Você está na página 1de 40

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHAYATAN
TAMADUN ISLAM DALAM
PERSEKITARAN AWAL
PENDAHULUAN
Islam bermula dalam keadaan dagang.
Lahir di semenanjung Tanah Arab yang
kering tandus dan gersang.
Masyarakat pada waktu itu diselubungi
kejahiliyahan dalam semua bidang:-
Pemikiran
Akhlak
Politik
Pemandangan
Gua Hira
tempat Nabi
s.a.w. menerima
wahyu pertama
Pemandangan di-
Kota Mekah pada
Muslim Haji

Pemandangan
Masjid Nabawi
di Madinah
Ekonomi
Sosial
Kesenian
KEDATANGAN ISLAM TELAH MEMBAWA
PERUBAHAN KEPADA MASYARAKAT PADA
WAKTU ITU:-
1. ISLAM MENGUBAH CARA
HIDUP JAHILIYAH

Kedatangan Islam ke dalam masyarakat Arab


Jahiliyah telah mengubah keseluruhan corak
hidup mereka kepada corak hidup Islam.
Generasi Muhajirin dan Ansar adalah generasi
paling berpengaruh dengan kehidupan Islam.
Pengaruh agama meresap dalam jiwa mereka.
2. CARA HIDUP SEBELUM DAN
SELEPAS ISLAM: SATU PERBANDINGAN

Pengaruh akidah Islam amat kuat dalam


peribadi dan cara hidup penganutnya
selepas mereka memeluk agama ini.
Perubahan yang berlaku dalam
kehidupan mereka boleh dilihat dalam
aspek-aspek berikut:-
1. AKIDAH

Matlamat utama pengutusan Nabi s.a.w. di


tengah-tengah masyarakat Arab khususnya dan
dunia amnya adalah untuk membetulkan
akidah manusia.
Pentingnya akidah kepada kehidupan manusia
dapat dibuktikan dengan adanya Rasul dan Nabi
silih berganti diutuskan Allah kepada umat
manusia apabila mereka menyeleweng.
Sebelum kedatangan Nabi akidah masyarakat
dunia berada dalam kesesatan.
AKIDAH KEBERHALAAN WARISAN MASYARAKAT
ZAMAN SEBELUMNYA TELAH BERTUKAR
KEPADA BERTUHANKAN ALLAH.
Berhala-berhala disingkirkan dari kehidupan
mereka sama yang berbentuk material
ataupun non material seperti berhala nafsu,
berhala pemikiran dan sebagainya.
Contoh-contoh berhala yang disembah oleh masyarakat jahiliyah di seluruh
Dunia.
Sebelum kedatangan Islam, terdapat berbagai
kepercayaan dan agama di Tanah Arab dan
sekitarnya:
Yahudi
Nasrani
Hanif
Berhala
Majusi
Animisme
Menyembah pokok, cakerawala, malaikat dan
sebagainya.
Lord Brahma, the creator God of
the Trinity appears seated on a
lotus (a symbol of glorious
existence), He has four heads
and hands.

Brahma antara 300 000 imej


tuhan
Yang disembah oleh
masyarakat
India.
Forms of God in Hindu
Dharma

Ganesh dan Gayatri, antara tuhan dalam kepercayaan masyarakat Hindu


Antara imej tuhan
yang menjadi
sembahan kepada
orang Sumeria
Apollo and the Greek Muses. Muses: Dewi Seni yang sembilan beradik menurut
mitos Yunani.
Jesus did not teach the
creed of the 'Holy Trinity'!
The concept of the 'Holy
Trinity originated from the
Hindu Trinity--Brahma,
Siva, Vishnu.
The 'Holy Trinity' doctrine
was added in the Lateran
Councils of the 12th
Century.

Cosmic Religion Requires No Temples for it teaches that the


kingdom of God is within 'You.'
Tuhan berkepala binatang
Menurut imaginasi orang
Sumeria di Mesopotamia.
Wujud kepelbagaian kepercayaan ini hasil
hubungan mereka menerusi perdagangan,
diplomatik dan kegiatan agama dengan
tamadun luar.
Setelah kedatangan Islam, semua agama,
kepercayaan dan amalan yang bertentangan
dengan Islam dapat dihapuskan dan
dibendung.
Manusia dididik dengan agama yang menepati
fitrah semulajadinya.
2. AKHLAK

Akhlak masyarakat Arab jahiliyah amat buruk.


Tidak ada batas kesopanan dan kemanusiaan.
Kemungkaran seperti meminum arak, berjudi,
membunuh dan menanam anak perempuan
hidup-hidup, bertukar pasangan [isteri],
perzinaan dan seumpamanya.
Selepas kedatangan Islam, bentuk-bentuk
kemungkaran tersebut ditinggalkan.
Islam menyeru umatnya mengamalkan
tingkah-laku terpuji.
Masyarakat mengenali Islam ini terus
berakhlak mulia selaras dengan tuntutan dan
ajaran Islam.
Semangat asabiyah yang menebal di kalangan
suku kaum dihapuskan.
Nilai-nilai Islam yang murni seperti
persaudaraan, hubungan silaturahim,
menghormati sesama manusia menggantikan
nilai-nilai jahiliyah.
Sifat bengis, pendendam, kasar diganti
dengan sifat sabar, lemah lembut, tolak ansur
dan berhikmah.
Pandangan rendah kepada kaum wanita
diganti dengan penghormatan dan
memuliakan mereka setaraf dengan lelaki.
3. SOSIAL
Sebelum kedatangan Islam sosial
masyarakat Arab kucar kacir. Golongan
kuat menguasai golongan lemah.
Sikap suka berperang dan bermusuhan,
hidup berpuak dan berkabilah menjadi
amalan mereka.
Sistem sosial Arab jahiliyah, mereka
mempertahankan anggota sukunya tanpa
mengambil kira benar atau salah.
Masyarakat Arab jahiliyah amat berbangga
dengan pujian dan sanjungan.
Apabila mereka marah akan terungkaplah
cemuhan dan sindiran.
Kehidupan mereka bebas tanpa kawalan
undang-undang atau peraturan.
Mereka lebih sanggup mati atau tersingkir
daripada mematuhi peraturan yang menyekat
kebebasan mereka.
Pemilihan ketua kaum berdasarkan kepada
kegagahan, keberanian, harta, pengaruh dan
warisan.
Sistem pembentukan keluarga berdasarkan
hawa nafsu.
Seorang suami boleh memiliki 10 isteri,
manakala isteri pula boleh memilih beberapa
orang lelaki yang pernah bersamanya.
Kaum wanita dianggap sebagai harta dan
barang jualan. Seorang anak boleh mewarisi
isteri-isteri bapanya apabila meninggal.
Selepas memeluk Islam, masalah sosial di
kalangan masyarakat dapat dibendung.
Mereka tidak lagi berperang sesama sendiri
demi membela puak atau kaum keluarga.
Semangat bertimbang rasa, tolong menolong
dan bekerjasama disemai dalam diri individu
masyarakat.
Sistem perkahwinan yang bermoral dan dapat
menentu-pastikan nasab keturunan
diperkenalkan oleh Islam.
Sistem perlantikan ketua diperbaiki dan
diganti dengan sistem syura.
4. EKONOMI

Keadaan ekonomi masyarakat jahiliyah amat


bercelaru. Sistem dan amalan riba berleluasa.
Penipuan dalam perdagangan menjadi-jadi.
Antaranya mengurangkan sukatan dan
timbangan; mencampurkan barangan yang tidak
bermutu dengan yang bermutu.
Jurang perbezaan antara yang kaya dengan
miskin begitu luas. Kalangan miskin sering
menjadi mangsa dan diperhambakan.
Sistem perdagangan dikuasai oleh satu
golongan sahaja. Puak Quraisy menguasai
perdagangan di Mekah. Eksploitasi
perdagangan dilakukan dan mengenakan
tekanan kepada kaum Badwi.
Akibatnya kaum Badwi bertindak-balas
dengan melakukan rompakan ke atas barang
dagangan Quraisy.
Dengan kedatangan Islam pembaharuan dalam
sistem perdagangan diperkenalkan.
Pengharaman riba, pengurangan timbangan,
sorok barang dan sebagainya dikuat-kuasakan
dalam sistem ekonomi Islam.
Islam menganjurkan kebebasan pemilikan
harta dan sekaligus bertanggungjawab
terhadap harta itu dengan zakat, Baitulmal
dan sedekah.
Suasana perkembangan ekonomi Islam telah
berjaya diwujudkan dan semua pihak
mendapat manfaat daripadanya.
Syariat Islam bertindak menjadi pengawal
dalam perlaksanaan keadilan ekonomi.
Aktiviti ekonomi demi mencari keredaan dan
bersifat ibadat kepada Allah lebih diutamakan
daripada mengejar keuntungan duniawi
semata-mata.
5. POLITIK

Pada zaman jahiliyah tidak ada satupun kerajaan


Arab yang mempunyai sistem pemerintahan yang
benar-benar adil dan stabil.
Beberapa sebab dapat dilihat dari keadaan ini:-
Adanya ancaman Rom di Barat, manakala di
Timurnya kerajaan Parsi.
Sistem politik masyarakat Arab jahiliyah
berasaskan puak dan kabilah. Semangat
taksub kepada puak dan kabilah mengatasi
yang lain-lain.
Sikap mereka yang kasar dan degil sukar
merasai bentuk pemerintahan yang teratur
dan memuaskan.
Berbanding dengan masyarakat Arab Badwi,
masyarakat Arab Hadari lebih teratur di
bawah satu pemerintahan yang tetap dan
mantap.
Sebagai contoh: Masyarakat Arab kota Mekah
memiliki struktur pentadbiran yang teratur
dalam menguruskan Kaabah, ketenteraan dan
menjaga kebajikan penduduk Mekah.
Setelah Islam bertapak dan menguasai Jazirah
Arab, terbentuk sebuah kerajaan dan sistem
politik yang teratur berpusat di Madinah al-
Munawwarah.
Kerajaan Islam pertama di bawah pimpinan
Nabi s.a.w. memperlihatkan wujudnya
beberapa jabatan dalam pentadbiran seperti
setiausaha, jurubahasa, diplomat, majlis
syura, ketenteraan, perisikan, pasukan
peninjau dan seumpamanya.
Jabatan-jabatan ini melancarkan perjalanan
pentadbiran kerajaan Islam di Madinah yang
terdiri daripada masyarakat majmuk.
PENUTUP

Tamadun Islam pada peringkat awal bermula


dengan hijrah.
Islam yang berteraskan kepada tiga komponen
utama: Akidah, Syariat dan Akhlak benar-benar
dihayati oleh Muslimin waktu itu.
Penghayatan tersebut menyebabkan mereka
diberi kemuliaan oleh Allah.
Hanya beberapa tahun selepas itu mereka
berjaya memperkenalkan ketamadunan Islam
kepada hampir dunia.
Dunia benar-benar terhutang budi kepada
tamadun Islam.
Tanpa tamadun Islam, dunia tidak akan
mengenal erti keadilan, belas kasihan,
kecintaan, perdamaian, keilmuan dan
seumpamanya dari kemajuan.
Akidah kepercayaan yang diterima tidak lagi
berdasarkan ikut-ikutan atau taklid buta,
sebaliknya berfikir keagungan Allah
Seluruh kepercayaan khurafat dan mitos
dihancurkan demi menyemai benih akidah yang
sihat sejahtera.
~ TAMAT ~

Você também pode gostar