Você está na página 1de 7

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

VYGOTSKY
Lev Vygotsky : Bahasa merupakan sistem simbol yang
paling penting dalam menyokong perkembangan
kognitif kanak-kanak.
Vygotsky (1934, 1986) berpendirian bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung
kepada interaksinya dengan orang-orang
berkepentingan dalam persekitaran budayanya dan
tidak mungkin difahami sepenuhnya jika tidak dikaji
bersama.
Beliau tidak bersetuju dengan pandangan Piaget
bahawa kanak-kanak membina pengetahuan secara
sendirian dan membentuk realiti secara dalaman.
SAMBUNGAN

Persekitaran sosiobudaya adalah penting dalam


mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
Teori Vygotsky juga dikenali sebagai teori sosiobudaya.
Vygotsky menyarankan 3 idea penting yang berkaitan
dengan perkembangan kognitif:
Internalization proses dimana seseorang beransur-ansur
menyebatikan aktiviti-aktiviti sosial yang dilaluinya ke
dalam proses kognitifnya.
Scaffolding Kerangka yang menyokong proses
pembelajaran individu.
Zon Perkembangan Proksimal Perkembangan kognitif
kanak-kanak dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan
melalui interaksi mereka dengan individu-individu yang
lebih berkebolehan.
SAMBUNGAN

Perkembangan kognitif kanak-kanak dibentuk


melalui interaksi sosial dengan ahli keluarga,
komuniti dan masyarakat disekitarnya.
Menurut Vygotsky, alat budaya seperti alat kognitif
(cth : penggunaan simbol bahasa, lakaran, peta)
dan alat peta (cth : penyepit makanan, alat
anyaman, komputer dll) menyokong pembinaan
pemikiran kanak-kanak yang kompleks dan
menyumbang ke arah pembinaan pengetahuan,
sikap dan nilai seseorang individu.
SAMBUNGAN

Apabila kanak-kanak ingin bertutur dengan orang


dewasa , kanak-kanak beransur-ansur menyebatikan
cara-cara bertutur dengan mereka dalam pemikiran
kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak berkecenderungan menggunakan
perkataan, konsep, simbol dan strategi alat kognitif
berdasarkan amalan budaya mereka.
Contoh: Di Brazil, kanak-kanak perempuan yang tidak
menerima pendidikan formal melakukan aktiviti
menjual gula-gula di jalanan boleh menyelesaikan
operasi matematik seperti urusan jual beli secara
pukal, sistem barter dan pengiraan untung rugi
(Woolfolk, 2005).
SAMBUNGAN

Tahap Perkembangan Tugasan yang diberi pada tahap


Berpotensi ini tidak dapat dilakukan oleh
murid sebab berada diluar ZPP

Petunjuk :
Dengan bimbingan
Zon perkembangan
Prestari murid
dengan scaffolding proksimal

Tahap Perkembangan Sebenar

Tahap bimbingan
----------------------------------------------------------------------

Prestasi murid
tanpa scaffolding

Rajah 1 Perbandingan zon perkembangan proksimal yang dicapai dengan bimbingan dan tanpa bimbingan.
IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY UNTUK
GURU
Bimbingan Terarah
Strategi Pembelajaran Koperatif
Meneroka dan Menyoal
Menggalakkan Perbincangan
TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
CHOMSKY
Chomsky (1957) menegaskan bahawa setiap individu
telahpun diprogramkan secara genetik untuk menguasai
bahasa.
Jika kanak-kanak didedahkan kepada sesuatu bahasa,
maka akan wujud desakan semula jadi dalam diri kanak-
kanak (innate) untuk mengecam bunyi, bahasa dan
merumus maksud di sebaliknya agar ia dapat mencapai
kefahaman tetang dunia di sekitarnya.
Chomsky memerhati bahawa pelbagai jenis bahasa yang
digunakan oleh manusia dalam dunia ini mempunyai
ikatan peraturan yang am dan universal.
Beliau menamakan ciri-ciri universal yang merentas semua
bahasa sebagai tatabahasa universal (universal
grammar) yang merupakan asas kepada pembelajaran
semua bahasa yang lain

Você também pode gostar