian Penutup: 1. Ayat kesimpulan (AK) 2. Ayat penilaian (A pnln) 3. Ayat harapan (A hrpn) 4. Ayat cadangan (A cdgn) 5. Ayat penutup (A pnutp)

1. Dapat mempromosikan barangan atau bahan jualan 2. Saluran komunikasi antarabangsa 3. Memudahkan urusan pembayaran 4. Sebagai medan hiburan 5. Mendapatkan maklumat Tips membuat karangan:

Pada era langit terbuka ini,kemajuan teknologi maklumat semakin pesat membangun seiring dengan kepesatan pembangunan infrastruktur yang dilakukan oleh pihak kerajaan.Antaranya termasuklah kemudahan Internet.Saban hari penggunaan Internet semakin mendapat tempat dalam kalangan marhaen daripada segenap lapisan di negara kita .Pertambahan ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kerana penggunaanya yang amat meluas sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.Selaras dengan ini,pihak kerajaan telah melakukan anjakan paradigma dengan memajukan lagi kemudahan teknologi maklumat di negara kita.Misalnya,pihak kerajaan mengambil inisiatif dengan membangunkan pusat teknologi maklumat atau lebih dikenali dengan Cyberjaya.Sehubungan dengan ini,kajian telah menunjukkan bahawa Malaysia tersenarai dalam sepuluh negara yang paling banyak menggunakan kemajuan teknologi maklumat.Sesungguhnya Internet memberikan 1001 manfaat kepada marhaen di seantero dunia.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan dapat disalurkan melalui Internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan Internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam Internet. Internet juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.Kini dunia tanpa sempadan menjadi realisasi apabila maklumat hanya di hujung jari.

Internet juga memudahkan urusan harian manusia yang mana pembayaran bil elektrik, air, dan kad kredit dapat dilakukan dengan senang. Selain daripada itu, hubungan dengan agensiagensi kerajaan khususnya dan badan-badan pendidikan antarabangsa amnya seperti permohonan kemasukan ke kursus pengajian dapat dijalankan dengan mudah . Misalnya, laman web Jobsmalaysia juga mampu membantu mencipta peluang pekerjaan yang luas kepada siswazah sekaligus mengurangkan kadar pengangguran juga, dapat dibuat melalui Internet. Urusan menerusi Internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah ,benarlah masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mememotongnya, maka masa akan memotong kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda, perniagaan adalah 9 daripada 10 punca rezeki. Rentetan itu , Internet merupakan salah satu medium yang membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan. Hal ini merupakan kebaikan Internet yang seterusnya. Peluang perniagaan melalui Internet ini amatlah luas. Kini, kita boleh berniaga melalui Internet hanya dari rumah sahaja. Sudah ramai usahawan yang muncul dengan hanya menjana pendapatan dari rumah. Tamsilnya, Irfan Khairi yang kini bergelar jutawan muda Internet. Sudah terang lagi bersuluh peniaga bukan sahaja boleh mengiklankan barangan malah boleh menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara atas talian kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapat keuntungan yang lebih berlipat kali ganda. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos tenaga, penghantaran dan menjimatkan masa apabila membeli barangan daripada Internet.

Hidup ibarat katak di bawah tempurung dapat dihindarkan melalui penggunaan Internet. Dengan menggunakan Internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Antaranya kita boleh mendengar radio daripada pelbagai stesen radio, kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagai stesen televisyen malah melalui perkhidmatan internet juga , kita boleh menonton pelbagai jenis sukan di seluruh dunia secara langsung. Selain daripada memberi hiburan dan mengurangkan stres, informasi terkini juga dapat dijana melalui Internet. Namun penggunaan Internet secara berhemah amatlah perlu, bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet seperti menonton video pornografi. Kawalan daripada ibu bapa juga perlu bagi memastikan anak-anak dapat membahagikan masa dengan bijak.

Selain itu, Internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya Internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya Internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui Internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Hal ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan Internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.

Konklusinya, Internet mempunyai banyak kebaikan dan manfaat. Para pengguna perlu memahami kegunaan Internet dan memastikan Internet digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan Internet demi melahirkan watan berilmu, cemerlang, gemilang dan terbilang di negara ini.

Você também pode gostar