Você está na página 1de 27

Anak Tak Sah Taraf: Kelahiran

meningkat, Punca dan Kaedah


Penyelesaian
Pendahuluan
Kelahiran anak adalah sesuatu yang selalu dinanti-
nantikan oleh pasangan suami isteri. Anak adalah
amanah Allah swt kepada manusia dan ia perlu
diberi haknya dan dibesarkan mengikut kehendak
syarak. Namun ada anak yang tidak diingini
kelahirannya malah ada yang sanggup
menggugorkannya sebelum ia sempat dilahirkan.
Mana-mana yang tidak dapat digugorkan tetap
lahir seperti yang ditentukan Allah swt namun
kelahirannya adalah disambut kedukaan dan
kesedihan.
sambungan
Anak yang tidak diingini ini biasanya adalah anak
tidak sah taraf atau yang biasa disebut dalam
masyarakat Melayu sebagai anak luar nikah.
Kertas kerja ini akan melihat kepada siapa dia
anak luar nikah ini dan bagaimana kelahirannya
kini yang semakin meningkat dianggap sebagai
suatu masalah social dalam masyarakat. Kertas
kerja ini juga akan cuba mencari jalan
penyelesaian kepada isu sentisif ini di kalangan
orang Islam
Takrifan
Kanak-kanak
- sesaorang yang belum mencapai umor dewasa;

Akta Kanak-kanak 2001- yang berumor di


bawah 18 tahun;
Akta Umor Dewasa- kanak-kanak adalah
yang di bawah umor 18 tahun
Islam –baligh
Anak Tak Sah Taraf
Menurut common law, jika seorang anak
dilahirkan semasa ibubapanya tidak berkahwin,
maka anak tersebut dianggap anak yang tak
sahtaraf.[1] Menurut common law, anak
taksahtaraf hanya mempunyai hubungan dengan
ibunya sahaja menyebabkan lelaki yang
menyebabkan anak itu dikandung perlu
mengambil anak tersebut sebagai anak angkat
atau mengesahkan anak tersebut melalui Akta
Kesahtarafan 1971
[1]Cretney, Family Law.
Bagi orang Islam, seorang anak adalah sahtaraf
jika ia dikandung dan dilahirkan semasa
ibubapanya telah berkahwin di antara satu sama
lain.
Nasab atau keturnan adalah asas kepada isu
kesahtarafan. Jika seorang anak itu tidak sah taraf
maka anak tersebut tidak boleh dinasabkan
kepada lelaki yang menyebabkan ibu anak
mengandungkan anak dan juga dalam
kebanyakan masa adalah suami ibu anak itu..
Hak anak dalam Islam
 Seorang anak dalam Islam mempunyai
hak-hak yang terpelihara dan hak pertama
dalam senarai hak seorang anak ialah hak
menentukan nasab. Apabila nasab telah
ditentukan dan dipastikan, maka barulah
seorang anak mempunyai hak penyusuan,
hak penjagaan, hadanah, hak nafkah dan
hak terhadap harta pusaka
Dilarang menasabkan anak orang
lain sebagai anak sendiri
“…dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu,
sebagai anak kamu sendiri, (segala yang kamu dakwakan
mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah
perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan
(ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dialah jua
yang memimpin ke jalan yang betul. Panggilah anak
angkat itu dengan ber “bin”kan kepada bapa-bapa mereka
sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam
pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka,
maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu
yang seagama dan sebagai “maula-maula” kamu…”
Surah al-Ahzab 33:4-5
Hadith Nabi saw
 “Sesiapa yang mendakwa keturnannya
bukan kepada bapanya yang sebenar; atau
ia berkecimpung kepada orang yang bukan
walinya, maka Allah swt melaknatinya
berterusan hingga ke Hari Kiamat.”
Penentuan kesahtarafan/nasab
a. Tempoh hamil
b. Perselisihan tentang kelahiran;
c. Sabit nasab dengan mengesan tapak kaki.
Tempoh hamil
“…sedang tempoh mengandungnya berserta
dengan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa tiga puluh bulan…” surah al-
Ahqaf 46:15
“..Dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun..” SurahLuqman:
31: 14
 Tempoh maksimum mengandung ialah 2 tahun
berlandaskan pendapat Hanafi yang berpandukan
perkataan Aishah iaitu:
“anak berada dalam rahim ibunya tidak lebih dari
dua tahun.”[1] Diriwayatkan oleh al- Daruqutni
dan dan al-Baihaqi dalam Sunan mereka
Mengikut pandangan Iman Shafi’i dan Hanbali
tempoh mengandung selama 4 tahun adalah
diterima berasaskan kejadian sebenar
Rumusan
Dari padangan di atas jika seorang anak
lahir dalam tempoh enam bulan selepas
ibubapanya mengadakan hubungan seksual
atau dua ke 4 tahun dari tarikh perceraian
atau kematian suami, anak itu akan
dianggap sah taraf.
Benarkah kelahiran tak sah taraf
meningkat?
Tahun Jumlah

2001 255
2002 291
2003 301
2004 325
2005 388
Bangsa dan pendidikan
Bangsa Melayu Cina India Lain-lain
Jumlah 77% 5% 6% 12%

IPT/Kolej Men Tinggi Men Ren


17% 2% 69%
Sek Ren Tak sekolah
11% 1%
Kajian Tingkahlaku Lepak di
kalangan Remaja Feb 1994
 6110 reponden
 18% - telah melakukan seks bebas di
seluruh Malaysia (75.1% adalah antara 16-
21 tahun dari kedua-dua jantina
2563 responden
47% - mengaku mengadakan hubungan seks
tidak selamat;
42% - mengaku mengadakan hubungan seks
tidak selamat dengan pasangan yang
berbeza dalam tempoh 12 bulan
Durex Malaysia
2563 responden
47% - mengaku mengadakan hubungan seks
tidak selamat;
42% - mengaku mengadakan hubungan seks
tidak selamat dengan pasangan yang
berbeza dalam tempoh 12 bulan
Kajiselidik seks -NST Youth
Quake April 2002
200 remaja antara 15-19 tahun
44% - pernah melakukan seks sekurang-kurangnya
sekali;
Dari jumlah ini 80% mengatakan bahawa hubungan
mereka terjejas apabila mereka menjadi terlalu
rapat secara fizikal. 43% dari jumlah ini mengaku
mengadakan seks kerana ingin mencuba.
Walau bagaimana pun dari keseluruhan jumlah ini
82% mengatakan bahawa adalah “cool” untuk
mempertahankan kesucian mereka. (sesuatu yang
bercanggah dengan peratusan di atas.
Perlakuan Seks Luar Nikah di
kalangan Remaja
285 remaja di mana 228 adalah dirujuk dan 57 datang secara sukarela.
98%- tidak hirau jangkitan HIV/STD akibat seks
72% - pelajar yang pencapaian akademik rendah;
3 orang dijangkiti Std, syphilis, gonorrhea
Remaja Melayu Islam paling tinggi jumlah melakukan seks luar nikah
3 orang pernah buat penggugoran
seorang remaja lelaki ada memohon penggugoran pasangannya.
28 remaja lelaki dan 12 remaja perempuan mendapat tekanan rakan
sebaya
6 orang remaja lelaki dan 12 remaja perempuan mula melakukan seks
pada umor 12-14 tahun dan 16 orang remaja lelaki dan 23 remaja
perempuan mula mengadakan seks pada umor antara 15-18 tahun
Kenapa ia berlaku?
a. Kurang didikan agama;
b. Bercinta;
c. Ingin tahu;
d. Tidak mendapat maklumat mengenai seks
yang betul;
e. Ransangan seks melalui menonton,
membaca,etc.
f. Kurang kawal ibubapa
Penyelesaian
a. Pendidikan agama secara formal dan tak formal
b. Pendidikan seks di sekolah – mengikut Islam
dan cara moden yang sesuai dengan masyarakat
kita dan tidak bertentangan dengan hukum;
c. Mengadakan rumah perlindungan bagi
wanita/gadis hamil luar nikah;
d. Pindaan undang-undang;
e. Memastikan masa anak dipenuhi aktiviti
bermunafaat- elak rasa bosan/lari dari rumah,etc
f. Kauseling bagi remaja bermasalah mengawal
ransangan seks.
Penggugoran anak
Penggugoran anak dilaporkan berlaku secara
berleluasa
Kesukaran mencari data sebenar sama seperti
kelahiran tak sah taraf
Adakah penggugoran penyelesaian kepada
kelahiran tak sah taraf?
Penggugoran jika janin belum bergerak –
hukuman 7 tahun
Penggugoran suatu kesalahan
jenayah
Penggugoran hanya boleh dilakukan oleh seorang
doktor berdasarkan keadaan-keadaan tertentu
(seksyen 312-318) dan ia bergantung kepada
konsep 'suci hati' yang mesti ditunjukkan oleh
doktor tersebut. Jika tidak, seorang doktor pun
boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana
menggugurkan kandungan seorang wanita.
PP v Nadason Kanagalingam [1985] 2 MLJ 122.
Membenarkan penguguran ?
- dalam keadaan tertentu seperti dirogol dan
sumbang mahram?
- Merbahaya/risiko kepada ibu yang
mengandung?
- Kepentingan anak dalam kandungan?
- Menggugor kandungan = membunuh?
Kelahiran tak sah taraf –di mana
hujungnya?
Masalah sosial yang perlu diambil perhatian
Melahiran bangsa Malaysia yang bermoral –
kempen budi bahasa dan kesopanan
Anak – generasi masa depan yang sangat
berharga kepada negara.
 TERIMA KASIH

Você também pode gostar