Você está na página 1de 24

Kemahiran

Sejarah Tokoh
( Hantaran)

Kemahiran
(MengeleceK)

Posisi
Teknik Asas
Pemain

Cara Latihan
Gelanggang
Bermain Asas
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr.
James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan
Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej
Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H.
Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk
mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk.
Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggangsesebuah bangunan.
Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar
Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan
permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).
Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan
draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal.
Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle
pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan
ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan
Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional
dari Amerika Syarikat dan Kanada.
Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia
Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang
dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya
separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.
Michael Jeffrey Jordan (lahir 17 Februari, 1963)
adalah satu bola keranjang bekas Amerika pemain
profesional, Beliau merupakan orang yang menjadi
tunggak utama saya untuk bermain bola keranjang.
Baju jersey yang selalu dipakai oleh beliau ialah No.
23, 45, 9, 12. Posisi beliau semasa bermain ialah
shooting guard/small foward. Ketinggian beliau ialah
6 kaki 6 inci(1.98 m), manakala beratnya pula 98kg.
Beliau bermain dalam pasukan chicago bulls(1984 -
1998) dan bermain dalam pasukanwashington
wizards(2001 - 2003). Beliau juga digelar The Legend.
Bola boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat lain,
atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi
hantaran.Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk
menggerakkan bola ke arah keranjang.Apabila seseorang
pemain tidak dapat mengelecekd isebabkan pemain itu
terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan kelecek,
pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola
masih dalam penguasaannya.

Membuat hantaran merupakan kemahiran individu yang harus


dimiliki dan dikuasai oleh setiap pemain. Daripada kemahiran
individu inilah kemahiran pasukan dibentuk. Dalam hal ini sering
dianggap bahawa membuat hantaran dan menerima hantaran
merupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Ini
bermakna kedua-dua pergerakan iaitu menghantar dan menerima
bola sering dikategorikan sebagai satu kemahiran tersendiri.
Terdapat 3 jenis hantaran :

Hantaran Aras Dada

Dengan menggunakan kedua-duabelah tangan pemain. Biasanya


kedudukan pemain semasa melakukanhantaran dada adalah suatu
kedudukan yang memudahkan pemain membuat hantaran,
jaringan, atau mengelecek bola itu.

Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang


dankelajuan diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada
pemainlawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang
akanmembuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan
deras.Sebagaisalah satu cara menghantar bola dalam bola keranjang,
hantaran inihendaklah dikuasai oleh setiap pemain.
Hantaran Lantun

Hantaran lantun merupakan jenis hantaran membuat hantaran


dalam permainan bola keranjang.Hantaran ini boleh dilakukan
sama ada menggunakan sebelah ataupun kedua-dua belah
tangan. Hantaran lantun dilakukan apabila pemain yang
memegang bola dihalang oleh pemain lawanyang lebih tinggi
atau pemain lawan berada hampir dengannya.

Dalamhantaran ini, pemain melantun bola ke permukaan


gelanggang supaya bola melantun dengan baik untuk diterima
oleh rakan yang sudah bersedia untukmenerima
bola.Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit
tiba ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan
berkesan.
Hantaran Di Atas Kepala

Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana


bola bergerak pantas melepasi kepala pemain lawan.
Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain yang tinggi,
khususnya pemain penyerang dan pertahanan.

Hantaran ini juga penting untuk hantaran pendek yang


dikawal dekat oleh lawan.Dalam situasi begini pemain
boleh memilih sama ada mahu melakukan hantarantinggi
atas kepala ataupun hantaran lantun.
Terdapat beberapa cara mengelecek dalam bola keranjang. Antaranyaialah kelecek rendah,
kelecek tinggi, kelecek dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek.

1. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak


tangan.

2. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek.

3. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal.

4.Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau


membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relax.

5. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut kadar


kelajuan jarak pemain lawan.

6. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan,pemain hendaklah


mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan
supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan.

7. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang.


Kelecek rendah

Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola


terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak
olehpemian lawan. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan
tidak mempunyai peluang untuk merampas bola itu,kecuali pemain yang
mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Dalam hal
inipemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik.

Kelecek tinggi

Kelecek tinggi dilakukan semasa pemian lawan berada agak


jauhdaripada pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga
digunakanapabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang
berada di sekitarnya.Kelecek ini dilakukan untuk menggerakkan bola
dengan pantas dari satutempat ke satu tempat yang lain, termasuk
dalam pergerakan menjaringkangol. Perbezaan ketara antara kelecek
rendah dengan kelecek tinggi ialahdalam kelecek tinggi badan pemain
adalah dalam kedudukan yang lebih lurusatau menegak daripada
kelecek rendah.
Apa latihan yang perlu ditekankan kepada pemain bola keranjang?

Kuasa pecutan
Latihan : lari pecut
Ulangan : 3 kali seminggu ( 1 hari 10 set )

= Berlari pecut diatas gelangang bola keranjang secara ulang-alik. Selepas


itu berhenti rehat selama 3 minit dan lakukan larian pecut semula
sehingga 10 set. Bagi permulaaan lakukan secara berperingkat.

Stamina
Latihan : berlari/jogging
Ulangan : 3-5 kali seminggu ( 10 minit )

= Belari atau jogging( dilakukan secara selang -seli ),boleh dilakukan


diatas gelanggang selama 10 minit tanpa henti.

Jarak lontaran
Latihan : melakukan lontaran dari setiap sudut
Ulangan : tanpa had

= Lakukan lontaran di setiap sudut.


Leapups (menggunakan tali)
Langkah 1: pada mulanya berlutut turun pergi ke 1 / 4.

Langkah 2: melemparkan tali dan melompat naik apabila tali menyentuh hujung
tanah .

Langkah 3: ulang sehingga 1 set sepenuhnya.


Leapups (tanpa menggunakan tali)
Langkah 1: Pada mulanya berlutut turun sehingga 1 / 4 letakkan kedua-
dua lengan di sebelah pinggang.

Langkah 2: melompat naik manakala lengan anda mesti diluruskan


terus di sebelah badan apabila kaki menyentuh hujung tanah tangan
harus diletakkan semula ke pinggang.
Stepups
Langkah 1: angkat kaki sebelah letakkan satu di kerusi ,pastikan tinggi
kaki tersebut sama tinggi dengan pinggang.

Langkah 2: langkah dengan semua kuasa naik dengan kekuatan hujung


kaki danmelompat dari kerusi.

Langkah 3 : sewaktu di udara tukarkan kaki.

Langkah 4 : silih ganti meletakkan kaki sebelah diatas dan yang diatas
tadi diletakkan di bawah. Lakukan secara berulang-kali seperti model 1.
Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya
mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama
lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan
pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira
pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2
mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma
bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan
melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan
sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat
sekatan bagaimana bola dikawal.

Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran bola di


tengah-tangah gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua orang permain,
seorang daripada kedua-dua pasukan berdiri di tengah-tengah bulatan tengah
gelanggang dengan kaki berada di gelanggang sendiri. Pengadil akan
melambung bola ke atas di antara kedua-dua permain untuk direbut, Sebaik
sehaja bola dilambung ,kedua-dua pemain ini akan berusaha menampar bola
kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada
lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar seperuh
bulatan masing-masing.
Memanjang : 28 meter
Melebar : 15 meter
Separuh : 14 meter
Papan jaring : 1.8 meter
Bulatan tengah : 3.6 meter
Bulatan balingan percuma : separa 1.8 / penuh 3.6
Garisan 3 pointer : 6.25 meter
Ukuran rasmi gelanggang bola keranjang
kanak-kanak(mini basketball)

Lontaran lompat yang biasa dari dalam


lengkungan bernilai 2 mata, di luar
lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap
lontaran percuma bernilai 1 mata.
5 posisi pemain bola keranjang ialah :

Point guard : Pemain pertahanan

Shooting guard : Pengawal penjaring

Big Foward : Penyerang utama

Center : Pemain tengah

Small foward : Penyerang kecil

Você também pode gostar