Você está na página 1de 18

AKHLAK ISLAMIYYAH

(Adab menjaga tubuh badan)


1. INTAN ANIS SYAHIRA BT ADNAN (D14306930)
2. NUR SHADIQAH BT ISMAIL (D14307051)
3. KHAIRUNNISA BT ABD HALIM (D14307050)
4. NUR SYUHADAH BT KAMARDIN (D14306656)
5. HALIMAH BT SHOIB (D14306648)

KESIHATAN
MAKAN &
MINUM

MARUAH
DIRI

ADAB
MENJAGA
TUBUH
BADAN
BERSUKAN

AURAT &
PERGAULAN
KEBERSIHAN

KESIHATAN
1.Doa memohon kesihatan tubuh badan.

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada badanku, ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada


telingaku, ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada mataku, tiada tuhan melainkan di Kau (Allah)
2.Selalu bangun sebelum Subuh.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat
fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya
mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat
penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

3.Mementingkan penjagaan kebersihan diri.


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus
di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
Sabda Baginda yang bermaksud:
Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula
menggosok gigi dan memakai harum-haruman. (Hadis riwayat Muslim)
4.Gemar berjalan kaki.
Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila
berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
Hal ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

MAKAN & MINUM


Diantara adab-adab makan yang Rasulullah SAW ajarkan adalah :
1. Tidak makan berlebihan.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak
terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan). (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga
untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan
yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh
memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh
mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.

2. Tidak mencela makanan yang tidak disukai.


3. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
4. Membaca Basmalah dan Hamdalah.
5. Makan menggunakan tangan kanan.
6. Tidak bersandar ketika makan.
7. Memakan makanan yang terdekat dahulu.
8. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika
bernafas.
Ibnu Abbas ra. berkata : Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam
gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya. (HR. Tirmidzi)
Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh
kita mengeluarkan CO2 (Karbondioksida), apabila bercampur dengan H2O (Air) dapat
menjadi H2CO3 (Cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi acid (Asam). Hal ini dapat
terjadi juga ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak
didinginkan dengan ditiup, tapi cukup dikipas.

Minum Untuk Kesihatan Tubuh


Umumnya air putih masih digunakan sebatas sebagai pelepas dahaga. Jika terasa haus baru
mencari air putih, sehingga manfaat air putih belum dapat dirasakan
Air putih juga boleh memelihara dan menstabilkan kesihatan tubuh, sekaligus mengubati beragam
penyakit.

Penyakit akibat ketidaksempurnaan metabolisme misalnya, boleh diterapi dengan lebih banyak
minum air putih.

Menutup tempat makan dan minum.


Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : Tutuplah tempat makanan dan tempat
minuman! (HR. Bukhari Muslim)
Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan dari polusi
udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan atau minuman yang
tidak ditutupi.

ADAB KETIKA BERSUKAN


Membuat sesuatu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan adalah

digalakkan di dalam Islam. Islam amat menitikberatkan soal


kesejahteraan badan dan akal fikiran
Apabila badan sihat, maka akal pun akan berfungsi dengan cergas.

Oleh itu aktiviti bersukan sangatlah penting dalam menjana tenaga


harian

Malah dalam sebuah hadis ada menyebut bahawa Allah sangat


menyukai mukmin yang kuat.Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh
Allah daripada orang mukmin yang lemah.(Riwayat Muslim)

KEBERSIHAN
Definisi :
Kebersihan adalah keadaan yang bebas dari kekotoran, antaranya ialah
debu, sampah dan bau. Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan
kesihatan yang baik.
Perkara yang telah kita maklumi bersama bahawa dari seseorang yang tidak
menjaga kebersihan tubuh dan pakaiannya akan keluar bau yang busuk dari
dirinya.
Tubuh yang banyak bergerak dan bersentuhan dengan hawa panas
nescaya akan mengalir keringat dari seluruh badannya.
Oleh kerana itu, bahagian yang berbau tadi harus beroleh perhatian yang
khusus.

Contoh anggota yang harus di jaga:


Mulut:
Mulut merupakan alat utama untuk berinteraksi dengan orang lain. Menjaga
kebersihan mulut merupakan hal yang wajib agar tetap sihat dan tidak berbau
busuk. Oleh itu, kita semua haruslah menjaga setiap rongga mulut.
Gigi
Menjaga kebersihan gigi dan kesihatan gigi agar tidak berbau adalah
merupakan tindakan yang bijaksana dalam mencegah bau nafas dan gigi
berlubang.

Wajah:
Wajah selalu dikedepankan saat berbincang dengan orang lain padahal
wajah tidak tertutup dari udara dan debu serta apa yang ada di udara
sehingga berpotensi menjadi tempat penumpukan kotoran dan minyak.
Wajah haruslah beroleh perhatian yang lebih. Seorang muslim tentunya
kurang lebih lima kali sehari membasuh wajahnya saat berwudhu untuk
solat fardhu.
Pakaian:
Seorang muslim harus memerhatikan pakaian yang dikenakannya dari
sisi kebersihan, kerapian, keserasian, dan kesesuaiannya. Kita mengetahui
bahawa Allah memerintahkan dalam Al-Quran kepada ahlul masjid (kaum
lelaki yang diwajibkan solat berjemaah di masjid) untuk mengenakan
perhiasan mereka, iaitu pakaian yang bersih, saat datang ke masjid
menghadiri solat berjemaah.
AYAT AL-QURAN:
Wahai orang-orang yang beriman, pakailah perhiasan (pakaian) kalian
setiap kalian menuju ke masjid. (al-Araf: 31)

AURAT
MAKSUD AURAT
Bahagian tubuh yang wajib ditutup daripada pandangan orang bukan
mahram.
CIRI-CIRI PAKAIAN YANG DIHARAMKAN

Tidak menutup aurat


Jarang
Ketat
Pakaian yang berlawanan jantina
Pakaian yang melambangkan pakaian melambangkan agama lain

BATAS-BATAS AURAT

LELAKI DENGAN LELAKI

- Diantara pusat hingga ke lutut

LELAKI DENGAN PEREMPUAN MAHRAM DAN PEREMPUAN BUKAN MAHRAM

- Diantara pusat hingga ke lutut

PEREMPUAN DENGAN PEREMPUAN ISLAM DAN LELAKI MAHRAM

- Diantara pusat hingga ke lutut

PEREMPUAN DENGAN PEREMPUAN BUKAN ISLAM,LELAKI BUKAN MAHRAM


DAN KETIKA MENGERJAKAN SOLAT

- seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

FAKTOR MASIH TERDAPAT ORANG ISLAM


TIDAK MENUTUP AURAT

Kurang pengawasan daripada ibubapa

Pengaruh budaya asing yang negatif

Tidak takut pada azab Allah SWT

Kurang didikan agama

Lemah iman

MARUAH DIRI
DEFINISI
Setiap muslim wajib menjaga diri dan maruah daripada
melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan
menjatuhkan kehormatan diri sendiri.

CARA MENJAGA MARUAH DIRI

RUJUKAN
Buku pendidikan Islam
Buku Indahnya Hidup Bersyariat
Buku Biografi Agung Rasulullah SAW
Majalah Solusi
Internet

Você também pode gostar