Você está na página 1de 47

AKTIVITI PENULISAN

Disediakan Oeh:

PATRICK JOING
LAWRENCE MARKUS
CASSIDY AFFRENDIE
SYELVESTER JOE
Memadankan
bentuk

Memadankan Membentuk
huruf bentuk

Mencari jalan Memadankan


keluar gambar
AKTIVITI
PENULISAN

Pergerakan
Menyambung
jari, tangan
titik
dan mata

Membuat
Integrasi terapi
corak
Mewarna
secara bebas
dan terkawal
menganyam menyurih

menjahit melukis

PERGERAKAN
TANGAN DAN
JARI mengoyak
menggunting

menampal
menguntai

menggentel melipat
Mewarna secara bebas dan terkawal
Mewarna secara bebas:
Menggunakan pelbagai media warna
tanpa merujuk bentuk tertentu di atas
kertas putih

Mewarna secara terkawal:


Menggunakan pelbagai media warna ke
atas gambar yang diminati sama ada
objek lukisan itu berupa bahan fotostat,
cetakan atau dilukis dengan tangan
Menyurih
Aktiviti melukis dengan menggunakan
teknik tekapan

Murid-murid menggunakan kertas minyak


yang disediakan oleh guru untuk menekap
gambar yang mereka gemari
menggunakan pensel
Melukis
Murid-murid dibimbing untuk melukis
secara bebas atau terkawal berdasarkan
arahan guru pada sehelai kertas putih
bersaiz A4

Bebas:
Tiada bentuk khusus ditetapkan seperti
contengan
Terkawal:
Murid melukis bentuk nyata yang ada
dalam persekitaran mereka

Mengoyak
Murid-murid dibimbing untuk mengoyak
helaian surat khabar terpakai dari saiz
paling kecil hinggalah bersaiz besar
Menampal
Murid dibimbing menggunakan gunting, gam
dan cara menampal cebisan kertas yang
telah digunting di atas kertas putih secara
bebas atau terkawal

Terkawal
Menampal mengikut bentuk tertentu

Bebas
Tampalan yang tidak membentuk reka
bentuk
Melipat
Murid diminta untuk membuat lipatan
pelbagai rekaan asas yang diminati atau
diketahui menggunakan sehelai kertas

Contohnya:
Lipatan yang besar
Lipatan yang sederhana
Lipatan paling kecil
Menggentel
Satu aktiviti yang menjadikan sesuatu
bahan dalam keadaan berbutir-butir iaitu
dengan membulatkannya menggunakan
hujung jari

Bahan yang digunakan seperti;


Tanah liat
Doh
Kapas basah
Tisu
Aktiviti bertujuan membina hujung jari
murid-murid supaya sensitif, lembut dan
mudah memegang pensel semasa
menulis kelak

Mulakan dengan saiz kecil dan kemudian


diikuti beberapa siri saiz yang lebih besar
mengikut kesesuaian murid
Menguntai
Melibatkan penggunaan jarum dan
benang atau tali halus yang digunakan
untuk memasukkan biji manik dan
sebagainya

Membantu koordinasi mata dan tangan


kerana kesukaran akan berlaku jika salah
satu komponen ini tidak berfungsi dengan
baik
Contohnya;
Kedudukan tangan murid akan
bergoyang dan menggeletar
menyebabkan benang gagal
dimasukkan ke dalam lubang manik
yang kecil

Menggunting
Aktiviti yang paling baik untuk kemahiran
motor halus murid
mereka boleh diberikan latihan yang
menggunting bentuk-bentuk yang besar
pada awalnya dan seterusnya guntingan-
guntingan yang lebih rumit

Koordinasi mata dan tangan akan berlaku


semasa murid-murid membuat aktiviti
menggunting
Menjahit
Aktiviti menyambung sesuatu seperti kain
yang koyak dengan menggunakan jarum
dan benang

Cara yang membuat tertakluk kepada


tugasan yang diarahkan oleh guru

Bahan yang digunakan seperti;


Jarum
Benang
Kain perca
Menganyam
Aktiviti yang mengatur atau menyusun
lembaran secara bersilang-silang

Melalui aktiviti ini pergerakan jari dan


tangan murid-murid dapat dilembutkan

Bahan yang digunakan;


Daun mengkuang
Kertas warna
reben
Lagu enjit-
enjit semut

NYANYIAN DAN Lagu kalau


Lagu tari
PERGERAKAN rasa
lenggang
TANGAN gembira

Lagu tepuk
dan menari

Murid bernyanyi sambil menggerakkan


tangan dengan bimbingan guru
Menguli Doh
Murid-murid diberi peluang untuk menguli
doh dengan bimbingan guru untuk
membiasakan tangan bergerak supaya
mudah untuk menulis.

Cara membuat doh


Tepung gandum
Garam
Minyak masak
Air secukupnya
Pewarna makanan
Membentuk Doh
Membentuk bulatan kecil ke saiz yang
lebih besar.
Membuat doh menjadi silinder pendek ke
panjang.
Bermain dengan tanah liat
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang
dilakukan sewaktu murid bermain dengan
tanah liat.
a) Membuat model kuih-muih spt, karipap,
donat, buah melaka dan lain-lain.
b) Membuat model buah-buahan tempatan spt,
manggis, betik, pisang, durian dan lain-lain.
c) Membuat perkakasan dapur spt, sudu,
pisau, pinggan dan lain-lain.
d) Membuat model alat tulis spt, pembaris,
pensel, pen, pemadam, dan lain-lain.
Aktiviti melukis di udara, pasir, air, dan
cermin
Latihan melukis bentuk asas di udara

a. Pastikan posisi guru dan murid betul.


b. Pandu murid menggunakan jari telunjuk.
c. Lakukan secara perlahan-lahan dan
serentak.
d. Sebut nama bentuk semasa melukis di
udara.
e. Lakukan secara berulang-ulang.
Latihan melukis bentuk asas di atas pasir

a. Pandu murid menggunakan jari telunjuk.


b. Lakukan secara perlahan-lahan dan
serentak.
c. Sebut nama bentuk semasa melukis di
pasir.
d. Latihan secara berulang-ulang.
e. Gunakan dulang jika dilaksanakan bilik
darjah.
Latihan melukis di dalam air

a. Boleh menggunakan bekas air seperti


baldi.
b. Pandu murid menggunakan jari telunjuk.
c. Lakukan secara perlahan-lahan dan
serentak
d. Sebut nama bentuk semasa melukis.
e. Latihan berulang untuk pengukuhan
Aktiviti-aktiviti lain
1. Aktiviti mencari jalan keluar.

a. Gambar berwarna-warni.
b. Dibina menggunakan kad berukuran besar.
c. Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.
d. Binaan yang mesra pengguna.
e. Boleh digunakan berulang kali.
f. Tajuk dan arahan mesti menarik dan jelas.
g. Tema permainan perlu berdasarkan
persekitaran murid.
2. Aktiviti memadankan bentuk gambar dan
huruf.

Aktiviti ini dijalankan dengan meminta murid-


murid mengariskan pasangan gambar yang
sepadan, iaitu bentuk-bentuk asas yang
serupa, gambar yang dibahagi dua bahagian,
atau huruf kecil dan huruf besar.
Ciri-ciri bahan

a. Gambar berwarna-warni.
b. Dibina menggunakan kad berukuran
besar.
c. Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.
d. Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.
e. Binaan yang mesra pengguna.
f. Boleh digunakan berulang kali.
3. Latihan menyambung titik
Ada 3 cara aktiviti menyambung titik, iaitu
menggunakan nombor, huruf besar dan huruf
kecil berdasarkan ciri-ciri berikut.
a. Boleh menggunakan urutan nombor atau huruf.
b. Urutan huruf sama ada huruf kecil atau besar.
c. Latihan berdasarkan tahap penguasaan murid.
d. Mengambil kira kumpulan sasaran.
e. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.
f. Menarik dan berwarna-warni.
g. Perlu dibina menggunakan kad bersaiz besar.
h. Arahan perlu tepat dan jelas.
i. Boleh digunakan berulang kali.
LATIHAN MEWARNA SECARA BERPANDU

1. Murid diberikan pelbagai gambar.


- Berdasarkan kod huruf pada setiap kotak
berkenaan, murid diminta untuk
mewarnakan setiap kotak mengikut kod.
- Rasionalnya, murid belajar mengenal
huruf sambil mewarna gambar.
2. Mewarna berpandukan huruf kecil a-z
- Berdasarkan kod huruf kecil yang
ditetapkan pada setiap kotak berkenaan,
mereka diminta mewarna menggunakan
warna tertentu dengan pensel warna.
- Contohnya petak a untuk warna biru,
petak b untuk warna hijau dan
sebagainya.
- Rasionalnya, murid belajar mengenal
huruf kecil sambil mewarna gambar
berkenaan.
MELAKSANAKAN AKTIVITI
MEMBENTUK HURUF

1. Latihan menulis di udara


2. Latihan menulis di atas pasir
3. Latihan menulis atas cermin dengan
tepung
4. Latihan menulis di belakang rakan
TULISAN MEKANIS

1. Konsep
- Satu kemahiran yang dilaksanakan
kepada murid setelah mereka melalui
aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan
yang ditetapkan.
- Dijalankan setelah murid2 dibimbing cara
memegang pensel yang betul, postur
badan dan kedudukan kertas, kerusi dan
meja semasa menulis.
- Tujuan -untuk membimbing murid2
menguasai kemahiran membentuk huruf
besar dan huruf kecil dengan betul dan
tepat.
KEPENTINGAN POSTUR BADAN,
PEGANGAN PENSEL DAN KEDUDUKAN
KERTAS, KERUSI DAN MEJA
Postur badan
- Bermaksud kedudukan atau posisi badan murid semasa
menulis.
- Letakkan tangan di atas meja semasa menulis
- Aktiviti menulis perlu dilakukan di atas meja.
Cara memegang pensel
- Pastikan murid memegang pensel menggunakan ibu jari
dan jari telunjuk.
- Kedua jari tersebut disokong pula dengan jari tengah.
- Jari2 hendaklah lebih kurang 3 cm dari hujung mata
pensel atau kertas yang digunakan.
Kedudukan kertas
- Tulis guna tangan kanan, kedudukan
kertas hendaklah disengetkan ke kiri
sambil kedudukan tangan kiri memegang
penjuru atas kiri.
- Tulis guna tangan kiri, kedudukan kertas
hendaklah disengetkan sedikit ke kanan,
manakala tangan kanan memegang
penjuru atas kanan kertas tersebut.
Keadaan kerusi dan meja
- Murid dilatih memijak lantai semasa
menulis.
- Sebaik-baiknya murid yang bersaiz kecil
disediakan dengan kerusi yang rendah
seperti murid Tahap 1.
MENGETAHUI TITIK KEMASUKAN
HURUF

Titik kemasukan huruf


- Titik awal pergerakan mata pensel semasa
proses membentuk binaan huruf yang
perlu dipatuhi.
- Kemasukan huruf penting supaya murid
dapat menghasilkan tulisan sistematik,
kemas dan cantik.
FAEDAH MENGETAHUI TITIK
KEMASUKAN HURUF
Titik hentian huruf
- Melahirkan murid yang tahu sempadan berhenti di mana
binaan huruf perlu ditamatkan.
Disiplin diri
- Mendisiplinkan murid semasa menulis supaya belajar
bersabar serta mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
Formulasi huruf
- Pergerakan huruf.
- Latihan dan pengetahuan yang digunakan dari kecil dan
kerap akan melahirkan generasi murid yang mempunyai
tulisan cantik, sekata dan seragam.
Budaya menulis
- Amalan menggunakan garisan pada awal
menulis dapat melatih murid-murid untuk
menulis dengan betul.
- Amalan ini akan berterusan dan menjadi
budaya menulis.
MENULIS HURUF DENGAN TITIK
BERNOMBOR

Merupakan aktiviti akhir sebelum murid


melaksanakan aktiviti menulis yang
sebenarnya.
Aktiviti ini dianggap sebagai ulang kaji
kerana menulis menggunakan nombor,
dalam masa yang sama berjinak-jinak
untuk mengenal huruf.
Cara membuatnya :
a) Sediakan sekeping kadbod berukuran 30 x 30
cm.
b) Kemudian buat cetakan huruf menggunaan
Wordart menerusi komputer atau lukis garisan
luar binaan huruf yang dipilih pada sehelai
kertas putih.
c) Hilangkan sebahagian garisan luar pada
binaan huruf berkenaan, kemudian gantikan
dengan tanda bulat kecil yang disertakan
dengan nombor atau huruf kecil mengikut
urutan.
MENULIS HURUF KECIL DAN HURUF
BESAR A-Z DI ATAS KERTAS BERKOTAK,
BERGARIS EMPAT, BERGARIS TIGA DAN
BERGARIS SATU

Latihan menulis secara bebas di atas


kertas kosong
Latihan menulis menggunakan kertas
berkotak
Menulis huruf kecil dan huruf besar di atas
kertas bergaris empat.
Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar A-Z di atas kertas
bergaris empat

Memerlukan pemerhatian dan ketekunan yang lebih.


Tidak semua huruf boleh menggunakan secara maksimum
garisan yang keempat.
Hanya huruf kecil yang mempunyai ekor boleh
menggunakan keempat sebagai sempadan.
Contohnya; g,j,y,p,dan q
Semua jenis huruf besar tidak sesuai menggunakan
kertas bergaris empat semasa menulis.
Contoh menulis huruf di atas kertas bergaris empat

abcdefghijklmnopqrs
Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar A-Z atas kertas bergaris tiga

Kepelbagaian bentuk huruf seperti bulat untuk huruf b


dan d, tinggi seperti huruf h dan l, atau berekor sperti
g, j dan q memerlukan bantuan garisan sebagai sempadan
mula dan akhir.
Terdapat tiga jenis garisan lazim yang biasa digunakan
sebagai panduan untuk belajar menulis iaitu bergaris
empat, bergaris tiga dan bergaris satu.
Pengunaan garis tiga digunakan selepas murid-murid
melalui pengalaman menulis menggunakan garis empat
dan telah mahir.
Menulis Huruf Kecil dan Kecil a hingga z atas kertas bergaris satu

a. Contoh menulis huruf kecil


abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

b. Contoh menulis huruf besar


ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVXYZ

c.Contoh menulis huruf besar dan kecil pada garisan satu


Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr
Ss Tt Uu Vv Xx Yy Zz
Memadankan huruf kecil dengan huruf besar

Contoh aktiviti memadankan huruf kecil dengan huruf


besar

a E
b A
c D
d B
e C
Menyesuaikan Nama Huruf dengan Huruf

Contoh aktiviti menyesuaikan nama huruf dengan huruf


i. Guru menyebut nama huruf, contohnya A, B atau C.
ii. Murid diminta membulat atau mewarna huruf yang
disebut guru pada lembaran kerja yang disediakan.
iii. Akhir sekali, murid menyebut nama huruf berkenaan
dengan bimbingan guru.
Memadankan Nama Huruf dengan kad huruf

i. Guru menyebut nama huruf dan murid mencari kad


huruf yang berkaitan.
ii. Guru menunjukkan kad huruf dan murid membunyikan
huruf berkenaan.
iii. Nyanyi lagu ABC dengan iringan muzik instrumental
yang santai.
iv. Sambil bernyanyi, murid-murid mengangkat kad huruf
semasa huruf berkaitan disebut.