Você está na página 1de 4

Apakah Pengurusan Grafik ?

Pengurusan Grafik (PG) atau Graphic Organizer (GO) merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu idea.
Ia merupakan illustrasi bergambar / grafik yang mewakili sesuatu pernyataan.

Mengikut Som dan Mohd Dahalan (1998), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan.

Bagaimana Pengurusan Grafik Membantu Pemikiran ?


Pengurusan grafik dapat membantu kita dalam

-melihat perbezaan sesuatu perkara atau idea dengan lebih tepat


-membentuk sistem pengkelasan atau klasifikasi dengan lebih tersusun. -menerangkan satu-satu proses atau aliran dengan lebih sistematik -mengelakan tercicir maklumat-maklumat penting yang dibincangkan. -menjadikan kita supaya lebih fokus kepada apa yang sedang difikirkan. -menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih tepat. -mengelakkan daripada berfikiran sempit, kabur, terburu-buru dan berkecamuk.

Jenis-jenis Pengurusan Grafik


Berikut adalah contoh pengurusan grafik yang sesuai digunakan untuk kemahiran dalam berfikir. -Membanding membeza -Membuat kategori -Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan -Menerang sebab -Membuat ramalan -Mengusul periksa andaian -Membuat keputusan -Menyelesaikan masalah -Carta aliran, pusingan, kitaran

Você também pode gostar