Você está na página 1de 7

BAHASA MELAYU

PENULISAN
KARANGAN PERBINCANGAN
Contoh jawapan
Belajar merupakan satu proses yang penting untuk
menjadi pelajar cemerlang.Terdapat pelbagai cara untuk belajar
iaitu samada secara berkumpulan bersama rakan atau secara
bersendirian

Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika


dibandingkan dengan belajar berseorangan.Penerangan dan
perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat kita mudah
mengingati apa yang telah dipelajari .Kesannya sesuatu pelajaran
itu akan sentiasa kekal di dalam minda kita.

Belajar secara berkumpulan juga tidak membosankan


.Perbincangan yang dibuat akan menjadikan kita lebih bersemangat
dan berminat untuk belajar.Ini kerana suasana pembelajaran tidak
kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat.
Contoh jawapan
Semasa belajar berkumpulan ,secara tidak langsung kita
akan belajar bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain .Amalan
murni ini amat diperlukan apabila kita berada di alam pekerjaan
kelak.Oleh itu,kita akan berjaya di dalam pelajaran dan
kehidupan.

Selain itu,kita juga akan memperoleh maklumat yang


lebih banyak kerana rakan-rakan dalam kumpulan membaca buku
berlainan berkaitan tajuk perbincangan.Dengan ini,semua
maklumat tersebut dapat dikongsi bersama.Kesannya sesuatu tajuk
itu dapat difahami dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya,belajar secara berkumpulan lebih banyak


membantu kita memahami sesuatu tajuk dengan lebih berkesan
berbanding belajar bersendirian.Maka kita boleh memilih kaedah
pembelajaran yang bersesuaian untuk mencapai kecemerlangan.

Você também pode gostar