Você está na página 1de 65

Kaum Etnik Di Sarawak

Masyarakat Iban

Pengenalan
Golongan majoriti di Sarawak (30 %) populasi negeri Sarawak. Suku kaum masyarakat Iban: Balau, Sebuyau, Lemanak .

Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan bandar.

Secara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang Burung, Tuhan burung peperangan. kebanyakan mereka kini beragama Kristian, tetapi masih mengamalkan amalan tradisi.

Hari Gawai Dayak


Hari Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Hari Gawai Dayak


Upacara : Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Hari Gawai Dayak


Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai.

Rumah Panjang
bangunan kediaman yang dibuat dari kayu serta terdiri daripada banyak bilik. Beberapa keluarga akan tinggal bersama. mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah di mana kebanyakkkan aktiviti diadakan di ruang itu. "tuai rumah" adalah ketua rumah panjang.

RUMAH PANJANG

RUAI

Tarian Ngajat
tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban
lazimnya dipersembahkan ketika Hari Gawai.

Alat Muzik
Engkerurai merupakan sejenis alat muzik bagi masyarakat Iban. Bunyinya unik serta lazimnya dimainkan secara perseorangan dalam majlis-majlis keramaian.

Pakaian Kaum Iban


Pakaian Istiadat suku kaum Iban Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

Kepercayaan Kaum Iban


Masyarakat Iban berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. percaya pada bunyi burung ketupung dan burung beragai adalah petunjuk untuk menentukan kesesuaian tapak.

Kepercayaan Kaum Iban


Mempercayai bahawa mimpi merupakan sumber tentang sesuatu yang bakal terjadi pada masa akan datang. Bagi menghalang malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan.

Orang Asli

Adat resam kelahiran orang asli


Bidan akan melakukan upacara melenggang perut bagi wanita yang mengandung itu bertujuan untuk mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain bagi menjamin keselamatan ibu serta bayi.

Pantang larang yang perlu dihindari oleh wanita mengandung dalam masyarakat orang asli
Tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan. Dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.

Dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu. Dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati.

Adat resam bersalin orang asli


Tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang tajam dan bayi dimandikan dengan air suam. Seterusnya uri bayi ditanam berdekatan rumahnya. Uri tersebut akan dicuci, digaul dengan serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas, kemenyan dan arang sebelum ditanam ke dalam lubang setinggi satu kaki.

Selama tujuh hari lampu akan dipasang di tempat uri tersebut ditanam. Bagi masyarakat Orang Asli, mereka menganggap uri tersebut sebagai abang atau kakak kepada bayi itu dan justeru ia hendaklah ditanam dengan sempurna.

Adat resam bersalin orang asli Selepas lahir


Tanggal Tali Pusat Membungkuskan tali pusat dengan kain putih bersama-sama sebiji atau tiga biji lada hitam. Digantung di atas api bertujuan untuk memelihara kesihatan bayi. Jika bayi itu sakit, tali pusat tadi akan direndam di dalam air dan diberi minum kepada bayi supaya sembuh.

Adat resam bersalin orang asli Selepas lahir


Apabila bayi sudah pandai merangkak, tali pusat tadi akan diberikan kepadanya untuk dijadikan permainan. Sekiranya tali pusat tadi hilang, ini bermakna bayi akan bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa nanti kerana kononnya tali pusat tersebut merupakan sebahagian daripada 'adik beradiknya'.

Orang Penan

Penan
Penan banyak tinggal di hutan berhampiran dengan Limbang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram.

Cara hidup Orang Penan


Hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang.

Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.

Cara hidup Orang Penan


Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan mereka hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja dan banyak yang tidak mempunyai tandas dan sebagainya.

Kepercayaan Orang Penan


Dikenali sebagai Penan nomad kerana sering berpindah-ranah terutama apabila berlaku kematian. Mereka dilarang menetap secara kekal, dilarang menebang pokok besar dan melapangkan kawasan hutan.

Bidayuh

BIDAYUH

Etnik
Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu: Selakau/Lara (Daerah Lundu) Jagoi/Singai ( Daerah Bau) Biatah (Daerah Kecil Padawan) Bukar/Sadong (Daerah Serian)

Agama

Kristian (kebanyakan)

Islam Animisme (sebahagian)

Penempatan
Pada zaman dahulukala suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi - sukar untuk dikesan oleh musuh.

Struktur perumahan
1. Bilik utama meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur.

2. Awah bahagian pelantar di luar rumah panjang bertutup dan beratap. Digunakan untuk menjalankan aktivitiaktiviti harian, upacara keagamaan dan pesta-pesta tertentu.

3."tanju" bahagian terluar terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. digunakan untuk Menjemur hasil tuaian seperti padi, lada, jagung dan sebaginya.

Bahasa
agak unik dengan berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu.

Pakaian tradisional
baju berlengan pendek atau separuh lengan dihiasi dengan manikmanik halus dengan kombinasi warna putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah dengan sulaman manik halus

Pakaian tradisional
Kain lilit kepala Memakai pakaian dalam yang berlengan panjang. Warna utama kuning merah dan hitam.

Peranan : menaikan semangat, mengusir roh jahat sebagai pententeram kepada semangat roh. pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan.
Gong besar Gendang

MUZIK TRADISIONAL

Canang

Serunai

SENJATA TRADISIONAL - berperang


Lembing Tombak

Sumpit

Parang Ilang

SENJATA TRADISIONAL - pertanian

cangkul Parang

Sabit

Kelahiran
1. Semasa mengandung Upacara Menawar Perut menggalakkan anak dalam dalam kandungannya membesar dengan sempurna.

2. Persediaan Menyambut Kelahiran kayu api Halia 10 kati dua botol arak beras buka semula semua ikatan balutan dan penutup

3. Selepas lahir Kenduri Selepas Bersalin Perlindungan Daripada Kome Mengantung bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama di atas tempat bersalin. Menamakan Anak a) Suwe adalah kata-kata umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan b) Tujuan adalah digunakan untuk mengelirukan semangat-semangat jahat. c) Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah berusia dua tahun.

Perkahwinan
Terdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa perkahwinan. Lebih baik hasil yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki.

Kematian
mpesan akan dinyayikan oleh Kaum wanita iaitu kata-kata terakhir kepada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak serta dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. seorang lelaki diarahkan menggali kubur dan ditugaskan mengusung mayat ke kubur. Selepas pengebumian, ahli keluarga tidak dibenarkan meninggalkan rumah selama empat hari. Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama dua hari.

Melanau

Penempatan Melanau
Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.

Agama
Ada di antara orang melanau yang beragama Islam dan kebanyakan yang beragama Kristian. Bahasa Pengantar Bahasa pengantar mereka ialah Bahasa Melayu.

Rumah Tinggi Melanau- Ketinggian rumah ini adalah 10m dan keatas daripada permukaan tanah. Ini adalah kerana zaman dahulu, masyarakat hidup berpuak-puak dan peperangan antara kaum berlaku. Rumah tinggi melanau merupakan tempat yang paling selamat dari segi pertahanan.

Permainan Orang Melanau

Kelahiran orang Melanau


Sewaktu Mengandung banyak bergantung kepada faktor pemakanan:

tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam atau petai kerana badan akan menjadi busuk.

Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita. wanitatidak boleh ditakut-takutkan kerana menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Selepas kelahiran
Masyarakat Melanau : dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahir. mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut. Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.

Perkahwinan
Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan.

Kemuncak acara majlis ialah persandingan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin.

Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perempuan.

Peraturan Dalam Perkahwinan


Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri. Isteri dilarang keras menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

Perayaan Kaul
disambut pada bulan April setiap tahun. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit.

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebut pesan iaitu kata-kata terakhir kepada si mati.

Selepas kematian
Selepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si mati selama empat hari. Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama dua hari.

Você também pode gostar