Você está na página 1de 11

Pembinaan Negara

Bangsa
Konsep Negara Bangsa & Ciri-
ciri Sesebuah Negara Bangsa
Konsep Negara
• ‘Negara’ merujuk kepada sebuah unit
politik yang mempunyai :
– Kedaulatan & tanggungjawab
– Kuasa untuk menjalankan
pemerintahannya sendiri
• Negara berfungsi sebagai perantaraan
antara pemerintah dengan masyarakat.
• Segala tindakan dan kegiatan yang
dilakukan oleh sesebuah negara
tertakluk kepada undang-undang &
peraturan yang sah.
• Takrif lain bagi ‘negara’ :
– Satu organisasi kumpulan
bermasyarakat & berbudaya
politik iaitu negara sebagai
sebuah kumpulan yang
mendiami satu kawasan tetap,
bebas daripada kawalan luar &
memiliki satu kerajaan yang
teratur.
• Takrif khusus (peranan politik) :
– R.H. Soltao (1977) melihat negara
sebagai satu jentera atau agensi yang
memiliki kuasa tertentu bagi mengurus
atau mentadbir hal ehwal rakyat bagi
pihak rakyat itu sendiri. Ini bermakna
negara diberi kuasa untuk memerintah
dan tertakluk kepada persetujuan orang
yang diperintah.
– Miriam Budiardjo (1981) memberi takrif
negara sebagai satu sistem politik yang
terdiri daripada penduduk di dalam
sesuatu kawasan atau wilayah yang
ditetapkan serta mempunyai kerajaan.
– Harold J. A. Laski (1984) berpendapat
negara merupakan satu kelompok
masyarakat yang bersatu dan mendapat
kuasa yang sah di sisi undang-undang.
– Robert A. Dahl (1983) menyatakan bahawa
negara merupakan satu sistem politik yang
didirikan oleh orang yang mendiami satu
wilayah tetap dan mempunyai kerajaan
yang memerintah wilayah tersebut.
– Geoffrey K. Robert (1967) menekankan
negara perlu mempunyai ciri-ciri wilayah,
penduduk dan pemerintah dan pemerintah
itu berkuasa untuk memaksa rakyatnya
mematuhi arahan.
• Rumusan bagi konsep ‘negara’ :
– Negara merujuk kepada satu unit politik
yang mempunyai penduduk yang
menetap di sesuatu kawasan atau
wilayah dengan memiliki sempadan
yang ditandai dengan jelas. Penduduk
pula diperintah oleh sebuah kerajaan
yang mempunyai kedaulatan dan diakui
sah pemerintahannya serta berkuasa
untuk menggubal dan melaksanakan
undang-undang serta peraturan yang
dipatuhi oleh rakyatnya.
Konsep Bangsa
• Merujuk kepada kumpulan anggota
masyarakat yang mendiami satu ruang
wilayah yang mempunyai sempadan
dan satu kerajaan yang sama serta
mentaati satu undang-undang yang
sama.

• Unsur politik memainkan peranan yang


penting kerana setiap anggota di dalam
‘bangsa’ itu terikat oleh satu sistem
perundangan yang sama serta
mempunyai hak dan tanggungjawab
• Kesimpulannya, ‘bangsa’ boleh
merangkumi beberapa kumpulan
‘ras’ atau ‘etnik’ yang disatukan di
bawah satu sistem pemerintahan
dan perundangan serta mempunyai
tanggungjawab yang sama untuk
mematuhi perlembagaan bangsa itu
Konsep Negara Bangsa
• Merujuk kepada sebuah negara yang
berdaulat dengan rakyatnya hidup
bersatu padu tanpa dipisahkan oleh
ikatan primordial yang sempit seperti
kaum, keturunan, agama, bahasa,
budaya dan sebagainya yang boleh
membawa kepada perpecahan.
• Rakyat di negara itu mempunyai
keyakinan serta kepercayaan yang
tinggi kepada sistem pemerintahan dan
undang-undang yang dilaksanakan.
• Pembentukkan satu negara bangsa
dianggap penting dan menjadi
prasyarat kepada kemajuan
sesebuah negara.
• Beberapa istilah :
– Perpaduan negara
– Keharmonian
– Tolak ansur
Perlu difahami dan diterapkan kedlm
amalan dan
kehidupan rakyat.
Ciri-ciri Negara Bangsa

1.Negara
2.Bangsa
3.Kerajaan
4.Perlembagaan

Você também pode gostar