Você está na página 1de 28

KE ARAH

PELAJAR
CEMERLANG
Haslinda Midy
SK. St. Mary, Papar, Sabah
MEMBANGUNKAN GERGASI
DALAM DIRI ANDA
(MENGENAL DIRI)

Anda mempunyai keupayaan dan kekuatan


terpendam yang anda sendiri tidak sedari.
Anda dilahirkan ke dunia ini dengan satu alat
yang tidak ada tolok bandingnya. Cuma anda
tidak pernah belajar mengenainya.
Apakah alat itu?... Alat itu ialah minda yang
membolehkan manusia berfikir, merancang dan
mencapai apa juga yang manusia inginkan.
KEKUATAN MINDA
(MENGENAL DIRI)
Suatu kajian melaporkan tentang kekuatan
minda, menggambarkan kekuatan minda
menyamai satu sistem komputer seluas 12
padang bola sepak
Kebanyakan manusia hanya dapat
menggunakan kira-kira 3% daripada potensinya
yang sebenar.
Bayangkan jika anda semua mampu
menggunakan potensi anda yang sebenarnya
tidakkah anda mampu mengeluarkan gergasi
dari dalam diri anda?
KEKUATAN MINDA
(MENGENAL DIRI)

Nur Amalina telah membuktikan kepada kita


bahawa pelajar yang berusia belasan tahun ini
mampu mencapai keputusan SPM 17A1 Jika
Nur Amalina boleh, anda juga boleh melakukan
perkara yang sama.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
(BELAJAR BERKESAN)
Kajian-kajian yang dijalankan tentang masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar
menunjukkan bahawa cara belajar yang tidak
berkesan adalah punca utama yang
menyebabkan rendahnya pencapaian dalam
keputusan peperiksaan.
Dalam erti kata yang lain kurang sedar terhadap
tugas dan tanggungjawab menyebabkan
pencapaian pelajar dalam akademik agak
lemah.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Ramai pelajar mengeluh kerana terlalu banyak
masa yang diperuntukkan mengulangkaji
pelajaran tetapi hasilnya tidaklah seberapa.
Pada masa yang sama terdapat segolongan
pelajar yang prestasi akademik mereka sangat
baik tetapi masih boleh meluangkan masa untuk
beriadah dan melibatkan diri dengan aktiviti
sukan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Mengapa dua keadaan itu boleh berlaku?...
Didakwa bahawa pelajar yang kedua tadi
mempunyai daya ingatan yang kuat. Memang
benar tetapi yang lebih tepat ialah ramai pelajar
tidak mempunyai teknik belajar dengan
berkesan
Tugas dan tanggungjawab pelajar adalah
mengamalkan teknik belajar dengan berkesan
SMART
S : Sedia
M : Motivasi
A : Awal
R : Rajin
T : Tawakal
SENARAI SEMAK PELAJAR CEMERLANG
DAN BERTANGGUNGJAWAB
Mempunyai objektif Berkemampuan
dan cita-cita yang mengawal diri.
jelas. Mempunyai
Mempunyai ketabahan
keazaman yang menghadapi cabaran.
tinggi. Berkemampuan untuk
Berkeyakinan tinggi berkomunikasi
pada diri sendiri. dengan orang
sekeliling.
Mempunyai kehendak Aktif dan berfikiran
yang kuat. positif.
* Tandakan 4 sangat tinggi, 3 tinggi, 2 kurang tinggi, 1 tiada, 0 tiada langsung.
SENARAI SEMAK PELAJAR CEMERLANG
DAN BERTANGGUNGJAWAB

Cinta terhadap ilmu Bersungguh-


dan pengetahuan. sungguh untuk
menjadi insan yang
Pandai mengisi cemerlang.
masa lapang. Bersungguh-
sungguh untuk
Bijak mengulangkaji mencapai
pelajaran dengan keputusan yang
teknik yang cemerlang.
praktikal.
* Tandakan 4 sangat tinggi, 3 tinggi, 2 kurang tinggi, 1 tiada, 0 tiada langsung.
ADAB MENUNTUT ILMU
Jauhi sifat hati yang tidak baik.
Sentiasa merendah diri, menghormati dan
menurut nasihat gurunya.
Wujud kesungguhan diri untuk mencapai
kecemerlangan.
Niat beribadat semata-mata kerana Allah
ADAB MENUNTUT ILMU
Beradab sopan terhadap guru, sama ada di
hadapan atau di belakangnya.
Tidak kedekut ilmu terhadap kawan-kawan.
Mematuhi peraturan di tempat belajar.
Tanamkan cita-cita untuk gunakan ilmu yang
diperolehi bagi kebaikan hidup di dunia dan di
akhirat.
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Kebijaksanaan adalah tongkat yang hilang bagi


seorang mukmin. Dia harus mengambilnya
daripada siapa saja yang didengarinya tidak kira
daripada sumber mana pun datangnya.
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Bermatlamat jitu.

1. Matlamat jangka pendek


2. Matlamat jangka sederhana
3. Matlamat jangka panjang..
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
Pencuri masa yang bijak.
1. Adakah waktu belajar saya mencukupi?
2. Adakah saya menambah waktu belajar ketika menghampiri
sesuatu ujian atau peperiksaan?
3. Adakah waktu rehat saya berlebihan?
4. Adakah saya mengurangkan waktu brehat ketika menghampiri
sesuatu ujian atau peperiksaan?
5. Adakah saya membaca nota apabila menunggu kenderaan untuk
ke sekolah atau balik dari sekolah?
6. Adakah saya membaca nota saya ketika dalam sesuatu
perjalanan yang jauh?
7. Adakah saya melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran ketika guru
lambat atau tidak datang ke kelas?
8. Adakah saya hanya menggunakan sedikit masa untuk subjek yang
saya lemah?
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Pencari penyelesaian
Pelajar cemerlang pencari penyelesaian,
pelajar malas pemberi alasan.

Tumpuan dan daya ingatan yang tinggi


1. Mendengar pengajaran guru ketika guru
sedang mengajar.
2. Belajar bersendirian atau berkumpulan.
3. Menjawab soalan peperiksaan.
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Pendengar yang aktif dan berani bertanya.


Soalan-soalan yang perlu bermain
di fikiran pelajar ketika guru mengajar..
1. Apa?
2. Siapa?
3. Mengapa?
4. Bila?
5. Bagaimana?
6. Di mana?
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
Pencatat nota yang berkesan.
Ciri nota yang berkesan adalah nota yang mampu
menarik minat dan membantu meningkatkan daya
ingatan pelajar.
Terdapat pelbagai jenis nota..
1. Nota secara linear (dicatat mengikut
garisan lurus).
2. Nota Sistem Cornell ( mencatat konsep
utama dengan huraian di sebelahnya).
3. Nota tulang ikan.
4. Nota peta minda.
5. Nota teknik catat dan buat.
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
Pembaca yang kritis.
Pembaca yang mengambil berat terhadap mencari isi
utama sesuatu topik dan dapat membezakannya dengan
isi cabang.
Kaedah membaca Kaedah SQ3R
1. Survey : Meninjau
2. Question : Menyoal
3. Read : Membaca
4. Recite : Melafaz
5. Review : Mengulangkaji
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Pembelajaran yang berterusan.


Pelajar cemerlang sentiasa belajar sama ada
pada awal tahun atau pun ketika menjelang hari
peperiksaan.
Ulang kaji untuk setiap subjek yang dipelajari
pada setiap hari dibuat pada hari yang sama
atau setiap hujung minggu sekiranya pelajar
terlalu sibuk. Maklumat yang sentiasa diulang
akan lebih mudah difahami dan diingati.
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
Menjaga kesihatan.
Beristirehat secara efektif.
Emosi yang stabil.
Sanggup berkorban dan berubah.
Sentiasa bermotivasi untuk berjaya.
Bertawakal kepada Tuhan setelah berusaha.
Sabar, syukur dan tawaduk.
Hormati ibu bapa dan ibu bapa.
Terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
Berakhlak dan beragama.
Langkah Pelajar Cemerlang
Oleh: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Segala perbuatan mesti mempunyai niatnya.


Maka niatkanlah segala perbuatan demi
kebaikan, demi kebaikan orang lain dan demi
menghentikan kejahatan.

Jangan susah hati menghadapi cubaan,


kerana cubaan dapat menempah
kedewasaan, menduga akal dan
membakar semangat.
Langkah Pelajar Cemerlang
Oleh: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Melakukan dengan bersungguh-sungguh adalah


jalan terbaik menuju kecemerlangan. Dia adalah
ubat bagi penyakit yang kamu deritai, bahkan
boleh menjadi harta karunmu.

Nilai setiap manusia adalah sebesar mana


amal baiknya. Seorang penganggur tidak
ada harganya. Seorang yang gagal akan
selalu dijauhi dan murah harganya.
Langkah Pemimpin Cemerlang
Oleh: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Pusatkan perhatian anda pada satu perkara,


tekuni dan cintai.

Keteraturan adalah jalan kejayaan.


Meletakkan segala sesuatu pada
tempatnya adalah syarat bagi mereka
yang berjaya. Orang yang berjaya selalu
menjaga barang-barang mereka. Tidak
menghamburkannya dan tidak
merosaknya.
Langkah Pelajar Cemerlang
Oleh: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Kecemerlangan didunia hanya boleh diraih


dengan kemenangan. Kemuliaan hanya boleh
dicapai dengan tekad yang kuat.

Barangsiapa memiliki tekad waja, jiwa


yang teguh, semangat membara dan
kesabaran yang kental, maka dialah si
pemenangnya.
Langkah Pelajar Cemerlang
Oleh: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Orang malas akan tertinggal. Orang bingung


akan tertidur. Orang kosong akan menganggur.
Orang yang banyak angan tidak mempunyai
apa-apa.

Barangsiapa tidak pernah terbakar, maka


dia tidak akan bersinar. Barangsiapa giat
di masa mudanya, nescaya akan bahagia
di masa tuanya.
Langkah Pelajar Cemerlang
Oleh: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Tuntutlah terus dan


jangan bosan! Musuh
seorang penuntut
adalah kebosanan.
Semoga berjaya dalam
UPSR
Sekian,
Terima kasih.