Você está na página 1de 30

Istilah perabot jalan diterjemahkan dari istilah Bahasa English

`street furniture`. Perabot jalan adalah mustahak dalam rekabentuk


kemasan jalan untuk memastikan keselamatan terjamin dengan
berpandukan peraturan. Secara amnya, kelengkapan jalan yang
terdapat dalam perabot jalan terdiri daripada

1) Papan tanda lalu lintas


2) Tanda jalan
3) Penghadang keselamatan
4) Tiang panduan
5) Lampu jalan

Untuk mengatur, memberi amaran atau panduan kepada


pengguna jalan raya.

Tanda lalu lintas ditempatkan pada tempat yang spesifikasi atau


pada waktu yang spesifik atau mana terdapatnya tempat-tempat
yang merbahaya.

Papan tanda lalu lintas juga memberikan maklumat tentang laluan


lebuhraya, arah destinasi dan tempat-tempat yang menarik.

Papan tanda lalu lintas biasanya terbahagi kepada tiga tanda


utama iaitu

a. Tanda peraturan
b. Tanda amaran
c. Tanda pemberitahuan

Jenis, Dimensi & Warna Pada


Papan Tanda Lalu Lintas
PAPAN TANDA LARANGAN / MANDATORI

PAPAN TANDA BAHAYA

PAPAN TANDA MEMBERITAHU

PAPAN TANDA SEMENTARA

Tanda yang memberi amaran kepada


pengguna jalan raya akan keadaan yang
membahayakan trafik di hadapannya.
Tanda amaran biasanya berbentuk
segitiga dan segipempat. Warna tanda ini
ialah kuning dan oren. Contoh tanda ini
ialah tanda persimpangan di hadapan,
tanda selekoh, berbahaya, tanda kawasan
tanah runtuh, dan tanda kerja di hadapan.

Tanda mandatori memberikan petunjuk kepada


pengguna jalan supaya melakukan tindakan positif
seperti yang diarahkan. Sebagai contoh, tanda
BERHENTI yang diletakkan di persimpangan jlan
memberi arahan kepada pengguna jalan untuk
berhenti dahulu dan pastikan tiada kenderaan yang
datang sebelum memulakan perjalanan semula.
Semua tanda mandatori berbentuk bulat dengan
simbol putih berlatarbelakangkan biru. Sebagai
contoh, tanda JALAN SEHALA dan IKUT KIRI.
Bagaimanapun, terdapat dua tanda mandatori yang
berlatarbelakangkan merah iaitu tanda BERHENTI
dan tanda BERI LALUAN.

Tanda yang memberi amaran kepada


pengguna jalan raya akan keadaan yang
membahayakan trafik di hadapannya. Tanda
amaran biasanya berbentuk segitiga dan
segipempat. Warna tanda ini ialah kuning dan
oren. Contoh tanda ini ialah tanda
persimpangan di hadapan, tanda selekoh,
berbahaya, tanda kawasan tanah runtuh, dan
tanda kerja di hadapan.

Tanda makluman memberikan maklumat


kepada pengguna jalan raya akan perkara
seperti nama jalan, nama bandar, arah,
dan jarak sesuatu destinasi. Tanda ini
biasanya berlatarbelakangkan warna biru
atau warna hijau yang mempunyai simbol
atau tulisan berwarna putih. Contoh tanda
ini ialah tanda HOSPITAL dan tanda
REHAT DAN RAWAT ( R & R ).

Tanda pada permukaan jalan ditakrifkan


sebagai garisan, simbol, dan perkataan
yang terdapat pada permukaan jalan.
Tanda jalan memberikan maklumat
kepada pengguna kenderaan. Tanda jalan
terbahagi kepada dua kategori iaitu :
Tanda pada permukaan jalan
Tanda pada objek jalan

TANDA PADA PERMUKAAN JALAN


Antara contoh tanda pada permukaan jalan ialah
Garisan tengah jalan
Garisan larangan memotong
Garisan lorong
Garisan tepi jalan
Garisan larangan berhenti (garisan kuning)
Tanda lintasan pejalan kaki
Garisan berhenti
Perkataan peringatan AWAS, BERHENTI
Anak panah arah laluan

BAHAN-BAHAN TANDA JALAN


Bahan penanda jalan mestilah tahan
lama,boleh memantul cahaya dan bersifat
reflektif. Oleh itu jenis-jenis bahan yang
biasa digunakan sebagai penanda jalan
ialah
`thermoplastic`
Cat
`road studs`

Themoplastic` dan cat adalah bahan yang selalu


digunakan di kawasan luar bandar. Ia digunakan
pada garisan tengah dan garisan lorong
manakala di kawasan bandar ia digunakan pada
garisan berhenti dan lintasan pejalan kaki.
Objek jalan yang ditandakan dengan cat
berwarna tertentu supaya mudah dilihat. Antara
contoh tanda pada objek jalan ialah :
Bebendul
Pulau
Penghalang laga
Pembahagi jalan

PENGHADANG
KESELAMATAN
Kelengkapan keselamatan yang dipasang di
sekitar jalan bertujuan untuk meningkatkn
keselamatan pengguna. Contoh kelengkapan
keselamatan ialah
Rel adang
Penghalang Laga
Penyahlelurus
Jalur Derum
Mata Kucing

TIANG PANDUAN
Tiang-tiang panduan selalunya ditanam di
bahu jalan setinggi lebih kurang 900 m dan
ditempatkan di selekoh jalan bagi tujuan
memberi panduan kepada pemandu akan
bahaya di hadapan. Di tiang-tiang ini
dilekatkan `delineators` bertujuan sebagai
panduan kepada pemandu-pemandu di
waktu malam. `Delineators` juga sekarang
dipasang pada penghadang keselamatan
lebuhraya bertujuan untuk sebagai
panduan pada pemandu di waktu malam.

LAMPU JALAN
Lampu jalan digunakan untuk meningkatkan
kebolehlihatan pengguna pada waktu malam.
Lampu jalan penting untuk meningkatkan
keselamatan pengguna terutamanya di lokasi
jalan yang berbahaya seperti di persimpangan,
selekoh, dan bulatan. Secara tidak langsung
penggunaan lampu jalan juga boleh
mengurangkan kejadian jenayah di jalan. Di
samping itu, penggunaan lampu jlan dapat
meningkatkan kelancaran aliran trafik.

Antara jenis lampu yang digunakan sebagai


lampu jalan ialah
Lampu Pendarflour
Lampu wap sodium
Lampu wap raksa

LAMPU PENDARFLOUR
Lampu pendarflour memncarkan cahaya
warna putih yang terang dan mempunyai
jangka hayat yang panjang. Lampu ini
sesuai dipasang di jalan berhampiran
kompleks perniagaan kerana ia dapat
memberikan daya tarikan.

LAMPU WAP SODIUM


Lampu ini memancarkan cahaya kekuningan
yang dapat dilihat dari jarak jauh dan tidak
menyilaukan. Lampu ini sesuai dipasang di
sepanjang jalan
LAMPU WAP RAKSA
Lampu ini memancarkan cahaya keputihan yang
terang. Lampu jenis ini mempunyai jangka hayat
yang panjang. Bagaimanapun, kos permulaan
adalah tinggi. Lampu ini sesuai dipasang di
persilangan lebuh raya dan plaza tol.

Você também pode gostar