Você está na página 1de 15

SAINS PEMIKIRAN &

ETIKA
SGDN1043 KUMP J

SENJATA
KIMIA
MOHAMAD NOOR FAREZ BIN ROMLI
232240
MUHAMMAD HELMY BIN MOHD NASIR
234735
KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL KARIM
234768
SEJARAH

1. Era Pra-Sejarah dan Pra-Industrial

2. Penggunaan Senjata Kimia dalam Perang


Dunia Pertama

3. Senjata kimia dalam Perang Dunia Kedua

4. Senjata Kimia sewaktu perkembangan nuklear


ERA PRA-SEJARAH & PRA-
INDUSTRIAL

Kaedah tradisional - tujuan memburu

- penggunaan senjata beracun

- anak panah, lembing, air beracun & bahan toksik

- pencetus permulaan senjata kimia

Perang Saudara Amerika, menggunakan peluru meriam


penuh dengan bahan kimia seperti klorin, hidrogen sianida
SENJATA KIMIA DALAM PERANG
DUNIA PERTAMA (WW1)

Serangan klorin oleh Jerman di Ypres pada 22 April 1915

Jerman, Perancis, British, Rusia, dan Amerika Syarikat telah


menghasilkan lebih daripada 200,000 tan senjata kimia

Sejumlah besar telah digunakan dalam semua kaedah


peperangan yang diketahui pada masa itu, sebagai contoh gas
silinder, tiub meriam, mortar, bom tangan dan katrij senapang

Senjata kimia telah menyingkirkan 1 juta tentera dalam medan


peperangan

10 peratus meninggal dunia secara serta merta selepas serangan


SENJATA KIMIA DALAM PERANG
DUNIA KEDUA (WW2)

Jerman telah menghasilkan banyak stok senjata kimia generasi


kedua iaitu lebih daripada 12,000 tan

Penggunaan karbon monoksida dan hidrogen sianida (Zyklon B)


oleh Jerman dibawah pimpinan Adolf Hitler untuk misi penghapusan
orang Yahudi dan bangsa-bangsa lain di kem-kem tahanan atas
sebab keunggulan bangsa Aryan yang menjadi doktrin kerajaan
Jerman

Peperangan kimia pada skala besar tidak berlaku kerana tentera


Jepun kurang kemahiran berkenaan senjata kimia walaupun dalam
situasi dingin dengan China
SENJATA KIMIA SEWAKTU
PERKEMBANGAN NUKLEAR

Diperkenalkan senjata kimia baharu dan pengeluarannya pada


skala yang besar iaitu agen saraf (nerve agents)

Sewaktu tempoh puncak Perang Dingin, Amerika Syarikat


membangunkan senjata kimia dalam generasi ketiga

Kesatuan Soviet bertindak balas dengan program menyeluruh


(kod nama FOLIANT, NOVICHOK) untuk pembangunan baru
senjata kimia generasi keempat

Senjata kimia juga diedarkan ke negara Dunia Ketiga kerana


alternatif yang lebih murah untuk senjata nuklear
JENIS SENJATA KIMIA

Agen Saraf (Nerve Agents)

Agen Lepuh/ Blister (Blister Agents)


AGEN SARAF (NERVE AGENTS)

Senjata kimia ini dikategorikan sebagai agen saraf kerana kesannya


ialah mengganggu fungsi normal sistem saraf. Agen saraf tidak berlaku
secara semula jadi, sebaliknya ia adalah bahan buatan manusia yang
memerlukan pembuatan dan pengasingan ketoksikan. Kebanyakan agen
saraf di dalam kumpulan bahan kimia yang dipanggil organophosphates.

Agen saraf kebanyakannya bersifat cecair dan agen saraf pertama ialah
Tabun atau GA, telah dihasilkan di Jerman pada sekitar tahun 1930-an.
Berikutan penemuan ini, satu siri agen saraf yang serupa dengan Tabun
telah dibangunkan. Siri ini dikenali sebagai G-siri, termasuk senjata Sarin
(GB) dan Soman (GD). Pada tahun 1940-an, satu lagi siri agen saraf, V-
siri, telah dicipta di England.
AGEN LEPUH/ BLISTER (BLISTER
AGENTS)

Agen ini juga dikenali sebagai vesicants, iaitu mampu


menyebabkan melepuh atau lecur sehingga menyakitkan kulit.

Melepuh biasanya tidak membawa kepada maut, namun di


dalam ketenteraan, agen lepuh ini boleh mengurangkan daya
pergerakan fizikal dan keberkesanan pertempuran terhadap
musuh yang menentang.
PERISTIWA BERKAIT SENJATA KIMIA

Peperangan Iran-Iraq (1980-an)


Serangan Tokyo Subway (1995)
Peperangan di Syria
Pembunuhan Kim Jong-Nam (2017)
PEPERANGAN IRAN-IRAQ (1980-AN)

Motif berpunca daripada kebimbangan agama, cita-cita politik,


dan salah percaturan oleh tentera

Saddam Hussein telah memilih untuk melanggar Perjanjian Algiers


1975 dengan Iran

Tentera Iraq mula menggunakan bahan kimia yang merbahaya


dan pada tahun 1984, ia menjadi negara pertama yang
menggunakan agen saraf (Tabun) dalam peperangan.

Pada tahun 1988, tentera Iraq telah menggunakan bahan kimia


lain termasuk sarin, untuk tujuan melemahkan serangan daripada
pihak musuh
SERANGAN TOKYO SUBWAY (1995)

Pada tahun 1995 serangan Sarin di komuter Tokyo ditanda sebagai


penggunaan pertama yang didokumenkan senjata kimia oleh bukan
tentera

Aum Shinrikyo merancang serangan ke atas warga Jepun, dengan


harapan untuk menjadi pemangkin peperangan kiamat atau dahsyat.

Pada pagi 20 Mac, 1995, ahli-ahli Aum menaiki lima kereta api bawah
tanah dengan pakej berisi sarin

Ketika kereta api dipindahkan ke pusat metro ramai penduduknya,


lapisan plastik pada pakej dicucuk payung sebelum berlepas kereta
api dan ahli Aum melarikan diri.
PEPERANGAN DI SYRIA

Tentera rejim Presiden Bashar al-Assad berulang kali


menggunakan senjata kimia untuk menentang Tentera
Pembebasan Syria (FSA) di Damsyik.

Laporan yang didedahkan keadaan kawasan ibu negara Syria


selepas serangan mengalami penglihatan kabur dan penduduk
sekitar sukar bernafas selama empat hari selepas serangan di
ibu negara Syria
PEMBUNUHAN KIM JONG-NAM

Pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin utama Korea
Utara, Kim Jong Un.

Ketua Polis Negara, Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan
'Agen Saraf VX' digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam

Berdasarkan siasatan, dipercayai dua suspek warga Vietnam dan


Indonesia telah menyapu cecair kimia ke wajah Kim Jong Nam malah
telah berlatih untuk melakukan pembunuhan itu.

Kedua suspek juga mengetahui cecair kimia itu berbahaya dan


membasuh tangan sebaik menyapu cecair berkenaan ke muka Kim Jong
Nam.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Você também pode gostar