Você está na página 1de 52

PENGURUSAN MAKMAL

SAINS
OLEH
FARIDAH BT SURATMAN

PERANCANGAN DAN PERBELANJAAN


SUMBER KEWANGAN

Mengikut Tambahan Pertama Kepada


Surat Pekeliling Kewangan Bil 5,
2002, pengiraan PCG bagi mata
pelajaran Sains Teras adalah
bergantung kepada enrolmen pelajar
di sesebuah sekolah. 60% daripada
jumlah PCG Teras adalah
diperuntukkan untuk mata Pelajaran
Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris. Jumlah sebenar untuk Sains

Ringkasan pengiraan PCG bagi mata


pelajaran Sains Teras di sekolah
menengah dan rendah adalah seperti
di bawah:

Contoh 1:
Pengiraan Tuntutan PCG Sains
Bagi Sekolah Rendah Harian
Biasa/ Sekolah Rendah Sukan. SK
Taman Rasah Jaya mempunyai
bilangan pelajar seramai 700
orang. Tuntutan PCG bagi Mata
Pelajaran Teras adalah seperti
berikut:

Perbelanjaan Yang Dibenarkan


Menggunakan Bantuan PCG
Anggaran perbelanjaan untuk pembelian peralatan
dan bahan Sains hendaklah disediakan pada bulan
Oktober setiap tahun. Ini memberi masa yang cukup
untuk membuat pertimbangan awal ke atas anggaran
ini dengan mengurangkan atau menambahkan jenis
dan bilangan peralatan dan bahan Sains yang hendak
dibeli. Anggaran perbelanjaan ini hendaklah
mendapat kelulusan daripada Pengetua dan Guru
Besar. Guru Kanan Sains perlu mengetahui jumlah
PCG Sains yang diperolehi bagi tahun berkenaan
termasuk baki pada tahun lepas supaya agihan
perbelanjaan dapat dirancang.

Pengagihan ini hendaklah berdasarkan


keutamaan berikut:
a. Membeli peralatan dan bahan Sains
untuk penilaian amali.
b. Mengganti peralatan dan bahan Sains
yang rosak, pecah atau hilang.
c. Menambah bilangan peralatan dan
bahan Sains.
d. Membeli peralatan baru termasuk
bahan bantu mengajar.
e. Memperbaiki dan menyelenggara
peralatan.

Definisi Istilah

Prosedur Pembelian Menggunakan


Peruntukan Sedia Ada (PCG)
Pembelian peralatan dan bahan sains hendaklah
mematuhi peraturan yang dinyatakan dalam Arahan
Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan
yang berkuatkuasa. Guru Kanan Sains hendaklah
memahami dan mematuhi peraturan yang ada bagi:
a. Menentukan satu sistem perolehan yang teratur
dan sempurna.
b. Memastikan pengurusan perbelanjaan dibuat
dengan cekap dan berkesan.
c. Memastikan pengurusan pembelian mematuhi
kehendak undang-undang dan peraturan yang sedia
ada.

PERATURAN PEROLEHAN DAN


PEMBELIAN
Kontrak Pusat
Jika Pembelian peralatan dan bahan sains terdapat dalam
kontrak pusat atau kontrak Kementerian Pelajaran Malaysia
ianya hendaklah dibeli terus daripada syarikat yang
disenaraikan dalam kontrak berkenaan.
Walau bagaimanapun, sekolah dibenarkan membeli diluar
daripada kontrak pusat sekiranya jumlah pesanan itu tidak
mencapai had pesanan minima yang ditetapkan dalam
Perkeliling Kontrak Perbendaharaan bagi barang berkenaan.
Bagi peralatan dan bahan sains yang tidak disenaraikan
dalam kontrak berkenaan, pembelian hendaklah dibuat
daripada pembekal yang mengenakan harga yang berpatutan
dan berkualiti tertakluk kepada nilai bekalan tersebut.

Pembelian Terus
Had perolehan mengikut Perkeliling
Perbendaharaan.

Sebut Harga
Pengetua dan Guru Besar hendaklah merujuk
kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga
Perolehan iaitu Pengarah JPN/ Timbalannya/ Ketua
Sektor yang bertanggungjawab dalam hal perolehan
dalam usaha membuat pelawaan sebut harga.
Pengetua dan Guru Besar hendaklah melantik
Jawatankuasa Sebut Harga peringkat sekolah yang
terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli dan
dipengerusikan oleh beliau.
Jawatankuasa ini hendaklah membuat tawaran
sebut harga kepada mana-mana syarikat yang
berminat.
Tawaran ini hendaklah dibuat kepada sekurangkurangnya 5 syarikat dengan menggunakan borang
sebut harga.

PEMBELIAN HARTA MODAL


Pembelian Harta Modal perlu
mematuhi perkeliling pembelian
harta modal yang sedang
berkuatkuasa:
i. Menggunakan peruntukan LPBT/
LPK sekolah. Tidak melebihi
RM10,000.00 adalah dibenarkan
diperingkat sekolah. Amaun
melebihi RM10,000.00 perlu
mendapat kelulusan Ketua PTJ.
ii. Menggunakan peruntukan PCG

Sekolah Rendah
Nilai keseluruhan harta modal yang
dibeli tidak melebihi RM5,000.00 setahun
atau 30% daripada jumlah peruntukan
keseluruhan PCG mata pelajaran dan
bukan mata pelajaran (tidak termasuk
LPBT/ LPK) yang mana lebih rendah.
Bagi Sekolah Kurang Pelajar (SKM) nilai
harta modal yang dibeli tidak melebihi
30% daripada peruntukan keseluruhan
PCG.

Tatacara Perolehan Dan


Pembelian
Penyediaan senarai keperluan tahunan Sebelum melaksanakan
pembelian, satu senarai keperluan peralatan dan bahan sains
tahunan hendaklah disediakan oleh Pembantu Makmal di lokasi
makmal masing-masing pada setiap akhir tahun dengan mengambil
tindakan berikut:
Menyemak stok makmal.
Berbincang dengan guru mata pelajaran.
Dibuat pada November atau Disember setiap tahun.
Berpandukan buku teks dan buku kerja yang digunakan.
Senarai mengikut turutan amali/ penggal/semester.
Gunakan borang seperti di Lampiran 6-8 hantar kepada Guru Kanan Sains
atau Ketua Pembantu Makmal.

Senarai keperluan tahunan ini perlu disenarai pendekkan, dan


dihantar kepada syarikat pembekal untuk mendapatkan senarai
harga.
Guru Kanan Sainsatau Ketua Pembantu Makmal perlu
membuat Anggaran Belanjawan dan senarai keutamaan
berpandukan jumlah peruntukan (PCG) yang diterima.
Guru Kanan Sains atau Ketua Pembantu Makmal perlu
membuat permohonan pembelian kepada Pengetua dan Guru
Besar menggunakan borang Nota Minta seperti di Lampiran 69 berpandukan senarai harga yang diperolehi dari
syarikat pembekal untuk tujuan kawalan pembelian.
Apabila kelulusan diberikan oleh Pengetua dan Guru Besar,
Pembelian boleh dibuat dengan mengeluarkan borang pesanan
tempatan (LO) seperti di Lampiran 6-10 dan terus dihantar
kepada syarikat pembekal.

PENYELENGGARAAN
STOK
Tujuannya:
memudahkan penyemakan.
menyelaras cara merekod.
mengesan dan mengawal pergerakan.
memudahkan perancangan perolehan.
mengemaskinikan rekod peralatan yang pecah,
rosak atau hilang.

Sehubungan itu semua peralatan dan bahan sains yang


diterima atau dikeluarkan hendaklah didaftar dan
direkodkan berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih
Kerajaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan
menggunakan borang yang berikut:
Daftar Harta Modal (KEW.PA-2)
Daftar Inventori (KEW.PA-3)
Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4)
Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5)
Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6)
Senarai Aset (KEW.PA-7)

dan Tatacara Pengurusan Stok


Kerajaan berdasarkan Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 5/2009 yang
melibatkan pengunaan borang
yang berikut:
Kad Petak (KEW.PS-4)
Borang Permohonan Stok (KEW.PS11)

Definisi Istilah
Stok Barang-barang belum guna
dan perlu disimpan untuk tujuan
operasi atau penyelenggaraan
termasuk bekalan pejabat, ubatubatan, alat ganti dan
sebagainya. Stor Unit Stor yang
menyimpan dan membekal
barang-barang untuk keperluan
jangka pendek atau diguna terus
bagi tujuan operasi dan

Pelabelan Aset
Semua aset hendaklah diberi
tanda pengenalan dengan cara
melabel, mengecat, emboss bagi
menunjukkan tanda Hak Kerajaan
Malaysia (HKM) dan nama
Kementerian/ Jabatan berkenaan di
tempat yang mudah dilihat dan
sesuai pada aset berkenaan.

Contoh pelabelan Harta Modal dan Inventori di


sesebuah sekolah adalah seperti berikut:
Harta Modal :
KPM/SMKT A153/H/09/01
Inventori :
KPM/SMKT A153/I/09/01-12
Petunjuk:
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysi
SMKT - SMK Tambun
A153 - A = Negeri Perak, 153 = Kod Sekolah
Harian
H - Harta Modal I -inventori
09 - Tahun Pembelian
01 - Nombor Siri
01-12 - Nombor Siri 1 hingga 12

Daftar Harta Modal (KEW. PA-2,


KEW. PA-4)
Harta Modal ialah Aset Alih yang harga perolehan asalnya
bernilai RM1000.00 dan ke atas setiap satu seperti
peralatan/kelengkapan ICT/ telekomunikasi/penyiaran/perubatan,
peralatan pejabat/makmal/ bengkel/ dapur/sukan atau yang
memerlukan penyelenggaraan berjadual tanpa mengira harga
perolehan asal.
Semua Harta Modal hendaklah direkod menggunakan borang
KEW.PA-2 Daftar Harta Modal (Bahagian A) dan borang KEW.PA-2
Daftar Harta Modal Butir-Butir Penambahan, Pengantian dan
Naiktaraf (Bahagian B), dan seterusnya dikemaskini menggunakan
borang KEW.PA-4. Senarai Daftar Harta Modal.
Rajah 13 dan Jadual 13 menunjukkan carta alir dan proses
pendaftaran aset alih kerajaan. Contoh pengisian borang KEW. PA-2
dan KEW.PA-4 boleh dirujuk pada muka surat 95, 96 dan 98

Daftar Inventori (KEW. PA-3,


KEW. PA-5)
Inventori ialah Aset Alih yang harga perolehan
asalnya kurang daripada RM1000.00 dan tidak
memerlukan penyelenggaraan berjadual seperti
peralatan/kelengkapan ICT/ Telekomunikasi/ Penyiaran/
Perubatan/ Pejabat/Makmal/ Bengkel/ Dapur/ Sukan atau
merupakan perabot, hamparan, hiasan, langsir dan
pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal.
Semua Inventori hendaklah direkod menggunakan
borang KEW.PA-3 Daftar Inventori dan seterusnya
sentiasa dikemaskini menggunakan borang KEW.PA-5

Daftar Stok Bekalan Pejabat


(KEW. PS-4 dan KEW. PS-11)
Semua bekalan pejabat dikategorikan sebagai barangan guna habis sama
ada ianya barang luak atau pun barang tak luak.
Ini termasuklah alat tulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah
nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu.
Contoh barangan luak ialah bahan kimia, kartrij gas, kertas litmus, alat tulis
dan lain-lain.
Contoh barang tak luak dan kelengkapan pejabat tak luak adalah tabung uji,
selindar bersenggat, botol spesimen, gunting, pembaris, pen drive, gunting
dan lain-lain.
Semua stok yang diterima hendaklah direkodkan dengan menggunakan pen
dakwat merah dan pengeluaran direkodkan dengan pen dakwat hitam atau
biru di Kad Kawalan Stok (Stor Pusat dan Stor Utama sahaja) dan Kad Petak
KEW.PS-4 (Stor Pusat dan Stor Utama dan Stor Unit).

Satu Kad Kawalan Stok dan Kad Petak digunakan untuk


merekod satu item stok dengan menggunakan nombor kad yang
berturutan.
Semua kad perlu dikemaskini setiap kali transaksi penerimaan
dan pengeluaran berlaku.
Kad-kad ini boleh dicetak sendiri dengan menggunakan warna
putih untuk Kad Kawalan Stok, warna hijau untuk Kad Petak dan
warna merah jambu untuk stok bertarikh luput.
Bagi tujuan permohonan stok, semua pesanan kepada Stor Unit
hendaklah menggunakan Borang KEW.PS-11 Permohonan Stok
dalam dua salinan dengan salah satu daripadanya diserahkan
kepada Stor Unit untuk diproses.
Carta alir pengurusan Daftar Stok Bekalan Pejabat dan contoh
pengisian borang KEW. PS-4 dan KEW.PS-11

Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori


(KEW. PA-6)

Daftar Pergerakan Harta Modal dan


Inventori bertujuan untuk merekod
sebarang pergerakan Harta Modal atau
Inventori sama ada melalui pinjaman
mahupun penempatan secara sementara.
Daftar ini disediakan dalam bentuk
buku Daftar Pergerakan Harta Modal/
Inventori KEW.PA-6

Aktiviti
Cikgu Osman Iskandar telah
menerima sebuah komputer riba
berharga RM 4500.00, peti sejuk
berharga RM650.00, dakwat
pencetak berharga RM 500.00 dan
langsir makmal berharga RM 2000.00
untuk makmal sekolahnya.
Buku stok yang manakah perlu beliau
daftarkan item-item yang
diterimanya itu?

Senarai Aset di Lokasi


(KEW. PA-7)
KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah
disimpan dalam fail kulit keras di dalam
kabinet berkunci.
Buku KEW.PA-6 hendaklah disimpan di
dalam kabinet berkunci dan;
Daftar asal disimpan oleh pegawai aset
dan salinan disimpan di lokasi.

Kaedah Penempatan Kad Petak


Kad Petak hendaklah ditempatkan
bersama stok.
Kad Petak bagi stok bahan-bahan
kimia, mudah terbakar dan stok yang
disimpan di ruang sejuk beku
hendaklah disimpan di tempat yang
berasingan.

Aktiviti

Você também pode gostar