Você está na página 1de 15

Cikgu Intan mengajar tajuk Tumbuhan kepada

kelas tahun 4 Mawar.

Bincangkan aktivitiaktiviti yang sesuai


dilaksanakan oleh Cikgu Intan dengan mengambil
kira kemampuan kognitif murid pada peringkat
umur ini mengikut Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Menekankan aspek bagaimana


kanak-kanak membina
pemikiran mereka sendiri
mengikut kematangan fisiologi
dan pengalaman hidup

Aspek biologi dan pengalaman


mempengaruhi perkembangan
kognitif kanak-kanak
UNTUK MAKLUMAT ANDA
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DIPELOPORI OLEH TOKOH YANG
TIDAK ASING LAGI BAGI KITA SEMUA IAITU JEAN PIAGET DAN LEV
VYGOTSKY. TEORI-TEORI INI TELAH MEMAINKAN PERANAN
PENTING DI DALAM MEMBANTU MEMAHAMI CARA KANAK-KANAK
BERFIKIR DAN BAGAIMANA GURU BOLEH MEMAINKAN
PERANANNYA DI DALAM PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-
KANAK.
MENURUT DR. NOR HASHIMAH HASHIM (2003) DALAM BUKU PANDUAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH, ASIMILASI MERUPAKAN PROSES KOGNITIF DI
MANA SESEORANG MENYATUKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT BARU ATAU
PENGALAMAN-PENGALAMAN BARU KE DALAM SKEMA YANG SEDIA ADA, IAITU
PENYERAPAN (FITTING) MAKLUMAT BARU KE DALAM STRUKTUR SEDIA ADA
MENURUT PROF. MADYA DR ROHANI BIN ABDULLAH (2003) KOGNITIF MERUJUK
PADA INTELEK ATAU PEMIKIRAN INDIVIDU. PERKEMBANGAN KOGNITIF
MEMFOKUSKAN KEPADA CARA KANAK-KANAK BELAJAR DAN MEMPROSES
MAKLUMAT.
PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-
KANAK

Peringkat
operasi
Peringkat formal (11-
Operasi 15 tahun)
Peringkat konkrit (7-11
Praoperasi tahun)
Peringkat (2-7 tahun)
sensori
motor (0-2
tahun)
Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan penaakulan logik
yang berasaskan kepada objek spesifik dan bersifat
konkrit berbanding penaakulan intuisi pada peringkat
praoperasi.

Kanak-kanak dapat mempertimbangkan beberapa ciri


objek secara serentak bukan lagi berfokus kepada satu
ciri sahaja.

Kanak-kanak boleh membuat penaakulan operasi


tambah, tolak, darab dan bahagi berdasarkan objek
konkrit.
KEMAHIRAN

KONSEP PENGEKALAN KONSEP PENGELASAN

Memahami bahawa sesuatu Mengklasifikasikan objek ke dalam


objek yang mengalami kumpulan berdasarkan ciri-ciri
perubahan ketara masih spesifik seperti warna, saiz, bentuk
mempunyai sifat yang sama. dan sebagainya.
Sesuatu objek juga boleh
Contoh: dikelaskan dalam sesuatu ciri boleh
Pengekalan nombor digolongkan dalam kumpulan yang
Pengekalan pepejal lain
Pengekalan isipadu Contoh:
Hubungan antara kategori dan sub
kategori
Penyusunan bersiri
Transitiviti
Aktiviti aktiviti yang sesuai dilaksanakan
oleh Cikgu Intan dengan mengambil kira
kemampuan kognitif murid pada peringkat
umur ini mengikut Teori Kognitif Jean
Piaget.
1. Kaedah pembelajaran berdasarkan pengalaman di luar
bilik darjah
Sebagai contoh, guru ingin mengajar tajuk tindak balas tumbuhan
terhadap rangsangan di mana guru boleh memperkenalkan nama
tumbuhan dan menyuruh murid menyentuh daun semalu dan
mengenalpasti tindak balas daun semalu terhadap sentuhan

Jean Piaget pernah menjelaskan bahawa salah satu cara kanak-


kanak mengetahui sesuatu adalah melalui penerokaan dunia fizikal
2. Memberikan peluang kepada pelajar untuk
memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar

Melakukan eksperimen seperti mengkaji keperluan air untuk


proses fotosintesis tumbuhan dan menguji kehadiran kanji
dalam daun
3. Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas
dan tersusun
Guru harus memberikan arahan yang ringkas dan jelas serta mudah
difahami

Sebelum memulakan pengajaran, guru haruslah melakukan pengenalan


yang ringkas pada tajuk yang diajar

Sebagai contoh, memulakan pembacaan dengan peta minda yang mudah


beransur dan ringkas kepada isi pengajaran yang lebih kompleks
4. Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian
masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik

Contoh soalan ialah Apakah yang akan terjadi kalau tumbuhan


diletakkan di dalam kotak hitam? dan Mengapakah pokok bunga
raya layu dan apa yang diperlukan oleh tumbuhan tersebut?

Perbincangan soalan boleh dibuat dalam sesi soal jawab yang


melibatkan guru dan murid-murid
RUJUKAN
1. Buku Panduan Pendidikan Prasekolah
2. Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah
3. Buku Teks Sains Tahun 4
4. Siri Pendidikan Guru Perkembangan Kanak-kanak
5. http://jurnal.arraniry.ac.id/index.php/intel/article/downl
oad/197/178
6. https://www.slideshare.net/fanera91/teori-
perkembangan-kognitif-jean-piaget
7. https://www.youtube.com/watch?v=VLZhYI6fSmA