Você está na página 1de 34

BAB 3

KONKRIT PRA TUANG DAN PASANG SIAP

Oleh: Norsuzilawate bt Zulkapli

BINCANGKAN APA YANG ANDA FAHAM BERKENAAN DENGAN GAMBAR DI BAWAH, DAN KAITKAN DENGAN KONSEP PEMBINAAN KONKRIT PRATUANG.

PENGENALAN

Kaedah pembinaan konkrit pratuang adalah berbeza dengan kaedah pembinaan konvesional konkrit in-situ dari segi struktur pembinaannya. Bagi pembinaan struktur konkrit in-situ, setiap elemen struktur yang dibina mesti mempunyai elemen dasar terlebih dahulu. Contoh: Pembinaan tiang aras bawah hanya boleh dibuat selepas asas siap dikonkrit dan memejal.

Manakala untuk pembinaan konkrit pratuang, setiap elemen boleh disediakan serentak samada di tapak ataupun di kilang dan seterusnya dipasang dan disambungkan di tapak bina. Maka struktur binaan terbentuk selepas semua elemen siap disambungkan.
Secara umumnya, terdapat pelbagai sistem pembinaan konkrit pratuang dalam industri termasuklah sistem kerangka, sistem panel, dan sistem kekotak.

Prestasi struktur pratuang amat bergantung kepada keberkesanan sambungan antara elemen-elemen pratuang.
Sambungan antara elemen pratuang mestilah memenuhi syarat-syarat seperti kebolehkhidmatan, rintangan terhadap api dan ketahanan terhadap dedahan, serta ketahanan terhadap daya rekabentuk.

Bezakan dua keadaan berikut:

Kaedah Konvensional

Kaedah Konkrit Pratuang

DEFINISI KONKRIT PRATUANG

Istilah konkrit pratuang (precast concrete) digambarkan untuk menerangkan produk atau komponen yang diperbuat daripada konkrit samada di kilang yang tetap atau di loji sementara dalam tapak pembinaan dan dipasangkan di tapak sebagai struktur yang siap.
STAIRS

SISTEM STRUKTUR KERANGKA

(FRAMED STRUCTURES)

SISTEM KONKRIT PRATUANG

SISTEM STRUKTUR PANEL

(PANEL STRUCTURES)

SISTEM KEKOTAK

(BOX SYSTEM)

(FRAMED STRUCTURES SYSTEM)

SISTEM STRUKTUR KERANGKA

Sistem struktur kerangka biasanya terdiri daripada elemen-elemen rasuk dan tiang konkrit pratuang untuk membentuk struktur kerangka bangunan. Digunakan untuk pembinaan bangunan sederhana tinggi dan rendah sahaja. Elemen-elemen konkrit pratuang lain seperti papak, dan dinding boleh dipasangkan dengan teknik-teknik penyambungan tertentu selepas kerangka siap dibina.

Peranan utama rasuk dan tiang konkrit pratuang dalam sistem struktur ini adalah untuk menanggung beban bangunan. Konsep kerangka dalam sistem ini adalah sama dengan konkrit in-situ. Jadi ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kerangka dirembat dan kerangka tidak dirembat. Sistem struktur kerangka boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu kerangka portal setingkat, kerangka portal bercondong, kerangka multi-bay, kerangka northlight, kerangka bertingkat-tingkat dan sebagainya.

Contoh Sistem Struktur Kerangka

(PANEL STRUCTURES SYSTEM)


SISTEM STRUKTUR PANEL

Terdiri daripada panel papak dan panel dinding konkrit pratuang. Sesuai untuk semua jenis pembinaan bangunan samada bangunan tinggi atau rendah, kecil atau luas. Sistem struktur panel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sistem struktur panel sederhana dan sistem struktur panel besar; berdasarkan saiz bangunan yang hendak dibina.

Contoh Sistem Struktur Panel

SISTEM KEKOTAK

(BOX SYSTEM)

Sistem ini merujuk kepada pembinaan sebahagian struktur bangunan di kilang dalam bentuk kekotak seperti bilik, tandas, dapur dan sebagainya. Unit yang siap dibina akan dipasang terus kepada struktur utama bangunan di tapak pembinaan. Pembinaan bangunan dengan sistem ini adalah lebih cepat dan menjimatkan masa. Akan tetapi kos pembinaannya agak tinggi berbanding dengan pembinaan sistem struktur yang lain. Hanya sesuai untuk bangunan rendah atau untuk melengkapkan sesuatu bangunan konkrit siap tuang.

Contoh Sistem Struktur Kekotak

SAMBUNGAN KONKRIT PRATUANG

Sambungan antara elemen-elemen memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu struktur konkrit pratuang. Fungsi utama sambungan adalah untuk mengagihkan beban, momen, daya ricih dan putaran yang terjana dalam sistem struktur, dan memberi keseimbangan kepada elemenelemen konkrit pratuang semasa pemasangan atau sepanjang hayat perkhidmatan struktur konkrit pratuang tersebut.

Istilah-istilah joint dan connection masingmasing digunakan untuk menggambarkan pelbagai bentuk sentuhan antara elemenelemen konkrit pratuang dan antara elemen konkrit pratuang dengan konkrit in-situ. Joint menggambarkan ruangan antara elemen, contohnya panel joint. Connection menerangkan sentuhan antara permukaan yang direkabentuk khususnya untuk fungsi struktural. Ianya menanggung beban yang wujud semasa pembinaan dan sepanjang hayat bangunan.

KEPERLUAN UTAMA SAMBUNGAN


1) 2) 3) 4)

5)

Sambungan mestilah menunjukkan kekuatan struktur yang mencukupi. Kaedah sambungan antara anggota-anggota konkrit pratuang boleh dipasang dengan selamat dan cepat. Pembentukan sambungan konkrit pratuang mestilah ekonomi. Ruangan mestilah disediakan untuk tujuan mengimpal, pemasangan gasket, dan operasi-operasi lain yang sama untuk membentuk sambungan dalam struktur konkrit pratuang. Rupa sambungan dalam struktur konkrit pratuang yang telah siap mesti kelihatan kemas dan sesuai.

JENIS-JENIS SAMBUNGAN

Terdapat pelbagai jenis sambungan digunakan dalam industri pembinaan konkrit pratuang pada masa kini. Adalah mustahak untuk menunjukkan semua jenis sambungan yang boleh digunakan. Hanya terdapat beberapa sambungan yang berjaya dan lazimnya digunakan dalam kerja-kerja sambungan konkrit siap tuang. Dalam pembinaan struktur konkrit pratuang, sambungan boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan keadaan sambungan iaitu connection dan joint.

A) SAMBUNGAN (CONNECTION)

Sambungan yang digunakan dalam sesuatu struktur konkrit pratuang mestilah senang dibina dan dapat dipasang dengan cepat serta selamat. Terdapat pelbagai jenis sambungan yang biasa digunakan iaitu: Sambungan Wet-Cast Concrete, Dry-Packed Mortar dan Grouted. Sambungan Threaded dan Swaged Reinforcement. Sambungan Kimpalan (Welded Connection), bar, plat dan sambungan billet. Sambungan Prategasan (Prestressed Connection) Sambungan menggunakan Bolt, Pendakap Berbolt (Bolted Bracketry) dan Plat.

1) 2) 3) 4) 5)

1.1 SAMBUNGAN WET-CAST CONCRETE, DRY-PACKED MORTAR DAN GROUTED

Lebih mudah dan berkesan. Memerlukan penyeliaan yang rapi semasa dan selepas proses penyambungan. Sambungan yang baru dibuat tidak boleh digerakkan atau digetarkan sepanjang tempoh pemejalan bahan penyambung. Bahan yang digunakan ialah konkrit basah dan mortar kering atau grout.

Kaedah Wet-Cast Concrete dilakukan dengan menuangkan bancuhan konkrit ke dalam ruangan antara elemen-elemen konkrit pratuang selepas proses meletak, menyusun dan mengaraskan elemen-elemen tersebut mengikut spesifikasi. Penyeliaan rapi diperlukan semasa kerja membancuh, menuang, memadat dan mengawet konkrit untuk menjamin mutu kerja yang berkualiti dan hasil sambungan yang kuat serta lasak dapat dibentukkan. Lazimnya, penggunaan sambungan wet-cast concrete digunakan dalam pemasangan antara tiang-penapak dalam sesuatu sistem kerangka struktur konkrit pratuang.

Kaedah sambungan Dry-Packed pula dibentuk dengan menggunakan campuran tanah kering dengan konkrit atau mortar. Levelling Nuts, Temporary Levelling Bolts atau Shims biasanya digunakan terlebih dahulu untuk menempatkan elemen-elemen konkrit pratuang pada kedudukan yang betul. Manakala sambungan Grouted dilakukan dengan menuangkan grout ke dalam lubang sambungan dan ditutup dengan bahan perekat seperti mortar. Sambungan disembunyikan selepas perekat digunakan. Kaedah ini memerlukan perhatian dan mutu hasil kerja yang tinggi.

1.2 SAMBUNGAN THREADED DAN SWAGED REINFORCEMENT

Kaedah ini paling banyak dipraktikkan kerana sambungan dapat dipasang dengan cepat dan hanya memerlukan tenaga separuh mahir. Kaedah ini menggunakan bar atau bolt yang berulir untuk menyambungkan elemen-elemen konkrit pratuang. Tiga jenis bolt yang biasa digunakan dalam pasaran iaitu bolt bergred 4.6, gred 8.8 dan bolt jenis genggam geseran berkekuatan tinggi.

1.3 SAMBUNGAN KIMPALAN (WELDED CONNECTION), BAR, PLAT DAN SAMBUNGAN BILLET

Kimpalan adalah proses pencairan elektrod dan keluli induk pada suatu suhu yang tinggi. Proses ini menyebabkan dua bahagian terikat atau tersambung apabila kimpalan menyejuk. Kelebihan utama sambungan berkimpal ialah instant fixity dapat dicapai di mana-mana elemen-elemen konkrit pratuang menjadi satu unit yang kukuh sebaik sahaja kerja kimpalan siap. Kaedah kimpalan menghasilkan sambungan yang lebih kemas dan berkekuatan tinggi berbanding dengan kaedah sambungan bolt. Tetapi elemen-elemen yang disambung dengan cara kimpalan harus dikerjakan dengan berhati-hati dan sebarang pergerakan atau getaran pada elemenelemen tidak dibenarkan semasa proses

mengimpal.

Kerja mengimpal hanya boleh dilakukan oleh tukang kimpal yang berkelayakan dalam keadaan terkawal. Sambungan Billet digunakan secara meluas dalam pembinaan sistem kerangka konkrit pratuang. Billets terdiri daripada keluli, keratan struktural atau keratan kotak keluli yang diisikan dengan konkrit di mana ia akan dipasang bersama sangkar keluli semasa operasi kerja konkrit. Sambungan yang siap dikimpal atau diboltkan akan ditutup dengan dry-packing atau konkrit basah.

2) SAMBUNGAN PRATEGASAN (PRESTRESSED CONNECTION)

Sambungan prategasan menggunakan tendon jenis bar untuk memberikan daya tegasan yang dapat memenuhi keperluan rekabentuk sambungan serta menyenangkan penyesuaian sambungan antara elemen-elemen konkrit pratuang. Sambungan yang berkonsepkan tegasan ini biasa digunakan untuk pembinaan struktur konkrit pratuang di kawasan gempa bumi. Daya prategasan yang terhasil dapat menyambungkan panel-panel konkrit pratuang dengan lebih kuat dan kukuh.

Secara umum, sambungan konkrit pratuang yang biasa digunakan dalam cladding dan bangunan adalah open drain joint dan fillet joint. Menurut The National Building Specification (NBS), ketebalan atau saiz joint untuk sesuatu sambungan elemen-elemen konkrit adalah amat penting. Bagi sealant joint, saiz menimumnya adalah berdasarkan keupayaan serapan haba dan pergerakan (movement) lain pada sesuatu sambungan tersebut. Biasanya saiz minimum joint sekurang-kurangnya tiga kali dari pergerakan yang dijangkakan. Manakala saiz maksimum joint pula ditentukan mengikut tahap aplikasi masalah dan tahap bahaya sealant slump.

2) SAMBUNGAN (JOINT)

2.1) OPEN DRAIN JOINT

Lazimnya digunakan pada sesuatu sambungan elemen konkrit pratuang yang terdedah kepada persekitaran luar, contohnya sambungan antara panel-panel dinding luar bangunan. Sambungan ini membenarkan air hujan memasuki sambungan antara panel-panel dengan bantuan tiupan angin, mengalir ke dalam groove dan air tersekat apabila sampai ke bahagian baffle. Sepanjang proses pengaliran air hujan itu, aliran air mengalami kehilangan tenaga kinetik dan akhirnya ia mengalir keluar melalui saluran pintasan yang terdapat di titik pertemuan antara sambungan pugak dan sambungan mendatar.

Groove ialah lekuk panjang yang mempunyai

bentuk bertingkat-tingkat atau cerun dan ia terbentuk di permukaan sambungan antara panel-panel konkrit pratuang. Baffle pula ialah bahagian sambungan dalam panel yang digunakan untuk menyekat aliran air daripada menelap ke dalam bahagian dalaman. Baffle boleh terdiri daripada kepingan neoprene tergantung, kepingan plastik, kepingan keluli bukan ferrous atau tiub berlubang-lubang.

Open Drain Joint

2.2) FILLET JOINT

Mortar boleh digunakan untuk mengisi sambungan serta mencapai tahap ketidaktelapan yang memuaskan. Tetapi kaedah ini hanya sesuai untuk menyambungkan panel-panel konkrit pratuang yang bersaiz kecil. Celahan kecil mungkin terbentuk pada sambungan antara panel-panel besar apabila terdapat pergerakan panel dan ketebalan berubah-ubah. Akhirnya air dari luar akan menelap ke dalam bangunan. Sealant perlu digunakan untuk menutupi sambungan bagi meningkatkan lagi tahap ketidaktelapan sambungan. Permukaan sambungan perlu dibersihkan dan dalam keadaan yang licin sebelum sealant disapukan pada sambungan. Maka sambungan yang lebih kuat dan kalis air dapat dibentuk.

Fillet Joint

Tugasan 2

Senaraikan kebaikan-kebaikan penggunaan konkrit siap tuang. ( 10 m) Senaraikan kelemahan-kelemahan dalam pembinaan konkrit siap tuang (10 m) Terangkan berkenaan dengan kaedah sambungan jenis kimpalan (5m)

Hantar hari rabu (31/10/2007) Bertaip komputer, Binding tape berserta muka depan.

Você também pode gostar