Você está na página 1de 8

PERANAN ANDA BAGI

MEMUPUK REMAJA YANG


CEMERLANG

Pendahuluan;
Dalam era modenisasi ini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Negara semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah
timbul sama hanyut, seiringan dengan negara maju yang lain. Namun permasalahan remaja
cemerlang masih tiada penghujungnya. Dari segi konsepsinya, remaja cemerlang boleh
didefinisikan sebagai remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membuat sesuatu
perkara. Biasanya, remaja yang cemerlang mempunyai sifat-sifat mahmudah sebagai tonggak
utama mencapai kejayaan. Natijahnya, remaja yang cemerlang ini akan mengecapi masa
depan yang lebih cerah. Remaja yang cemerlang boleh dianalogikan sebagai biji benih yang
baik dicampakkan ke darat menjadi permata yang bersinar cemerlang, dicampakkan ke laut
menjadi pulau yang penuh khazanah terawang di angkasa menjadi bintang kejora yang
bersinar. Dalam huraian yang berikutnya, saya akan jelaskan peranan saya sebagai seorang
pelajar bagi memupuk remaja yang cemerlang.

Isi pertama;
Sudah terang lagi bersuluh, dengan menghormati ibu bapa dapat melahirkan remaja yang cemerlang.
Hal ini kerana ibu bapa berasa lebih tenang dan gembira apabila kita mengormati mereka. Segala yang
dilakukan pasti akan mendapat keberkatan. Oleh itu, setiap remaja haruslah menghormati ibu bapa
mereka agar mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah, setiap
anak wajib menghormati ibu bapa kerana ibu bapa boleh dianalogikan sebagai cahaya yang sentiasa
bersinar dengan terangnya. Bahkan dalam menghormati ibu bapa dapat memupuk remaja yang
bersahsiah mulia dan berwawasan. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl, ayat 125, serulah ke jalan
Tuhanmu, wahai Muhammad dengan hikmah dan bijaksana serta berbahaslah dengan mereka dengan
cara yang baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui asal usul hambanya. Oleh itu ibu bapa
sewajarnya memiliki skil kontemporari dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa ialah
golongan yang wajib kita hormati. Kita sebagai anak tidak sepatutnya menjadi seperti kacang lupakan
kulit. Sekiranya setiap remaja menghormati ibu bapa mereka, maka kehidupan keluarga akan sentiasa
terjamin.

Isi kedua;
Selain itu, kita juga perlu bijak menguruskan masa. Hal ini kerana ramai pelajar mahupun remaja
sering merungut menghadapi kekangan masa. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pelajar yang
cemerlang mampu menguruskan masa dengan baik dan lebih bersistematik dengan membina jadual
harian mahupun jadual belajar secara persendirian. Natijahnya, akan lahirlah pelajar yang tidak
mengalami tekanan dalam kehidupan seharian mereka. Masa yang terluang perlu diisi dan dimuatkan
dengan perkara yang bermanfaat. Pelajar cemerlang SPM tahun 2009, Nik Nur Madihah yang
mencapai keputusan 20 A telah menggunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji pelajaran.
Biarpun masa yang ada tidak mencukupi, namun tiada rungutan yang dikeluarkan olehnya, sebaliknya
berusaha menguruskannya dengan bijak. Hal ini telah membuktikan bahawa masa itu amat bernilai
dalam diri seseorang pelajar mahupun remaja yang berwawasan. Pelajar yang cemerlang merasakan
bahawa kehidupan yang dilayarinya begitu padat sehingga tidak mampu untuk bernafas. Sebaliknya,
pelajar mahupun remaja yang tidak mempunyai wawasan hidup yang jelas akan merasakan sehari
bagai seminggu untuk dijalani. Pengurusan masa yang sistematik dan teratur mampu
membina ketenangan diri sewaktu menghadapi peperiksaan. Sesungguhnya, amatlah rugi kehidupan
seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai ibarat emas berlalu dengan begitu
sahaja tanpa disedari. Haruslah diingatkan bahawa, masa yang bernilai tidak akan berulang untuk kali
kedua. Sekiranya remaja mahupun pelajar bijak menguruskan dan memanfaatkan masa dengan
sebaik mungkin, nescaya kehidupan mereka akan bebas daripada mengalami tekanan mahupun stres
yang hebat. Oleh itu, sekiranya setiap remaja mampu menguruskan masa dengan bijak, nescaya
kehidupan seseorang individu akan lebih cemerlang dan maju kehadapan .

Isi ketiga;
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, remaja yang rajin berusaha dan beristiqamah untuk mencapai
kejayaan tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan berjaya. Hal ini kerana manusia yang mudah
mengalah tidak akan mencapai sesuatu yang dikehendakinya tanpa berusaha. Masa depan mereka
musnah dan mereka akan hidup tanpa arah tuju yang kukuh. Secara tidak langsung mereka akan
menjadi seorang yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning. Menurut seorang tokoh terapi minda
terkenal iaitu Dr. Muhaya,

manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. Remaja

seharusnya mengikut sikap seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh
bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku. Jika kita menghadapi sesuatu rintangan seperti
patah kandar di tengah jalan, kita seharusnya menghadapinya dengan kental. Remaja yang rajin
berusaha pasti tidak akan takut untuk jatuh lalu tertiarap malah pasti akan bangun semula dari
kegagalan. Orang yang tidak berusaha, pasti cetek ilmunya. Sekiranya remaja berusaha ditambah pula
dengan doa dan tawakal pasti akan berjaya dan mampu membangun dan membanggakan nama negara
kelak.

Isi keempat;
Seterusnya, agama sememangnya penting sebagai petunjuk supaya mereka sentiasa berada
pada landasan yang sepatutnya. Oleh itu, remaja cemerlang akan mempunyai didikan agama
yang sempurna dalam diri mereka. Hal ini kerana didikan agama yang secukupnya dapat
membentuk jati diri dan sahsiah yang mulia. Remaja yang mempunyai didikan agama boleh
dianalogikan seperti pokok yang mendapat baja yang baik untuk terus hidup. Menurut Albert
Einstein, agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Terbuktilah, agama
sangat penting dalam membentuk remaja yang cemerlang, seterusnya dapat membantu untuk
merealisasikan visi negara. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak anak
mereka untuk menunaikan solat lima waktu, mengaji dan memberi didikan fardu ain bagi
membendung anak anak terjebak dengan perkara yang sia sia. Natijahnya, remaja tidak akan
terpesong dari landasan yang betul. Jadi benarlah bahawa didikan agama memberi kesan yang
mendalam untuk membentuk remaja yang cemerlang.

Penutup;
Kesimpulannya, remaja yang cemerlang merupakan remaja yang sanggup merentasi segala
halangan bagi mencapai segala yang diimpikan dan merupakan tonggak kepada keluarga
serta menjadi pelapis negara yang sentiasa mempunyai idea untuk menempatkan negara
dengan acuannya sendiri. Biasanya, remaja yang ingin mencapai kejayaan di menara
gading akan memerah tenaga bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Ibu bapa juga akan menjadi cermin kepada seseorang remaja dan akan menjadikan mereka
sebagai idola atau perangsang untuk membina kecemerlangan diri. Remaja yang cemerlang
akan menjadi seperti pucuk dengan pelepah. Menurut Dato Dr Haji Fadzillah Kamsah,
seorang pakar motivasi, jika tujuan kita jelas , kita boleh mencapai kecemerlangan dengan
jayanya. Sebagai pemimpin pelapis, remaja yang cemerlang akan pandai meniti buih supaya
selamat tiba di seberang. Janganlah hanya menjadi seperti angan angan Mat Jenin yang
akhirnya jatuh ke perdu pohon. Oleh itu, remaja perlu memiliki sifat sifat mahmudah bagi
menjadi seorang remaja yang cemerlang untuk menerangi kehidupan kelak. Remaja yang
cemerlang akan dapat melayari bahtera kehidupan dengan lebih cemerlang tanpa sebarang
masalah. Semoga remaja yang cemerlang dapat merealisasikan Wawasan 2020 bagi
memastikan negara duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara lain.

TAMAT

Você também pode gostar