Você está na página 1de 8

ADAB

BERMUSAFIR
Aliah Khairina binti Rahman
Athirah Batrisyia binti Azme
Siti Nabila binti Ismail Bontak
ADAB BERMUSAFIR
1. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran. Perjalanan mestilah
dengan tujuan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan:
Seorang lelaki berkata, wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan, jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi
berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melalui tempat yang tinggi. Selepas
lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.

2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala
urusan.
Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi
mereka ketika berniat untuk bermusafir

3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat.
Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada
Khamis.
4. Membawa beg kecil yg berisi keperluan diri. Rasulullah sendiri membawa beg kecil berisi
kayu sugi, celak, sikat, minyak wangi, cermin dan sebagainya.

5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.


"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah
S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka.

6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan
masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang.
Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)
7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi
perjalanan tersebut.
Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan
bermusafir sendirian. (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

8. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi.
Dari Jabir r.a. dia berkata: Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

9.Bernyanyi/Berzikir/Berzanji dsb sebagai hiburan ketika dalam perjalanan supaya


tidak tertekan. Rasulullah suka perjalanan yg menenangkan.

10.Sujud syukur bila tiba di destinasi.

11.Membeli buah tangan untuk dibawa pulang.


12. Meminta orang bermusafir mendoakan kita kerana doa orang bermusafir lebih
mustajab.
"Tiga doa yang sangat mustajab; doa orang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang bermusafir."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah
dan baginda mengizinkanku serta bersabda:
Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku. (Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

13.Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki
suatu kawasan atau tempat orang.
HUKUM
i. Wajib
- Bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah.

ii. Sunat
- Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid utama
- Bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti ziarah

iii. Harus
- Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak

iv. Makruh
- Bermusafir tanpa tujuan dan matlamat

v. Haram
- Bermusfir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi
APAKAH HUKUM
WANITA
BERMUSAFIR
SEORANG DIRI?

Você também pode gostar