Você está na página 1de 80

Isu-Isu Semasa

Kurikulum Pendidikan
Islam
DR HJH NORAINI BINTI HAJI OMAR
(28-1.10.15)
(7-8.10.15)
Pendidikan Bertaraf Dunia?

Apakah maksudnya?
Apakah kriterianya? Apakah pengukurnya?
Adakah pendidikan kita tidak bertaraf dunia?
Siapakah yang menentukan pendidikan kita bertaraf dunia?
Peringkat sekolah
Peringkat pendidikan tinggi
Subjek/kursus
???
Pendidikan Bertaraf Dunia?

Adakah berlandaskan standard sekolah di negara maju?


Fizikal dan infrastruktur?
Tempoh masa persekolahan
12 tahun persekolahan
Sekolah satu sesi
Saiz kelas
Kurikulum

Methodologi
Pendidikan Bertaraf Dunia?

Adakah berlandaskan penilaian PISA(Programme for International Student


Assessment) dan TIMMS (Trends in International Mathematics and Science
Study)is a series of international assessments of the mathematics and science
knowledge of students around the world.

Bagi Pendidikan Tinggi, adakah berlandaskan Ranking QS World Ranking dan


QS Asian Ranking, based on subject, TIMES Higher Education World University
Ranking ?
Pencapaian dalam semua penilaian ini tidak begitu memberangsangkan?
1. Pendidikan bertaraf dunia

Secaraumumnya pendidikan bertaraf dunia


bermaksud suatu pencapaian tertinggi atau setaraf
dengannya dalam dunia pendidikan berdasarkan
pandangan dunia bukan daripada pandangan
setempat.
Kemampuan dan pencapaian cemerlang
Malaysia dalam membangunkan sektor
pendidikan untuk mempelopori
perubahan dan kemajuan dinamis iaitu:
Pembangunan tenaga manusia
Kepesatan pertumbuhan ekonomi
Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
Pembangunan teknologi dan sains
Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam
kalangan masyarakat
Sambungan

Merupakan satu komitmen dan usaha KPM bagi


memperbaiki kualiti pendidikan negara- dapat
ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan
mampu menyaingi negara maju yang lain

Pendidikan juga merupakan satu langkah penting bagi


mengangkat martabat dan status Malaysia dalam
dunia pendidikan di peringkat antarabangsa
boleh dicapai melalui beberapa strategi diikuti dengan
langkah-langkah pelaksanaan yang konkrit dan eksplisit
iaitu :

(Rajah 1)
Asas Perundangan:

Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan


reformasi pendidikan dilaksanakan.
Rang Undang-Undang menggariskan:
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti
untuk mencapai aspirasi negara
FPN dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh
tahun
Sambungan

Pendidikan pra sekolah sebagai sebahagian daripada


sistem pendidikan kebangsaan
Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan
Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan
swasta
Cabarannya:

Penghijrahan Pensyarah (brain drain)

-keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta


-pendidikan pensyarah menjadi ancaman/ sektor swasta menawarkan gaji yang lebih
tinggi
Dominasi Jantina Dalam Profesion Perguruan

-profesion perguruan dimonopoli oleh kaum wanita


-kesannya: membawa kepada perkembangan yang tidak sihat
(kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin
Peperiksaan mengikut keupayaan

-Memberikan kesan yang luas kepada sistem penilaian dan


sistem pelajaran di sekolah
Langkah Menjadikan Pendidikan
Bertaraf Dunia
1. PENGKORPORATAN UNIVERSITI

Motif: mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan


tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan
menjadikan sektor pendidikan negara ini lebih dinamis perkembangannya

Dapat meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya


membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa
Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat
Pasaran pendidikan tinggi akan diperluaskan melalui pengeksportan
pendidikan negara lain di samping menarik pelajar luar negara ke Malaysia
dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dan

menggalakkan penubuhan institusi-institusi pengajian tinggi
swasta dari luar negara atau dalam negara.

Kehadiran ramai pelajar dari negara-negara asing di UIA


merupakan satu petanda awal bahawa kita berupaya
mewujudkan pusat kecemerlangan ilmu di peringkat
serantau mahupun di peringkat antarabangsa.
Sambungan

Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Pendidikan Tinggi


Swasta bagi memastikan pihak swasta mewujudkan pusat-
pusat pengajian tinggi. Ianya bertujuan memberi peluang
kepada lebih ramai rakyat negara ini dan rakyat asing
melanjutkan pelajaran di negara ini.
Melalui konsep penswastaan adalah diharapkan
institusi pengajian tinggi swasta dapat memberi
perkhidmatan yang lebih berkesan dan
mempertahankan kualiti pengajian tinggi.
Keupayaan pihak swasta, terutamanya dari negara-
negara tertentu dalam bidang pendidikan berkualiti
tinggi, sudah lama terbukti.
2. REFORMASI PELBAGAI ASPEK ORGANISASI
PENDIDIKAN
1. Kualiti pengajaran
2. Kualiti perkhidmatan
3. Kualiti kurikulum
4. Kualiti penilaian dan pensijilan
5. Kualiti pensyarah
6. Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
7. Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
8. Kualiti pengurusan dan pentadbiran
Sambungan

Pendidikan pra sekolah dan rendah


Pendidikan menengah
Pendidikan tinggi
Program sokongan
Pembiayaan pendidikan
Pengurusan
ICT dalam Pendidikan
3. PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN

Sistem pendidikan dibangunkan untuk mencapai Wawasan 2020


Wawasan tidak tercapai tanpa pembangunan sumber manusia dari segi
kuantitatif dan kualitatif

Sistematik iaitu tidak terdiri daripada satu komponen sahaja


(educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan
mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan berlaku secara
bersepadu, holistik serta komprehensif.
Sambungan
KURIKULUM- Kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan bermaksud
dirancang secara rapi , berwawasan, efektif, selari dan menepati kehendak
Falsafah Pendidikan Negara dan tuntutan semasa.
Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan terkini
Dalam kurikulum juga dinyatakan tentang kelayakan masuk bagi sesuatu
program, jangka masa, struktur organisasi institusi penganjur, syarat-syarat
serta sistem penilaian dan infrastruktur yang menyokong kelicinan
pelaksanaan .
Kurikulum juga menjelaskan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran,
maklum balas dan aspek pengawasan. Ia juga menyatakan dengan jelas bidang
pengkhususan profesional
4. PENGREDAN UNIVERSITI

Untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras


dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia.

Usaha universiti: mempertingkatkan kualiti dan status


pengajaran pensyarah dan professor masing-masing
5. PENUBUHAN INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI SWASTA
Memberikan implikasi yang besar terhadap
perkembangan industri pendidikan
Perlaksanaanprogram berkembar telah
mewujudkan pembelajaran yang lebih tinggi dari
segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari
kewujudan program berkembar dengan universiti-
universiti luar negara
Penggubalan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
(LAN), bagi mengadakan peruntukan-peruntukan
khusus untuk menentukan piawaian dan kualiti
kursus-kursus pengajian yang dijalankan di institusi-
institusi pengajian tinggi swasta dan awam adalah
satu bukti kesungguhan Kementerian Pendidikan
menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan
pendidikan tinggi di rantau ini.
6. MELONGGARKAN SISTEM PENDIDIKAN

Menjadi satu strategi untuk merapatkan


jurang kemiskinan dalam masyarakat

Memberi
peluang dan ruang kepada pelajar
cemerlang untuk meneruskan pelajaran
mereka pada peringkat yang lebih tinggi
pada masa yang singkat
7. MENINGKATKAN PROFESIONALISME PERGURUAN

Guru perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam


menghadapi cabaran-cabaran baharu
Profesion perguruan berkembang pantas dan progresif
bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan
negara
Profesion perguruan di reformasi supaya benar-benar
menjadi agen kepada budaya literasi teknologi
Budaya mengajar tradisional diganti dengan perubahan
inovasi dan kreatif
8.MENGATASI MASALAH PENGHIJRAHAN
PENSYARAH (BRAIN DRAIN)
Skim gaji dan kenaikan pangkat yang lebih
menarik kepada pensyarah yang komited dengan
tugas dan penyelidikan
Geran penyelidikan diberikan kepada pensyarah
yang berminat untuk menghasilkan inovasi baharu
kepada negara
9. MEMPERBAIKI KUALITI SISTEM
PEPERIKSAAN
Bukan sahaja menguji kualiti akademik tetapi
keseluruhan potensi individu
Konsep
peperiksaan berterusan sebagai kriteria untuk
mengukur perkembangan masyarakat di samping
memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai rasa
kejayaan dan penghargaan diri
Kegiatankokurikulum diambil kira untuk memasuki
universiti awam iaitu sebanyak 10 peratus
32
2. KEPELBAGAIAN SISTEM
PENDIDIKAN ISLAM (15.10.15)
BENTUK DAN POLA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Perkembangan Islam yang berdepan dengan tiga zaman - pra


kolonial, kolonial dan pasca kolonial - telah memberi kesan
yang mendalam ke atas perubahan sistem pendidikannya.
Cabaran yang dihadapi semasa proses perkembangan
tersebut telah membentuk dua kategori sistem iaitu sistem
pendidikan Islam formal dan sistem pendidikan Islam tidak
formal pada masa kini
1.Sistem Pendidikan Islam Formal
sistem pendidikan Islam formal boleh dibahagikan kepada
tiga peringkat pelaksanaan:
1.sistem pendidikan Islam pra sekolah,
2.sistem persekolahan Islam dan
3.sistem pengajian tinggi Islam.
MENGAPA?
bagi menjana ilmu bermula dari peringkat asas hingga ke
peringkat tertinggi mengikut acuan moden/barat supaya nilai
ilmu yang dipelajari berupaya untuk bersaing dengan sistem
pendidikan sekular sedia ada.
Disiplin ilmu dunia dan akhirat telah digabungkan untuk
membentuk pelajar yang bukan sahaja mendalami ilmu
keagamaan tetapi juga memperoleh ilmu keduniaan supaya
pelajar memperoleh keseimbangan pendidikan di dalam
kehidupan mereka.
Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) pada
tahun 1975 oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
merupakan kelangsungan usaha untuk memberi pendidikan
asas Islam di peringkat awal kanak-kanak.
Ia sebagai kesinambungan dari kelas-kelas al-Quran yang
diadakan di rumah guru, surau atau masjid yang dahulunya
dikenali sebagai sekolah al-Quran.
Kurikulum asas Islam telah diterapkan seperti bacaan al-
Quran, fardu ain dan amalan cara hidup Islam
Ia juga sebagai langkah untuk kanak-kanak
Islam mendapat pendedahan awal pendidikan
formal sebelum memasuki sekolah rendah
(Mahyuddin Ashaari: 2004).
Perkembangan ini diikuti oleh PARTI Islam
SeMalaysia (PAS) dengan menubuhkan Pusat
Asuhan Tunas Islam (PASTI) pada 1988.
Ia kemudiannya berkembang sehingga membentuk pelbagai
institusi pra sekolah dengan pelbagai kaedah pengajian
seperti yang sedia ada pada masa kini. Walaupun banyak
institusi pendidikan Islam pra sekolah dibina, namun konsep
dan falsafah nya adalah sama dalam membentuk kanak-
kanak Islam menjadi Muslim yang sejati berasaskan panduan
al-Quran dan sunnah.
Kelangsungan pendidikan agama diteruskan lagi ke
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu sekolah
rendah/menengah kerajaan dan sekolah
rendah/menengah swasta.
Sistem yang digunakan adalah sama seperti
kurikulum, buku teks dan tahap peperiksaan.
kelebihan sekolah rendah/menengah swasta lebih
memberi penekanan dalam aspek pembelajaran
subjek agama. Penubuhan Sekolah Rendah Islam
(SERI-1989) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI-
1989) diasaskan untuk mewujudkan rangkaian
pendidikan Islam swasta setaraf dengan pendidikan
yang ditawarkan oleh kerajaan.
Ini kerana Sekolah Menengah Agama Kerajaan
menawarkan tempat yang sangat terhadap kepada
pelajar Islam. Justeru penubuhan sekolah swasta
Islam menjadi alternatif kepada ibu bapa yang
berkehendakkan anak-anak mereka terlibat dengan
sistem tersebut
Pada masa kini, terdapat pelbagai sekolah agama sama ada milik
kerajaan atau pun swasta.
sekolah agama/Arab di bawah kuasa Kementerian Pendidikan
Malaysia,
Sekolah agama/Arab di bawah kerajaan negeri,
sekolah agama/Arab di bawah Majlis Agama Islam Negeri
dan sekolah agama/Arab peringkat rendah dan menengah.
Manakala Richard G. Kraince (2009) membahagikan sekolah agama
di Malaysia kepada lima jenis iaitu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah
Agama Negeri, Sekolah Agama Swasta, Sekolah Agama Kebangsaan
dan Sekolah Kebangsaan
peringkat pengajian tinggi

Mula bertapak dengan penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi


Islam Kelantan (YPTIK-1965) di Istana Nilam Puri Kelantan.
di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan.
Seramai 43 orang pelajar dalam dan luar negara seperti
Brunei dan Singapura telah diterima masuk ke YPTIK pada
peringkat awal penubuhannya. Mereka menduduki Kuliah
Syariah wa al-Qanun
.
Pada tahun 1966M, Maahad Dakwah wa al-
Imamah telah diwujudkan sebagai satu lagi
cabang pengajian di YPTIK. Ia bertujuan untuk
melahirkan golongan pendakwah terlatih
untuk mengembangkan lagi Islam di samping
menjadi benteng ilmu untuk mempertahankan
Islam dari serangan musuh
Namun ijazah yang dikeluarkan oleh YPTIK
tidak mendapat pengiktirafan Kerajaan
Malaysia kerana menyalahi Akta Universiti
Kolej Universiti (AUKU) 1971 walaupun
Universiti al-Azhar Mesir mengiktiraf ijazah
nya.
Pada tahun 1981M, YPTIK telah bergabung dengan Universiti
Malaya Lembah Pantai dan menubuhkan Akademi Islam
Universiti Malaya. Ia sebagai langkah untuk mendapat
pengiktirafan ijazah yang mereka keluarkan dan pusat
pengajian di Nilam Puri dijadikan kampus untuk persediaan
atau pra ijazah bagi para pelajar pengajian Islam sebelum
mereka memasuki Akademi Islam Universiti Malaya (Abdullah
Muhammad Zain at all., 2005).
Manakala Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi ditubuhkan pada
tahun 1970M hasil gabungan antara Kolej Islam
Malaya dengan UKM. Terdapat tiga jabatan yang
dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Islam UKM iaitu
Jabatan Syariah, Jabatan Usuluddin dan Jabatan
Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Kuliah
pengajian dikendalikan dalam bahasa Melayu dan
bahasa Arab (Abdullah Muhammad Zain at all.).
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak pula
ditubuhkan pada tahun 1983M di bawah Akta
Syarikat (Company Act ) oleh Kerajaan Malaysia
dengan tajaan bersama Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) dan Negara-negara Islam lain seperti
Libya, Mesir, Maldives, Arab Saudi, Pakistan, Turki
dan Bangladesh
Penubuhan UIA di bawah Akta Syarikat bertujuan
untuk membolehkan kuliah pengajian diajar dalam
bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa
Arab kerana perundangan Malaysia hanya
membenarkan penggunaan bahasa Malaysia.
UIA mempunyai empat fakulti yang dinamakan
sebagai kulliyah iaitu Kulliyah Undang-Undang
Ahmad Ibrahim, Kulliyah Ekonomi dan sains
Pengurusan, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains
Kemanusiaan dan Kulliyah Perubatan.
Ia juga mempunyai sebuah pusat matrikulasi sebagai
persediaan dari kalangan pelajar Malaysia untuk
memasuki UIA (Abdullah Muhammad Zain at
all.2005). Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai
wujud hasil naik taraf Kolej Universiti Islam Malaysia
(KUIM). Ia ditubuhkan pada tahun 2000M dengan
menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa
pengantar.
Kumpulan pelajar pertama adalah seramai
200 orang. KUIM mempunyai empat fakulti
iaitu Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti
Pengajian al-Quran dan Sunnah, Fakulti
Dakwah dan Pengurusan Islam dan Fakulti
Ekonomi dan Muamalat (Abdullah Muhammad
Zain at all., 2005).
2.Sistem Pendidikan Islam
Tidak Formal
Jaringan ilmu yang semakin melebar dalam
arus modenisasi sebenarnya memberi
kelebihan kepada sistem pendidikan Islam
tidak formal untuk bergerak dengan lebih
pesat.
Kepelbagaian medium boleh dijana untuk
memperkayakan lagi kegiatan pendidikan
Islam.
Wujud dua bentuk pendekatan yang popular yang
diguna pakai untuk menyebarkan ilmu agama bagi
menjadikan sistem pendidikan Islam tidak formal ini
lebih efisien dalam tindakan mereka mendidik
masyarakat tentang Islam. Ilmu melalui sistem ini
boleh disampaikan secara santai dan tidak
mendesak serta terbuka luas kepada masyarakat
umum
Pertama, penggunaan institusi seperti
masjid, surau, pondok
Digunakan untuk berdakwah kepada
masyarakat.
Pendedahan ilmu secara terbuka kepada
khalayak umum mencerminkan Islam telah
membuka ruang yang seluas-luasnya kepada
masyarakat tanpa mengira umur, pangkat
dan jantina.
Kehadiran tanpa paksaan bagi kanak-kanak
hinggalah ke warga emas ke institusi agama
bagi memberi peluang menuntut ilmu
merupakan suatu pendekatan mulia,
berhemah dan mendapat ganjaran yang besar
di sisi Allah SWT (Ibn Abdul Bar dan Ibn
Majah).
Tambahan pula ilmu melalui sistem pendidikan tidak
formal ini disampaikan secara percuma kepada
masyarakat sebagai tanggungjawab sosial institusi
agama agar dapat mengambil manfaat daripadanya.
Kebanyakan program keagamaan ini disampaikan
dalam bentuk pendidikan umum seperti syarahan,
forum dan sebagainya.
Wujud juga institusi yang menggunakan bentuk pengajian
talaqqi dengan menggunakan kitab tertentu seperti Ihya
Ulumuddin karangan al-Ghazali, Hadis Empat Puluh karangan
Imam Nawawi, Mustika Hadis keluaran jabatan Perdana
Menteri dan sebagainya.
kelebihan - sistem pendidikan Islam tidak formal yang
sentiasa memperkayakan ilmu agama melalui majlis-majlis
ilmu agar ia dapat dihayati dan diamalkan sepanjang hayat
Muslim.
Kedua, penggunaan laman media
elektronik dan laman media sosial
Kedua, penggunaan laman media elektronik dan laman
media sosial seperti radio, television dan internet dalam
menyebarkan dakwah Islam. Hal ini telah dilakukan oleh
Radio dan Television Malaysia (RTM), Radio IKIM, TV al-Hijrah
dan sebagainya.
Pelbagai program keagamaan dipersembahkan kepada
penonton bagi mendekatkan diri masyarakat dengan ajaran
Islam.
ruang maya telah digunakan secara maksimum oleh
pendakwah untuk menyampaikan ilmu agama.
Pelbagai laman sesawang dicipta dalam pelbagai bahasa
untuk memberi kemudahan kepada masyarakat
mendapatkan ilmu. Namun, harus diingat bahawa pembaca
seharusnya menyemak semula bahan agama yang diperoleh
dengan guru yang berautoriti bagi menentukan kesahihan
ilmu-ilmu tersebut. Langkah ini perlu agar ilmu melalui laman
sesawang terbukti tulen dan selari dengan kehendak ajaran
Islam
3. KESEPADUAN ILMU
tumpuan berlebihan kepada aspek kognitif dalam diri
pelajar sehingga aspek emosi dan rohani diabaikan
masalah juga wujud dari segi penyampaian ilmu yang
sempit dan terpisah sehingga tidak berlakunya
proses pengintegrasian antara mata pelajaran yang
diajar di sekolah
Konsep pendidikan bersepadu melalui KBSM
hakikatnya merupakan kesepaduan antara tuntutan
kebendaan dengan tuntutan kerohanian dalam
sistem pendidikan
Konsep bersepadu dalam KBSM merujuk kepada
penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan
pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan integrasi
dan penyerapan dalam semua mata pelajaran


Konsep ini boleh dicapai menerusi kesepaduan ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam semua
mata pelajaran, kesepaduan pengalaman dan teknik
pembelajaran di antara mata pelajaran, kesepaduan antara
teori dan amali dan kesepaduan di antara pengalaman
pembelajaran bilik darjah dengan aktiviti-aktiviti di luar bilik
darjah termasuk alam persekitaran dan pengalaman hidup
harian
Menurut Tajul (2002) keistimewaan yang terdapat
pada KBSM ialah seluruh projek ini dilaksanakan
di atas satu gagasan iaitu Falsafah Pendidikan
Negara. Dari segi pelaksanaannya KBSM
mempunyai teras iaitu agama, aqidah dan akhlak
yang membina budaya dan tamadun ilmu di
Malaysia.
Ilmu teras diterapkan secara
sistematik ke dalam bidang mata
pelajaran pelengkap atau elektif
iaitu aliran-aliran sains, vokasional
dan kemanusiaan menerusi proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kesepaduan Kemahiran-Kemahiran antara
Mata Pelajaran
Konsep bersepadu dan KBSM meletakkan kemahiran
sebagai salah satu aspek yang amat penting.
Di antara kemahiran yang diberi penekanan
termasuklah kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran menggunakan
komputer, kemahiran berbahasa, kemahiran
bersosial, kemahiran manipulative dan kemahiran
menguruskan hidup (Tajul Ariffin Noordin 2002).
Gabungan daripada kemahiran-
kemahiran di antara mata pelajaran
akan membantu guru menyampaikan
pengajarannya dengan lebih berkesan
dan meningkatkan kefahaman pelajar
berhubung ilmu yang dipelajari.
konsep penggabungjalinan tidak terhad kepada
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa dalam
satu-satu mata pelajaran sahaja.
Konsep ini juga meliputi penggabungjalinan berbagai-
bagai kemahiran.
Sebagai contoh, seorang guru menggunakan komputer
berasaskan web mengajar bab berkaitan zakat harta
telah menggabungjalinkan beberapa kemahiran seperti
kemahiran menggunakan komputer, kemahiran mengira,
membaca, lisan dan menulis.
tutorial
bincangkan langkah untuk
mencapai pendidikan bertaraf
dunia?
tumpuan berlebihan kepada aspek kognitif dalam diri
pelajar sehingga aspek emosi dan rohani diabaikan
masalah juga wujud dari segi penyampaian ilmu yang
sempit dan terpisah sehingga tidak berlakunya
proses pengintegrasian antara mata pelajaran yang
diajar di sekolah
Konsep pendidikan bersepadu melalui KBSM
hakikatnya merupakan kesepaduan antara tuntutan
kebendaan dengan tuntutan kerohanian dalam
sistem pendidikan
Konsep bersepadu dalam KBSM merujuk kepada
penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan
pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan integrasi
dan penyerapan dalam semua mata pelajaran

Konsep ini boleh dicapai menerusi kesepaduan ilmu


pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam semua
mata pelajaran, kesepaduan pengalaman dan teknik
pembelajaran di antara mata pelajaran, kesepaduan antara
teori dan amali dan kesepaduan di antara pengalaman
pembelajaran bilik darjah dengan aktiviti-aktiviti di luar
bilik darjah termasuk alam persekitaran dan pengalaman
hidup harian
Menurut Tajul (2002) keistimewaan yang terdapat
pada KBSM ialah seluruh projek ini dilaksanakan
di atas satu gagasan iaitu Falsafah Pendidikan
Negara. Dari segi pelaksanaannya KBSM
mempunyai teras iaitu agama, aqidah dan akhlak
yang membina budaya dan tamadun ilmu di
Malaysia.
Ilmu teras diterapkan secara
sistematik ke dalam bidang mata
pelajaran pelengkap atau elektif
iaitu aliran-aliran sains, vokasional
dan kemanusiaan menerusi proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kesepaduan Kemahiran-Kemahiran antara
Mata Pelajaran
Konsep bersepadu dan KBSM meletakkan
kemahiran sebagai salah satu aspek yang
amat penting. Di antara kemahiran yang
diberi penekanan termasuklah kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran menggunakan komputer,
kemahiran berbahasa, kemahiran bersosial,
kemahiran manipulatif dan kemahiran
menguruskan hidup (Tajul Ariffin Noordin
2002).
Gabungan daripada kemahiran-
kemahiran di antara mata pelajaran
akan membantu guru menyampaikan
pengajarannya dengan lebih berkesan
dan meningkatkan kefahaman pelajar
berhubung ilmu yang dipelajari.
Menurut Mok Soon Sang (2004) konsep
penggabungjalinan tidak terhad kepada
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa dalam
satu-satu mata pelajaran sahaja.
Konsep ini juga meliputi penggabungjalinan berbagai-
bagai kemahiran.
Sebagai contoh, seorang guru menggunakan komputer
berasaskan web mengajar bab berkaitan zakat harta
telah menggabungjalinkan beberapa kemahiran seperti
kemahiran menggunakan komputer, kemahiran mengira,
membaca, lisan dan menulis.
Sekian.
Terima kasih
wassalam

Você também pode gostar