Você está na página 1de 39

ANALISIS DATA KUALITATIF

DR WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS BIN WAN KHAIRULDIN


DEFINISI ANALISIS DATA KUALITATIF
usaha yang dilakukan dengan bekerja dengan data,
menganjurkannya, memecahkannya kepada unit-unit
yang terkawal, mensintesiskannya, mencari pola,
mencari apa yang penting dan apa yang perlu
dipelajari, dan memutuskan apa yang akan
memberitahu kepada orang lain (Bogdan & Biklen,
1982).
Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam
mengurus dan memaparkan hasil dapatan kajian
dalam cara yang mudah difahami.
Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan
mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan kajian
serta menginterpretasikan hasil dapatan kajian.
PENDEKATAN DAN METOD
MENGANALISIS
Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan
data dilakukan secara berterusan sepanjang
proses penyelidikan.
Secara keseluruhan proses penganalisisan data
meliputi 3 urutan aktiviti, iaitu
penyaringan data (data reduction),
persembahan data (data display)
penulisan kesimpulan/verifikasi (conclusion
drawing/ verifikasi)
PENYARINGAN DATA (DATA REDUCTION)
usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan
memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan.
Aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun
data dalam bentuk tertentu dilakukan untuk
menjadikan data lebih berfokus bagi membantu
proses membuat keputusan.
Proses penyaringan data boleh dilakukan secara
berterusan sepanjang proses pelaksanaan
penyelidikan: sebelum, semasa dan selepas proses
mengumpul data.
*PENGEKODAN DATA

bahagian paling penting dalam penyaringan data.


Proses ini melibatkan aktiviti:
-Membaca transkripsi untuk menentukan pola @ tema topik;
-Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola @topik;
-Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor;
-Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi
setiap unit
-Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit
mengikut kategori dan memasukkannya ke dalam fail
menggunakan komputer,
-Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau
keterangan yang muncul.
PROSES CODING

Secara umum ada 3 proses coding:


Open coding secara terbuka utk cari
variable dalam bentuk code
Axial coding cuba bina kategori dari code-
code tersebut
Selective coding Pilih code-code dgn
kategori yang hanya boleh memberi makna /
tafsiran / cerita
PERSEMBAHAN DATA (DATA DISPLAY)

cara sistematik yang paling jelas untuk memaparkan


data agar mudah difahami.
Data harus dipersembahkan secara tersusun dan padat
serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat.
persembahan data boleh dilakukan dengan
menggunakan perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan
huraian.
Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi
Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan
penyelidik membina kesimpulan tentang persoalan kajian.
Bagi menjamin kesahan, kesimpulan yang dibina mestilah
disokong dengan bukti-bukti daripada data.
Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara
data, menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong
dapatan, mencari bukti yang tidak selaras dengan dapatan,
mempertimbangkan perspektif alternatif, iaitu pemahaman
yang diperoleh daripada kajian, menyemak silang dengan
perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perlu
dilakukan.
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM
MENGANALISIS DATA KUALITATIF
Proses menganalisis data dilakukan apabila telah selesai peringkat
pengutipan data dilakukan.
Peringkat Pemerosesan data-data kualitatif :
Transkripsi
Organisasi Data
Pelaziman (membiasakan diri dengan data)
Koding
Tema
Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Kesahan
Laporan
Transkripsi

Proses transkrip atau menyalin adalah langkah pertama


dalam proses penganalisaan data
misalnya menyalin data-data dalam bentuk rakaman
audio yang mengandungi temubual penyelidik dan
responden, perbincangan kumpulan fokus, rakaman video
atau catatan kerja lapangan.
dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa
juga yang didengar dan diperhatikan.
proses yang memerlukan perhatian, masa dan kesabaran
seseorang penyelidik. Namun demikian proses ini akan
dapat memberi peluang kepada penyelidik menyelami
setiap data yang diperoleh.
ORGANISASI DATA

Setelah proses transkripsi selesai, adalah perlu untuk


menyusun data mengikut bahagian yang senang untuk
digunakan semula.
Nombor mungkin akan diberi pada setiap temu bual atau
kod, atau membahagikan nota-nota lapangan kepada
bahagian-bahagian tertentu mengikut tarikh data
dipunggut atau mengikut konteks atau pun menyimpan
data mengikut bahagian masing-masing dalam folder.
PELAZIMAN (MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DATA)
Setelah lambakan data disusun mengikut bahagian
bahagian tertentu, maka tibalah masanya untuk
membiasakan diri dengan data data yang
diperolehi.
Proses pelaziman adalah dengan mendengar
kandungan temu bual dalam pita rakaman, membuat
tontonan semula bahan berbentuk video, membaca
iaitu membaca semula data-data, membuat memo
dan membuat ringkasan sebelum proses analisis
secara formal bermula.
Ia adalah peringkat yang penting terutamanya jika
pengumpulan dan proses transkripsi data bukan
dilakukan oleh penyelidik sendiri.
Coding

langkah yang sangat penting dalam proses menganalisis data


kualitatif dengan menggunakan sebarang pakej perisian komputer.
coding melibatkan proses mengenalpasti petikan-petikan di dalam
teks dan menyimpan rujukan kepada petikan teks berkenaan di
dalam item database yang dipanggil Node (dalam perisian Nvivo).
Node boleh mengandungi pelbagai rujukan dan boleh mengkod
petikan-petikan daripada sebarang dokumen yang telah
disediakan.
Menurut Udo Kelle (1995) Coding mempunyai dua fungsi utama
iaitu koding boleh melambangkan satu petikan teks yang
mengandungi maklumat khusus untuk tujuan membenarkan
retrieval.
coding juga dibuatkan semata mata untuk melambangkan fakta
yang wujud dalam satu-satu maklumat menerusi data-data
mentah.
TEMA
- Tema akan timbul hasil daripada sorotan kajian
lepas.
- Semakin banyak sorotan kajian lepas yang dibaca
maka banyaklah tema yang terhasil.
- Tema juga akan timbul daripada ciri-ciri fenomena
yang dikaji.
- Selain daripada itu, tema adalah daripada definisi
yang telah dipersetujui oleh professional ataupun
daripada nilai-nilai penyelidik, orientasi teoritikal
dan pengalaman personal dengan perkara yang
dikaji
DEMONSTRASI KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEESAHAN
- Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen
amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen
daripada terdedah kepada kecacatan.
- Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data
yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik
dan berkualiti.
- Kesahan merujuk kepada ujian mengukur apa yang
sepatutnya diukur
- Trangulasi data dalam penyelidikan kualitatif adalah bertujuan
untuk menjamin kebolehpercayaan dan kesahihan penemuan
penyelidik.
LAPORAN
- Laporan adalah peringkat penyempurnaan kajian.
- Pada bahagian ini penyelidik hendaklah mentafsir,
mengulas dan menyebarkan dapatan kajian
berdasarkan kepada data-data yang diperoleh.
- Penyelidik hendaklah mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang
dikaji.
- hasil analisis haruslah dipersembahkan dengan jelas,
kemas dan meyakinkan pembaca.
PENGGUNAAN PERISIAN DALAM MENGURUS
DAN MENGANALISIS DATA KUALITATIF

Perisian Nvivo Versi 2.0 adalah satu perisian yang boleh membantu
penyelidik mengorganisasi data dengan lebih mudah dan teratur. NVivo
Versi 2.0 adalah contoh perisian yang boleh digunakan untuk membantu
mengurus data kualitatif. Strauss & Corbin (1998) ada menjelaskan
keperluan perisian untuk mengorganisasi data kualitatif.
Perisian ini tidak sama dengan perisian SPSS (Software Package for Social
Sciene) yang digunakan dalam penyelidikan berstatistik atau kuantitatif.
Perisian ini juga relevan digunakan pada peringkat awal penyelidikan
hingga ke peringkat pembentukan teori.
Contoh pengkalan data penyelidik dalam perisian Nvivo Versi 2.0
Ciri-Ciri Perisian Nvivo Versi 2.0
- Perisian NVivo mudah digunakan, senang diurus dan tidak mempuyai step yang
banyak untuk difahami.
- Nvivo akan memaparkan antaramukanya apabila perisian itu di klik dan ia akan
memaparkan satu antaramuka yang mudah digunakan dan jelas. Antaramuka ini
dikenali sebagai Project Pad.
- Setiap kali hendak menggunakan Nvivo sudah pastinya pengguna akan dipaparkan
dengan antaramuka ini terlebih dahulu. Antaramuka ini akan dapat membantu dan
memudahkan penyelidik menggunakan perisian ini. Antaramuka ini terdiri dari tujuh
butang primer dan lima butang sekunder.
Butang-butang berkaitan yang boleh digunakan

Butang Primer Butang Sekunder

a) Document a) Create a document


b) Nodes b) Explore a Document
c) Atrributes c) Browse a Document \
d) Set d) Edit a document
e) Search e) Explore a document
f) Show Relations
g) Explore Models
Project Pad Perisian Nvivo
Bagi memudahkan pengurusan data kualitatif, telah dibangunkan beberapa
perisian, salah satunya perisian Nvivo versi 2.0.
Perisian akan dapat membantu penyelidik kualitatif untuk menguruskan data dengan
baik.
Pengurusan data akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa. Terdapat
beberapa ciri-ciri (features) yang penting yang sangat membantu seperti report
yang akan menjelaskan dengan lebih mendalam berkaitan dokumen dan node.
CONTOH PENGGUNAAN NVIVO PADA
SETIAP PERINGKAT ANALISIS DATA KUALITATIF

TRANSKRIPSI
Langkah 1
Setelah program Nvivo dibuka, paparan berikut akan muncul. Terdapat 4
butang iaitu:
Langkah 2
Apabila butang Create a New Project paparan New Project Wizard akan muncul. Pilihan
Custom jika bertujuan untuk mengawal lokasi atau menggunakan kata laluan
(password) untuk tujuan mengawal keselamatan projek. Pilihan Typical adalah selain
daripada tujuan diatas dan klik butang Next untuk pergi ke langkah seterusnya.
Langkah 3
Pilihan butang Next akan membawa kita kepada paparan berikut:
Paparan berikut akan muncul setelah butang Next diklik:

Seterusnya klik butang Finish jika butiran betul dan klik ada butang Back sekiranya
sebarang pembetulan perlu dilakukan
Langkah 4
Berikut adalah paparan menu utama apabila langkah 3 telah selesai. Menu ini mengandungi
butang-butang yang akan melaksanakan fungsi-fungsi yang berlainan. Pertama adalah
penggunaan butang Documents. Butang ini berfungsi bagi memanggil atau import semua
himpunan data kualitatif yang telah disediakan. Explore all Project Documents adalah kemudahan
untuk meneroka semua dokumen atau fail yang telah diimport tadi. Sementara itu, butang Browse,
Change, Link and Code a Documents adalah untuk diubahsuai (edit), dipautkan (link), dan dikod
(code).
Langkah 5
Setelah klik pada submenu Make a Project Document paparan itu berikut akan muncul.
Beberapa pilihan diberi dan setiap pilihan yang dibuat adalah berdasarkan jenis data
yang ingin dianalisa. Langkah-langkah adalah seperti berikut:
ORGANISASI DATA

Paparan di atas menunjukkan bagaimana cara mengorganisasi kesemua data yang akan
terlibat dalam folder-folder tertentu.
Dalam Nvivo fail-fail boleh dihimpun dengan mengikut bahagian dengan cara memberi
warna yang sama bagi setiap bahagian. Ini boleh dilakukan dengan langkah berikut :
PELAZIMAN DATA (MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DATA )
Ia adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan proses transkripsi
data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri. Selain itu, boleh juga membiasakan diri
dengan data-data iaitu dengan Explose all Project Documents pada paparan menu
utama.
KODING
Proses pengkodan dimulakan dengan membuka fail menerusi pilihan butang Browse
pada paparan menu utama.
Paparan fail yang dipilih bagi melakukan pengkodan telah dibuka. Lakukan proses
membuat koding mengikut langkah-langkah yang disediakan di bawah.
Bagi melihat hasil koding yang telah dibuat ialah dengan klikkan butang view diatas bar
menu document browser window dan aktifkan butang coding stripe. Contoh hasil
koding adalah seperti paparan berikut :
DEMONSTRASI KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEESAHAN
Perisian Nvivo boleh melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan Modeler dan
Search Tool.
Dengan menggunakan modeler , perbincangan juga boleh dibuat kerana keupayaan
meneroka, membina, menguji, memerhatikan hubungan dan menentukan corak data
yang diperolehi.
Oleh itu perisian Nvivo tidak hanya dipaparkan dengan data-data dapatan dalam kajian
seperti kemudahan Documents dan Node Explorer atau Attribute Explorer tetapi juga
membenarkan penyelidik mendapatkan dan meneroka secara lebih mendalam, lebih
abstrak atau pemikiran pada peringkat tinggi menerusi dapatan kajian penyelidik.
Contoh:

Corak interaksi yang diperoleh adalah hasil daripada proses koding yang dilakukan
terhadap semua kes atau responden yang terlibat, pembahagia kategori dan
pembentukan tema.
Perwakilan secara visual seperti carta alir dalam peringkat analisis data-data kualitatif
adalah sangat berguna kepada penyelidik terutamanya dalam membantu penyelidik
melihat hubungan (Links), membuat laporan dan membentangkan hasil dapatan
sesuatu kajian. Contohnya keputusan markah ujian pencapaian pra dan pos yang
dihasilkan oleh perisian SPSS boleh dirujuk bagi membuat perkaitan dan sebagainya.
KESIMPULAN
THANK YOU