Você está na página 1de 19

Aplikasi Elektrolisis Dalam

Industri
Pengekstrakan Logam
Pengekstrakan Aluminium
Dalam SPM, anda perlu tahu

jenis elektrolit yang digunakan.


bahan yang digunakan sebagai anod dan katod
tindak balas kimia di anod dan katod.
mengapakah kriolit ditambah ke dalam bauksit
lebur?
Elektrolit
Bauksit lebur (Aluminium Oksida).
Al2O3 2Al3+ + 3O2-

Aluminium ialah bahan yang terdapat dalam


bauksit.
Kriolit dicaampurkan kepada aluminuim
oksida untuk merendahkan takat lebur
aluminium oksida daripada 2000C kepada
980C.
Elektrod
Anod: karbon
Katod: karbon
Tindakbalas Kimia
Anod:
2O2- O2 + 4e

Ion oksida dinyahcaskan untuk membentuk gas oksigen.


Gas oksigen dikumpulkan untuk kegunaan industri lain.
Katod
Al3++ 3e Al

Ion aluminium dinyahcaskan untuk membentuk logam


aluminium
Penulenan Logam
Kuprum ialah konduktor elektrik yang baik.
Bagaimanapun, bendasing di dalam kuprum boleh
menyebabkan kekonduksiannya merosot. Oleh itu,
kuprum perlu ditulenkan untuk meningkatkan
kekonduksian elektriknya.

Di dalam industri, elektrolisis digunakan untuk


menulenkan kuprum.
Dalam proses penulenan kuprum,
Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod.
Logam kuprum yang tulen dijadikan katod.
Elektrolit yang digunakan ialah larutan kuprum(II)
sulfat.
Elektrolit:
Kuprum(II) Sulfat
CuSO4 Cu2++ SO42-

Elektrod:
Anod: Kuprum tak tulen
Katod: Kuprum Tulen

Tindakbalas Kimia
Anod:
Cu ---> Cu2+ + 2e
Di anod, kuprum melarut ke dalam larutan menghasilkan
ion kuprum.
Atom kuprum diionkan untuk membentuk ion kuprum yang
terlarut di dalam larutan.

Katod
Cu2+ + 2e ---> Cu
Di katod Ion-ion Cu2+ terenap sebagai logam kuprum tulen.
Bendasing daripada kuprum tak tulen akan terhimpun di
bawah anod
Penyaduran logam
Penyaduran ialah proses yang dijalankan untuk
menyalut permukaan suatu alat logam dengan suatu
lapisan logam lain yang nipis dan sekata.

Tujuan utama penyaduran ialah:


Mencegah kakisan. Contohnya kromium dan nikel
disadurkan kepada besi untuk mengelakkan besi daripada
berkarat.
Menambah kecantikan. Contohnya logam yang tidak cantik
permukaannya disadurkan dengan emas atau platinum
untuk menambahkan kecantikannya.

Dalam proses penyaduran logam


Logam penyadur dijadikan sebagai anod.
Logam disadur dijadikan katod.
Elektrolit mesti mengandungi ion-ion logam penyadur
Contoh: Penyaduran Kunci dengan
Logam Kuprum
Sebatang kunci besi dibersihkan dengan kertas
pasir dan dijadikan sebagai katod.
Rod kuprum dijadikan sebagai anod.
Larutan kuprum(II) sulfat dijadikan sebagai
elektrolit.
Kedua dua anod dan katod disambungkan kepada
punca elektrik.
Arus elektrik kecil digunakan untuk penyaduran
yang perlahan untuk mendapatkan lapisan yang
rata dan kuat.
Elektrolit:
Kuprum(II) sulfat
CuSO4 ---> Cu2+ + SO42-

Elektrod:
Anod: Kuprum
Katod: Kunci (Objek disadur)
Tindak balas kimia
Anod:
Cu ---> Cu2+ + 2e

Di anod kuprum terlarut di dalam elektrolit. Atom-atom kurpum


diionkan dan ion-ion Cu2+ dibebaskan.

Katod
Cu2+ 2e ---> Cu

Di katod, ion-ion Cu2+ dinyahcas untuk membentuk atom-atom


kuprum. Logam kuprum terbentuk sebagai lapisan pada sudu besi.
Nota Tambahan
Untuk mendapatkan lapisan penyadur yang rata
dan kuat (kekal dan tahan):

(a) Permukaan objek yang disadur dibersihkan


dengan kertas pasir.
(b) Arus elektrik yang kecil dan proses
penyaduran elektrik dijalankan perlahan-lahan.
(c) Objek yang disadur diputar secara perlahan-
lahan semasa elektrolisis dijalankan.

Você também pode gostar