Você está na página 1de 6

ALAT – ALAT MUZIK

TRADISIONAL
PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
KOMPANG
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular
bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan
alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada
kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit
dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu
bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan
menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk
ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka
oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada
abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup
dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia
mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan
memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan
sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan
mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.Bunyi
yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan
di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang
dengan jari tangan yang terbuka.
GENDANG
Gendang adalah alat bunyian
yang diperbuat daripada kulit
binatang seperti kerbau, kambing
atau lembu. Ia merupakan salah
sebuah alat muzik dalam
keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti Cina,
Melayu dan India mempunyai
gendang dengan nama yang
tersendiri. Gendang boleh
didapati dalam pelbagai saiz dan
kegunaan. Ada gendang yang
digunakan untuk persilatan bagi
orang Melayu. Ada gendang
digunakan bagi tari menari dan
ada juga yang digunakan untuk
menyambut perayaan atau
pertabalan Diraja.
REBANA
Rebana ialah sejenis alat muzik
tradisional yang sering dimainkan bagi
mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri
Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan
penduduk di sekitar Sungai Pahang.
Tepukan rebana adalah bagi mengiringi
lagu-lagu tradisional seperti indong-
indong, burung kenek-kenek, dan
pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di
pulau JAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa,
terdapat juga rebana besar yang
dimainkan pada hari keraiaan begai
pertandingan menghasilkan bunyi dan
irama yang dikenali sebagai Rebana
Ubi.
GAMBUS
Gambus merupakan antara alat muzik
tradisional yang kian popular di kalangan
suku kaum Kedayan di Weston Beaufort.
Pada kebiasaanya gambus ini dimainkan
semasa majlis keramaian seperti
perkahwinan dan juga menyambut
tetamu yang terhormat.

Gambus diperbuat daripada jenis kayu


yang keras, kerana kayu keras bukan
saja tahan tetapi ia juga dipercayai dapat
menghasilkan alunan iramanya yang
nyaring bersesuaian muzik gambus yang
sebenarnya. Kayu yang lembut juga
boleh digunakan, tetapi masalahnya
mudah pecah apabila terhentak
SERULING
Seruling merupakan sejenis alat
muzik yang ditiup. Ia diperbuat
daripada buluh satu ketika
dahulu. Namun kini seruling
moden ada yang diperbuat
daripada logam aluminium dan
plastik. Cara memainkannya
adalah dengan meniup. Akan
tetapi cara meniup seruling
hendaklah betul bagi
mengeluarkan bunyi yang baik.

Você também pode gostar