Você está na página 1de 34

Huraikan pendekatan-pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas.

NORADILAH BT HAJI NAIN NOORUL DALILAH BT. HARUN SURIATI BT HANAFI


PENSYARAH : DR. NORFISHAH BT. MAT RABI PAKAR BIDANG JAB. ILMU PENDIDIKAN

Setiap insan yang dilahirkan memerlukan perkara asas dalam kehidupan baik dari peringkat dewasa apatah lagi kanak-kanak. Hak kanak-kanak sering dilaungkan dan diperjuangkan termasuklah kanak-kanak yang dikategori sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak yang diterimapakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 20 Nov. 1989Perkara 23 menyatakan : Negara-negara Pihak mengiktiraf bahawa seorang kanak-kanak kurang upaya secara mental atau fizikal patut menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaan yang memastikan kemulian, menggalakkan sikap tidak bergantung, dan memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalam komuniti.

Sekumpulan kanak-kanak di mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan khusus. Hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu atau kanak-kanak berkeperluan khas. (Kail 2001)

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang memiliki kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka.
Guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapi diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambilkira kemahiran yang ada dan yang perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas datang ke sekolah dengan tahap perkembangan mental, emosi, sosial dan kemahiran motor yang berbeza. Ini dapat dibantu dengan membimbing kanak-kanak ini menjalani terapi. Terapi dapat meningkatkan keupayaan potensi dan menyediakan kanak-kanak dalam proses PdP.

Menurut Kirk (1989), kanak-kanak dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan akibat keadaan yang ada pada kanak-kanak ini yang tidak dapat menerima pelajaran dengan cara biasa.

Kanak-kanak berkeperluan khas ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi : -

MENTAL (pencapaian akademik)

KEUPAYAAN DERIA (melihat & mendengar)

CIRI-CIRI FIZIKAL Bergerak dan menjaga diri

EMOSI (bercampur gaul/

KEUPAYAAN KOMUNIKASI (menulis dan bertutur)

TINGKAHLAKU (mengawal diri)

Mansor (2005) Hallahan & Kauffman (2006) Pendidikan khas didefiniskan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahanbahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakkan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain. Gargiulo (2003) Friend (2005) Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan FPN.

Pendidikan khas boleh dirumuskan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus UNTUK memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan berteraskan rumah, hospital dan institusi.

yang bermasalah penglihatan SEKOLAH PENDIDIKAN Murid dan pendengaran KHAS


bermasalah PROGRAM PENDIDIKAN Murid-murid pembelajaran, penglihatan dan KHAS (INTEGRASI) pendengaran.

Kurikulum Pendidikan khas yang dibina berlandaskan tiga prinsip Pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu Menggembirakan dan bermakna Pendidikan sepanjang hayat Prinsip-prinsip ini dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENILAIAN YANG BERTERASKAN KEPERLUAN INDIVIDU

BIDANG PEMBELAJARAN

Ketiga-tiga aspek ini bersifat interaktif, boleh berlaku dalam keadaan fleksibel berpaksikan keperluan murid.

Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak yang berkeperluan khas juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Bukan mudah untuk mengajar mereka, namun pasti menyeronokkan bagi sesetengah pihak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak khas. Menurut Barber dan Holdbart (1998), strategi penilaian yang berbeza diperlukan dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dalam menentukan keberkesanan pengajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti pendekatan pengajaran yang sesuai sebelum mengajar kanakkanak berkeperluan khas.

Seorang guru perlu mengetahui idea dan teori yang dikemukakan oleh tokohtokoh pendidikan kerana idea-idea mereka dapat membantu guru memahami, merancang dan melaksanakan cara-cara pengajaran yang efektif

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET

APLIKASI : Mengenalpasti masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu. masa sensitif (kesediaan) waktu kanak-kanak cepat mempelajari sesuatu Melakukan aktiviti yang bersesuai dengan tahap perkembangan Tidak memaksa selagi kanak-kanak belum bersedia Pembelajaran berdasarkan keadaan semula jadi Pengalaman pembelajaran yang positif dan menyeronokkan

Perkembangan kognitif berlaku secara berperingkat dan peringkat awal menjadi asas dalam perkembangan kognitif seterusnya.

Penyediaan persekitaran sesuai dengan penerimaan minat dan keperluan kanak-kanak berdasarkan norma masyarakat.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF GAGNE

Pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat. Pembelajaran harus bermula dari peringkat mudah ke rumit.

Penguasaan kemahiran asas perlu untuk pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi.

APLIKASI : Pembelajaran isyarat setiap individu mempelajari gerak balas melalui sesuatu isyarat secara langsung atau tidak langsung. Rangsangan dan gerakbalas peneguhan secara konsisten Rangkaian motor mengajar kemahiran secara berulang dalam urutan yang spesifik Diskriminasi penting dalam penguasaan konsep (bentuk, saiz atau warna)

TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS BANDURA

Memerhati gerakbalas yang ditonjolkan oleh individu lain.

Terdapat empat proses pembelajaran iaitu proses;Perhatian

Penyimpanan
Pengeluaran Motivasi

APLIKASI Guru sebagai model peranan dan model simbolik Modifikasi tingkahlaku Peniruan tidak langsung Contoh hasilan yang baik

Peniruan melalui main peranan dan rakan sebaya sebagai model

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME MASLOW & CARL ROGERS APLIKASI :

Menekankan keunikan dan individual

Menekan afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran.

Aspek perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Meningkatkan harga kendiri yang positif


Aspek komunikasi di dalam bilik darjah Peranan guru

Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara-cara mendekati sesuatu.

Merujuk bagaimana sesuatu mata pelajaran disampaikan untuk mencapai objektifnya.


Guru perlu mengenalpasti keperluan murid-murid khasnya supaya dapat menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses PdP berlaku secara efektif.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN


Berasaskan strategi berpusat pada murid Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing Jenis kumpulan: a) mengikut kebolehan b) guru rancang P&P secara berperingkat

Murid dikumpulkan berdasarkan hasil penilaian


Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulis dan mengira Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain mengikut tahap kebolehan Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi matapelajaran yang berlainan

KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN


Pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecenderungan Sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti permainan, simulasi, perbincangan, projek dan ujikaji Murid-murid yang cerdas dapat membantu murid-murid yang lambat

PENGAJARAN SECARA INDIVIDU


o Kaedah mengajar yang berlaku di antara seorang guru dan

seorang murid sahaja o Murid-murid yang diajar dengan kaedah ini akan dapat mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial secara menyeluruh serta seimbang

Guru perlu peka dengan keupayaan dan gaya pembelajaran yang digemari oleh kanak-kanak untuk merancang PdP yang menyeluruh dan bersepadu.

Pembelajaran Visual

Pembelajaran Audio

Pembelajaran Kinetik

Kaedah pengajaran yang biasa digunakan bagi mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran.
Merupakan kaedah untuk meningkatkan ingatan melalui kekunci maklumat.

Pendekatan pengajaran yang membolehkan seseorang itu mengingat isi pelajaran dengan menggunakan kaedah seperti bunyi, rima, bayangan susunan huruf atau puisi pendek.
Kaedah ini menekankan kepentingan menghubungkait pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada murid. Antara kaedah-kaedah mnemonik
akronim antonim loci Kod abjad akrostik hubungan

akronim
MARA Majlis Amanah Raya

hubungan Kod abjad

antonim
Gemuk lawannya kurus

B - bola

loci
Barang Syampu Loci bilik air

akrostik
Jenis Kata : Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang Nasibah Kejar Arnab Keliling Tasik Saujana

1. Meningkatkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran Guru perlu sediakan isi pengajaran mengikut aras keupayaan belajar murid untuk menggelak kebosanan dan hilang tumpuan. 2. Menghasilkan suasana pengajaran yang menyeronokkan. Pengajaran lebih seronok kepada murid dengan memberi pujian atau ganjaran apabila murid melakukan sesuatu yang positif. 3. Untuk menghadapi pelbagai gaya pembelajaran murid. Penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dan pelbagai membantu murid mengingat perkara dengan lebih mudah. 4. Dapat memberi tumpuan. Kaedah ini dapat menarik perhatian murid.

Strategi pengajaran ini dikembangkan oleh Lev Semenovich Vygotsky. Vygotsky, ahli psikologi Rusia yang bekerja bersama kanak-kanak kurang upaya kerana minatnya terhadap perkara tersebut. Vygotsky terkenal dengan zon perkembangan proksimal (ZPD). ZPD merupakan suatu tahap dimana sesuatu keupayaan dan kemahiran masih belum dicapai oleh kanak-kanak secara sendirian sebaliknya memerlukan pertolongan orang dewasa atau rakan sebaya. Dalam scaffolding, murid masih memerlukan bantuan guru dan bantuan ini akan dihentikan setelah murid menunjukkkan kemampuan untuk menyelesaikan tugasan secara sendirian.

1. Tujuan yang jelas. 2. Memberi arahan secara tepat. 3. Merujuk murid pada bahan maujud atau situasi sebenar. 4. Menyediakan kecekapan dalam perkhidmatan. Sedia membantu & memberi panduan Adaptasi bahan instruksional

pemodelan

Memberi rangsangan

Menyoal

Sumbangan guru terhadap murid memainkan peranan penting untuk memastikan murid memahami sesuatu konsep pembelajaran. Guru perlu menawarkan bantuan bagi sesuatu kemahiran dalam pengajaran yang melampaui kebolehan murid iaitu yang tidak mampu dilakukan oleh murid. Guru perlu memberi galakan seperti peneguhan positif agar murid berusaha untuk mencapai matlamat pembelajaran. Guru perlu prihatin dalam setiap masalah murid tanpa memberi tekanan kepada murid. Guru perlu menggalakkan murid bergaul dalam kumpulan dengan ini kemahiran sosial dapat diwujudkan.

Menurut Hunter(1995), dalam bukunya Teach More Faster, pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran murid. Antaranya kaedah pengajaran terus.

Pengajaran terus diasaskan oleh Siegfried Engelmann (1960). Dalam pengajaran terus, guru akan menerangkan kandungan topik pelajaran secara lisan dengan menggunakan alat bantu mengajar. Pengajaran terus digambarkan bahawa pembelajaran berlaku secara sehala tetapi ia memberikan manfaat kepada murid berkeperluan khas yang sentiasa memerlukan bimbingan dan tunjukajar dari semasa ke semasa. Guru juga bertanggungjawab mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna kepada muridnya.

1. Mempunyai matlamat dan tujuan utama pengajaran yang jelas. 2. Persembahan pengajaran secara teratur. 3. Pengajaran yang spesifik, konkrit dan menyeluruh 4. Menguji kefahaman murid.

Hubungan yang baik antara guru dengan murid

Objektif pengajaran berdasarkan tahap kognitif murid. Persediaan guru sebelum memulakan proses PdP.

Guru pendidikan khas perlu memastikan

Penggunaan ABM yang berkesan.

Pengurusan bilik darjah

Merupakan strategi pengajaran yang aktif. Terdiri daripada aspek penetapan, penerangan, pemodelan dan bimbingan. Penetapan Merupakan isi pengenalan sebelum memasuki isi pelajaran Penerangan Menerangkan perkara yang harus dilakukan murid. Pemodelan Mendemontrasikan cara mencapai sesuatu matlamat. Bimbingan Bimbingan atau tunjukajar secara kumpulan @ individu ,mengikut tahap kebolehan murid.

Guru dapat menilai tahap pencapaian murid setiap kali sesi PdP
berlaku melalui pemerhatian, latihan, penyoalan dan sebagainya. Kaedah ini membantu guru merancang PdP dengan lebih rapi dengan memulakan pelajaran berasaskan kesediaan belajar yang rendah dan seterusnya membimbing murid ke arah pembelajaran utama. Penggunaan alat bantu mengajar merupakan sebahagian usaha guru bagi menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran. Murid dapat melakukan sendiri sesuatu perkara atau kemahairan secara sedikit demi sedikit atas sokongan dan bantuan guru.

Perubahan tingkahlaku yang positif dapat dilihat jika murid berjaya menguasai sesuatu kemahiran yang diajar oleh guru.
Setelah murid menguasai sesuatu kemahiran, bimbingan dari guru akan

berkurangan agar murid tidak perlu lagi bergantung pada bantuan guru.

Pendekatan PdP untuk membantu murid menguasai perkara yang diajar. Diperkenalkan oleh Bloom (1990an) berasaskan satu prinsip iaitu, semua murid dapat menguasai sesuatu pelajaran atau kemahiran jika diberikan masa yang mencukupi disamping proses PdP yang berkualiti. Konsep asas pembelajaran masteri ; 1. Pembelajaran dipecahkan ke unit-unit yang lebih kecil. 2. Masa yang mencukupi. 3. Arahan guru perlu jelas bagi setiap unit. Guru perlu memastikan murid menguasai perkara yang diajar sebelum meneruskan pengajaran ke unit berikutnya. Guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran bersesuaian.

Strategi Pembelajaran Masteri Tajuk dan kemahiran Objektif dan hasil pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran Menilai hasil kerja murid Murid berjaya menguasai Aktiviti pengukuhan/pengayaan Murid gagal menguasai Aktiviti pemulihan

Pembelajaran seterusnya

1. PM dapat meningkatkan prestasi murid kerana murid akan menguasai keseluruhan pembelajaran secara menyeluruh. 2. Dalam PM, setiap murid diajar teknik dan kaedah untuk menguasai pembelajaran apabila teknik dan kaedah sudah diketahui maka murid dapat mengaplikasikan teknik tersebut untuk menguasai mata pelajaran lain.

Berkeyakinan terhadap semua murid

Menyayangi murid & mencintai mata pelajaran yang diajar

Mempelbagai -kan teknik & kaedah

Proaktif & sentiasa beri galakan

Dalam merancang dan menjalani proses PdP, prinsip-prinsip teori pembelajaran boleh digabungkan dengan kerja-kerja praktikal Keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas akan menentukan pemilihan pendekatan PdP . Guru yang hebat ialah guru yang dapat meletakkan diri mereka dalam situasi kanak-kanak berkeperluan khas. Guru pendidikan khas haruslah lebih kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan proses PdP bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas mengekalkan tumpuan dan menguasai sesuatu pembelajaran. Guru yang hebat adalah guru yang mempunyai empati, bijak mengenalpasti keperluan muridnya serta memilih dan merancang strategi pendekatan yang sesuai untuk keberkesanan PdP.

SURIATI BT HANAFI

NOORUL DALILAH BT. HARUN NORADILAH BT HAJI NAIN


PENSYARAH : DR. NORFISHAH BT. MAT RABI PAKAR BIDANG JAB. ILMU PENDIDIKAN

1. Mohd Zuri Ghani, Azman Che Ahmad. (2011) Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

2. Jamila K.A. Mohamed. (2008) Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 3. Mohd Zuri Ghani, Azman Che Ahmad. (2012) PemgantarPendidikan Khas. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia http://gm1monline.blogspot.com/2013/01/pendidikan-khas-dekati-insan-istimewa. html. Di akses pada 7/6/2013 http://skksab.zoom-a.com/khas.html. Di akses pada 7/7/2013.

Você também pode gostar