Você está na página 1de 46

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TEORI PERSONALITI DAN PSIKOTERAPI Alferd Adler


Oleh PROF. MADYA AZMI BIN SHAARI DEKAN PEMBANGUNAN PELAJAR DAN KEUSAHAWANAN
KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Alfred Adler (Neo-Psikoanalisis) (1870-1937)

Isi Perbincangan

Sejarah Hidup Tokoh Sifat Tabii Manusia Konsep-konsep utama Rawatan Penilaian teori Kesimpulan

Alfred Adler Sejarah hidup


Dilahirkan pada Feb. 7, 1870 di Viena, Austaria Merupakan anak yang ke 3 daripada 8 orang adik beradik iaitu 6 lelaki dan 2 perempuan. Adler merupakan anak lelaki yang kedua. Beliau menghidap penyakit rickets ,menyebabkan beliau tidak boleh berjalan sehingga berumur 4 tahun. Selepas itu beliau menghidap penyakit pneumonia dan hampir meninggal dunia semasa berumur 5 tahun. Disebabkan pengalaman ini beliau telah membuat keputusan untuk menjadi seorang doktor dan akhirnya berjaya memperolehi ijazah kedoktoran pada tahun 1895 daripada University of Vienna.

Samb..

Disebabkan dia mengalami sakit yang teruk , beliau telah dimanjakan oleh ibunya. Walaubagaimanapun kehadiran abangnya Alfred Sigmund menyebabkan beliau merasa tersisih. Keadaan ini menyebabkan beliau menjadi lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibu. Beliau cemburu dengan abangnya. Kehidupan awal beliau dipenuhi dengan usaha gigih untuk mengatasi kelemahan dan rasa rendah diri (inferiority). - pengalaman hidupnya ini mempengaruhi pembentukan teori personalitinya iaitu psikologi individu.

Samb..

Adler juga merupakan seorang pelajar yang lemah, terutama matapelajaran matematik, sehinggakan pernah dinasihati oleh gurunya supaya berhenti sekolah dan berpendapat Adler telah ditakdirkan hanya boleh menjadi seorang tukang kasut. Walaubagaimanapun Adler telah berusaha mengubah nasibnya, akhirnya berjaya menjadi seorang doktor . Pada awalnya beliau mengkhusus dalam bidang opthamology kemudian bertukar kepada bidang perubatan umun (general medicine). Akhirnya beliau mengkhusus dalam bidang neurology dan psychiatry.

Mendirikan rumahtangga pada tahun 1897 dengan Raissa Timofeyewna Epstein, dan dikurnaikan 4 orang anak, di mana dua daripadanya menjadi psychiatrist, iaitu Kurt dan Alexandra

Tahun
1870 1888 1895 1897 Alfred Adler dilahirkan pada 7hb. Feb. Adler memulakan pengajian di university of Vienna Medical School Adler menerima ijazah perubatan daripada university of Vienna Medical school Adler jatuh cinta dengan Raissa Timofeivna Epstein Adler mengahwini Raissa

Tahun 1898

-Adler mula menjadi pengamal perubatan persendirian di


Vienna - Menimang cahayamata pertama Valentine -Adler menerbitkan 2 artikel di dalam Austrias Medical News Buletin -Adler menerbitkan monograph, Health book for the Tailor Trade.

1910 1902

-menimang cahayamata kedua, Alexandra

-Adler menerbitkan 2 lagi artikel di dalam Medical News


Buletin -Sigmund Freud menjemput Adler menyertai fledging Wednesday -Psychological Society (nama baru selepas Vienna Psychoanalytic Society)

1904

- Adler menerbitkan artikel yang paling penting pada masa itu iaitu, The physician as educator -Adler menukar kepercayaan daripada Judaism kepada Protestanism - kelahiran anak lelaki, Kurt Adler Adler menerbitkan A study of Organ Inferiority Kelahiran anak perempuan, Cornelia - Adler dibuang daripada Psychological Societydi bawah arahan Freud - Adler membentuk kumpulannya sendiri ,pada awalnya dipanggil Society for free Psychoanalytic inquiry Adler menerbitkan The Neurotic Constitution

1905 1909 1911

1912

1913

Adler menamakan semula kumpulannya sebagai The society for individual Psychology

1914
1916 1918 1922

Penerbitan Healing and Education, edited by Adler


Adler diarahkan menjadi doktor/pegawai perubatan tentera Austro-Hungarian Empire semasa Perang Dunia 1. Adler dibenarkan menamatkan perkhidmatan daripada angkatan tentera dan mula menekankan perasaan sosial di dalam penulisannya.
-Penerbitan

The Practice and Theory of Individual

Psychology - Adler mula menubuhkan pasukan penasihat pendidikan dalam bidang pendidikan kanak-kanak sekolah-sekolah awam di Vienna.

1924

Adler menjadi pensyarah/ professor di Pedadogical Institute ,Vienna - Penerbitan Understanding Human Nature - Adler mengadakan Lecture-tour yang pertama di United state Penerbitan The Case of Miss R: The Interpretation of a Life Story
-Adler

1927
1928 1929

menjadi pensyarah di Columbia University, mula berpindah tapak operasi dari Vienna ke new York City - Penerbitan Individual psychology in school - Penerbitan problem of Neurosis: A Book of Case Histories - Penerbitan The Science of Living - Penerbitan Guiding The Child: The Life Style of the Difficult Child as Analyzed in Specific Case

1931 1932

Penerbitan What Life Could Mean To You Adler menjadi pensyarah di Long Island College of Medicine New York City, jawatan tetap yang pertama dalam bidang akademik di United State - Penerbitan Religion and Individual Psychology - Penerbitan Social Interest : A challenge to mankind Austria diambil alih oleh fascists, dan pergerakan pendidikan psiko Adler ditekan (suppresse) Austria dikuasai oleh Hitlers Nazi Germany - Raissa berpindah ke New York City dan mula kembali berada sepenuh masa bersama Adler -Adler menjadi mentor kepada Abraham Maslow
-

1933 1934 1935

1937

Alfred Adler meninggal dunia pada 28hb May di Aberdeen Scotland Dia meninggal disebabkan sakit jantung semasa siri syarahan di Universiti Aberdeen.

SIFAT TABII MANUSIA MENURUT PANDANGAN ADLER


1.

Manusia dimotivasikan oleh minat sosial. Minat sosial adalah sikap positif manusia pada manusia lain dalam kehidupannya. Adler menyifatkan minat sosial sebagai rasa persamaan dan empati sesama manusia. Sebagai makhluk sosial, kita perlu mendatangkan manfaat kepada orang lain dan mewujudkan hubungan yang bermakna dalam hidup bermasyarakat Persepsi manusia adalah subjektif antara satu sama lain. Manusia melihat kehidupan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Manusia memberi maksud kepada pengalaman yang dahuluinya. Apabila pengalaman hidupnya adalah pahit sudah tentu dia beranggapan negatif pada kehidupan secara keseluruhan.

2.

Samb..

3. Setiap tindakan manusia mempunyai tujuannya sendiri. Manusia sentiasa mempunyai matlamat walaupun ada kalanya mereka tidak menyedari kewujudan matlamat itu. Matlamat utama manusia adalah bergerak daripada perasaan inferior kepada perasaan superior. Manusia memberi pampasan kepada perasaan inferioriti dengan mencari cara mengawal faktor-faktor dalam kehidupan. Adler menekankan kepentingan mencapai perasaan superior dalam semangat minat sosial. 4. Manusia adalah bersifat holistik ataupun lengkap. Manusia bukan terdiri daripada bahagian-bahagian yang dapat dipisahkan. Antara ciri-ciri yang melengkapi manusia adalah perasaan, kepercayaan, tingkah laku, triet/karakter, sikap dan banyak lagi. Di samping itu, manusia adalah sebahagian daripada sistem sosial di mana dia beroperasi.

Samb..

5. Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti semasa zaman kanak-kanak. Konstelasi keluarga merujuk kepada sistem hubungan dalam keluarga yang membentuk kesedaran kendiri. Ciri-ciri personaliti setiap individu dalam keluarga, hubungan emosi antara ahli keluarga, saiz keluarga dan jantina adik-beradik semuanya adalah faktor kepada konstelasi keluarga. Taraf dan peranan seorang anak dalam sesebuah keluarga mempengaruhi perkembangan personalitinya semasa dewasa (Powers & Griffith, 1987). 6. Gaya hidup yang sihat adalah penting dalam kehidupan. Gaya hidup termasuklah cara bersosialisasi dan berhubung dengan orang lain. Gaya kehidupan dapat dibaiki daripada semasa ke semasa walaupun kebanyakannya berkembang semasa kecil. Pengalaman awal di kalangan ahli keluarga terutamanya adik beradik menyumbang kepada pembentukan garis panduan memahami kehidupan yang akhirnya menjadi gaya hidup seseorang (Sherman & Dinkmeyer, 1987)

Samb..

7.

Manusia adalah kreatif dan mempunyai keazaman kendiri bagi merancang masa depan berdasarkan tingkah laku yang dapat dijangka. Tingkah laku yang tidak bersesuaian biasanya berpunca daripada kegagalan membuat pemilihan yang tepat. Manusia mempunyai keupayaan bagi mempengaruhi dan mencipta peristiwa. Menurut Adler, manusia sentiasa cuba mencapai kesempurnaan, namun mereka tidak semestinya menjadi seorang yang sempurna. Manusia berasa sempurna apabila mereka mampu menentukan takdir hidup sendiri menggunakan kreativiti dan keazaman diri.

KONSEP UTAMA
a)

b) c)

d) e) f)

Adler memperkenalkan enam konsep utama iaitu : Fictional finalism atau ketentuan yang diada-adakan Usaha ke arah superioriti Perasaan rendah diri (inferior) dan pampasan Minat bermasyarakat Gaya hidup Kendiri kreatif

a) Fictional finalism atau ketentuan yang diada-adakan

Kehidupan individu selalunya ditentukan oleh idea-idea yang diada-adakan atau yang berbentuk fiksyen, yang sebenarnya tidak wujud di dalam realiti atau alam nyata contohnya kejujuran adalah dasar yang terbaik dalam kehidupan tetapi sebaliknya ada orang yang menipu dan mencuri berjaya dalam hidup, manakala orang yang jujur dan ikhlas ada yang tertindas.

b) Berusaha ke arah superioriti

Adler pada mulanya berpendapat bahawa manusia itu agresif di dalam tindak tanduknya untuk mencapai matlamat hidup. Konsep ini kemudiannya diganti dengan will to power atau kemahuan untuk berkuasa. Akhir sekali ia mengesyorkan konsep berusaha untuk mencapai superioriti. Konsep ini boleh mengelirukan kerana bukan bermaksud untuk mencapai kedudukan yang tinggi, menjadi pemimpin atau sebagainya. Konsep ini bererti bahawa manusia akan sentiasa berusaha untuk menuju ke arah nirwana kendirinya yang subjektif. Kuasa yang mendorong individu ini wujud sejak lahir. Setiap individu boleh menggunakan potensi ini menurut gaya atau cara yang tersendiri bagi mencapai matlamat masing-masing.

c) Perasaan rendah diri (inferior) dan pampasan

Setiap orang dilahirkan dengan kekurangan-kekurangan tertentu yang membawa kepada rasa rendah diri. Ini mendorong individu berusaha untuk mengatasinya agar mencapai rasa superioriti dan kesempurnaan Individu berusaha untuk mengatasi sehingga berada di dalam keadaan imbang, di mana perasaan inferior tadi tidak lagi dirasai. Keadaan ini tidak berkekalan kerana melalui proses perkembangan, perasaan inferior yang baru akan menjelma dan individu hendaklah berusaha untuk mengatasinya Keadaan ini akan terus berlaku di dalam proses berkembang. Ianya bukanlah sebagai satu kelemahan atau kekurangan tetapi adalah suatu aspek yang membawa kepada perkembangan individu itu.

d) Minat bermasyarakat

Wujud sejak lahir tetapi ia perlu dipupuk dan dibimbing. Semua manusia mempunyai hasrat, keinginan dan minat untuk bergaul, bekerjasama, saling membantu serta berempati Untuk bersama-sama dengan ahli masyarakat, untuk membimbing dan memajukan masyarakat masing-masing.

e) Gaya hidup

Individu berusaha untuk mengatasi kelemahankelemahan bukannya bertujuan untuk menjadi orang yang utama atau yang paling berkuasa tetapi bertujuan mencapai kesempurnaan bagi dirinya. Setiap individu akan berusaha ke arah memaksimakan potensi atau keupayaannya yang ada pada dirinya menuju kepada nirwana kendiri. Ini menjadikan dirinya unik dengan keindividualannya yang tersendiri. Tidak ada seorang pun yang mempunyai dengan gaya hidup orang lain sebabnya ketika kita berusaha ke arah mencapai kesempurnaan diri kita akan menggunakan aspek-aspek yang berbeza.

f) Kendiri kreatif

Merupakan kemuncak pencapaian individu. Kendiri kreatif menjadi komponen personaliti yang teragung. Suatu rangsangan yang bertindak ke atas individu dan gerak balas yang dilakukannya, mengubah dirinya menjadi suatu personaliti yang subjektif, dinamik, bersatu, bersifat peribadi dan mempunyai gaya hidup yang unik. Dirinyalah yang menentukan matlamat yang hendak dicapai serta cara-cara mencapainya. Manusia bukan mangsa nasib tetapi penentu dan tuan kepada nasibnya.

RAWATAN (TREATMENT)
1 Menggalakkan Klien untuk mengatasi perasaan tak selamat, mengembangkan perasaan minat sosial dan mengarahkan usaha mencapai kesignifikan hidup yang lebih memberikan kebaikan kepada masyarakat/sosial. Meningkatkan keyakinan diri yang mengarahkan kepada keinginan untuk berusaha mencapai kejayaan dan kebolehan untuk bekerjasama Menggantikan sifat melindungi diri sendiri, mencapai kebahagian untuk diri sendiri, mencapai kemajuan diri untuk diri sendiri dengan sifat berusaha mencapai kesempurnaan diri yang boleh menyumbang kepada sosial.

2.

3.

TEKNIK RAWATAN
1. Kaunselor membina hubungan yang mesra, menyokong, emphatik, persahabatan dan kesamaan dengan klien. kaunseling dijadikan sebagai usaha yang kolaboratif di mana kaunselor menjadi pendengar yang aktif dan membantu klien mengenalpasti matlamat spesifik dan juga apakah yang menghalang tercapainya matlamat ini. Kaunselor juga memfokuskan kepada kekuatan klien. 2. selepas hubungan telah dibina, kaunselor memberikan tumpuan pula kepada analisis gaya hidup klien termasuklah keluarga, pengalaman awal, mimpi dan priorities.

3.

Kemudiannya kaunselor cuba untuk membina kebolehan klien mengenal diri sendiri dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka dan membuat interpretasi. Soalan-soalan terbuka ini membantu klien mengetahui corak kehidupan yang mereka lalui tanpa disedari sebelum ini. Kebolehan kaunselor menunjukkan empati dalam proses ini sangat penting.

Antara teknik-teknik spesifik adalah:


1. 2. 3. 4. 5. 6.

7.
8.

Confrontation Askingthe question Encouragement Acting as if Spitting in the clients soup Catching one self Task setting Push button

TEKNIK-TEKNIK SPESIFIK DALAM TERAPI:


1.

Confrontation Kaunselor mencabar klien untuk mempertimbangkan logik yang dipegangnya. Dalam hal ini klien selalunya menyedari yang mereka boleh mengubah logik itu dan seterusnya mengubah tingkahlaku.

TEKNIK-TEKNIK SPESIFIK DALAM TERAPI:samb


2. Asking the question. Kaunselor bertanyakan klien apakah perbezaan yang akan mereka rasai jika klien berkeadaan baik? Teknik ini selalunya dilakukan semasa temuramah awal,walaubagaimanapun ia juga sesuai pada bila-bila masa.

TEKNIK-TEKNIK SPESIFIK DALAM TERAPI:samb


3. Encouragement Percakapan atau tingkahlaku kaunselor yang berbentuk dorongan boleh membuatkan klien yakin dan mempercayai kaunselor (Dinkmeyer & Losoney, 1980; Dreikurs & Soltz, 1964). Kaunselor memberikan galakan kepada kliennya dengan cara menyatakan keyakinan mereka bahawa tingkahlaku boleh diubah. Dorongan merupakan kunci kepada individu untuk membuat pilihan gaya hidup yang produktif.

TEKNIK-TEKNIK SPESIFIK DALAM TERAPI:samb


4. Acting as if Klien diminta untuk berlagak seperti seorang yang mereka ingin jadi.contohnya, seorang yang sempurna yang dapat mereka lihat dalam impiannya (Gold, 1979)

TEKNIK-TEKNIK SPESIFIK DALAM TERAPI:samb


5. Spitting in the clients soup Kaunselor menunjukkan sesetengah tingkahlaku kepada klien yang dapat memusnahkan ganjaran yang diingini bagi tingkahlaku tersebut.

Contohnya: seorang ibu yang selalu bertindak sebagai superior kepada anaknya. Dengan menunjukkan tingkahlaku ini mungkin ibu ini akan meneruskan tingkhlaku ini tetapi ganjaran yang diharapkan daripada tingkahlaku ini tidak akan diperolehi lagi.

TEKNIK-TEKNIK SPESIFIK DALAM TERAPI:samb


6. Catching oneself Klien belajar untuk berwaspada dengan tingkahlaku atau pemikiran yang boleh merosakkan diri. Pada mulanya kaunselor akan membantu proses ini, kemudian tanggungjawab ini diambil alih oleh klien.

TEKNIK-TEKNIK SPESIFIK DALAM TERAPI:samb


7. Task setting Klien mula menentukan matlamat jangka pendek yang boleh dicapai dan seterusnya menjadi matlamat jangka panjang yang realistik. Apabila klien telah menunjukkan perubahan tingkahlaku dan menyedari ada batasan tertentu dalam hidup, maka kaunseling dikatakan telah tamat.

TEKNIK-TEKNIK SPESIFIK DALAM TERAPI:samb


8. Push button Klien digalakkan supaya menyedari bahawa mereka mempunyai banyak pilihan mengenai ransanganransangan yang mereka berikan perhatian dalam hidup mereka. Mereka diajar untuk membina perasaan yang mereka kehendaki dengan memberikan tumpuan kepada apa yang mereka fikirkan. Teknik ini seperti menekan butang kerana klien boleh memilih untuk mengingati pengalaman yang negatif atau pengalaman yang positif.

Penilaian Teori
Pendekatannya terlalu optimis mengenai tabii manusia. Adler menekankan mengenai minat dan kerjasama sosial. Oleh sebab itu timbul kritikan dimana Adler mengabaikan dimensi hidup yang lain seperti kuasa dan bawah sedar (Prochaska,1984)

KESIMPULAN
-

Manusia dilahirkan dengan adanya inferiority. Manusia akan sentiasa berusaha untuk mengatasi kelemahan dan mencapai kesempurnaan. Bagaimana manusia berusaha mencapai kesempurnaan bergantung kepada pengalaman awal individu ( umur 5 tahun pertama) dan juga pengaruh persekitaran sosial (keluarga dan masyarakat). Daya kreativiti individu untuk mencapai kesempurnaan diri adalah dikenali sebagai life Style atau gaya hidup/personaliti. Berbeza dengan Freud, Adler menolak pendapat yang mengatakan tenaga biologi yang membentuk personaliti. Bagi Adler, personaliti manusia dibentuk melalui proses sosialisasi.

RUJUKAN
Amir Awang, Teori Amalan Psikoterapi, 1987, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Gladding,S.T. 1996. Counseling A Comprehensive Profession,3rd edition.Prentice-Hall,Inc,New Jersey. Gilliland,B.E.,James,R.K.,Bowman,J.T. 1989,1984. Theories And strategies in Counseling and Psychotherapy.Allyn and Bacon, London. Corey,G.2001. Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, Brooks/cole,U.S.A. http://www:Alfred Adler.htm ,dilayari pada 4 Julai 2006 http://www:NEO ADLER.htm, dilayari pada 4 Julai 2006 http://www:Chapter Classical Adlerian Theory and Practice.htm,

Alfred Adler as a student (1885, age 15)

Alfred Adler as a Young Man (Before 1900)


Alfred Adler as a Soldier (1891, Age 21)

Alfred Adler in his 60's

Raissa Timofevna Adler, Alfred Adler's Wife (About 1900) - They married in 1897

Raissa Adler and the Children Valentine, Alexandra, Nelly, & Kurt (About 1914)

Sekian Terima Kasih

Você também pode gostar